The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 25 February 2014

"AKU LAH!"



Dato Sri Bijan Kazar (PM Malaysia yang ke-847) sedang rasa sangat tertekan sebab orang asyik kutuk dia dan cakap dia kurang bijak memerintah negara.

Jadi dia pergi melawat Queen Elizabeth di UK yang menasihatkannya, "Bijan, kau tak bijak tak apa. Yang penting keliling kau kena ada orang-orang yang bijak."

"Tapi macam mana aku nak cari orang bijak?", tanya Bijan.

"Biar aku tunjuk caranya", kata Queen dan terus memanggil Tony Blair ke dalam pejabat dan bertanya, "Tony, ibu bapa kau ada seorang anak, tapi dia bukan kakak, abang atau adik engkau. Siapa dia?"

Tony Blair menjawab: "Senang je! Aku lah tu!"

"Betul! Terima kasih" kata Queen dan berpaling kepada Bijan, "Kau faham konsepnya Bijan?"

"Ya Queen. Terima kasih. Saya pasti akan guna tips ni!" jawab Bijan dengan gembira.

Bila dah balik ke Malaysia, dalam mesyuarat kabinet, Bijan tanya barisan menterinya, "Dengar sini semua, ibu bapa korang ada seorang anak, tapi dia bukan kakak, abang atau adik engkau. Siapa dia?"

Mereka terfikir dalam hati, 'wow, soalan susah gila!' tapi pada mulut berkata, "Bagi kitorang seminggu untuk berfikir dan kembali dengan jawapan Dato Sri!"

Fikir punya fikir dah nak dekat seminggu tapi tak seorang pun yang dapat jawapan. Akhirnya mereka terpaksa akur dan jumpa ketua pembangkang, Anwar Brahims dan tanyakan soalan yang sama: "Anwar, ibu bapa kau ada seorang anak, tapi dia bukan kakak, abang atau adik engkau. Siapa dia?"

Anwar pantas menjawab: "Apa ke bengong nya senang punya soalan pun tak boleh jawab. Jawapannya aku lah!"

Dengan tersengih-sengih mereka masuk mesyuarat kabinet seterusnya untuk berjumpa Bijan dan terus berkata: "Kami dah tahu jawapannya Dato Sri!"

"Haa, apa dia?" tanya Bijan

Beramai-ramai mereka menjawab: "Anwar Brahims!"

Sambil menepuk dahi, Bijan Razak menjawab, "Bodoh! Punya lama korang fikir pun jawapan salah! Jawapannya Tony Blair lah!"


-XR-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds