The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 25 February 2014

BUDAYA MEMBACA


Budaya membaca merupakan rezeki yang sangat terperinci dari segi akses yang mampu diraih. Seorang ulat buku mampu mendapat informasi-informasi terkini tentang perkembangan dunia, peradaban sejarah dan hiburan-hiburan berasaskan novel, berbanding seorang malas membaca buku yang hanya mengharapkan dokumentari-dokumentari dan berita-berita, termasuk juga dengan filem-filem untuk keperluan harian.

Daripada anda melaksanakan revolusi tumbang kerajaan, lebih baik anda memulakan revolusi tumbang kemalasan: “reading revolution”, demi kebaikan anak bangsa. Pembentukan kebudayaan membaca di alam sekolah merupakan aspek yang penting untuk mendapat pelajar yang lebih dinamik. Sumber ilmu dalam alam ini telah diukir melalui buku, bukannya minda dan mulut guru.

Walaubagaimanapun, pembentukan budaya membaca akan memakan masa dan perlukan komitmen staf sekolah untuk:

•           Menyokong sumber dan program perpustakaan
•           Memegang kepada visi “revolusi membaca”
•           Mengajar anak-anak murid kenapa budaya membaca merupakan asas yang penting
•           Membina suasana budaya membaca

Imej sekolah memberi gambaran kepada intipati sekolah tersebut. Kalau sekolah sangat bermegah dengan kejayaan-kejayaan sukan, maka sukan merupakan intipati sekolah tersebut. Jadi untuk memupuk budaya membaca, sekolah perlu memeluk fahaman “revolusi membaca” secara komited.

Di seluruh foyer-foyer sekolah perlu dihiasi dengan hiasan-hiasan yang memupuk kepada budaya membaca, dan kalau sekolah mampu menjemput penulis-penulis atau karyawan-karyawan domestik atau antarabangsa, itu merupakan kejayaan pertama yang mampu melahirkan inspirasi dalam anak-anak muda.

Anak-anak muda memerlukan inspirasi. Mereka merupakan pengembara berasaskan minat mereka sendiri. Jadi, kalau sekolah berjaya membawa minat mereka ke arah budaya membaca, itu merupakan perkembangan yang positif untuk mencapai kejayaan dalam “revolusi membaca”.

Selain daripada peranan yang dimainkan oleh guru, perpustakaan juga perlu mempunyai sumber-sumber yang terbaik. Kalau kita bandingkan kedai-kedai buku domestik dan antarabangsa, kita boleh dapati “kekurangan zat” dalam pembacaan kita. Pendapat saya, buku-buku seperti manga, komik dan majalah perlu dikurangkan, dilebihkan kepada hikayat-hikayat sejarah, novel-novel fiksyen dan buku-buku bukan fiksyen.

Dengan cara inilah sebuah perpustakaan akan mempunyai sumber sempurna yang akan menjadi pemangkin kepada revolusi ini. Apabila wujud hubungan guru-murid, semestinya kaedah pembacaan akan berjalan dengan sempurna. Sangat susah untuk mendapati sekolah yang mempunyai buku-buku berdasarkan perkara-perkara penting seperti: pergolakan di Dunia Arab, kejayaan Negara Israel, Perang Dingin, Perang Dunia Pertama dan Kedua, dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, sumber terawal saya tentang Perang Dunia Kedua adalah permainan video Medal of Honor dan Call of Duty. Daripada situlah saya bergerak untuk membaca karya-karya penulis bukan Fiksyen. Ini akan menjadi satu masalah kalau orang lain turut mengharungi keadaan yang sama. Mereka tidak akan mengetahui nama-nama seperti Roza Shenina, Georgy Zhukov dan Benito Mussolini, atau insiden-insiden seperti Holocaust, Siege of Leningrad, Winter War, atau Battle of Kiev.

Apabila wujud keadaan sebegini, semestinya masyarakat dalam wilayah tersebut akan dibelenggu dengan masalah-masalah ketaksuban akibat mereka tidak mampu membezakan perkara yang memerlukan mentaliti maju untuk membezakan.

Orang-orang Islam pada hari ini mengenali Saidina Umar sebagai perwira mata pedang, tanpa mengetahui dasar-dasar geopolitik yang beliau bentukkan dalam sistem kerajaan unitari. Apabila ditanya, orang-orang Islam hanya akan menjawab: "khilafah merupakan jalan yang terbaik", tanpa mengetengahkan masalah-masalah ketika dalam perjalanan kearah khilafah. Lebih teruk, ada yang menjawab "yakin kepada Allah" tanpa mempunyai "master plan", seolah-olah mengharapkan Allah yang akan buat semua kerja.

Seketika kanak-kanak menghabiskan masa menonton “Upin dan Ipin”, mampukah Malaysia membentuk kanak-kanak yang bertanya tentang strategi Pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua?

Sepertimana fahaman agama perlu diterapkan dari kecil, amalan membaca mesti bermula sebelum lahir lagi.


-- AFDS --

THE 'POOREST' PRESIDENT - URUGUAY'S JOSE MUJICA



1. Lives on a small farm surrounded by other tiny home - guarded only by 2 policemen and his 3-legged dog 'Manuela'
2. Donates 90% of his USD 12,000 salary to charity organizations (calculating his take home pay to be USD 1,200)
3. Drives a 1987 Volkswagen Beetle worth about USD 1,800 (equivalent of his annual personal wealth declaration)
4. Only in 2012 he increased wealth declaration to USD 215,000 as it includes his wife’s assets of a land, tractors and a house

“I'm called 'the poorest president,' but I don't feel poor. Poor people are those who only work to try to keep an expensive lifestyle, and always want more and more," - Jose Mujica, President of Uruguay

http://latino.foxnews.com/latino/politics/2012/11/15/uruguay-president-mujica-shuns-wealth-for-small-farm-and-vw-beetle/


-XR-

PETUA MEWANGIKAN BADAN / KUKUS BADAN (LELAKI & PEREMPUAN)


•           Ambil tempurung kelapa sebanyak 2 biji dan bakar sehingga menjadi bara.
•           Apabila sudah berbara, letakkan di dalam tempurung kelapa yang lain.
•           Letakkan sedikit arang dan kemenyan. Biarkan kedua-dua bahan ini membara bersama bara tempurung kelapa tadi.
•           Ikat kain batik atau kain pelekat di leher anda. Duduk di atas kekuda atau kerusi kayu. Baca bismillah, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 7 kali.
•           Pandang/Dongak ke atas (cadangan-jika tidak mahu dongak tidak mengapa).
•           Biarkan asap tadi menyelubungi diri anda. Buat sehingga asap tidak kelihatan lagi.
•           Ketika sedang melakukan aktiviti ini, sentiasa berzikir dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

> Amalan orang-orang Istana

PERINGATAN : Jangan sesekali membaca jampi-jampi yang anda tidak tahu maksudnya. Sila rujuk http://junied-rahsianampakjin.blogspot.com/2010/02/gangguan-jinkemenyan-sihir.html


-AH-

PEMBENTUKAN KUASA YANG PALING BERPENGARUH PADA TAHUN 2015



Perkembangan dunia merupakan satu unsur yang sangat penting. Ianya perlu diambiltahu oleh semua pihak, terutamanya kaum Melayu yang seringkali berkecimpung dengan gelumangan-gelumangan politik domestik. Tanpa mengetahui perkembangan dunia, termasuk juga dengan sejarah, berkemungkinan besar anda akan mengulangi kesilapan-kesilapan negara-negara lain. Dan pada hari ini, krisis-krisis geopolitik di Ukraine dan Thailand telah mendapat perhatian dunia.

Perbincangan tentang Thailand akan dirungkai secara terperinci dalam artikel yang akan datang, kerana landskap geopolitik Ukraine merupakan penentu kepada pembentukan kuasa yang paling berpengaruh pada masa yang akan datang. Kalau berjaya, pemimpin yang beroperasi dari Kremlin akan menjadi pemimpin yang paling berkuasa di seluruh dunia dan akan menundukkan Barack Obama seolah-olah Presiden Amerika Syarikat merupakan biji janggus yang akan diratah dengan mudahnya. Dan perkara ini dijangka akan bermula pada tahun 2015, ketika ekonomi Amerika Syarikat berada dalam keadaan yang nazak.

Orang tersebut, seperti yang ditakuti oleh White House dan Brussels (Kesatuan Eropah), adalah Vladimir Putin, yang telah berjaya memalukan Barack Obama dalam isu Syria. Rusuhan Ukraine boleh dikatakan sebagai usaha Brussels untuk menghalang pembentukan kuasa ini. Rakyat Ukraine berasa tidak selamat dengan kuasa yang dikatakan berdasarkan sejarah mereka bersama Kesatuan Soviet: Holodomor dan Tragedi Chernobyl.

Dua minggu selepas mereka menghiasai jalan-jalan Kiev dengan gerakan-gerakan demonstrasi, peserta pro-Kesatuan Eropah telah mengangkat panji “rusuhan” dengan laungan “Ukraine adalah Eropah”. Perkara ini meledak setelah Presiden Viktor Yanukovych, selepas bertemu Presiden Vladimir Putin secara rahsia, menolak tawaran untuk memasuki Kesatuan Eropah dan bertindak untuk merapatkan hubungan bersama Rusia pula.

Perkara ini merupakan kejutan yang sangat menyakitkan untuk Brussels. Pembubaran Kesatuan Soviet merupakan peluang keemasan untuk penyebaran mereka. Tiga republik telahpun bergerak sebagai ahli bersama Brussels selepas keruntuhan komunisme. Slovakia dibawah Presiden Ivan Gasparovic mempunyai satu masalah yang sangat kritikal.

Gerakan-gerakan sosialis di Malaysia telah tertipu dengan statistik-statistik ekonomi Cuba dan Brazil dalam perjuangan mereka demi pendidikan percuma. Mereka mengabaikan dana dari Kremlin (ketika Kesatuan Soviet) dan cukai yang tinggi. Kalau anda menyangka keadaan sosioekonomi di Slovakia menjanjikan kehidupan yang tenteram, anda telah tertipu dengan statistik-statistik sedemikian.

Walaupun ekonomi Slovakia yang dikelaskan sebagai “high-income advanced republic” dengan rakyat yang lebih berkurangan berbanding Malaysia, rakyat-rakyat sederhana dan miskin telah ditekan dengan jerutan pengaruh Kesatuan Eropah. Tidak mustahil buat seorang lelaki untuk tinggal bersama ibu bapa sehingga usia 40-an kemudian baru berkahwin. Wanita-wanita Slovakia yang sederhana atau miskin semestinya akan menerima pinangan orang-orang kaya untuk mengelakkan kehidupan dalam jerutan Kesatuan Eropah.

Brussels masih lagi sedang mempengaruhi harga barangan dan perkhidmatan. Kos sara hidup semakin meningkat selepas Krisis Ekonomi Zon Eropah. Keadaan kekal kritikal kepada rakyat sederhana dan miskin oleh kerana “kapitalisme zalim” mereka. Perkara sebegini seringkali diabaikan oleh aktivis-aktivis tertentu oleh kerana ghairah mereka untuk mencapai negara maju tanpa menyedari keadaan sosioekonomi.

Apa gunanya pencapaian negara maju kalau harga-harga barangan terlalu tinggi? Sebab-sebab inilah yang sedang menghantui pemikir-pemikir Brussels yang sedang bergelut bersama Moscow untuk merampas republik-republik bekas Soviet dan pada masa yang sama mengelakkan kehilangan republik-republik sedia ada yang akan menyukai matlamat bersejarah Moscow: “Kesatuan Eurasia” yang dijangka akan terbentuk pada tahun 2015, meletakkan Vladimir Putin sebagai penguasa terbesar, selepas Mikhail Gorbachev telah terjatuh melalui kehancuran geopolitik yang sangat teruk.

Brussels sedang bergerak dengan perbelanjaan yang banyak untuk mempengaruhi Armenia, Azerbaijan, Belarus, Georgia, Moldova dan Ukraine, tetapi “torpedo diplomasi” ini dibalas oleh pihak Moscow dengan pembentukan “Kesatuan Kastam” bersama Belarus dan Kazakhstan, kemudiannya penubuhan blok ekonomi yang telah mempengaruhi Kyrgyzstan dan Armenia. Moldova pula telah digegar dengan taktik tekanan diplomasi yang sangat merisaukan.

Yang paling ditakuti Brussels, Moscow kini mempunyai peluang untuk berkembang tanpa had.

Kesatuan Eurasia sememangnya lebih kebal berbanding Kesatuan Soviet atau Kesatuan Eropah. Mereka tidak mempunyai kewajiban penudukan kearah komunisme. Adalah tidak relevan kalau Malaysia menjadi ahli kepada Soviet atau Brussels oleh kerana peledakkan geopolitik Malaysia yang mementingkan agama (Soviet) dan juga kedudukan Malaysia sebagai negara bukan Eropah (Brussels). Tetapi, ianya relevan sekiranya Malaysia menyertai Kesatuan Eurasia.

Itulah dilema besar kuasa-kuasa kapitalis Brussels, kerana Moscow sedang berkembang ke Turkey, India dan Syria. Saya berpendapat Syria akan menyertai kesatuan ini sebagai ahli kepada komponen ekonomi, politik, penghakiman dan ketenteraan. Jika terbentuk, Vladimir Putin akan menjadi ketua negara yang paling berpengaruh dalam sejarah, jauh lebih kuat berbanding mana-mana presiden Amerika Syarikat.

Sebab itulah Viktor Yanukovych telah membelakangkan Kesatuan Eropah yang hampir berkecai akibat Krisis Kewangan Zon Eropah. Kiev memang terlalu terikat dengan Moscow dari segi hutang dan bekalan gas asli, dan jika Kiev membelakangi Moscow untuk Brussels, sudah tentunya kos sara hidup di Ukraine akan melonjak kepada paras yang tidak mampu dikawal, kerana Moscow sudah tentu akan mencekik Kiev sehingga Viktor Yanukovych dihalau keluar.

Contoh yang mudah telah membawa Viktor Yanukovych untuk berpandang ke Moscow adalah sekatan-sekatan ke atas pengimportan gula-gula, coklat dan kek dari Ukraine atas alasan kesihatan. Belarus, Moldova dan Lithuania turut dibedil dengan “torpedo ekonomi” yang sama – baja kalium (Belarus), wain (Moldova) dan produk tenusu (Lithuania). Tetapi Moldova masih lagi tegas untuk memasuki Kesatuan Eropah sehinggalah Moscow memberi amaran bahawa mereka akan membatalkan pembekalan gas asli pada musim sejuk dengan kenyataan dari Dmitri Rogozin: “Kami berharap anda tidak akan beku.”

Tanpa gas asli, Moldova tidak mampu menjana elektrik untuk kegunaan pemanasan. Anda sendiri mampu berfikir apakah tindakan logik yang perlu diambil oleh Presiden Nicolae Timofti memandangkan rakyatnya akan mati kesejukan tanpa elektrik ketika suhu negara mencapai angka negatif? Brussels memang terlalu marah dengan taktik-taktik tekanan diplomasi Moscow, dengan kenyataan kononnya ianya tidak adil dan salah disisi undang-undang.

Pengaruh-pengaruh Brussels sedang berusaha sedaya-upaya untuk menghalang Ukraine, republik yang mempunyai tanah paling subur, untuk bergerak ke arah Moscow. Keadaan semakin keruh apabila peserta demonstrasi dan polis mogok telah merempuh antara satu sama lain berhampiran dengan patung Vladimir Lenin yang ingin dihancurkan.

Walaupun peserta-peserta demonstrasi berusaha, patung Lenin kekal berdiri: simbolik dengan kejayaan-kejayaan zarah komunisme yang telah menyatukan sebuah empayar yang sangat besar dan kuasa yang gagah.

Maklumat terbaru daripada Kremlin mengatakan Komanwel Negara-Negara Merdeka (Commonwealth of Independent States – CIS) sedang bertukar secara berperingkat kepada Kesatuan Eurasia.

Mampukah Vladimir kedua (Vladimir Putin) menggabungkan seluruh rantau Asia dalam kesatuan dan hubungan diplomasi? Adakah kita berada dalam ambang Perang Dingin Kedua ketika ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah berada dalam keadaan yang kritikal?


-- AFDS --

KEBANGKITAN SEMULA KE ARAH ZAMAN EMAS SILAM?



Nampaknya Republik Uzbekistan sudahpun bersedia untuk mengembangkan ekonomi mereka secara besar-besaran menerusi program-program jangkamasa panjang yang akan menekankan pembentukan masyarakat yang berkompetitif secara sepenuhnya. Pentadbiran mereka akan memberi tumpuan kepada “kejayaan modernisasi secara teknologi dan teknikal”.

Selain daripada kejayaan republik Islam ini ketika keperitan 2008-2012, Uzbekistan merupakan negara yang berjaya memupuk masyarakat mereka untuk berjaya secara kebudayaan. Dengan penuh keyakinan, Presiden Islam Karimov mengatakan tahun 2014 merupakan mobilisasi secara sepenuhnya untuk mendapat pertumbuhan KDNK sebanyak 8.1% berdasarkan pengeluaran-pengeluaran bahan kimia, simen dan perusahaan kereta secara besar-besaran,

Penggadaan kapasiti pengeluaran baja kalium telah ditekankan untuk mencapai angka 600,000 tan dari 200,000 tan. Begitu juga dengan pembuatan simen yang disasarkan pada 760,000 tan buat simen Portland dan 350,000 tan untuk simen putih. Dalam sebuah wilayah, mereka akan membina sebuah kompleks bahan kimia dan juga loji kuasa thermal.

Dalam hubungan antarabangsa, Uzbekistan telah memulakan gerakan untuk mendekati China dengan projek pipeline antara kedua-dua negara.

Sasaran untuk perkembangan industri diletakkan pada kadar 6% dan 8.3%. Kalau berjaya, mungkinkah Islam Karimov akan menjadi seperti Dr Mahathir Mohamad? Kita perlu melihat kepada unjuran ekonomi pada tahun 2015.

Ingat semua: angkanya adalah 8.1%. Mari kita doakan kejayaan mereka sesama agama Islam.


-- AFDS --

DINASTI HAN: DRAMA DI BAWAH SINARAN BULAN



Selepas peristiwa jamuan maut di Hong Gate, kita bakal menyaksikan bagaimana Liu Bang terpaksa tunduk di bawah Xiang Yu. Liu Bang bersyukur selepas berjaya menyelamatkan diri daripada jamuan yang telah direka untuk menewaskannya dan terpaksa menyerahkan mohor diraja Dinasti Qin kepada Xiang Yu.

Zhang Liang ketika menasihatkan Liu Bang supaya tunduk kepada Xiang Yu, buat sementara kerana menyedari bahawa pasukan Liu Bang tidak mungkin menang ke atas Xiang Yu yang begitu hebat itu.

Xiang Yu ketika itu pula mengumumkan dirinya sebagai “Raja Hegemoni Chu” dan Raja Huai yang menjadi maharaja ketika itu hanyalah boneka kepada Xiang Yu. Xiang Yu kemudian membahagikan China kepada 18 kerajaan. Kawasan Guanzhong, atau China Tengah yang sepatutnya dimiliki oleh Liu Bang kerana telah sampai awal ke Xianyang telah diberikan kepada Tiga Jeneral Qin manakala Liu Bang telah dicampak ke Bashu,, sebuah kawasan pendalaman China.

Ketika itu, Liu Bang telah mendapati bahawa nasibnya untuk menjadi maharaja China dan memerintah seluruh China agak kabur kerana peluangnya sudah semakin tipis. Terperangkap di kawasan pendalaman seperti Bashu yang makanan asasinya ialah serangga goring, yang di mana kawasannya seperti paya. Namun, siapa tahu takdir mempunyai perancangan lain untuk Liu Bang memiliki China.

[Han Xin, Lelaki Yang Merangkak Di Bawah Kangkang]

Han Xin adalah seorang lelaki biasa yang sebenarnya mempunyai sejarah yang dikurinakan tuhan kebijaksanaan yang tiada bandingannya pada zamannya. Namun, kehidupan Han Xin adalah sangat sadis.

Anak yatim ini hidup bergantung pada ehsan orang lain. Dia akan meminta-minta makanan setiap hari di sekitar kampungnya. Dan ketika dia kebuluran, perempuan itu akan membantunya. Han Xin juga jatuh cinta pada seorang gadis jelita di kampungnya dan mereka berkawan dan gadis itu yang selalu membantu Han Xin.

Pernah suatu masa, Han Xin yang bercita-cita besar menjadi seorang jeneral perang, membawa pedangnya di skeitar kampungnya, dia tersempak dengan sekumpulan manusia yang agak ramai dan Han Xin seringkali dibulinya.

Han Xin diketawakan, diejek dan dimaki kerana impiannya dan dia telah dipaksa merangkak di bawah kangkang ketua kumpulan tadi kalau tidak mahu dipukul. Han Xin akur kerana menyedari dirinya yang dikelilingi oleh lelaki yang berbadan besar. Namun, selepas berjaya kelak, Han Xin kembali berjumpa dengan lelaki yang menyuruhnya merangkak di bawah kangkangnya.

Anehnya, Han Xin tidak menghukum lelaki itu sebaliknya dia menganugerahkan jawtaan dna pangkat kepada lelaki itu sambil berkata.

“Kamu adalah hero. Kalau tidak kerana kau, aku tidak akan berada di tempat aku hari ini. Kau yang sering membuli dan memperkecilkan akulah yang menyebabkan aku berkobar-kobar membuktikan siapakah Han Xin sebenarnya!”

Atas sokongan daripada rakannya, wanita jelita itu, dia telah memasuki pasukan Chu di bawah pimpinan Xiang Yu dan telah mengikuti Xiang Yu berperang. Dia seringkali mencadangkan tsrategi perang kepada Xiang Yu namun tidak dilayan oleh Xiang Yu menyebabkan Han Xin mula berdendam dengan Xiang Yu.

[Drama Di Bawah Sinaran Bulan]

Han Xin akhirnya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Xiang Yu dan menyertai Liu Bang, dengan dendam di hatinya suatu hari nanti dia akan kembali menggempur Xiang Yu dengan askarnya sendiri, membuktikan kepada Xiang Yu bahawa Xiang Yu salah apabila mengsia-siakannya. Xiang Yu akan menyesal suatu hari nanti dan dunia akan mengetahui tindakan paling bodoh Xiang Yu adalah mengabaikan Han Xin. Itu adalah janji Han Xin.

Xiahou Ying adalah manusia yang pertama menyedari bakat terpendam yang dimiliki oleh Han Xin dalam merencanakan strategi peperangan. Ketika Han Xin hampir dipancung kepalanya oleh Xiahou kerana melanggar pertauran tentera, dia kemudian berkata kepada Xiahuo Ying.

“Aku dengar Liu Bang mahu membina sebuah empayar. Jadi, kenapa dia mahu membunuh orang yang boleh membantunya berbuat demikian?”

Maka dibawa Han Xin kepada Liu Bang namun Liu Bang tidak menyenangi sikap besar kepala Han Xin lalu meletakkan Han Xin untuk menguruskan bahagian bekalan makanan askar Liu Bang. Kehebatan Han Xin menguruskan bahagian makanan askar Liu Bang telah mencuri perhatian Xiao He, perdana menteri Liu Bang.

Xiao He telah mencadnagkan nama Han Xin kepada Liu Bang namun Liu Bang kelihatan tidak mengendahkan siapakah Han Xin kerana reputasinya yang pernah merangkak di bawah kangkang pembulinya menyebabkan Liu Bang sukar untuk mempercayainya.

Han Xin yang menunggu dirinya dipanggil menghadap Liu Bang menjadi kecewa mendengarkan apa yang berlaku di mana Liu Bang tidak mengedahkan bakatnya Maka malam itu juga Han Xin berkemas lalu meninggalkan Liu Bang di Banshu.

Mendengarkan berita itu, maka Xiao He telah mengejar Han Xin pada malam itu juga lalu memujuk Han Xin untuk kembali bersamanya. Maka, peristiwa Xiao He mengejar Han Xin di bawah sinaran bulan di atas kuda kemudiannya menjadi salah satu daripada peristiwa sejarah dalam Dinasti Han.


Dalam pepatah China, ianya dikenali sebagai “Xiao He mengejar Han Xin Di Bawah Sinaran Bulan.” Kali ini, Xio He berjaya memujuk Han Xin memasuki pasukan Liu Bang dan ianya menandakan sebagai permulaan kepada Persengekataan Chu-Han yang akghirnya mewujudkan Dinasti Han. 

ANALISIS PERLAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA



1. Seberapa banyak orang yang bukan Islam yang faham apa itu hudud? Dan seberapa banyak kita ini faham apa itu hudud?

2. Apakah umat Islam dah bersatu? (kerana selepas nabi mendirikan negara islam Madinah, nabi menyatukan ansar dan muhajirin, kemudian bangunkan ekonomi dan sebagainya dan hudud adalah perkara terakhir yang dijalankan.)

3. Kalau nak laksanakan hudud, kita kena ubah perlembagaan kita, dan nak ubah perlembagaan pula, kita perlukan 2/3 suara parlimen. Persoalannya, apakah kuasa muslim di parlimen dah cukup kuat? Apakah nanti Melayu Liberal di dalam sana akan menarik diri daripada menyokong usul Hudud?

4. Zaman ketiadaan saksi. Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, Al-Qadhi Al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya.

Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim pada zaman sebelum ini, ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia boleh menemui 40 orang saksi yang kita persayai kewibawaan mereka dari segi adalah (sifat adil) dan ketepatan. Tapi sekarang, (iaitu pada zaman beliau) seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak dapat menemui melainkan seorang atau dua orang yang layak menjadi saksi”.

Dan terdapat fasa di zaman Khulafa Ar-Rasyiddin, Umaiyyah dan Abbasiyah yang di mana hudud terpaksa dihentikan antara sebabnya ialah peperangan, kebuluran, kemarau dan sebagainya sehingga hudud ditangguhkan perlaksanaannya.

Bayangkan itu zaman bila? Apakah SAKSI ADIL ITU MASIH WUJUD? Cakap pada saya dengan jujur, apakah saksi adil itu masih wujud di zaman ini? SAKSI ADIL yang diperkatakan adalah mereka yang bebas dari dosa besar dan kecil.

Sebab itu ada hadis nabi menyebut:

".النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ادرؤوا الحدود بالشبهات"

Maksudnya: Tinggalkan Hudud dengan sebab adanya syubhat.

5. Kita bukan monaraki seperti Brunei dan Arab Saudi yang kuasa penuh terletak pada raja. Kalau mahu hudud juga, kita dirikan sistem khlafah. Kita tak perlu mendengar bunyi-bunyi seperti hak asasi manusia, kebebasan bersuara bahkan mungkin demonstrasi haram yang akan bertukar ganas, yang lahir daripada demokrasi itu sendiri apabila hudud mahu dilaksanakan.

6. Saya tidak pernah menolak hudud. Tetapi saya adalah golongan yang menentang malaun-malaun di internet yang cuba membincangkan bab ini tanpa mereka mengetahui bahawa hudud itu harus terlaksana bagaimana dan kaedah apa. Dan bagaimana hudud itu gugur kewajiban untuk melaksanakannya berdasarkan syubahat-syubahat dan masalah tertentu seperti mana yang dijelaskan di dalam oleh para Ulamak di dalam Kitab-Kitab Qowa'id Fiqhiyyah.

7. Saya mahu bertanya kepada mereka di luar sana, kenapa dalam sirah Islam sendiri hudud hanya dijalankan sehinggakan ke tahun 200 hijrah? Apakah negara Islam selepas itu yang dipimpin oleh kebanyakan tokoh hebat yang telah membuktikan siapakah mereka adalah jahil, kafir dan sekular apabila hukum hudud ditakzirkan? Apakah sesatnya para ulamak yang menjadi penasihat kepada sultan dan khalifah Islam ketika itu? Apakah sesatnya para ulamak ketika itu berijmak bahawa hudud tidak akan dilaksana selagi tidak mempunyai asas yang kukuh?

8. Kita bukan menafikan hukum hudud itu sendiri tapi kita mempersoalkan bagaimana hudud itu akan dijalankan, keadilannya, keabsahan saksi dan perlaksanaanya.

9. Kita tidak boleh melihat matlamat semata mata dalam menjalankan ibadah, tetapi kita mesti melihat cara dan syarat sebelum melaksanakannya. Sebagai contoh, ibadah haji itu fardhu, tetapi ianya memerlukan kita mencukupi syarat haji barulah haji tu jadi wajib ke atas muslim. Dalam hal ini, boleh kita perincikan syarat wajib sebelum kita laksanakan hudud. Dan adakah kita sudah memenuhi syarat-syarat itu? Seperti solat yang haram dilakukan tanpa wuduk, hudud juga haram dilakukan tanpa syarat sahnya.

10. Dan saya adalah orang yang cukup membenci golongan yang suka mengutuk dan mencaci seseorang itu hanya kerana dia bercakap bahawa realiti semasa tidak mengizinkan hudud itu terlaksana seperti mana yang saya sebut di atas.

11. Dan saya adalah orang benci akan mereka yang suka melaungkan sesuatu tanpa mereka sedikit pun mahu mengambil tahu apa yang mereka laungkan. Sekurang-kurangnya sudah dikaji segala sudut.

12. Tetapi kerajaan juga mesti proaktif dengan sekurang kurangnya meletakkan sedikit usaha mungkin saya boleh cadangkan kita buat satu frasa bahawa kita akan akan melaksanakan hudud apabila syarat-syarat yang asas telah terpenuh dan syarat itu boleh dibahaskan dalam dewan. Perlaksanaannya pula hanya akan dijalankan setelah semua syarat itu terpenuh.

13. Jangan salah faham... saya adalah orang yang menyokong hudud. Tak pernah sesekali saya menolak hudud. Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya menentang mereka yang mencaci maki seseorang yang berpendapat bahawa suasana tidak kondusif untuk perlaksanaan hudud walhal bekas mufti besar Mesir juga senada mengatakan sedemikian dalam fakta beliau.

14. InsyaALLAH, Hudud akan terlaksana di Malaysia suatu hari. Tetapi bukanlah tindakan kita sebagai umat Islam, apabila post video mengenai si folan yang memberi ulasan tertentu mengenai isu hudud lalu kita di alam maya menaburkan kata caci maki. Jangan cepat menghukum. Sehelai halaman kitab tidak menjadikan kita ulama…


-HE-

HOW THE ISSUE OF LGBT CAME ABOUT AND THE AGENDA BEHIND IT



1. Eventhough LGBT is considered wrong to certain religions and societies, we as a norm have accepted the existence of LGBT openly without having anyone to go around and having it announced and recognised.

2. We acknowledge that God has created them for a purpose and and have accepted and treated them with respect. it has been commonly known and practiced by these people behind closed doors.

3. We are also aware that LGBTs are usually successful and the best at what they do. They are so recognise that we even allow gay bars and clubs to be made available to the public. As a community, we are OK with the acceptance of certain individuals towards LGBT as long as they do not publicly promote or teach our children that it's OK to be LGBT if it's against our beliefs. It cannot be commercialised and taught as a norm.

4. But today, some individuals just had to make an issue out of it that wasn't even there in the society since the beginning. Why do need to voice out equality towards LGBT when all this while we have never had problems or mistreated them? Why do they purposely need to raise conflicts and create tension between the society? All for the sole purpose of indoctrinating us and manipulate our minds to their liking.

5. LGBT is clearly a movement to promote gay rights and equality. This is so wrong? Why? Firstly, they have their rights just the same as everyone else in this world. Each of us have our own natural rights as a person and a citizen of a country. I have nothing against gays but I am never agreeing to commercilize gay rights when there is nothing to be commercialised, really. We know of their activities and we have done nothing to prevent it from happening anyways. We have never rallied any movements against gays and lesbians. We respect their decisions in life. So, this shows that they have all the freedom and rights they need to become gays.

6. Secondly, a man and a woman can never be equal. It's obvious that a woman can concieve and give birth at any point of their lifetime. So, is it right for a woman to have equal rights as a man, or should a man have equal rights as a woman when they do not hold any of these traits as a woman? Does a man go through mensturation and have to wear a pad? Do their body produce milk? Can the man provide the baby just like a mother? The answer is no. Men and women can never be equal. Keep it real! So what's all this fuss about LGBT? There's a catch behind it all...

7. The weapons they are using against us are in our very homes entertaining us and our children, gradually indoctrinating us without us even realizing. In today's society people are spending more and more time engaging in modern media -- televisions, cinema, computer games, the internet, popular fiction or popular music are integral part of our lives. Yet these providers vast expands on information that we are taking consciously or subconsciously into our minds. Information on society ranging from ideals and morals and the difference between right or wrong to the ways societies and the economists should be structured is passed before you every single day.

8. The media provides a significant role in the basis to determining an individual's view of the world and everything that exists. Thus, any one group who are in control of this information based on this media will in fact have the power to indoctrinate the entire populous of the world to their way of thinking and it is these facts that oppositions are exploiting. The oppositions are using the industry in particular to condition people to their way of thinking either openly or subliminally.

9. The methods they use vary, but the goal is the same, to impose their beliefs, their ideology and objectives in you in such a way that you begin to think of them as such of your own.

10. The proof of this is very easy to find. All you have to do is research who owns and runs the media of the world. You'll find it is the same type of minority that runs and survives in secret societies. They own and run the music, media movie, entertainment and porn industry for the sole purpose of indoctrinating you through MIND CONTROL!

11. Do you think it's just a coincidence that this group of people own all the media? Not all, especially when you realize that their survival depends on you being brainwashed and indoctrinated.

12. Can a free-thinking and well structured society be ruled by tyrants? Obviously not, so other than indoctrinating you with ideas and views, they have carried out a well devised sinister and satanic plan to spread corruption among society. Because a corrupted society which becomes lost is one which can be easily ruled. Why? Because one who stands for nothing, will fall for anything.

CONCLUSION: WE HAVE NOTHING AGAINST LGBT AND WE DO NOT NEED ANYONE TO DRAW AN OBVIOUS BARRIER BETWEEN US. ALL THESE WHILE LGBT HAS ALREADY BEEN ACCEPTED BY THE PUBLIC AND THERE IS NO NEED FOR US TO COMMERCIALISE THIS. ONLY TODAY THAT WE WERE TAUGHT OF DOING A NOBEL ACT BY FIGHTING FOR EQUALITY WHEN THE REAL ISSUE IS TRYING TO CREATE TENSION WITHIN THE SOCIETY TO IMPOSE THEIR ACTUAL BELIEFS, IDEOLOGY AND OBJECTIVES FOR THEIR PROFITABLE GAIN.


#masterfreddy

KHALID AL-WALID: PANGLIMA ISLAM YANG TIDAK PERNAH KALAH DALAM PEPERANGAN




Siri Khula Ar-Rasyidin sudah pun menemui penamatnya beberapa minggu yang lepas dan seperti yang dijanjikan, maka dengan ini saya datang dengan artikel khas dalam membincangkan mengenai Khalid Al-Walid, seorang manusia yang tersenarai dalam sejarah sebagai antara “Jeneral Perang Dalam Sejarah Yang Tidak Terkalahkan.”

Pemuda gagah yang menggearkan dunia ini lahir pada 592 Masihi dan salah seorang daripada sahabat Rasulullah. ,Lahir di kalangan Bani Quraisy, yang sememangnya memusuhi perjuangan nabi, Khalid seolah-olah mewarisi semangat itu daripada Bani Quraisy.

Ketika Perang Uhud antara tentera Islam dan kafir Quraisy menyaksikan bagaimana Khalid sudah mula menunjukkan potensi untuk menjadi seorang panglima dan jeneral perang yang hebat. Khalid Al-Walid memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah menyaksikan bagaimana seorang panglima perang yang bakal menempa nama sebagai antara jeneral perang yang tidak pernah kalah dalam peperangan sebaris dengan Alexander The Great dan Genghis Khan.

[Gelaran Pedang ALLAH]

Pertempuran Mutaah menyaksikan bagaimana Khaldi Al-Walid menempa nama gelaran “Pedang ALLAH” oleh junjungan besar Rasulullah kepada Khalid. Ada sebuah kisah hebat yang harus dijadikan pendoman oleh kita semua.

Junjungan besar Rasulullah S.A.W telah menghantar utusan ke pemerintah Syria yang ketika itu menjadi naungan kepada Empayar Rom. Namun, ketika dalam perjalanan utusan tersebut telah dibunuh oleh ketuak puak Ghassanid yang memerintah Syria dan ini telah melanggar peraturan di dalam peperangan di mana seorang utusan adlaah dilarang untuk dibunuh.

Untuk menuntut kembali di atas apa yang berlaku, maka dikisahkan 3000 orang askar Islam telah disusun oleh Rasulullah untuk menuntut kembali apa yang dilakukan oleh puak arab Ghassanid. Mereka adalah Zaid bin Harithah, Ja’afar bin Abu Thalid dan Abdullah bin Rawahah. Jika Zaid telah syahid, maka Jaafar akan mengambil alih daripadanya, dan begitu juga jika Jafar syahid, maka Abdullah akan mengambil alih daripada Jaafar jawatan jeneral perang.

Ditakdirkan bahawa tentera Islam harus berdepan dengan 300, 000 orang tentera Rom ketika dalam perjalanan dan tiga orang jeneral perang ini telah syahid ketika pertempuran. Maka, ditakdirkan bahawa Khalid Al-Walid untuk mengambil peranan menjadi jeneral perang.

Tugas Khalid yang baru adalah bagaimana dia membawa bala askar askar 3000 orang itu kekal hidup melawan 300, 000 orang tentera Rom. Maka, di sinilah dunia mula mengenali betapa Khalid adalah seorang jeneral perang yang tersangat genius.

Diceritakan bahawa sepanjang pertempurna itu, Khalid menggunakan kelebihan askar yang kecil untuk menggerakkan askarnya ke merata tempat, sekadar terlibat dalam pertempurna kecil dan mengelakkan pertempuran besar. Khalid menceritakan bagaimana perang tersebut begitu epiknya sehinggakan 9 pedang yang digunakan oleh Khalid patah dan menggunakan pedang terakhirnya untuk kekal bernyawa.

Menyedari bahawa tentera Islam bukan tandingan untuk bertempura 300, 000 orang tentera Rom, maka Khalid telah merencanakan sebuah strategi yang maha bijak. Pada suatu malam setelah lama bertempur, maka Khalid membuat keputusan untuk menukarkan posisi askar-askarnya.

Mengubah formasi dan posisi barisan ketenteraan, dengan barisan hadapan diletakkan di belakang, sayap kanan diletakkan sebelah kiri dan sebaliknya. Kemudian bahagian hadapan itu diminta untuk memegang bendera baru.

Berkat strategi ini memberikan kemenangan moral kepada tentera Islam, apabila tentera Rom begitu takut dan terkejut melihat ‘barisan baru’ tentera Islam seolah-olah seperti tentera Islam mendapat bantuan luar. Disebabkan perbezaan pendapat sesama mereka, tentera Rom saling bertelagah dan bertempur sesama sendiri.

Pada akhirnya, Khalid telah mengarahkan tenteranya menggerakan kuda di tempat setempat beberapa kali untuk menghasilkan debu yang banyak seolah-olah meninggalkan impresi bahawa tentera bantuan daripada Madinah dalam jumlah yang tidak terhitung banyaknya baru sahaja tiba. Ini telah membuatkan tentera Rom lari dan memberi ruang kepada Khalid untuk membawa 3000 orang tenteranya kembali ke Madinah. Berkat daripada peritsiwa itu, maka Khalid digelar PEDANG ALLAH oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W.

[Ekpedisi Ketenteraan Khalid Al-Walid]

Khalid Al-Walid kemudiannya diberi kepercayaan oleh Khalifah Abu Bakar dalam menjadi pemimpin kepada kebanyakannya ekpedisi ketenteraan di bawah tentera Islam. Antara ekpedisi ketenteraan yang diamanahkan kepada Khalid Al-Walid adalah memerangi nabi palsu Musaylimah.

Pertempuran Yamana dalam Perang Ridda dicatatkan antara pertempuran tersengit yang pernah dihadapi oleh Khalid Al-Walid. Berbekalkan 13, 000 orang askar, Khalid terpaksa berdepan dengan 40, 000 orang askar Musaylimah. Tentera Islam hampir sahaja tewas di tangan Musailimah namun kebijaksanaan Khalid merencanakan strategi sekali lagi menyelamatkan keadaan.

Pertempuran Yamana bukan pengakhiran kisah heroic Khalid Al-Walid dalam peperangan. Seterusnya, Selepas kejayaan menawan Iraq, maka Abu Bakar pun mula merencanakan untuk menyerang Syria yang berada di bawah naungan empayar Rom. Terdapat dua laluan untuk ke Syria daripada Iraq. Pertama melalui Daumatul Jandal dan laluan yang lain pula melalui Mesopotamia dengan meluntasi Ar Raqqah, wlayah yang sekarang berada di dalam negara Syria.

Namun, kebijaksanaan Khalid adalah tidak mengambil dua laluan ini berdasarkan sebab pertama di mana melalui Daumatul Jandal, maka terdapat tempoh dua minggu untuk sampai ke Syria manakala melalui Ar-Raqqah, kerana askar Rom berjaga di situ. Konflik dengan askar Rom ini akan menjadi nanah kepada battalion askar Islam kerana jumlah mereka mengatasi jumlah askar Islam sebenarnya dan tentera Islam ketika memang memerlukan bantuan. Maka, Khalid telah memilih jalan pendek untuk ke Syria dengan melalui jalan pasir yang terik memancar panasnya. Masih segar tercatat bagaimana tingginya semangat para pemburu syahid sehingga sanggup tidak meminum air selama dua hari menempuh padang pasir sebelum mereka menemui sebuah oasis. Taktik yang dipilih oleh Khalid ini akhirnya membuahkan hasil apabila tentera Islam masuk ke dalam Syria dari laluan yang langsung tidak terfikir oleh askar Rom.

Sawa, Arak dan Tadmur adalah Bandar-bandar Rom di Wilayah Syria yang jatuh ke tangan Khalid ketika awal maranya tentera Islam ke dalam Empayar Rom. Selepas itu, Khalid Al-Walid membawa askarnya memasuki Damsyik melalui Uqab. Beberapa siri peperangan dengan Bandar-bandar dan kerajaan kecil yang terpaksa menjadi anjing Rom ketika itu dihadapi oleh Khalid A-Walid sehinggakan pada 30 Julai 634 Masihi, kita menyaksikan bagaimana idea dan taktikal Khalid Al-Walid berjaya memenangkan peperangan melawan 90, 000 orang askar Rom di Pertempuran Ajnadayn. Kekalahan Rom di Ajnadyn membawa kepada penawanan Damsyik di bawah tentera Islam. Selepas 30 hari pengepungan Damsyik, akhirnya tarikh 18 September 634 Masihi menyaksikan bahawa Damsyik akhirnya jatuh ke tangan orang Islam walaupun beberapa siri peperangan seperti Pertempuran Sanita A-Uqab dan Pertempuran Maraj Al-Debaj.

Tidak cukup dengan itu, ketika zaman pemerintahan Umar, kita dapat menyaksikan bagaimana sebuah lagi pertempuran mengukir nama Khalid dalam sejarah. Pertempuran Yarmuk yang terkenal itu menyaksikan bagaimana Khalid menjadi seorang panglima yang digeruni.

Pertempuran Yarmuk yang berlaku pada 15-20 Ogos 636 Masihi menyaksikan bagaimana Khalid Al-Walid memimpin 40 000 orang tentera Islam menggempur 400, 000 orang tentera Rom. Theodore Trithyrius adalah orang yang menjadi jeneral perang kepada askar Rom.

Pertempuran Yarmuk berlaku selama 5 hari di man amenyaksikan bagaimana setiap hari yang berbeza, Khalid mengadaptasikan taktikal perang yang juga berbeza dalam menewaskan kekuatan dan keutuhan tentera Rom yang sebelum ini terkenal dengan kehebatan mereka sejak zaman berzaman.

Dalam siri Perang Yang Menggegarkan Dunia, pertempruan Yarmuk akan diceritakan dengan lebih terperinci, kisah kepewiraan setiap pejuang Islam pada saat itu.

[Perginya Seorang Pejuang]

Diceritakan ketika Khalid Al-Walid sedang gering di atas katil. Khalid ditemani oleh seorang sahabatnya dan ketika itu, Khalid bertanyakan soalan yang ditunggu lamanya.

"Lebih daripada ratusan perang aku hadapi. Kenapakah tidak aku syahid dan mati di tengah medan perang dan kenapakah aku mati di atas katil? Aku rindukan syahid di tengah medan perang."

"Tidak Khalid!" tutur sahabat Khalid itu membuatkan kening Khalid terangkat. Mata sahabatnya itu ditenung dalam oleh Khalid, cuba mencari keikhlasan di sebalik tuturannya.

"Kenapa wahai sahabatku?" tanya Khalid dalam nada suara yang lemah. Usianya ketika itu sudha mencecah 58 tahun dan bukan sedikit musuh mati di tangannya, bukan sikit perang diketauinya.

"Kau kena tahu Khalid bila junjungan besar nabi kita, Muhammad S.A.W memberikan gelaran "Pedang ALLAH" untuk kau Khalid, Bila kau dibunuh oleh musuh ALLAH, ianya sekaligus bermaksud bahawa pedang ALLAH telah dirosakkan oleh musuhnya. ALLAH tidak akan membenarkan perkara itu."

[Kesimpulan]

Khalid Al-Walid adalah bukti bahawa jihad bukan sekadar laungan kata-kata dan bertindak kamikaze iaitu bernai mati dalam perjuangan. Sebaliknya jihad Khalid adalah berdasarkan akal. Menyerang bila perlu dan mampu, berundur bila keadaan tidak menginzinkan.

Mereka yang bercakap mengenai peperangan, menyuruh umat Islam pergi secara semberono mengangkat senjata menyerang musuh di beberapa tempat di dunia tanpa memikirkan beberapa faktor lain adalah mereka yang tak mengkaji sejarah peperangan Islam.

Akhir sekali, hayati kata-kata daripada penulis The Art Of War, Sun Tzu yang terus digunakan dalam peperangan sehingga hari ini.

“Dia yang mengetahui bila dia boleh berperang dan bila dia tidak boleh berperang adalah seorang jeneral perang yang akan sentiasa menang.


-HE-

TAMADUN MELAYU YANG MENJADIKAN EMAS SEPERTI MAINAN


Saya berani bertaruh sekiranya kalau ditanyakan kepada anak-anak Melayu kita, apakah yang kalian tahu dan kenal mengenai Srivijaya, mereka akan terlopong tidak tahu bahawa betapa kehebatan Srivijaya inilah yang harus dikenali oleh bangsa Melayu kita.

Kalau dalam siri yang lepas mengenai Srivijaya, kita mempelajari bahawa Srivijaya adlaah sebuah tamadun yang didirikan oleh BANGSA PENAKLUK. Maka, biarlah siri kali ini kita pelajar bahawa Srivijaya adalah sebuah tamadun yang didirikan oleh mereka yang MENJADIKAN EMAS SEPERTI MAINAN HARIAN. Mari kita hayati beberapa point penting dalam kita membincangkan mengenai kehebatan Srivijaya, sebuah tamadun yang bermain dengan emas.

1. Ibnu Kordadhbeh (844-848AD) ada mencatatkan mengenai kekayaan Srivijaya:

“Pemerintah Zabag (nama bangsa arab untuk Srivijaya) dipanggil sebagai maharaja dan saban hari, maharaja akan menerima hasil keluaran empayarnya yang berjumlah 200 man (ukuran yang tidak diketahui bagi menyukat emas di Srivijaya.

Pemerintah Zabaq ini akan menukarkan emas-emas yang merupakan pendapatan Empayar Srivijaya lalu menukarkannya ke dalam bentuk jongkong emas dan melontarkan ke dalam tasik lalu berkata:

“Ini adalah harta aku!” [1]

2. Kekayaan dan keluasan empayar Srivijaya ini adalah sangat mengasyikkan. Dalam catatan yang ditulis oleh Abu Zayd Hassan yang memberi komen terhadap buku yang ditulis oleh Pengembaraan Sulayman di India dan China menulis mengenai Srivijaya yang berbunyi seperti berikut:

“… dikatakan bahawa kekayaan yang dimiliki oleh Srivijaya bersamaan dengan 900 prasang persegi (ukuran Parsi - persamaan dengan 4995 KM). Terdapat juga pulau-pulau yang dikawal oleh rajanya yang berukuran 1000 prasang persegi…” [2]

“…. Sesiapa yang berjalan kaki untuk cuba mengelilingi keseluruhan empayar ini dan apabila dia penat, dia akan berjumpa dengan tempat perlindungan (yakni disediakan oleh pemerintah Srivijaya)

3. Tatkala orang semua lupa pada Srivijaya, sebuah empayar yang hilang dari sejarah dunia, Al Masudi menulis:

"Di Laut Champa (Laut China Selatan) adalah empayar sang Maharaja, raja seluruh kepulauan,yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung banyaknya. Bahkan kapal yang paling terpantas tidak dapat menyelesaikan dalam masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah pengaruhnya.Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik,dan tiada kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu mendapatkan banyak kekayaan dari bumi."

Kita dapat melihat bagaimana Al Masudi menggambarkan kepada kita bagaimana luasnya empayar Srivijaya. Di katakan kapal yang paling pantas pun tidak dapat menghabiskan masa dua tahun untuk mengelilingi empayar Srivijaya. Kita dapat melihat yang Srivijaya menjadi tempat singahan pedagang dari barat untuk mencari rempah ratus. Sebenarnya, bangsa kita sudah memiliki pelabuhan bertaraf antarabangsa sebelum Melaka berdiri lagi. [3]

4. Al-Biruni dalam catatannya mengatakan bahawa Srivijaya dipanggil sebagai “Negara Emas” kerana emas boleh didapati di mana-mana sahaja di bumi Srivijaya dan Srivijaya dikatakan tiada satu pun kerajaan di dunia yang dikatakan sekaya Srivijaya ketika itu. [4]

5. Dalam catatan China pula mengatakan bahawa mereka memanggil Srivijaya sebagai Jinzhou yang kalau diterjemahkan bermaksud “Daerah Emas” atau “ Perairan Emas”. Diceritakan bahawa kawasan Bukit Seguntang itu penuh dengan emas dan patung Buddha yang bersalut emas dan perak. [5]

6. Pada zaman pemerintahan Maharaja Balaputradeva, I-Ching, sami daripada China yang berhijrah ke Srivijaya untuk belajar agama Buddha telah memberi gambaran bahawa Srivijaya ini juga dikenali dunia sebagai “Kepualaun Emas” sinonim dengan panggilan yang digunakan oleh orang India ke atas nusantara. Boleh jadi juga ini adalah kerana kekayaan Srivijaya.

7. Catatan daripada Ibnu Said dalam manuskrip yang dikumpulkan daripada catatan Ptolemy dan Ibnu Fatima pula pula memperlihatkan peristiwa yang berikut:

"...setiap pagi, kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani mengusik jongkong-jongkong emas di dalam tasik itu. Apabila maharaja mangkat, penggantinya memerintahkan semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, emas-emas tadi dikira dan ditimbang, kemudiannya dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja,para jeneral tentera,para hamba dan orang miskin. Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong emas yang mereka tinggalkan." [6]

Emas pada waktu itu dibuat mainan sahaja oleh raja-raja melayu ini.

KESIMPULAN

Sekarang, saya mahu ajak kalian berfikir, siapakah kita sebenarnya? Masakan pada zaman seawal zaman pemerintahan Srivijaya sudha wujud sesuatu yang sehebat teknologi membuat emas dan menukarkan emas menjadi jongkong?

Sekarang, saya mahu ajak kalian berfikir lagi… siapakah kita sebenarnya? Kenapa tamadun luar begitu teruja untuk mencatatkan mengenai kita? Daripada China, Arab, Parsi sehingga ke Ptolemy sendiri menerangkan siapakah kita…

Kalaulah kita adalah bangsa yang bercawat di hutan sebelum Melaka, habis… siapakah Srivijaya, tamadun yang emas hanyalah maianan mereka sebenarnya?

Rujukan:

1. Kitab Al—Masalik wa’l Mammalik yang ditulis oleh Ibnu Kordadhbeh sendiri.

2. Early Kingdom of The Indonesian Archipelago and The Malay Peninsula. Paul Michel Munoz. pg 146.

3. Blog Al-Semantani, artikel mengenai Srivijaya.

4. Ancient Indian History and Civilization. Sailendra Nath Sen. pg 533

5. Maritime Southeast Asia to 1500. Linda Shaffler. pg 38.

6. Early Kingdom of The Indonesian Archipelago and The Malay Peninsula. Paul Michel Munoz. pg 147.


-HE-

KEJATUHAN MATA WANG 1997 - DARI PERSPEKTIF TUN DR MAHATHIR



Pada Mei tahun itu (1997), saya mengambil keputusan untuk bercuti selama dua bulan dan menyerahkan tanggungjawab kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pemangku Perdana Menteri. Saya menganggap ini sebagai satu peluang baik untuk memerhati bagaimana beliau menjalankan tugas kerana saya sudah pun berfikir untuk bersara pada tahun berikutnya. Saya mahu pastikan yang apabila Anwar mengambil alih, beliau mampu mentadbir negara dengan baik.

Ketika berada di Bledisloe dalam daerah Cotswolds, England, saya menerima berita mengenai serangan ke atas baht Thailand oleh peniaga mata wang. Apa yang berlaku adalah ahli perniagaan Thai telah meminjam sejumlah besar mata wang asing pada kadar faedah yang rendah berbanding pinjaman dalam mata wang baht.

Mereka boleh membuat keuntungan segera daripada perbezaan dua kadar faedah itu dengan syarat nilai baht stabil. Peniaga mata wang antarabangsa adalah orang yang mencari keuntungan dengan memerhati dan mengambil kesempatan daripada ketidakwajaran dan kelemahan seperti yang berlaku di Thailand ketika itu. Ia diibarat pucuk dicita ulam mendatang kepada kegiatan mereka.

Mereka menyebarkan berita kononnya nilai baht terlalu tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara itu mustahil dapat dipertahankan. Mereka kemudian menjual sejumlah besar baht menyebabkan nilainya merosot berbanding dolar Amerika. Kejatuhan nilai baht menyebabkan orang Thai yang meminjam dolar menghadapi kesulitan.

Mereka terpaksa mendapatkan lebih banyak baht bagi membayar balik pinjaman mata wang asing mereka kerana kalau keuntungan perniagaan mereka tidak mencukupi, mereka mungkin tidak dapat membayar balik pinjaman.

Sekiranya mereka gagal membayar balik hutang maka terbukti benarlah dakwaan peniaga mata wang bahawa ekonomi Thai lemah.

Kemudian mereka melambakkan lebih banyak baht menyebabkan nilainya merudum lagi. Maka semakin ramailah orang Thai yang meminjam mata wang asing gagal membayar balik hutang mereka. Sementara itu, peniaga tersebut kelihatan seolah-olah mereka tidak ada kaitan langsung dengan krisis berkenaan. Apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar bertindak balas. Hakikatnya, merekalah yang mencetuskan malapetaka itu.

Kitaran tindakan kejam (vicious cycle) ini pantas merebak. Lebih teruk nilai baht menyusut, lebih ramai peminjam yang gagal membayar balik hutang dan semakin lemah pula ekonomi Thailand.

Kerajaan Thai cuba membeli baht bagi mempertahankan nilainya dengan menggunakan rizab dolar. Bagaimanapun, peniaga mata wang nampaknya memiliki bekalan baht yang tidak terbatas untuk terus dilambakkan dalam pasaran.

Akhirnya, kerajaan Thai dibebani rizab baht yang banyak, tetapi bernilai rendah manakala simpanan mata wang asingnya merosot teruk. Ini mencetuskan satu lagi pusingan penjualan baht apabila ia menjadi lebih lemah akibat tanggapan bahawa ia tidak disokong oleh rizab mata wang asing yang secukupnya.

Apabila saya pulang daripada bercuti pada bulan Ogos, di Thailand sangat teruk. Kita mengambil keputusan untuk meminjamkan mata wang utama bagi memperkuatkan rizab antarabangsanya, tetapi tidak berhasil. Nilai baht terus jatuh.

Kewangan Malaysia berada dalam keadaan baik pada masa itu kerana kerajaan dan peniaga tidak perlu meminjam dengan banyak mata wang asing. Kadar faedah kita sentiasa rendah dan pinjaman mata wang asing tidak akan memberikan apa-apa kelebihan. Rizab mata wang asing Bank Negara juga mencukupi, setidak-tidaknya cukup untuk menyokong ringgit kalau diserang. Namun, itu hanyalah andaian.

Kita juga tidak membuatkan diri kita terdedah seperti orang Thai dengan meminjam mata wang asing dan berurus niaga dengan peniaga mata wang, jadi apa yang harus kita bimbangkan?

Kemudian kita mula mendengar mengenai jangkitan kewangan, iaitu bagaimana masalah jiran kita mungkin menjangkiti kita. Walaupun ekonomi dan kewangan kita nampak sihat, ringgit mungkin akan diserang juga.

Kalau peniaga mata wang mencetuskan kehilangan keyakinan terhadap Malaysia, nilai ringgit akan turut jatuh. Saya langsung tidak faham mengapa hal seperti ini harus berlaku, tetapi pakar ekonomi pasti ia akan terjadi.

Mereka betul. Peniaga mata wang mula menjual ringgit secara besar-besaran menyebabkan nilainya merosot. Sebelum serangan itu bermula pada pertengahan 1997, kadar mata wang kita ialah RM2.50 bagi satu dolar Amerika. Bagaimanapun, menjelang hujung tahun nilai ringgit tinggal separuh sahaja. Kita tidak tahu siapa yang menjual ringgit atau kepada siapa mereka menjualnya.

Saya diberitahu mengenai seorang lelaki bernama George Soros yang pernah menyerang paun British dan lira Itali. Kedua-dua buah negara itu menghadapi saat genting mempertahankan mata wang mereka yang disusutkan nilainya secara paksa.

Tanpa mengetahui peniaga mana yang terbabit, saya mengandaikan bahawa Soros adalah salah seorang daripadanya. Tidak kira siapa mereka, saya amat marah.

Bagaimanakah orang luar boleh dengan sewenang-wenangnya memiskinkan negara dan rakyat kita? Bagaimanakah mereka tergamak berbuat demikian secara sedar dan sengaja? Sekalipun itu bukan tujuan utama mereka, mengapakah mereka memilih untuk menjahanamkan kita sebagai produk sampingan strategi perniagaan mata wang mereka? Semua ini tidak masuk akal kepada saya, sama ada dari segi ekonomi mahupun moral.

Rakyat Malaysia, khususnya golongan peniaga mula merasai kesan penurunan nilai ringgit. Pengimport misalnya, tidak dapat mengumpulkan cukup ringgit untuk membeli dolar yang mereka perlukan bagi membayar kos barangan yang dipesan daripada pembekal asing. Akibat kekurangan wang, mereka gagal membayar balik hutang.

Rakyat Malaysia yang gemar ke luar negara pula mendapati kos perjalanan mereka terlalu mahal. Eksport kita biasanya menggunakan dolar. Jadi, dengan kenaikan nilai dolar kita sepatutnya memperoleh lebih banyak mata wang ringgit daripada eksport.

Pembeli asing pula mahu membayar harga yang lebih rendah untuk eksport kita. Mereka mendakwa kos pengeluaran kita telah berkurangan kerana nilai ringgit merosot. Apa yang mereka tidak sebut adalah, akibat kenaikan nilai dolar maka bahan mentah, komponen dan barangan modal (capital goods) yang kita import menjadi lebih mahal.

Kejatuhan nilai ringgit tidak menjadikan kita lebih berdaya saing, terutama jika dibandingkan dengan jiran kita yang nilai mata wang mereka juga jatuh.

Kita berasa tidak berdaya apabila nilai ringgit terus merosot dan ekonomi menuju ke arah kemelesetan. Sebelum itu, selama hampir 10 tahun berturut-turut, ekonomi kita berkembang pada kadar lapan peratus setahun.

Kini, kita berdepan dengan kemungkinan pertumbuhan negatif. Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai peniaga mata wang – setiap kali saya membuat kenyataan terbuka, nilai ringgit jatuh lagi.

Pada 17 Jun 1997, sebelum serangan ke atas mata wang Asia bermula, Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa atau International Monetary Fund (IMF) waktu itu, Michael Camdessus memuji Gabenor Bank Negara kerana pengurusan ekonomi dan kewangan Malaysia yang baik.

Pujian itu dibuatnya pada Majlis Hal Ehwal Ekonomi Dunia, Los Angeles. Katanya: “Malaysia adalah negara contoh di mana pihak berkuasanya sedar mengenai cabaran menguruskan tekanan akibat pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mengekalkan sistem kewangan yang sihat di tengah-tengah pengaliran masuk modal yang banyak dan pasaran hartanah berkembang pesat.”

Inflasi, kata beliau, adalah rendah dan tukaran ringgit kekal pada kadar RM2.50 kepada AS$1 untuk jangka masa yang lama. Ringgit, tambah beliau lagi, adalah mata wang yang benar-benar kukuh yang mencerminkan kemantapan kewangan Malaysia.

Namun, apabila serangan ke atas mata wang Asia berlaku, orang yang sama berkata ekonomi kita terlalu panas dan ini menyebabkan mata wang kita merudum diserang oleh peniaga mata wang. Saya tidak percaya yang nilai ringgit susut kerana ekonomi kita lemah atau kerana pasaran hilang keyakinan terhadap Malaysia.

Saya membeli beberapa buah buku mengenai perniagaan mata wang untuk lebih memahami mekanismenya. Saya yakin punca kejatuhan ringgit adalah dagangan mata wang bukannya ekonomi atau mata wang kita.

Saya pernah bertemu dengan Camdessus sebelum itu dan beliau nampaknya seorang yang baik. Anwar yang ketika itu adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lebih kerap berjumpa beliau.

Saya meminta Anwar merayu kepada Camdessus supaya berusaha menghentikan dagangan mata wang. Saya berkata, kegiatan itu tidak perlu dan merosakkan ekonomi negara membangun. Saya tidak tahu sama ada Anwar menyatakan atau tidak hal itu kepada Camdessus, tetapi tidak ada usaha diambil bagi menghentikan kegiatan tersebut.

Bagi saya, mendagangkan mata wang seolah-olah ia satu barangan adalah tidak masuk akal sama sekali. Kopi, gula, getah dan seumpamanya adalah barangan sebenar dan mempunyai kegunaan yang sahih, tetapi mata wang tidak mempunyai nilai secara sendiri. Ini adalah perantara bagi mendapatkan komoditi sebenar. Ia tidak boleh digunakan dengan cara lain dan tidak boleh dimakan.

Kita bukan lagi berada pada Zaman Pertengahan (Middle Ages) di mana ekonomi Eropah tidak mempunyai sebarang mata wang yang diyakini. Ketika itu, peniaga-peniaga di pasar Perancis menggunakan lada hitam dari Asia Tenggara sebagai mata wang dan pertukaran barang. Hari ini, kita guna lada hitam dan rempah ratus untuk menambah kesedapan makanan dan kita guna wang untuk membeli-belah.

Saya teringat pernah membaca mengenai orang Brazil mencampakkan kopi keluaran mereka ke dalam laut sewaktu bekalan bahan itu berlebihan dan harganya murah. Ia bertujuan untuk mewujudkan kekurangan bekalan dan dengan itu dapat menaikkan harganya.

Bagaimanapun, apakah kita perlu mencampak atau membakar wang untuk menaikkan nilainya? Dalam hal mata wang, keadaan sebenar yang berlaku adalah lebih teruk kerana wujud lebih banyak wang dalam edaran berbanding yang diterbitkan oleh bank pusat dan lembaga mata wang.

Bekalan yang berlebihan itu berlaku kerana bukan mata wang sahaja digunakan untuk jual beli, tetapi juga cek, kad kredit dan pemindahan elektronik. Jumlah yang diwakili oleh instrumen tersebut pastinya melebihi jumlah mata wang kertas yang dikeluarkan dan berada dalam edaran. Hakikatnya, wang sudah bertukar bentuk menjadi maya (virtual).

Apabila menoleh ke belakang sekarang, jelaslah saya menerima secara literal klise ekonomi, iaitu wang adalah darah daging kepada sistem kewangan dan ekonomi.

Sebagai seorang doktor, saya tahu tentang wujudnya sejumlah darah yang berpusing dalam badan seseorang pada setiap masa (walaupun kadangkala ia terpaksa ditambah melalui pemindahan darah).

Bagaimanapun, saya belajar untuk tidak mengguna pakai kiasan itu secara literal dalam hubungannya dengan ekonomi. Wang bukan macam hutang kerana wujud lebih banyak hutang daripada jumlah wang dalam edaran bagi menyokong dan menyukatnya. Cara pakar ekonomi berfikir berbeza daripada doktor. Bagi mereka, dua campur dua kadangkala boleh menjadi lebih daripada empat.

Setelah Amerika Syarikat muncul daripada Perang Dunia Kedua sebagai kuasa tentera dan ekonomi dominan, dunia menerima dolarnya sebagai mata wang rasmi bagi perdagangan antarabangsa dan juga sebagai mata wang rizab.

Perjanjian Bretton Woods (1) telah menetapkan nilai dolar pada kadar AS$35 bagi setiap auns emas. Kemudian, semua negara menetapkan nilai mata wang mereka berdasarkan nilai dolar yang pada asasnya bermakna nilai emas.

Ekonomi dunia selepas perang kembali pulih dalam jangka masa peraturan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, apabila pada 1971, Amerika keluar daripada piawaian emas, umumnya bagi membiayai kos perbelanjaan Perang Vietnam yang bertimbun, maka kedudukan mata wang dunia menjadi tidak stabil. Kuasa pasaran kini menentukan kadar tukaran mata wang dan kebanyakannya “terapung” dalam hubungan antara satu sama lain.

Bagi saya, tindakan ini merosakkan kedaulatan nasional dan menyebabkan negara terdedah kepada kezaliman pasaran serta ketamakan manusia. Orang tamak tidak akan peduli tentang kebajikan orang lain, dan pastinya juga tidak peka kepada keperluan negara membangun. Mereka akan menjahanamkan mana-mana negara dan memiskinkan penduduknya atas nama keuntungan.

Kita terpaksa menerima keadaan itu walaupun kita tahu mekanisme dan kuasa pasaran boleh dimanipulasikan. Ia tidak mengambil masa yang lama bagi spekulator untuk mula menyalahgunakan sistem berkenaan. Sebelum itu, mereka telah mencipta kaedah jualan singkat komoditi dan saham. Kini, mereka mencipta pula jualan singkat mata wang.

Mereka mengaut keuntungan besar dengan membuatkan negara muflis, terutama negara membangun. Tindakan mereka ini jelas satu pembunuhan kewangan. Mereka menubuhkan dana lindung nilai atau hedge fund dan mempelawa golongan kaya untuk mencarum. Umumnya, pulangan yang diterima jauh lebih besar daripada pelaburan lain, tetapi operasi dana itu tidak menghasilkan apa-apa yang boleh digunakan oleh pasaran atau orang ramai.

Paling tidak pun tindakan yang boleh diambil adalah mengawal selia kegiatan tersebut, tetapi masalahnya orang yang menuntut ketelusan bagi setiap urusniaga dan rancangan orang lain itu sendiri yang membenarkan operasi dana diselubungi misteri. Bukankah pelabur serius tidak akan sanggup mengambil risiko ke atas wang mereka dalam kegiatan yang penuh rahsia?

Namun, pengendalian dana tersebut terus dibenarkan menjadi satu misteri. Siapakah peniaga itu? Daripada manakah mereka memperoleh modal? Berapa banyak mereka meminjam? Kepada siapa mereka menjualnya dan siapa yang membeli mata wang yang mereka jual itu?

Kita tidak tahu jawapan kepada semua soalan ini. Dana itu boleh diniagakan sehingga 20 kali ganda modalnya. Bagi pengurus tabung ini, perkara paling penting dalam ekonomi adalah perluasan hutang yang jauh melebihi bekalan mata wang sehingga tidak ada kaitan lagi antara kedua-duanya. Kesan operasi mereka mengakibatkan kebinasaan.

Camdessus adalah orang Perancis, dan saya dengar beliau bersahabat dengan Presiden Chirac. Jadi, disebabkan saya kenal baik dengan Chirac maka saya menulis kepada beliau mengenai penjarahan oleh peniaga mata wang dan saya meminta beliau bercakap dengan Camdessus agar membantu menghentikan kegiatan itu.

Kemudian, sewaktu Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) di Edinburgh, Scotland pada 1997, saya bertemu Tony Blair yang baru sahaja menjadi Perdana Menteri Britain bagi membincangkan perkara itu. Saya menjelaskan dengan panjang lebar kesan mata wang dan meminta beliau membawa perkara itu kepada IMF. Bagaimanapun, segala usaha saya di peringkat itu tidak menghasilkan apa-apa.

Sebelum itu, Malaysia memperoleh sedikit pengalaman dalam perniagaan mata wang. Kita mengambil bahagian dalam kegiatan itu bagi memastikan nilai rizab antarabangsa kita tidak susut akibat naik turun nilai mata wang yang kita simpan.

Ketika itu kita hanya berurusan dengan menggunakan mata wang negara-negara maju sahaja. Seperti mana orang lain, kita juga membuat spekulasi, tetapi tidak memanipulasi. Apa yang kita lakukan adalah memperincikan risiko yang kita ambil, tetapi apabila salah satu spekulasi kita songsang, kita telah kehilangan sejumlah besar wang. Selepas pengalaman itu, kita keluar daripada perniagaan mata wang.

Pada September 1997, saya dijemput berucap pada mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF di Hong Kong. Saya mengambil kesempatan membelasah peniaga mata wang dengan menuduh mereka telah memiskinkan lagi negara-negara yang sedia miskin di dunia. Saya menyebut nama Soros sebagai salah seorang peniaga yang memanipulasi mata wang negara-negara Asia Tenggara dan menggangu gugat pembangunan mereka.

Hari berikutnya, Anwar berucap pada mesyuarat yang sama. Ketika itu, saya sudah berlepas ke Sabah dan beliau menelefon saya. Nada suaranya seperti orang marah. Beliau memberitahu saya bahawa ucapan saya menyebabkan nilai ringgit bertambah susut, cuma beliau tidak memberitahu saya agar jangan bercakap lagi. Namun, saya terus mengkritik IMF dan peniaga mata wang.

Dalam satu perjumpaan di Santiago, Chile, saya mengulangi kutukan ke atas mereka dan sekali lagi nilai ringgit jatuh. Perkembangan itu membuktikan kepada saya bahawa peniaga mata wang adalah punca yang menekan turun nilai ringgit.

Ia tidak mungkin disebabkan oleh reaksi pasaran kerana tindak balasnya begitu pantas. Ini juga bukan disebabkan persetujuan am pasaran, tetapi kerja beberapa pemain utama yang mempunyai pengaruh besar terhadap pasaran. Dan atas alasan mereka yang tersendiri, saya mendapati sesetengah orang sengaja cuba menyekat saya daripada bercakap mengenai peniaga mata wang.

Di dalam negara, Anwar memulakan apa yang dikenali sebagai “penyelesaian IMF tanpa IMF.” Pada dasarnya, kita tidak dilanda masalah ekonomi yang teruk. Kita tidak perlu meminjam daripada IMF bagi melangsaikan hutang luar kerana kita tidak banyak berhutang. Antara hutang yang ada masih belum sampai masanya untuk dibayar balik. Hutang yang telah sampai masanya untuk dibayar balik pula sudah pun kita langsaikan.

Namun, sama ada kita perlu meminjam daripada IMF atau tidak, Anwar berpendapat bahawa Malaysia perlu menerima nasihat IMF. Beliau percaya bahawa untuk mengekalkan keyakinan antarabangsa terhadap pengurusan ekonomi kita, kita perlu melakukan apa yang diberitahu oleh mereka dan menguruskan ekonomi kita mengikut cara yang mereka kehendaki.

Anwar berpendapat yang ubat IMF adalah baik untuk kita dan akan membantu kita pulih daripada penyakit antarabangsa walaupun kita sebenarnya belum lagi jatuh sakit. Jadi, beliau menaikkan kadar faedah dan memotong perbelanjaan kerajaan.

Saya memberi amaran kepada Anwar yang tindakannya itu mungkin menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang diperlukan bagi membayar gaji kakitangan awam.

Beliau juga cuba memendekkan tempoh ingkar pembayaran balik hutang daripada enam bulan kepada tiga sebelum mengisytiharkannya sebagai hutang lapuk. Ini sekaligus menaikkan nisbah hutang lapuk bank dan menyebabkan ramai peminjam muflis. Perniagaan merosot. Penyakit yang kita cuba elakkan, muncul.

Ubat IMF gagal menghalang penyakit itu, sebaliknya menjadi punca penyakit. Dalam pada itu pun, Anwar tetap meneruskan dasar pro-IMF beliau.

Ekonomi kita jelas menuju ke arah kemelesetan. Banyak syarikat muflis manakala yang lain gagal melangsaikan hutang bank, lebih-lebih lagi selepas Anwar memendekkan tempoh ingkar bayar hutang daripada enam bulan kepada tiga dan menaikkan kadar faedah kepada 12 peratus.

Kita memutuskan supaya ditubuhkan sebuah badan operasi seperti Majlis Gerakan Negara yang ditubuhkan untuk menangani kesan rusuhan kaum pada 1969. Bagi mengurangkan perbalahan politik maka kita menjemput semua Ketua Menteri dan Menteri Besar, termasuk daripada PAS untuk menganggotai sebuah badan yang kita panggil Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) (2). Pemimpin kesatuan sekerja dan perniagaan serta ketua badan pemikir juga diajak bersama.

Dengan itu, kita dapat menjelaskan kepada mereka masalah yang dihadapi oleh negara dan mendengar pandangan mereka mengenai cara menanganinya. Bagaimanapun, disebabkan bilangan ahli yang ramai maka Majlis itu tidak dapat bermesyuarat lebih kerap. Jadi, saya memutuskan supaya diwujudkan sebuah panel penasihat kecil untuk memantau perkembangan, di samping mencadangkan cara mengatasinya.

Ia perlu disokong oleh keseluruhan Kabinet walaupun hanya sebilangan Menteri sahaja yang menganggotainya. Mujurlah Kabinet tidak mempersoalkan bidang kuasa atau syarat-syarat penubuhan badan yang berpengaruh itu.

Anggota panel penasihat termasuklah Anwar; Datuk Mustapa Mohamed, iaitu seorang ahli ekonomi yang dihormati dan kini berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Samsuddin Hitam; Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Fong Weng Phak (entah apa sebabnya, Gabenor tidak pernah menghadiri mesyuarat kami); Ketua Unit Perancangan Ekonomi, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman; Oh Siew Nam, seorang eksekutif sektor swasta yang arif mengenai perbankan dan pasaran kewangan serta Ketua Pengarah ISIS, Tan Sri Dr Noordin Sopiee.

Panel penasihat kecil itu bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga jam setiap pagi di pejabat saya. Kami meneliti semua perangkaan mengenai ekonomi dan mentauliahkan penyelidikan berhubung sebarang isu yang kami rasa mungkin mempengaruhi prestasi ekonomi atau prospek negara.

Kami memanggil pakar bagi memberi penerangan dan membuat cadangan mengenai perkembangan semasa. Kami mendengar banyak taklimat dan sering membuat keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan.

Mujurlah kita tidak mengalami ketegangan sosial sewaktu krisis kewangan. Rakyat Malaysia mungkin telah terjejas teruk akibat krisis tersebut, tetapi keganasan bukanlah tindak balas mereka. Pada masa yang sama, kita sedang membuat persiapan akhir bagi Sukan Komanwel yang akan diadakan pada tahun berikutnya, jadi, kita tidak mampu untuk menghadapi sebarang bentuk ketidakstabilan.

Sambil menangani krisis itu, saya meneruskan tugas ke luar negara untuk melaksanakan usaha ekonomi dan diplomatik. Saya berada di Buenos Aires, Argentina apabila saya tiba-tiba teringat kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengetuai operasi perniagaan mata wang Bank Negara sewaktu kita mengalami kerugian.

Saya ternampak beliau sedang berjalan-jalan di Kuala Lumpur sebelum saya berlepas ke Buenos Aires. Wajah beliau muncul dalam fikiran saya dan saya memutuskan yang beliau mungkin boleh memberi penjelasan mengenai perniagaan mata wang serta mencadangkan cara untuk mengatasinya.

Urus niaga mata wang asing kita yang merugikan itu mungkin boleh menghasilkan suatu kebaikan dan menyelamatkan kita pada saat-saat kita dikepung oleh peniaga mata wang.

Perkara itu amat mendesak dan saya tidak boleh menunggu sehingga pulang ke tanah air, lalu saya meminta pejabat saya mencari dan menerbangkan Nor Mohamed ke Argentina. Tidak lama selepas itu, beliau dan saya duduk di dalam bilik hotel saya dan beliau menjelaskan selok-belok perniagaan mata wang serta sebab kita mengalami kerugian.

Saya bertanya, apakah pengajaran daripada pengalaman itu yang boleh kita gunakan untuk mengatasi masalah yang sedang kita hadapi?

Beliau mencadangkan agar kita mengenal pasti beberapa buah institusi yang memiliki sumber kewangan yang besar dan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membeli ringgit. Kita terima cadangan itu dan melaksanakannya.

Namun, sekali lagi kita tidak dapat melawan kekuatan peniaga mata wang. Mereka boleh membuat spekulasi sehingga 20 kali ganda modal mereka dan kita mungkin kehabisan rizab antarabangsa kalau kita cuba melawan mereka dengan cara itu. Kita bukan berdepan dengan sebuah dana spekulasi mata wang, tetapi beberapa buah.

Ternyata percubaan kita itu gagal. Saya tahu yang Nor Mohamed berpengetahuan lalu memutuskan untuk melantik beliau menjadi Penasihat Kewangan saya dan salah seorang anggota MTEN.

Kita mengajukan banyak soalan kepada beliau dalam usaha untuk memahami dan mengawal perniagaan mata wang. Saya perlu memahami sedalam-dalamya mengenai sistem perbankan dan kewangan, dan Nor Mohamed berjaya memperjelaskan semuanya.

Disebabkan kita tidak faham selok-beloknya maka kita telah memperkenalkan langkah-langkah yang terbukti tidak berkesan. Pada satu peringkat, terlintas dalam fikiran saya untuk menurunkan nilai ringgit dan menaikkan gaji bagi mengimbangi kesan penyusutan nilainya.

Apabila saya membincangkan idea itu dengan beberapa orang kawan dan Menteri, mereka berkeras mengatakan bahawa ia tidak akan berkesan. Namun, saya terus yakin mesti ada sesuatu yang boleh dilakukan secara sah oleh kerajaan bagi menghentikan manipulasi mata wang kita. Sehingga saat itu, saya masih beranggapan yang mata wang sebenar telah bertukar tangan dalam urus niaga berkenaan.

Saya masih belum memahami perdagangan mata wang yang dijalankan dalam bentuk abstrak dan maya serta bagaimana transaksi atas kertas yang bernilai berbilion-bilion dolar boleh mengalir merentasi dunia dengan lebih pantas berbanding kita membayar RM10 untuk membeli sayur di pasar.

Itulah sebabnya apabila kita diberitahu yang mata wang kita dibawa keluar, kita menyangka orang yang terlibat benar-benar membawa wang kita ketika mereka keluar dari Malaysia. Jadi, kita meminta pegawai kastam di pintu keluar supaya memeriksa beg pengembara. Kita kehairanan kerana tidak ada wang tunai yang cuba dibawa keluar.

Bagaimanapun, kita mendapati jumlah wang dalam edaran di Malaysia berkurangan dengan begitu banyak dan berjuta-juta ringgit Malaysia telah mengalir ke Singapura. Atas sebab itulah kita meminta kerajaan Singapura mendepositkan sejumlah pegangan ringgit mereka ke dalam bank Malaysia.

Kita juga hairan bagaimana peniaga mata wang di luar Malaysia boleh memiliki berbilion ringgit duit kita untuk dijual. Saya tertanya-tanya dari mana penyerang mata wang antarabangsa itu memperoleh ringgit?

Mereka melakukan jualan singkat dengan mengikat kontrak untuk menyerahkan ringgit yang sebenarnya tidak mereka miliki. Bagaimanapun lambat-laun mereka perlu juga membuat penyerahan.

Saya bertanya kepada Nor Mohamed bagaimana sejumlah besar mata wang kita boleh meninggalkan Malaysia tanpa dikesan dan bagaimana peniaga boleh membawa keluar berbilion-bilion ringgit. Kita juga tidak mempunyai rekod pembelian ringgit sebelum mereka mula memperdagangkannya sebagai satu komoditi dan dalam proses itu merosakkan kestabilan kadar tukarannya.

Pada satu peringkat, saya membuat kesimpulan bahawa mereka tentu telah membeli sejumlah besar ringgit sebelum memperdagangkannya di pasaran.

Nor Mohamed menjelaskan kepada MTEN bahawa sebenarnya tidak ada wang tunai yang dipindahkan. Sejuta ringgit, walaupun dalam bentuk wang kertas RM100, sudah cukup berat untuk diangkut. Jadi, tentulah mustahil untuk memindahkan ratusan juta ringgit, apatah lagi berbilion ringgit. Lagipun, ringgit hanya sah diperlakukan di Malaysia. Ia tidak boleh digunakan di luar negara.

Bank dan penukar wang di negara lain mungkin menerima ringgit untuk ditukarkan dengan mata wang tempatan, tetapi jumlahnya kecil sahaja. Di penghujungnya, mereka pasti memulangkan mata wang kertas itu kepada Malaysia untuk ditukarkan dengan mata wang pilihan mereka. Bagaimanapun, ini jelas tidak berlaku. Kalau berlaku pun, kita tentu dapat melihat barisan van perisai berulang-alik di antara Singapura dan Malaysia.

Jadi, apakah mata wang yang diperdagangkan sebenarnya? Nor Mohamed menjelaskan bahawa tidak ada wang yang terlibat secara fizikal. Sebaliknya wang sebenar ada di dalam bank-bank Malaysia, kebanyakannya di dalam akaun pemilik wang itu.

Saya bertanya kepada kepada Nor Mohamed apa yang berlaku apabila wang itu dijual atau dibeli. Menurut beliau, sejumlah kecil daripadanya mungkin dimasukkan ke dalam bank atau diambil sebagai tunai. Namun, biasanya wang itu dikreditkan ke dalam akaun penerima atau didebitkan daripada akaun pembayar. Tidak ada transaksi wang tunai berlaku sama sekali. Jual beli dibuat di atas kertas semata-mata. Yang berubah hanyalah angka-angka di dalam akaun bank.

Apabila ringgit didagangkan, tidak ada wang yang menyeberangi sempadan. Dalam erti kata lain, tidak ada wang yang keluar dari Malaysia ataupun masuk ke dalam Malaysia secara fizikal. Proses itu mungkin rumit sedikit bagi dagangan yang melibatkan akaun mata wang asing di bank-bank asing. Begitu pun, ringgit yang diperdagangkan tidak akan sama sekali meninggalkan Malaysia.

Saya sedar bahawa itu mestilah caranya. Jadi, kita meminta Bank Negara menarik balik wang kertas bernilai RM500 dan RM1,000 bagi menyekat orang ramai menyeludup keluar wang. Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku selama ini adalah ringgit Malaysia yang diperdagangkan itu kekal di dalam akaun orang asing di bank-bank Malaysia. Disebabkan wang itu dimiliki oleh orang asing, maka kita tidak boleh menggunakannya.

Ini adalah sesuatu yang baru kepada saya. Saya bukan seorang ahli perbankan dan urusan saya dengan bank juga terhad. Saya selalu membuat pembayaran menggunakan cek tanpa memikirkan bagaimana angka di dalam akaun saya berubah. Transaksi saya umumnya kecil dan diuruskan oleh pembantu peribadi saya.

Saya mula berasa gerun apabila menyedari yang saya telah membelanjakan begitu banyak wang negara tanpa mengetahui apa-apa mengenai operasi bank. Namun, sejak mempelajari bahawa ringgit yang diperdagangkan itu tidak pernah keluar dari Malaysia secara fizikal dan jual belinya hanya membabitkan pemindahan hak milik daripada satu akuan kepada akaun yang lain di dalam bank, maka saya mula berfikir bagaimana kerajaan boleh menggunakan kuasa kawalan Bank Negara ke atas bank-bank di Malaysia untuk menghentikan perniagaan mata wang.

Saya yakin ramai rakan-rakan saya di dalam MTEN tahu bahawa sistem kewangan mewujudkan lebih banyak kredit berbanding mata wang yang dikeluarkan oleh bank pusat. Bagaimanapun, mereka tidak nampak bagaimana maklumat itu mungkin boleh membantu mewujudkan kawalan rasmi ke atas perdagangan mata wang. Mungkin ada baiknya juga kejahilan saya mengenai sistem kewangan sebelum ini kerana ia memberi saya peluang untuk melihat dengan persepktif baru tentang bagaimana boleh menggagalkan peniaga mata wang.

Saya bertanya Nor Mohamed sama ada kerajaan boleh mengarahkan bank agar tidak memindahkan hak milik apabila peniaga mata wang membeli dan menjual ringgit. Beliau menjawab, boleh. Saya pun memikirkan kemungkinan untuk melaksanakannya.

Serentak itu, Tun Daim, Nor Mohamed dan ahli-ahli perbankan di dalam MTEN mula membincangkan kemungkinan menyekat peniaga mata wang daripada memperoleh ringgit. Pada masa yang sama, kita perlu menghentikan jual beli saham syarikat Malaysia melalui Central Limit Order Book (CLOB) di Singapura atau apa yang disebut sebagai dagangan “atas kaunter.”

Ia diwujudkan oleh Singapura untuk meneruskan kegiatan jual beli saham-saham Malaysia selepas kita memisahkan bursa saham kita daripada bursa saham Singapura pada 1989. Urus niaga CLOB menyebabkan harga saham kita merosot terus-menerus.

Indeks Komposit kita, iaitu Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) berada di sekitar 1,200 mata apabila serangan ke atas ringgit bermula. Bagi mengelakkan kehilangan wang yang dilaburkan di Malaysia, maka pelabur asing berpusu-pusu keluar dengan menjual saham milik mereka dan menukar ringgit yang mereka peroleh kepada dolar Amerika atau mata wang lain.

Penjualan ini menyebabkan kejatuhan harga saham kita menjadi lebih teruk. Pada satu peringkat, ia jatuh sehingga di bawah 300 mata. Modal pasaran saham yang disenaraikan di bursa saham kita tinggal satu perempat sahaja daripada nilai sebelum krisis.

Kita mendapati bahawa saham yang diniagakan melalui CLOB telah didaftarkan atas nama syarikat-syarikat pemegang amanah. Amalan ini sah dari segi undang-undang, tetapi apabila saham itu dijual dalam lingkungan syarikat pemegang amanah maka pemilikannya tidak berubah; ia kekal dalam tangan syarikat pemegang amanah terbabit. Atas dasar itu maka jual-beli tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Yang menjadi masalah adalah penjualan berterusan saham-saham itu menyebabkan harganya jatuh. BSKL tidak dapat berbuat apa-apa mengenai kegiatan CLOB. Transaksi saham-saham Malaysia di CLOB tidak perlu didaftarkan dengan BSKL selagi ia kekal sebagai urusan atas kertas oleh syarikat pemegang amanah yang sama.

Kita perlu menghentikan amalan itu dan memutuskan bahawa tidak ada jual-beli akan diiktiraf kecuali pemilik sebenar mendaftar dengan BSKL. Kegagalan mereka berbuat demikian boleh menyebabkan transaksi berkenaan tidak diiktiraf dan saham yang terlibat, dari segi undang-undang akan dianggap sebagai hak milik penjual.

Sebaik sahaja kita mengenakan syarat itu, saham-saham tidak mungkin boleh diniagakan lagi di CLOB tanpa mendaftarkannya dengan BSKL. Tiada siapa akan membeli kalau saham itu tidak menjadi milik mereka dari segi undang-undang. Ini memaksa pemilik sebenar untuk mendaftar urus niaga mereka dengan BSKL sebagai syarat untuk mendapatkan pengiktirafan.

Tindakan kita itu berjaya menamatkan peranan syarikat pemegang amanah sebagai orang depan dalam perdagangan CLOB. Semua pemilik perlu mendaftar dengan BSKL. CLOB tidak lagi berperanan menjual-beli saham Malaysia. Ia terpaksa ditutup.

Sementara itu, kita juga memutuskan untuk menambat ringgit kepada dolar Amerika – satu langkah yang pastinya menimbulkan kontroversi. Bagaimanapun, kita perlu menentukan kadar tukaran ringgit sebaik sahaja selepas mengarahkan bank agar tidak memindahkan wang akaun mereka dalam sebarang transaksi.

Kita juga perlu menyediakan rizab mata wang asing, terutama dolar Amerika yang mencukupi dalam bank tempatan dan di Bank Negara sekiranya diperlukan oleh pedagang bagi membayar import mereka. Dan sudah tentulah kita perlu menjamin bekalan ringgit yang mencukupi di bank untuk ditukarkan dengan mata wang asing pada kadar yang kita tetapkan.

Kita sentiasa mendesak agar pendapatan penjualan barangan buatan Malaysia kepada pembeli asing dibawa balik dan didepositkan di dalam bank Malaysia. Sesetengah negara membangun seperti Argentina membenarkan pendapatan eksport disimpan di luar negara.

Dalam kes negara pengeluar minyak Timur Tengah pula, sebahagian mereka tidak pernah membawa pulang perolehan eksport minyak mereka. sebaliknya, mereka membiarkan pendapatan eksport minyak mereka yang sering disebut sebagai “petrodollar”, mengelilingi dunia mencari pelaburan yang paling menguntungkan.

Bagi kita pula, kalau kita benarkan hal ini berlaku maka ia akan mengakibatkan pengaliran keluar yang berterusan pendapatan eksport negara. Kalau kita tidak dapat menggunakan tukaran asing hasil eksport kita, maka kita tidak akan dapat membayar kos import atau melunaskan hutang.

Kesan daripada amalan membawa balik pendapatan eksport itu menyebabkan Malaysia sentiasa mempunyai rizab mata wang asing yang mencukupi untuk digunakan oleh pengimport bagi membeli barangan dan perkhidmatan asing. Apabila kerajaan menetapkan kadar tukaran, ia harus menjamin bekalan mata wang asing yang mencukupi untuk membayar kos import utama pada kadar yang ditetapkan itu.

Kita mungkin boleh memperkayakan diri kita dengan mengukuhkan ringgit kepada paras sebelum krisis, iaitu RM2.50 bagi satu dolar Amerika memandangkan pada masa itu ringgit sudah mula pulih perlahan-lahan. Pada kadar paling rendah, nilai ringgit susut kepada hampir RM5 bagi setiap dolar Amerika. Ia kemudian berkisar sekitar RM3.80 dan RM4.

Kalau ringgit terlalu kukuh pula kerana kita menetapkan kadar tukaran yang amat tinggi maka produk Malaysia tidak dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa dengan produk yang serupa dari Thailand, Filipina dan Indonesia. Kita perlu menetapkan kadar tukaran yang tidak terlalu memiskinkan kita dan pada masa yang sama menjamin persaingan produk keluaran kita. Oleh itu, kita memutuskan kadar RM3.80 bagi satu dolar Amerika.

Kita merahsiakan perkara itu, tetapi kita mahu Bank Negara dan BSKL melaksanakannya. Kerajaan perlu menyelia pelaksanaan rancangan itu hampir setiap minit.

Apabila kita mula melaksanakannya, kita tidak pasti sama ada kawalan itu akan memberi sebarang kesan atau tidak. Kita pun tidak tahu sama ada keputusan mengenai pendaftaran wajib jual-beli saham CLOB boleh dilaksanakan atau terbukti tidak praktikal.

Perlu ditegaskan bahawa sewaktu kita mengambil keputusan tersebut di dalam MTEN, Anwar masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Beliau tidak membantah rancangan untuk menyekat kegiatan peniaga mata wang dan mengawal urus niaga CLOB.

Dr Noordin Sopiee tampil dengan lebih 30 sebab mengapa kita tidak harus melaksanakan semua rancangan itu. Tidak semestinya beliau tidak bersetuju dengan hujah itu, tetapi beliau mengemukakannya bagi mencabar pemikiran kita.

Saya terpaksa berhujah mematikan setiap bantahan yang beliau kemukakan. Ahli MTEN yang lain menunjukkan tahap sokongan berbeza-beza, dengan sesetengahnya mengatakan bahawa langkah yang kita cadangkan itu tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun sebelum ini.

Memang betul ia berisiko, termasuklah kemungkinan keutuhan mutlak mata wang ringgit. Pasaran gelap mungkin muncul bagi menjual ringgit dengan harga yang lebih murah daripada kadar yang kita tetapkan. Kewangan dan ekonomi negara mungkin menjunam dan tidak boleh dikawal lagi.

Kita sama sekali tidak boleh menjangka apa yang akan terjadi. Bagaimanapun, hujah yang mengatakan kita tidak patut melakukannya kerana ia belum pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini mungkin sesuai bagi orang yang penakut dan berfikiran kolot. Pendirian itu pastinya tidak sesuai bagi seorang yang bertanggungjawab kepada negara dalam menghadapi saat kesukaran yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Ada orang membangkitkan bahawa wujud keadaan di mana penduduk di kebanyakan negara membangun enggan dibayar dalam mata wang tempatan, sebaliknya mereka mendesak agar dibayar dengan dolar Amerika. Ringgit juga mungkin ditolak sebagai bayaran. Jika ini berlaku maka nilainya tidak lebih tinggi daripada harga kertas yang diguna untuk mencetaknya.

Saya mendapat tahu kemudian bahawa setengah ahli MTEN telah memberitahu beberapa orang Menteri Besar supaya menghalang saya daripada meneruskan langkah yang dirancang. Malangnya, mereka tidak bersedia untuk berdepan dengan saya bagi berbahas mengenai perdagangan mata wang dan CLOB kerana mereka tidak memahaminya.

Malah, pemahaman mereka juga sangat kurang mengenai betapa kompleksnya langkah yang sedang kami rancang dan risikonya. Kalau pun ada antara mereka mempunyai keraguan yang berasas, mereka tidak berkebolehan untuk menyatakan pandangan mereka.

Keadaan itu memberikan kelebihan kepada saya. Saya berasa lega dengan keputusan yang diambil, tetapi itu bukan bermakna saya tidak bimbang dengan kemungkinan rancangan kita akan membawa bencana kepada negara.
Saya berasa gerun mengambil tindakan yang bertentangan dengan kebijaksanaan konvensional serta bercanggah dengan pendapat pakar, termasuk daripada IMF dan Bank Dunia.

Strategi kita tidak syak lagi bercanggah dengan pendapat umum yang dilabelkan oleh pengkritik ekonomi sebagai “contrarian”. Ia bertentangan dengan amalan konvensional dan kalau ekonomi kita runtuh akibat daripadanya maka tidak ada sesiapa pun yang akan menolong kita. Saya sendiri mungkin terpaksa berundur dalam keaiban – sesuatu yang amat saya takuti.

Bagaimanapun, saya lebih takut kepada kemungkinan kita akan hilang kawalan ke atas negara kita sendiri seperti kerajaan Indonesia yang hilang kuasa kepada IMF. Saya amat tidak suka melihat gambar Camdessus berdiri berpeluk tubuh bersebelahan Presiden Suharto ketika menyaksikan pemimpin Indonesia itu menandatangani perjanjian dengan IMF.

Camdessus kelihatan begitu puas dan sinis menyaksikan Presiden Suharto melepaskan kawalan ke atas ekonomi Indonesia yang berupa asas kedaulatan negara itu – kedaulatan yang diperjuangkan dengan begitu gigih dan berani menentang Belanda pada 1940-an.

Saya tentunya tidak mahu Malaysia menderita nasib yang sama. Kita telah cuba memujuk Indonesia agar tidak menyerah kepada IMF.

Menteri Kewangan Indonesia ketika itu, Marie Muhammad berhubung rapat dengan Anwar yang mengatakan beliau ada meminta Marie supaya menasihatkan Suharto agar tidak menurunkan tandatangan.

Saya diberitahu bahawa menjelang waktu itu. Presiden Suharto sudah tidak boleh tidur. Seramai kira-kira 40 juta rakyat Indonesia telah hilang pekerjaan. Rupiah sudah runtuh. Nilainya merudum daripada 2,000 bagi setiap satu dolar Amerika kepada 16,000.

Rusuhan tercetus di ibu negara, Jakarta. Kedai dibakar dan ramai yang terbunuh. Rakyat peribumi Indonesia menyalahkan krisis itu kepada orang Cina Indonesia. Mereka tidak menganggap Amerika dan penguasaannya ke atas IMF sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap krisis mata wang.

Apabila IMF mengambil alih kawalan ke atas kewangan Indonesia, langkah yang mereka paksakan terhadap Indonesia seperti menghentikan subsidi makanan dan minyak telah memburukkan lagi penderitaan rakyat dan lebih banyak rusuhan berlaku.

Thailand dan Filipina yang turut menyerah kepada IMF juga menerima nasib serupa. Hanya Korea Selatan berjaya melakukan pemulihan ketara selepas menyerah kepada IMF.

Saya tidak sedikit pun yakin terhadap kaedah penyelesaian IMF yang dipaksakan oleh Anwar ke atas negara. Menteri-menteri mula mengadu bahawa mereka tidak ada peruntukan untuk melaksanakan projek pembangunan. Semua faedah dan keistimewaan dikurangkan dan langkah jimat cermat mula memberi kesan negatif.

Anwar mahu melihat lebihan belanjawan di mana pendapatan mengatasi perbelanjaan, tetapi mustahil boleh dicapai memandangkan kemerosotan kuasa membeli mata wang ringgit. Jadi, beliau mengurangkan peruntukan belanjawan sebanyak 25 peratus. Kalau kita terus mengurangkan belanjawan maka akan tiba masanya nanti kita kehabisan wang di dalam Perbendaharaan. Kemelesetan ekonomi akan menjadi lebih teruk dan kita mungkin terpaksa menyerahkan kedaulatan ekonomi kita kepada pihak luar.

Saya berazam untuk meneruskan pelaksanaan strategi penyelesaian yang telah dipersetujui. Kemudian pada saat akhir, Anwar menelefon saya untuk memberitahu yang Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don dan Timbalannya, Fong Weng Phak telah menghantar surat peletakan jawatan. Saya terkejut, tetapi tetap bertekad mahu melaksanakan langkah yang telah diputuskan.

Saya meminta pegawai ketiga paling kanan di Bank Negara supaya datang menemui saya. Pada masa itu, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz adalah Penolong Gabenor yang bertanggungjawab bagi hal ehwal ekonomi, operasi luar dan pasaran mata wang serta kawalan tukaran asing .(3)

Saya kenal beliau, tetapi tidaklah rapat. Kita kesuntukan masa untuk mencari Gabenor baru, jadi saya serta-merta melantik beliau menjadi Pemangku Gabenor. Beliau datang ke kediaman saya dan saya jelaskan kepadanya apa yang sedang berlaku serta apa yang harus beliau lakukan.

Mujurlah beliau seorang yang berkebolehan dan memberikan sepenuh kerjasama. Menurutnya, beliau akan menghubungi bank dan menghentikan semua pemindahan besar wang yang terbabit dalam perdagangan mata wang. Dalam pada itu, beliau juga akan memastikan pembayaran untuk transaksi perniagaan biasa diteruskan.

Pada 1 September 1998, Zeti secara rasmi mengumumkan pelaksanaan kawalan mata wang dan ikatan ringgit kepada dolar Amerika. Beliau memberitahu media massa: “Kita perlu bertindak bersendirian memandangkan masyarakat antarabangsa telah gagal mengemukakan sebarang penyelesaian yang bermakna kepada keadaan huru-hara kewangan global. Sebaik-baiknya dunia patut bertindak seiringan dan bukannya memaksa negara bertindak sendirian.”

Zeti yang kemudiannya dilantik menjadi Gabenor telah dijemput untuk menyertai MTEN. Beliau memberi maklum balas yang baik mengenai keadaan semasa pasaran dan pergerakan ringgit. Sejak menjadi Gabenor, Zeti telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa kerana kepemimpinannya di Bank Pusat.

Antara perkembangan lain yang diperhatikan adalah kemungkinan munculnya pasaran gelap mata wang ringgit. Kita memantau harga barang bagi memastikan tidak ada pihak cuba membuat keuntungan berlebihan. Kita memastikan bekalan semua barang keperluan utama adalah mencukupi.

Mesyuarat harian MTEN diteruskan. Bank disyaratkan supaya mendepositkan semua tukaran asing yang mereka terima di Bank Negara. Dengan itu, kita tidak pernah kekurangan mata wang asing untuk dijual kepada pengimport tulen. Ikatan ringgit kepada dolar Amerika pada kadar RM3.80 bagi setiap dolar telah dikuatkuasakan dengan begitu tegas sekali dan ini terbukti baik bagi pengimport serta pengeksport.

Kalangan ahli perniagaan gembira menerima ringgit pada kadar RM3.80 setiap kali mereka menukar dolar Amerika atau mata wang lain. Mereka juga selesa dengan jaminan bahawa kita akan mengekalkan kadar tukaran sehinggalah keadaan menjadi stabil semula. Mereka kini boleh merangka belanjawan untuk sepanjang tahun tanpa perlu membabitkan diri dalam kegiatan melindungi nilai ringgit. Ini secara langsung mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Tindakan mensyaratkan pemilik saham mendaftar dengan BSKL dan menghentikan penjualan saham Malaysia yang dipegang oleh syarikat pemegang amanah juga telah membantu menyekat kejatuhan harga di BSKL. Dalam jangka masa singkat, indeks komposit BSKL yang jatuh di bawah 300 mata telah naik semula kepada lebih 800 mata.

Jumlah hutang lapuk turut berkurangan selepas tempoh gagal bayar dinaikkan semula kepada enam bulan dan ekonomi mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Sewaktu krisis, kita memperkenalkan beberapa langkah bagi mengurangkan masalah yang tercetus. Misalnya, apabila jualan hartanah membeku maka kita menganjurkan kempen pemilikan rumah yang menggabungkan pemaju, pembeli, pembiaya, pegawai kerajaan dan peguam. Pada pameran promosi pertama, kira-kira RM3 bilion hartanah dijual.

Bagi menggerakkan semula industri pembinaan maka kita memutuskan supaya dibina 40,000 unit pangsapuri untuk menempatkan penghuni setinggan. Memandangkan jualan runcit tidak berkembang mengikut keadaan yang sepatutnya maka kita menyediakan tempat pameran untuk peruncit dan di mana perlu, kita membantu mereka merundingkan bekalan pada harga yang lebih murah.

Di samping itu, kita meneliti laporan penggunaan elektrik, pergerakan kargo dan kontena di pelabuhan, ketibaan pelancong, penumpang kapal terbang, pendaftaran kenderaan baru dan banyak lagi. Jadi kita tahu secara terperinci prestasi ekonomi dan sering mencari jalan untuk merangsangnya.

MTEN memberi perhatian utama kepada operasi Pengurusan Danaharta Nasional Bhd, Danamodal Nasional Bhd dan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat yang semuanya ditubuhkan untuk menangani masalah hutang lapuk serta permodalan semula bank.

Kita tidak membenarkan penjualan serta-merta saham yang diperoleh melalui CLOB kerana ini akan menyebabkan kejatuhan harga semua saham. Pemilik saham juga perlu mendaftar terlebih dahulu dengan BSKL. Kemudian kita menubuhkan pula sebuah syarikat khas untuk membeli saham berkenaan, memantau kepulangannya dan akhir sekali menjualnya secara beransur-ansur supaya tidak mengganggu harga saham di BSKL.

Pada mulanya, pemilik saham CLOB itu tidak begitu gembira. Namun, hasil pemulihan pesat BSKL menyebabkan harga saham naik 200 peratus sewaktu syarikat khas yang kita tubuhkan itu mula membeli saham-saham CLOB.

Jadi, mereka terselamat daripada mengalami kerugian besar kewangan yang amat mereka takuti. Mereka juga menunggu seketika sebelum menjual saham mereka dan memperoleh keuntungan besar. Syarikat khas berkenaan turut membuat keuntungan dan kerajaan mendapat balik modalnya yang diberikan dalam usaha menyelamat yang berani.

Dunia mengutuk kawalan mata wang yang kita lakukan dan ramai ahli ekonomi berkata bahawa ia tidak selari dengan sistem perdagangan terbuka. Pakar-pakar meramalkan kemusnahan Malaysia dan dengan gembira menunggu kepulangan kita ke pasaran dunia sebagai pengemis.

Kita bagaimanapun tidak gentar. Kita percaya yang kita telah menemui jawapan tepat kepada penjarahan negara kecil oleh peniaga mata wang. Cara kita mungkin tidak konvensional, tetapi berkesan.

Biarlah orang lain mempertahankan doktrin ekonomi, tetapi bagi kita, yang lebih utama adalah menyelamatkan negara dan diri kita. Akhirnya, kita pulih dengan lebih cepat daripada semua negara yang menerima pinjaman IMF, sama ada secara sukarela atau kerana tekanan. Negara-negara itu telah menyerah diri kepada langkah penyelesaian yang sama untuk semua.

Peniaga mata wang menghentikan operasi mereka. bahkan IMF pun akhirnya mengakui yang cara kita berkesan walaupun mereka tidak memperakukannya kepada negara lain. Pakar ekonomi dan pemenang Hadia Nobel, Joseph Stiglitz menyokong pandangan kita.(4)

Malah, Soros turut mengakui bahawa Malaysia telah mengambil langkah yang betul dengan tidak menyerah kepada IMF.

Dasar yang kita laksanakan berkesan untuk negara kita, tetapi tidak banyak negara membangun berada dalam keadaan yang serupa dengan kita. Ia berkesan bagi kita kerana selain keazaman politik dan kepakaran merangka dasar yang praktikal, kita juga mempunyai simpanan mata wang asing yang banyak di Bank Negara untuk digunakan bagi melindungi kedaulatan ekonomi kita. Selain itu, kita mempunyai simpanan yang besar hasil pengurusan ekonomi yang bertanggungjawab selama ini.

Kejayaan kita menyekat kemaraan peniaga mata wang dan menolak campur tangan IMF bukanlah semata-mata kerana tindakan tegas kita pada masa itu. Ia sebaliknya berpaksikan kepemimpinan ekonomi yang mantap oleh kerajaan dan ketetapan dasar yang dilaksanakan, khususnya dalam dekad 70-an dan 80-an.

Bagaimanapun, krisis mata wang bukanlah satu-satunya masalah yang terpaksa kita tangani. Sehari selepas Zeti mengumumkan kawalan terhad mata wang, masalah saya dengan Anwar meletus.

(1) Perwakilan daripada 44 buah negara bertemu tidak lama sebelum Perang Dunia II untuk berbincang bagaimana memulihkan semula ekonomi dunia.

(2) MTEN ditubuhkan pada 7 Januari 1998 untuk menasihat kerajaan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan krisis kewangan.

(3) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz adalah satu-satunya Gabenor wanita Bank Pusat di Asia. Beliau adalah anak kepada Profesor Ungku Abdul Aziz Abdul Hamid, pakar Ekonomi Melaya negara yang pertama dan bekas Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Beliau juga adalah cucu saudara Datuk Onn Jaafar, Pengasas UMNO.


(4) Buku beliau, Globalisation and its Discontents mengkritik cara IMF menangani krisis kewangan

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds