The Patriots Schedule

The Patriots Schedule
Showing posts with label PERDEBATAN. Show all posts
Showing posts with label PERDEBATAN. Show all posts

Tuesday, 14 January 2014

PERDEBATAN MENGENAI SIAPAKAH PEMILIK SEBENAR TAMADUN TERTUA DI ASIA TENGGARA?



1. Pertama, saudara Viknesh menggunakan hujah penemuan tulisan Palavi sebagai hujah bahawa sesunguhnya bangsa Tamil sudah berada di Kedah dan Semenanjung sejak sekian lamanya. Bukti tersebut adalah penemuan batu bersurat dalam tulisan Palavi di Lembah Bujang. Tidak mengapa… kami akan menjelaskan kepada anda mengenai tulisan Palavi, apa kaitannya dengan Melayu dan juga mengenai batu bersurat tersebut.

2. Sebenarnya terdapat kelompongan dalam hujah yang dibawakan oleh saudara. Sebelum kami menjelaskan kelompongan hujah tersebut, saranan saya biar kita belajar mengenai asal usul dan sejarah tulisan Palavi itu sendiri.

3. Asal usul skrip Palava yang digunakan di India untuk pengetahuan saudata Viknesh mula digunakan pada abad ke-6 Masihi. Ya, Dinasti Palava memang berkembang 275 AD tapi waktu itu mereka masih menggunakan sistem penulisan Provincial Brahmi. Mereka masigh belum menggunakan system tulisan Palava.

4. Sistem penulisan Pallava berkembang dari skrip Vengi kurun ke - 4 dan 5 Masihi di bawah pemerintahan Gupta, dan mula mendapatkan bentuknya yang sesuai untuk phonologi bahasa tamil selepas kurun ke-6 masihi.

5. Mengenai penemuan batu bersurat tersebut, untuk pengetahuan saudara namanya ialah Prasasti Sungai Mas II dan ianya ditemui apabila kerja-kerja ekskavasi arkeologi yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia di Kampung Sungai Mas telah membawa kepada penemuan sebuah Prasasti di tapak candi 32.

6. Pengenalan ringkas mengenai batu bersurat atau prasasti ini adalah ianya terdiri daripada Batu Sabak yang dipahat pada dua belah permukaannya. Ia memiliki panjang 145 mm, lebar di sebelah kanan 18 mm dan di sebelah kiri 25 mm.

7. Untuk pengetahuan saudara Viknesh, Prasasti itu bukanlah mengenai agama Hindu tetapi sebaliknya ianya menceritakan mengenai agama Buddha. Ianya adalah mantera dalam penulisan Sāgaramatiparipŗccha dan ianya adalah sebuah karya dalam aliran Madhyamaka dari Mazhab Buddha Mahayana.

8. Anda boleh lihat pada permukaan pada prasasti tersebut. Saya rasa kalau dibina oleh orang Tamil, maka moleknya saudara terjemahkan kepada kami apa maksudnya.

Permukaan Pertama Prasasti Sungai Mas II
Bacaan

Barisan 1: balāni daśa catvāri ....... (vai?)
Barisan 2: așţā daśa ca buddhanaṃ ........ dharm(m)ā

Permukaan Kedua Prasasti Sungai Mas II
Bacaan
Barisan 3: jānite ya imā ko(ţi) ............
Barisan 4: tasya koţī gataṃ jñānaṃ ..............

9. Bagaimana saudara? Boleh tak? Walaupun aksara dalam prasasti tersebut di dalam bahasa Palava, ianya tidak mempunyai aksara lengkap dalam prasasti Palavi. Secara keseluruhan, cuma terdapat 20 daripada 36 huruf yang wujud di dalam aksara Pallava di dalam prasasti tersebut, dan wujud 5 dari 36 huruf terbitan sahaja.

10. Ingin saya betulkan di sini juga mengenai fakta bahawa batu bersurat tersebut usianya adalah abad pertama Masihi. Berdasarkan tesis yang dikeluarkan oleh USM mengenai penemuan batu bersurat ini, ujian karbon yang dibuat sebenarnya berusia abad ke-7 Masihi.

11. Yang menjadi kekeliruan ketika penemuan awal adalah kerana pengekalan pengunaan aksara lama. Namun setelah dikaji, di dapati bahawa wujud kemungkinan bahawa prasasti ini disalin semula dari manuskrip atau prasasti yang lebih awal. Ini menyebabkan sebahagian besar daripada aksara Prasasti Sungai Mas II mengekalkan gaya pemahatan aksara lama.

12. Pemerhatian terhadap bentuk pahatan menunjukkan bahawa ia tidak dipahat oleh citralekha yang mahir. Hal ini menjelaskan keadaan prasasti tersebut yang tidak memiliki satu gaya pemahatan khusus (contohnya gaya Pallava awal dan Pasca-Pallava) yang menjadi identiti kepada prasasti tersebut.

Saudara pasti belum pernah melihat batu bersurat tersebut itu kan? Tidak mengapa… saya paparkan untuk tatapan saudara. Ini adalah hak eklusif daripada admin kami yang merupakan pakar arkeologi yang membuat kajian di tapak tersebut, bahkan sudahpun menerbitkan hasil kajian beliau yang diterbitkan oleh USM.

(Gambar 1: https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/33402_10150241018540111_825689_n.jpg)

(Gambar 2: https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/34369_10150241018600111_3691030_n.jpg)


13. Apa-apa pun, mengenai penemuan prasasti di dalam tulisan Palavi dan Sanskrit tidak membawa maksud bahawa ianya digunakan oleh Tamil. Umum mengetahui bahawa selain pengunaan AKSARA ASLI MELAYU iaitu RENCONG, kita mendapati bahawa pengunaan Palavi sangat sinonim dalam Tamadun Hindu-Buddha bangsa Melayu.

14. Saya memberi contoh Prasasti Kedukan Bukit yang menceritakan mengenai Dapunta Hyang, Maharaja Pertama Srivijaya yang memulakan ekpedisi ketenteraannya. Walaupun dalam Prasasti Kedukan Bukit, kita mendapati ianya menggunakan tulisan Palavi, ianya tetap dipahat di dalam BAHASA MELAYU KUNO.

15. Mari kita ambil contoh beberapa perkataan Melayu Kuno yang jelas terpahat dalam penemuan Prasasti tersebut:

vulan = bulan
nayik = naik
samvau = sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar)
mangalap = mengambil (maksudnya mencari)
marlapas = berlepas
mamava = membawa
vala = bala = balatentera
laksa = (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya)
dangan = dengan
sarivu = seribu
tlu = telu = tiga
sapuluh dua = sepuluh dua = dua belas
vanakna = banyaknya
sukhacitta = sukacita
marvuat = berbuat
vanua = benua = negeri
ko = ke

16. Anda nampak kan di atas? Orang Melayu telah menggunakan tulisan Palavi malah telah mengubahsuai untuk kesesuaian untuk digunakan sesuai dengan lidah Melayu ketika itu.

17. Apa-apa pun pengunaan Sanskrit pada prasasti yang dipersembahkan itu adalah bukanlah satu keganjilan kerana orang Melayu memang terkenal dengan pakar Sanskrit sejak zaman berzaman.

18. Bacalah catatan I-Ching yang mengatakan bahawa dia singgah ke Empayar Melayu Srivijaya untuk belajar mengenai Sanskrit dan agama Buddha dan menyifatkan Srivijaya merupakan sebuah universiti kedua agama Buddha selepas Universiti Nalanda di India.

19. Kepada saudara Elantirayan, terima kasih kerana sudi memberi respon mengenai perdebatan ini. Ya, saya mengaku bahawa terdapat kaitan antara Srivijaya dan Kerajaan Cholas. Mereka pernah menjadi lawan dan mereka juga pernah menjawa kawan. Jadi? Saya tak faham point anda apa di sini.

20. Saya sudah selak fakta mengenai serangan Rajendra Chola ke atas Lembah Bujang. Lama dah saudara… kita mendapati bahawa keturunan Chola yang berjaya menyerang (bukan menakluk) semenanjung ini ialah Rajendra Chola I, yang memerintah sekitar 1012 - 1044 Masehi.

21. Beliau hanya menyerang dan tidak bersemayam di sini. Sekadar menjarah… tapak purba di LB berusia 5 abad Sebelum Masehi. Semasa beliau datang ke sini, peradaban di LB telah lama wujud. Sedangkan ibubapa kepada moyang Rajendra Chola I, iaitu Vijayalaya Chola yang memerintah sekitar 848 -891 Masehi pun belum dilahirkan lagi.

22. Kenapa tidak boleh samakan Melayu zaman itu dengan Melayu zaman ini? Masalah apa? Hanya kerana beragama Hindu-Buddha maka orang Melayu tidak boleh menuntut hak sejarah dan Tamadun mereka? Pebrezaan atau seumpama dengannya, kita tetap mendapati ianya dibina oleh nenek moyang kita.

23. Proses asimilasi? Ya, ada Melayu yang menjadi Melayu kerana asimilasi. Tetapi Melayu yang asli tetap ada di semenanjung. Melayu Proto, iaitu orang asli kita dikenali sebagai orang Asli.

24. Bahkan, kajian yang dilakukan ke atas DNA orang Melayu mendapati Minang dan Kelantan merupakan orang Melayu paling asli. Bahkan, untuk pengetahuan saudara, Kesultanan Kedah hari ini adalah warisan daripada Melayu yang membina Lembah Bujang.

25. Kalau menggunakan hujah saudara itu, pastinya bangsa Greece dan Italy hari ini tidak dapat dan tidak punya hak ke atas Tamadun Yunani dan Rom yang dibina oleh nenek moyang mereka.

26. Agama dan budaya ketika zaman itu sangat berbeza dari zaman mereka hari ini. Mereka adalah berbeza… sama juga dengan anda. Apa jaminan anda adalah Tamil yang sama mendirikan kerajaan Chola? Tiada jaminan bukan? Anda juga sedang terasimilasi dengan budaya Malaysia. Tamil zaman Rajendra Cholas tidak bercakap dalam bahasa Melatyu mahupun Inggeris. Tamil zaman Cholas tidak memakai pakaian barat. Tamil zaman Cholas tak kenal facebook. Bukankah itu sudah berbeza?

27. Kenyataan Melayu Hindu adalah sebuah khayalan? Kelakar… anda seorang sahaja yang mengatakannya khalayan walhal pengkaji luar seperti Coedes, Stamford Raffles, dan banyak lagi mengesahkannya. Cari aje jurnal mengenai Srivijaya, Kedah Tua dan sebagainya… ianya adalah fakta anda anda, adalah khayalan sebenarnya.

(Team "SEJARAH NUSANTARA" The Patriots)

Rujukan:

1. Nasha Rodziadi Khaw, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Nazarudin Zainun, dan Mokhtar Saidin, ”Prasasti Sungai Mas II: Satu Tinjauan Paleografi”, Seminar Penanda Arasan Penyelidikan Arkeologi di UKM, Anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu, 12-13 Julai 2010, Bilik Senat dan Bilik Majlis Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

2. Early Kingdom of Indonesian Archipelago and Malay Peninsula. Paul Michel Munoz.

THE PRIDE OF MALAY RACE


 1.         Dalam hujah pertama Jayagopal memperkatakan bahawa mleayu itu tidak wujud, dan Kerajaan Melayu Melaka adalah kerajaan bukan Melayu. Saya mohon saudara Jayagopal untuk membuka kembali apa yang dipanggil sebagai Kitab Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang. Kerana Sulalatus Salatin/The Malay Annal adalah sebuah kitab sejarah Melayu yang ditulis seawal 1614 lagi. Jadi, di mana dakwaan mengatakan bahawa Melaka bukanlah sebuah kerajaan Melayu kalau pada usia itu pun sudah wujud sebuah kitab sejarah Melayu yang memasukkan Melayu di dalam penceritaannya?

2.         Jayagopal yang comel lotey, I-Ching tidak pernah datang ke Majapahit. Anda bercakap laksana seorang professor, tetapi timeline sejarah pun mengarut. Zaman I Tsing adalah pada abad ketujuh Masihi dan ketika itu, nenek moyang Majapahit pun tak wujud lagi. Yalah, ketika zaman itu, Sultan Melaka pun belum wujud sebab Parameswara adalah putera bangsawan Srivijaya yang menyambung legasi Srivijaya pada Melaka.

Oh ya, bila anda bercakap mengenai I-Ching, saya nak and abaca ni. Dia ada menyebut mengenai Melayu dalam catatannya…

"...tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...."

Sekarang, anda hanya perlu senyum. Itulah, main-main lagi tulis sejarah sendiri kan?

3.         Pada masa dulu tu bila? Bumiputra keturunan India? Memeluk Islam baru dinamakan Melayu? Jangan keliru saudara… saya nampak saudara sebenarnya sedang keliru. Peluk Islam tidak bermakna anda memeluk Melayu.

Sekali lagi saya nak mengajar saudara mengenai bangsa-bangsa di dunia. Orang Melayu tak ada kena mengena dengan bangsa india. Orang Melayu adalah daripada keluarga BAHASA AUSTRONESIA. Keluarga bahasa yang menghimpunkan rumpun Melayu di seluruh alam yang dipanggil sebagai ALAM MELAYU.

4.         Jangan diambil apa yang terjadi di Indonesia pada waktu itu. Ambil apa yang terjadi sebelum kemerdekaan dan semangat Nasionalis Indonesia. Saya nak ambil contoh apa yang berlaku pada zaman sebelum ketiga-tiga negara ini mencapai kemerdekaan. Tahukah saudara Jayagopal bahawa anda sebenarnya ada penyakit yang dipanggil “INFERIORITY COMPLEX + SUPERIORITY COMPLEX”. Dan saya rasa kita ada beberapa likers daripada Indonesia di sini yang masih mahu MENGAKU SEBAGAI MELAYU. Kita ada bapak Sunan Empirit dari Kalimantan, kita ada sahabat kita Imran Khan, orang BUGIS yang mengaku sebagai MELAYU.

5.         Dalam saudara mengatakan bahawa pada waktu dulu mereka seperti Acheh, Bugis dan sebagainya tidak mendakwa diri mereka sebagai Melayu tetapi bangsa lain. Sekali lagi tuan membuktikan betapa rendahnya pengetahuan sejarah tuan. Tapi tidak mengapa, biar saya ceritakan fakta yang boleh membuka pandangan saudara mengenai siapakah itu Melayu.

•           Raja Haiwaii pernah mengusulkan kepada Maharaja Abu Bakar, untuk penyatuan dunia Melayu yang dikenali sebagai Pan Malaysia.

•           Jose Rizal dikenali sebagai PRIDE OF MALAY RACE oleh bangsa Filipina bahkan saya sertakan cover buku lagi mengenainya.

•           9 Raja Melayu yang sebenarnya adalah orang BUGIS. Sultan Johor sekarang adalah keturunan Tun Habib, dari sebelah ibu berdarah Bugis hasil perkawinan Temenggung Abdul Jamal

(keturunan Tun Habib) dengan Daeng Maimunah bin Daeng Perani.
•           Dan Raja Haji, seorang pahlawan bugis dari Riau begitu bangga bergelar Melayu dan dalam wasiat terakhirnya pun bercakap mengenai BANGSA MELAYU, bukannya bugis dan oh ya, 1727-1784.
•           Hamka, seorang tokoh yang memang dikenali sebagai orang MINANG begitu asyik mengatakan tentang survival MELAYU. Baca puisi Hamka.

6.         Bangsa Melayu dikenalkan dalam tempoh 150 tahun? Ini pembohongan sejarah apakah ini? Mari, saya campakkan kepada kamu batu-batu bersurat yang kamu perlu baca.

•           Batu Bersurat Matari Singa Jaya Himat.

Batu bersurat ini adalah batu bersurat yang terpahat dalam BAHASA MELAYU KUNO. Ianya ditulis dalam tulisan MELAYU ASLI iaitu RENCONG. Dalam batu bersurat ini ada menulis mengenai MELAYU… BANGSA MELAYU… Usianya seawal kerajaan MAJAPAHIT.

"...Matari Singa Jaya Himat namanya.
Lama-lama baranak lanang;
Matari Singa Jaya Mat, dari ratu,
lami lami bangsa Malayu..."

NAMPAK TAK PERKATAAN BANGSA MELAYU? Usia kerajaan majapahit itu 150 tahun lalu ke? Kalau macam tu, saya nak bertanya matematik kamu waktu persekolahan dulu dapat berapa?



•           Batu Bersurat Han Cey

“... mala Malayu iva malayam raja..." (Petikan Batu Bersurat)

Batu bersuray Han Chey di Kemboja bertarikh abad ke-6 Masehi, dipahat oleh Bhavavarman II, raja Chenla yang berjaya menakluk seluruh Funan.Ayat di atas bermaksud 'Raja Mala dari Negeri Melayu'.

Boleh bagitahu siapa yang bernama "MALAYU" yang disebut tu? Apakah itu adalah bangsa alien? British yang cipta nama "MELAYU" ini? Bangsa Melayu ciptaan British? UMNO yang create bangsa Melayu?

Habis bodoh sangat ke Bhavarman tu sampai nak sebut pasal MELAYU. Wahh... hebatnya dia boleh tengok masa depan. Waktu ni British tak kenal pun erti TAMADUN. Kita lebih bertamadun daripada bangsa British yang masih berperang dengan ROM.

7.         Saudara-saudara semua, saya memohon sekiranya kita melihat kelibat Jayagopal di setiap posting sejarah Melayu kita, mendakwa Melayu tak wujud dan tak pernah wujud, maka tempekkan link ini pada beliau, bagi menyedarkan beliau dari tidur yang lama.


-HE-

"MELAYU ITU PENDATANG?" JAYAGOPAL ADAIKKALAM



1. Dalam perdebatan yang lepas, saudara JayaGopal telah mengemukakan hipotesis bahawa dahulunya tidak wujudnya Melayu, kapal layar terawal di dunia bukannya datang daripada dunia Melayu dan keris bukannya asalnya dicipta oleh bangsa Melayu.

2. Sayangnya dalam perdebatan tersebut, saudara seperti bermain sorok-sorok dengan kami, saudara datang dengan memberikan komen dalam pelbagai sudut dan setiap kali kami menjawab fakta baru yang cuba dipersembahkan oleh saudara, saudara membisu.

3. Dan saya tidak nampak pula saudara cuba untuk menjawab 60 point yang kami persembahkan untuk menjawab hipotesis tanpa bukti kukuh saudara pada awal perdebatan sebaliknya datang membawa perdebatan baru. Kali ini, isunya apakah Melayu Itu Pendatang?

4. Tidak mengapa, kami tidak kisah mengenainya. Kami masih bersangka baik dengan saudara JayaGopal, mungkin saudara mahu mencuri masa sementara menjawab 60 point yang kami bentangkan,

5. Mengenai teori Melayu datang daripada Yunan ini sebenarnya berasaskan teori evolusi yang dipegang oleh kebanyakan pengkaji di luar sana. Teori ini lahir pun daripada “Peking Man” yang kemudiannya disahkan sebagai palsu.

6. Adapun, apabila kita mahu bercakap mengenai Teori Melayu itu datang daripada Yunnan, kita harus mengkaji antropologi dan linguistic bangsa Melayu itu dulu sebelum kita mahu bercakap mengenai asal usul Melayu daripada Yunan.

7. Pertama, kita lihat penduduk di Yunan pada hari ini adalah daripada bangsa apa dan keluarga bahasanya. Populasi di Yunan mencatatkan dalam 45,966,239 dalam tahun 2010.

8. Dalam 45,966,239, kita mendapati bahawa etnik Han yang paling tinggi. Saya kira saudara Jayagopal sendiri mengenali dari mana Etnik Han ini, sudah tentu mereka adalah China. Say akemudian menyiasat etnik-etnik di Yunan dari majoriti sehinggalah ke minority, saya mendapati selain daripada Sino-Tibetian, bahasa penduduk Yunnan juga merupakan dalam keluarga Tai-Kadai dan juga Hmongic.

9. Kemudian, kita perhatikan bagaimana bahasa orang Melayu itu. Orang Melayu adalah penutur dalam keluarga bahasa Austronesia. Di bawah keluarga bahasa Austronesia, terdapat banyak sub keluarga yang lain.

10. Sub-keluarga dalam bahasa Austronesian itu terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu Rukai, Tsou, Pyuma, Formosan (bahasa penduduk asli Taiwan) dan juga Melayo-Polynesian.

11. Melayo-Polynesian adalah bahasa yang dituturkan oleh bangsa Melayu. Seperti mana Indo Eropah yang mempunyai sub keluarganya tersendiri iaitu Indo Iranian, Indo Aryan, Germanic dan sebagainya. Tiada bezanya Melayu.

12. Anda boleh lihat wilayah para penutur bahasa Melayo-Polynesian itu dan daripada dalam gambar ini (Link: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Malayo-Polynesian-en.svg) dan anda boleh mendapat gambaran di manakah wilayah para penutur Melayo-Polynesian itu.

13. Kemudian, mari kita buat cross references mengenai dakwaan saudara bahawa Melayu itu adalah pendatang daripada Yunnan. Wilayah Yunnan dalam negara China adalah seperti di dalam gambar (Link: http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/1/15/Yunnan_locator_map_(China).svg)

14. Mari saya mengajak anda berfikir sejenak. Bagaimana sebuah wilayah Yunnan yang agak jauh daripada kelompok Melayo-Polynesian, juga Austronesian (Link peta wilayah penutur Austronesian: http://teaching.ust.hk/~huma600d/maps/austronesian-map.jpg) boleh dikatakan tempat asal usul Melayu?

15. Sedangkan dalam peta yang saya kemukakan kepada saudara menampakkan bahawa Wilayah Austronesia, wilayah penutur Melayu adalah bukan daripada Yunnan. Sangat jauh sekali dan bagaimana Melayu boleh terpisah dengan induknya iaitu Asutronesia dan Melayo-Polynesian jauh di pendalaman China yang penuturnya adalah Sino-Tibetian, Hmongic dan Tai Kadai.

16. Ianya adalah sesuatu yang agak tidak logic kalau saudara mengkaji bagaimana pola pertaburan bangsa dan keluarga bangs adan bahasa itu sendiri. Sebab itu banyak par apengkaji mengemukakan cadangan agar menamakan wilayan Austronesia itu sebagai BENUA MELAYU kerana bahasa yang mereka tuturkan berakar dan berindukkan bahasa Melayu juga.

17. Mengenai artikel dalam surat khabar itu, tahukah anda siapakah yang menuturkan teori Melayu datang daripada Yunnan? Nama beliau ialah Prof. Dr. Mohd Hazim Shah Bin Hj Abdul Murad dan beliau merupakan professor di Faculty of Science dan Department of Science and Technology Studies.

18. Dalam artikel yang saudara printscreen itu juga menampakkan pandangan daripada orang yang lebih berkelayakan dalam bidang Sejarah iaitu Ketua Pakar Arkeologi UKM, Prof Dr Nik Hassan Shuhaimi yang menolak sama sekali teori daripada Yunnan itu sendiri. Antara professor Sains dan professor sejarah bercakap hal ini, mana satu pilihan anda?

19. Saya tidak faham permainan apa yang saudara cuba bermain, tetapi jelas saudara bercakap mengenai sejarah bangsa lain tanpa saudara memahami mengenainya.

Sunday, 29 December 2013

KERIS ITU DATANG DARI INDIA - JAYAGOPAL (PENYELEWENGAN SEJARAH)





1. Saya difahamkan tuan Jayagopal cuba untuk menepis dakwaan kami di mana kami mengatakan bahawa kapal kemungkinan dibina oleh orang Melayu itu sendiri. Bahkan kami mendapati hujah tuan adalah mengatakan bahawa Kapal itu datang daripada perkataan Tamil.

2. Hujah kami adalah berdasarkan kenyataan yang diambil daripada (Link: http://depts.washington.edu/silkroad/texts/weilue/appendices.html) di mana daripada link ini dengan jelas disebut bahawa malay and Indonesian STATE.

3. Anda cuba menafikan “Malayan and Indonesia state” itu milik bangsa MELAYU dengan berpegang bahawa sebelum kedatangan orang putih, negara-negara tersebut bukannya Melayu sebaliknya mereka mendakwa diri mereka sebagai bugis, jawa, dan sebagainya. Maka, mereka semua tidak sepatutnya dikatakan sebagai Melayu.

4. Rasanya anda sudah salah faham dalam konsep rumpun Melayu itu sendiri. Anda adlaah individu yang menyangka bahawa BUGIS, BANJAR, BAJAU, SULUK, CHAM, KERINCHI, ACHEH, AMBON, MINANG, JAWA dan sebagainya sebagai bukan salah satu daripada rumpun melayu.

5. Kelihatannya salah faham yang wujud di sini semakin melebar. Mereka menyempitkan fahaman bangsa itu dalam suku bangsa. Hal ini sangat-sangat menyedihkan. Sedangkan orang cina dari pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Tanka dan Hui boleh bersatu di bawah rumpun cina(Sino-Tibetian), kenapa tidak Melayu?

6. Kalau ditelusuri bahasa seperti suku kaum di atas, mereka diklasifikasikan dalam keluarga Melayo-Polynesian, satu sub keluarga bahasa dalam keluarga Austronesian.

7. Bahkan, idea mengenai RUMPUN MELAYU ini wujud sejak zaman berzaman. Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada tahun 1879, di mana ketika itu baginda telah mengusulkan satu usul yang bertajuk, “Penyatuan Dunia Melayu.” King Kalākaua, seorang raja kerajaan Hawaii yang bebas pada ketika itu, merupakan antara orang yang mencadangkan penyatuan tersebut. Katanya. Bangsa Melayu yang meliputi daripada Kepulauan Pasifik sehinggalah ke Kepulauan Melayu di Asia Tenggara haruslah bersatu membentuk Pan-Malay Unity, dan kesatuan itu diharap mampu mengelak daripada penjajahan luar.

8. Penyatuan bangsa Melayu ini turut dikuatkan dengan kebangkitan revolusi di Filipina yang diketuai oleh Jose Rizal. Ketika itu, orang Filipina belum disepanyolkan oleh bangsa Sepanyol. Mereka masih mengenali diri mereka sebagai Melayu. Jose Rizal diberi jolokan oleh orang Filipna sebagai “PRIDE OF MALAY RACE” dan “The Great Malayan”.

9. Jose Rizal pernah menulis di dalam bukunya seharusnya bangsa Filipina di masukkan dalam kesatuan Nusantara dan Bangsa Melayu yang ketika itu kuat bertiup di Tanah Melayu dan Indonesia. Katanya, mereka bangsa Filipina adalah serumpun dan seharusnya dimasukkan ke dalam kategori tersebut.. Kemudian munculnya Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya.”

10. Walace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford (1863), bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada empat kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua.

11. Saya juga sarankan saudara ke link ini : https://www.facebook.com/groups/163597200488778/ yang didirikan oleh orang Indonesia, di mana mereka tidka malu untuk mengaku sebahagian daripada RUMPUN MELAYU.

12. Untuk pengetahuan saudara juga, kami bukan berbekalkan dengan link tersebut sahaja tetapi kami berbekalkan pelbagai sumber untuk menjawab mengenai bahawa Melayu antara bangsa terawal membina kapal dan mengajarkan bangsa lain cara membina kapal.

13. Kalau saudara menggunakan hujah bahawa Alexander The Great yang konon menggunakan kapal untuk berlayar ke negaranya selepas menyerang India Utara sebagai hujah bahawa kapal telah digunakan di India sebelum kedatangan era Melayu, maka izinkan saya menggunakan sumber lain juga. Walaupun setahu saya pergi dan baliknya Alexander The Great adalah melalui jalan darat, bukannya laut.

14. Menurut Lynda Shaffler, catatan daripada orang Cina, dalam bukunya Maritime Southeast Asia to 1500, beliau menyebut:

“Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206 SM hingga 221 SM), orang Cina telah menggunakan layar itu."

15. Dalam bukunya, menceritakan bahawa beratus tahun sebelum Masihi, orang Melayu sebenarnya telah menggunakan dan mencipta kapal laut yang hebat, Bahkan selepas beratus tahun digunakan oleh orang Melayu, Linda Shaffler menctatakan akhirnya pada 200 SM, barulah orang Cina berjaya menggunakan kapal yang digunakan oleh Melayu, itupun pada zaman Dinasti Han dan orang Melayu telah berlayar lebih awal daripada zaman Dinasti Han. Ini membuktikan bahawa era Melayu menggunakan kapal adalah jauh lebih lama daripada era perang Alexander The Great dan Raja Poras memandangkan jangka masanya adalah berates tahun sebelum Dinasti Han mahi rmenggunakan dan mencipta kapal mereka sendiri.

16. Kalaulah kapal itu dibina oleh orang Tamil seperti mana yang dikatakan oleh saudara, saya tidak pernah dengar pula kisah orang Tamil menjadi pelaut terkemuka bahkan mengajar bangsa lain mencipta dan menjadi pelaut terkemuka. Tetapi orang Melayu memang pelaut terkenal.

17. Sampai Madagsacar itu dijejak oleh Melayu dan mendirikan kerajaan di sana dan hari ini, keturunan Melayu di Madagascar dikenali sebagai Malagasy. Bahkan, orang pertama mengelilingi dunia bukannya orang Tamil tau, tetapi Melayu. Saya sarankan saudara mencari siapakah Panglima Awang.

18. Bhakan teknologi perkapalan juga dicipta oleh orang Melayu. Pakar-pakar perkapalan Eropah misalnya telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.

19. Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia membuktikan siapakah itu Melayu dan ilmu lautnya. Tidka pernah pul assay amenjumpai mana catatan mengenai kehebatan kapal-kapal yang diciptakan oleh orang Tamil.

"Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships; naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo"

20. Saya sangat menunggu untuk menemplak saudara yang cuba mengatakan bahawa keris itu adalah warisan orang Maratha. Katanya juga bahawa wilayah Melayu ini berada di bawah Empayar Raja Cheran.

21. Saya mengetahui mengenai kewujudan sebuah Dinasti Chera di Selatan India seawal abad ketiga sebelum Masihi apabila raja daripada utara India iaitu bangsa Aryan yang telah menyebut mengenai Kedalaputho dalam catatannya.

22. Namun, tidak pernah pula sepanjang sejarah dinasti Chera itu, ianya menjadi sebuah empayar dan menyerang mana-mana kerajaan Melayu di Semenanjung.

23. Adapun rekod mengenai serangan daripada India Selatan adalah beribu tahun selepas era Chera, di mana pada tahun 1025, Rajendra Chola menyerang Kedah, tetapi serangan itu bukan bersifat penjajahan tetapi mahu menggangu pelabuhan empayar Melayu Srivijaya dan lebih bersifat MENJARAH.

24. Walaupun terdapat Prasasti Tanjore yang konon menceritakan mengenai Srivijaya ditawan dan dijajah, tetapi para sejarawan mempertikaikan prasasti itu kerana 2 tahun selepas serangan itu, terdapat Maharaja Srivijaya yang menghantar utusan ke China bahkan China tidak langsung mencatatkan sebarang rekod mengenai Srivijay apernah berada di bawah empayar Chola ketika itu.

25. Adapun saya melihat, terdapat juga saudara sebangsa dengan saudara yang menggunakan hujah Sulalatus Salatin, di mana di dalam sana menceritakan mengenai seorang raja bernama Raja Suran dikatakan telah menyerang semenanjung adalah bukti Raja Chola pernah menawan alam Melayu ini.

26.Dakwaan itu tidak berasas sama sekali. Soal Raja Suran inipun masih didebatkan oleh sejarawan kerana penceritaan Sulalatus Salatin agak berkias dan penuh dengan kod tersendiri. Asasnya memang kesultanan Melaka tapi terdapat banyak pendapat tentang rantingan cerita. Antaranya Alexander The Great itu sendiri.

27. Kalau diteliti kisah Raja Suran turun ke dasar laut untuk melihat kerajaan di bawahnya menggunakan kotak kaca, maka kita akan mendapati bahawa terdapat lukisan mengenai Alexander berlaku yang sama. (Link: http://scienceblogs.com/universe/wp-content/blogs.dir/447/files/2012/04/i-93ce08ed1155523d9fff936fc659633b-white_glass_FINAL.jpg)

28. Bahkan terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa Raja Suran itu adalah Parsi. Ini dalah dibuktikan apabila apabila diperhatikan serta diselusuri adalah seperti gelaran Shah yang digunakan oleh raja Melayu itu asalnya daripada Parsi dan budaya Parsi sebenarnya banyak menyerap dalam diri budaya melayu itu.

29. Sebagai contoh, adalah tradisi alat muzik nobat dan nafiri. Itu adalah berasal daripada budaya parsi dan nobat berasal dari perkataan "naubat" iaitu bermaksud 9 alat muzik dalam bahasa Parsi.

30. Itu belum kita bercakap mengenai budaya bersongkok di mana saya percaya dibawa oleh orang Parsi itu sendiri keran aterdapat lukisan dan ukiran raja Parsi memakai songkok. (Link: https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q71/1426741_244967475661943_31845585_n.jpg)

31. Mengenai asal usul silat yang konon di bawa oleh Cheran yang dikatakan oleh saudara, saya merasakan sudah tiba masanya saudara mempelajari mengenai sejarah semua bangsa di dunia, bukan sahaja sejarah Tamil.

32. Saya mendapati bahawa dakwaan bahawa keris itu adalah milik orang Maratha berserta lukisan yang saudara persembahkan kepada saya adalah tidak logik berserta lukisan yang saudara persembahkan berdasarkan faktor-faktor yang akan saya persembahkan.

33. Bukan sesenang itu untuk mendakwa bahawa keris itu datang daripada sana kerana saudara perlu untuk membuktikan bahawa timeline asal usul dan sejarah keris itu adalah sesuai kisah saudara.

34. Zaman proto keris ditemui adalah di Kebudyaaan Dong Son, sebuah Tamadun Gangsa milik Melayu Champa di IndoChina sana di mana pada waktu itu, 2500 SM ditemui sesuatu yang dikenali oleh pengkaji sebagai Proto Keris.

35. Kemudian, pada tahun 1500 SM, Ratu Hatshepsut telah mengukir mengenai satu kerajaan yang menjadi tempat perlayaran Ratu Hatshepsut untuk berdagang dan mengambil kemenyan yang sangat berkualiti daripada situ.

36. Para pengkaji mengenali tempat ini sebagai Punt dan untuk pengetahuan saudara jayagopal, kami mendapati bahawa terdpaat ukiran mengenai raja Punt yang dikenali sebagai Raja Perahu dan isterinya Ratu Hati yang di mana Raja Perahu itu terlihat memakai keris, yang disisipkan di sebalik sampingnya. (Link: https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/305631_443944775635117_1206367128_n.jpg)

37. Namun kini terdapat beberapa para sarjana yang bersepakat mengatakan keris dipercayai paling awal ditemui di dasar tapak induk Candi Borobudur yang dibina sekitar tahun 875 masihi.

38. Keris tersebut dikenali sebagai "Keris Majapahit". bentuk hulunya seperti manusia manakala matanya menyatu bersama hulunya. keris ini lurus tidak berlok dengan kepanjangan 28.3 sentimeter.

39. Bahkan bila kita bercakap mengenai Keris, maka saudara harus menerima hakikat mengenai Keris adalah sebuah senjata yang mempunyai falsafah yang sangat tinggi dalam budaya Melayu itu. Terdapat 4 ciri-ciri untuk mengklasifikasikan sesuatu itu sebagai keris.

40. Keris harus terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu bahagian bilah atau mata keris (termasuk pesil) dan bahagian ganja. Kalau bahagian bilah dan pesi melambangkan wujudnya lingga, maka bahagian ganja pula melambangkan wujudnya yoni. Dalam falsafah Hindu, persatuan antara lingga dan yoni adalah simbol kesuburan, keabadian dan kekuatan.

41. Bilah keris harus membuat sudut tertentu terhadap ganja, tidak tegak lurus.Kedudukan bilah keris yang miring atau condong itu lambang sifat yang terpuji: tidak kira apa juga kedudukan dan pangkatnya, orang itu harus sentiasa tunduk dan hormat bukan sahaja kepada Sang Pencipta, tetapi juga sesamanya. Hal ini sesuai dengan falsafah padi: semakin berisi semakin merunduk. Berdasarkan falsafah ini, pendapat yang mengatakan keris adalah dibuat semata-mata untuk membunuh dengan sendirinya tertolak.

42. Ukuran panjang bilah keris lazimnya adalah antara 33 cm sampai 38 cm.Namun, bilah keris di luar Jawa boleh sampai 58 cm, bahkan panjangnya keris buatan Filipina Selatan ada yang mencapai 64 cm. Mengenai senjata tikam menyerupai keris yang panjangnya di bawah ukuran yang lazim, menurut banyak ahli belum dapat dikategorikan sebagai keris, tetapi keriskerisan.

43. Keris yang baik harus dibuat dan ditempa dari tiga macam logam, minimaldua, iaitu besi, baja dan bahan pamor. Keris-keris tua atau lebih tepatnya keris prototaip, misalnya keris Buda, tidak menggunakan pamor.

44. Bahkan untuk pengetahuan saudara Jayagopal, antara senjata tradisi dunia yang dianggap terhebat pernah dicipta ialah Pedang Samurai yang digunakan pada era kegemilangan Shogun Tokugawa di Jepun. Pedang Samurai terhebat pernah dicipta menggunakan 12 jenis besi. Tetapi, beberapa pengkaji Jepun yang meneliti keris Tempa Melaka yang dicipta oleh seorang Melayu bernama Sang Guna terperanjat apabila mendapati ia dicipta menggunakan lebih 21 jenis besi.

45. Falsafah Keris itu juga sangat tinggi. Sebagai contoh, umumnya, orang Melayu mensisipkan keris di pinggang, iaitu dibahagian hadapan badan dengan menaruhkan harapan dan ketuahan kepada keris lebih utama daripada diri mereka sendiri. Apabila dilihat dari hadapan, musuh atau lawan sudah berandaian bahawa si pemakai keris sebenarnya sudah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Manakala bagi orang Jawa, keris disisipkan dibahagian belakang badan mereka dengan niat untuk sentiasa berwaspada dan keris dicabut daripada sarung apabila diperlukan. Lantaran itu, keris yang disembunyikan dibelakang badan juga bertujuan untuk mengelirukan lawan.

46. Apabila hulu keris dihadapkan ke arah badan, iaitu sama ada dibahagian hadapan atau pun belakang si pemakai, ia membawa maksud ‘aku datang dengan aman’. Sekiranya, hulu keris dihadapkan keluar, ia merupakan tanda amaran kepada musuh atau lawan dan memberi pengertian ‘aku siap untuk bertarung’.

47. Terdapat 10 simbol dan falsafah keris itu dalam masyarakat Melayu wahai saudara Jayagopal. Keris dalam masyarakat Melayu ialah sebagai lambang maruah, kejantanan, harga diri, jati diri, daulat, senjata, batang tubuh, penjaga diri, pembantu dan pakaian.

48. Itu belum lagi saya menceritakan mengenai Falsafah pembinaan keris, falsafah bilah keris, falsafah adab dan rahsia dan falsafah anatomi keris. Apakah dagger di India mempunyai sesuatu yang seumpama dengannya? Kalau ada, sila kemukakan.

49. Keris bukan sebarang besi. Antara keris yang mempunyai nilai tinggi ditempa dengan batu meteor. Sebenarnya terdapat banyak jenis besi digunakan utk menempa keris. bukan calan-calang prosesnya.

50. Seandainya keris adalah warisan dari orang Maratha, sila jawab pertanyaan saya... Adakah terdapat satu jenis senjata dari India yang mempunyai falsafahnya setanding dengan falsafah keris? Kami mencabar saudara Jayagopal.

51. Cabaran kami juga adalah berbunyi begini, kalau keris berasal dari budaya India ,sudah tentu ia masih terdapat di India hingga ke hari ini . Adakah keris terdapat di India hari ini, sedangkan di wilayah Melayu Nusantara ia masih digunakan meluas hingga ke hari ini. Kalau ada, sila tunjukkan bukti.

52. Bagaimana boleh dikatakan bahawa sebuah empayar Tamil pernah alam Melayu sedangkan di zaman dahulu tiada penempatan koloni orang India (Tamil ) di negeri-negeri Malay city state. Paling awal koloni kaum India adalah Kaum Ceti di Melaka. Di tempat lain tiada koloni India .Kalau benar Rajendra Cola berjaya menakluk Malay City State sudah tetu dia membina penempatan besar kaum Tamil untuk mengukuhkan kedudukan,Ternyata tiada.Ternyata seluruh angkatan Cola pulang ke India semula dan tidak menetap di sini.

53. Sedangkan Portugis yang menaluk Melaka dalam tempoh singkat pun ada meninggalkan koloni Kaum Serani di Melaka hingga ke hari ini.Tak akan empayar Tamil yang didakwa oleh saudara yang dikatakan berjaya menakluk tak tinggalkan sedikit koloni pun.

54. Juga, berikan kepada kami seni mempertahankan diri apa yang digunakan oleh bangsa Tamil/India yang menggunakan keris kerana keris adalah kembar kepada seni mempertahankan diri Melayu.

55. Kami juga mendapati bahawa saudara cuba menggunakan istilah "KAPAL" dalam bahasa Melayu yang membawa hujah kononnya ianya dicedok dari bahasa Tamil menandakan bahawa kapal di bina oleh orang Tamil.

56. Untuk Pengetahuan saudara Jayagopal, mengenai perkataan Kappal sebagai kapal pula sebenarnya peminjaman perkataan kapal dari orang tamil ini berlaku di zaman semi modenr kerana sebelum itu orang2 melayu TIDAK Menggunakan perkataan KAPAL

57. Tanyalah orang-orang tua yang umurnya lebih 90 tahun kalau ada, mereka memanggil kapal sebagai jong, lancara, geliung, pinisi, Perahu, Geliung, lancang, barangai ,tongkang, bahtera, penyalang dan banyak lagi.

58. Dan mengenai perkataan kapal juga hanya pengkaji moden yang menggunakan perkataan itu tapi pengkaji dan penulis british zaman dahulu menggunakan perahu atau junk dan proahs

59. Contohnya: The Malay piratical proas are from six to eight tons burden, and run from six to eight fathoms in length. They carry from one to two small guns, with commonly four swivels

60. Kami mengharapkan penghujahan daripada pihak saudara bagi menjawab setiap hujah yang kami persembahkan. Saudara haruslah menjawab keseluruhan hujah kami, bukannya menjawab separuh dan meninggalkan separuh kerana itu adalah perbuatan tidak beradab dalam perdebatan ilmiah.

[HE, TMH, Al-Semantani, RAD, mz, Izzat Yousuf, AH, ninotaziz, AP dan Sepintas Lalu]


(Department Sejarah Nusantara "The Patriots")

MENJAWAB PENYELEWENGAN SEJARAH MELAYU




[SHARE DAN LIKE ARTIKEL INI BAGI MEMPERTAHANKAN SEJARAH KITA]

1.         Era Rajendra Cholas adalah pada tahun 1025 ketika dia menyerang Kedah, yang merupakan sebahagian daripada Srivijaya dan serangan Rajendra Cholas pada waktu itu perlu diketahui bukannya bersifat penjajahan tetapi mahu menganggu pelabuhan empayar Melayu Srivijaya dan ianya bersifat penjarahan. Kebanyakan sejarawan bersetuju dengan hal ini seperti Paul Michael Munoz. Era berdirinya Lembah Bujang ketika itu adalah 1000 tahun lebih awal daripada serangan Rajendra Cholas ke atas Kedah.

2.         Saya dah biasa bertemu dengan hujah yang agak kedengaran janggal ini. Hujah yang begini adalah membuktikan betapa sikitnya hubungan anda dengan orang Melayu itu sendiri.

Di sesetengah negeri terdapat orang Melayu yang berkongsi nama depan yang sama. Di Kelantan, nama seperti Nik dan Wan selalu digunakan. Nama seperti Daeng pula terkenal di kalangan masyarakat Melayu Bugis. Nama seperti Raden/Radin ialah nama yang selalu digunakan oleh masyarakat jawa. Meor pula nama yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu Perak. Masyakat Melayu-Arab pula terkenal dengan nama Syed dan Syarifah di hadapan pangkal nama mereka.

Dan sekali lagi saya tekankan, jangan bercakap mengenai soal Melayu kalau anda tidak pernah bergaul dengan kami. Terdapat banyak lagi Melayu di zaman Melaka yang turut menggunakan nama pangkal Hang. Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Nadim, Hang Hasan, dan Hang Hussin? Untuk pengetahuan saudara juga, nama Hang ini juga merupakan gelaran yang diberikan oleh Istana Melaka pada waktu itu, seperti mana istilah Dato’ pada hari ini.

Dan setiap nama-nama yang anda cuba cinakan sebenarnya mempunyai maksud dalam bahasa Melayu. Nama tuah bermaksud bernasib baik. Masakan ada yang bodoh percaya bahawa nama Tuah itu dimelayukan daripada Too Ah? Nama Jebat dalam bahasa Melayu bermaksud bau badan. Pernah dengar tak ungkapan “baunya seperti jebat musang”. Masakan ada yang mengatakan bahawa nama Jebat itu daripada Jee Fat? Kasturi pula ialah nama haruman. Semua orang tahu tu. Lekir pula datang daripada nama ubi. Lekiu pula datang daripada bahasa Melayu lama yang bermaksud lekit.

3.         Kesalahan fakta anda perlu dibetulkan. Parameswara adalah putera bangsawan daripada Empayar Melayu Srivijaya bukannya Majapahit. Ini satu lagi sindrom yang perlu dibetulkan. Bila dengar sesuatu itu beragama Hindu aje, terus dilabelkan sebagai India.

Errr… saya rasa kawan Jawa kita tentu akan marah bila membacakan kenyataan saudara Elangovan mengatakan bahawa Majapahit itu adalah milik orang India hanya semata-mata namanya berpaksikan agama Hindu. Rasanya kalau saya printscreen status anda pada orang Indonesia, mengamuk mereka memanggil anda Maling kerana cuba meng-TAMIL-kan dan meng-INDIA-kan Empayar Majapahit.

4.         Tentang Kota Gelanggi (saya kira saudara tersilap ejaan 'Kota' menjadi 'Gota')..... Kota Gelinggi terukir kemas dalam Sulalatus Salatin, sebuah naskah yang menjadi rujukan orang ramai dan diiktiraf oleh UNSECO. Ianya adalah milik orang Melayu, dipercayai juga merupakan kerajaan yang dikongsi bersama oleh Melayu-Mon.

Terdapat juga pendapat sejarawan mengatakan bahawa Kota Gelinggi ini adalah asalnya sebuah empayar Melayu pertama di dunia, iaitu EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA.

*penjarahan bermaksud serangan yang dilakukan untuk merompak harta kekayaan berbanding penjajahan yang bermaksud serangan yang dilndaskan perasaan ingin menguasai sebuah bangsa itu sendiri.

Rujukan:

1. Hikayat Hang Tuah

2. Paul Micheal Munoz. Early Kingdoms Of The Indonesian
Archipelago and The Malay Peninsula.

3. Kamus Dewan Edisi Keempat

4. A. Samad, Ahmad. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Ahmad Sarji, Abdul Hamid. The Encyclopedia of Malaysia - The Rulers of Malaysia 16. Editions Didier Millet.


-HE-

Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds