The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 25 February 2014

KERETAKAN DINDING-DINDING FUNDAMENTALISME



Sejak berlakunya Revolusi Iran (1979), perampasan kuasa Taliban di Afghanistan (1996), dan serangan 9/11 (2001), kita seringkali melihat di kaca televisyen tentang pertambahan kes-kes fundamentalisme Islam di Timur Tengah. Perkara ini dikuatkan lagi dengan kemenangan parti-parti berteraskan Islamisme di Turki, Semenanjung Gaza, Mesir dan Tunisia. Tetapi, berkemungkinan besar ideologi fundamentalisme Islam yang sedang mencalarkan imej Islam sedang kehilangan pengaruh.

Di setiap negara yang mengamalkan fundamentalisme Islam, terdapat beberapa kelompok-kelompok Islamisme yang sedang bertelagah antara satu sama lain. Pada masa yang sama, kesemua kelompok ini akan dilayan dengan kasar oleh golongan-golongan sekular, minority, wanita dan kebanyakan anak-anak muda kini. Mereka ini tidak gemar dengan ideologi fundamentalisme oleh kerana ketidakmampuan pemimpin-pemimpin Islamisme untuk menjalankan sebuah pentadbiran globalisasi dengan sempurna.

Di Mesir, kemusnahan kerajaan Islamisme dibawah Ikhwanul Muslimin merupakan kekalahan yang teruk untuk panji fundamentalisme. Walaupun Mohamad Morsi merupakan presiden Mesir yang sah, kedudukan ketenteraan setelah rampasan kuasa Julai sedang berkelihatan seperti stabil dalam pemegangan kuasa mereka. Sekarang mereka hanya perlu mendapat sokongan rakyat sahaja, sekaligus akan membenamkan Ikhwanul Muslimin untuk menikmati satu lagi kekalahan yang teruk.

Hampir sedekad Turki sudah dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan dan parti AKP, yang merupakan teratak kepada fundamentalisme – memenangi tiga pilihanraya, menjalankan program-program yang efektif untuk menyuntik pertumbahan ekonomi, tetapi Pilihanraya 2011 menunjukkan pengurangan 14 kerusi untuk parti pemerintah. Sokongan-sokongan Erdogan kepada Ikhwanul Muslim, gagasan pemberontak di Syria, Hamas di Gaza dan kaum Kurdi di Iraq telah mencalarkan reputasi Erdogan.

Selain itu, dengan kepelbagaian masalah-masalah ekonomi, gaya fundamentalisme yang dibawa oleh Erdogan telah mengundang demonstrasi-demonstrasi daripada golongan-golongan sekular yang menyokong Mustafa Kemal Ataturk. Erdogan juga berdepan dengan skandal rasuah besar yang membenamkan karier politik tiga ahli kabinet. Seperti yang kita tahu, masalah-masalah ekonomi akan menjadi faktor-faktor utama yang akan menumbangkan sebuah parti politik.

Selepas Turkey, Tunisia merupakan antara tempat yang selamat untuk orang-orang Islam yang berhaluan moderat. Pada tahun 2011, Parti Ennahda telah memenangi majoriti yang agak besar tetapi masih lagi gagal untuk menyusun program-program dalam usaha mengurangkan masalah-masalah ekonomi. Dari segi sosial pula, Tunisia sedang berdepan dengan masalah hak wanita dan kelompok-kelompok Salafi. Perkara-perkara ini sedang melahirkan tanda tanya untuk masa depan parti Ennahda sebagai parti pemerintah di Tunisia.

Syria merupakan topik perbincangan Timur Tengah sejak berlakunya Perang Saudara antara Kerajaan Bashar Assad dan Gagasan Pemberontak. Bashar Assad yang diungkapkan sebagai diktator yang sekular kini dilihat sedang memenangi peperangan ini dengan perpecahan yang berlaku sedang memaksa gagasan pemberontak untuk berperang antara satu sama lain.

Dengan sokongan antarabangsa dari pelbagai negara yang berjaya menundukkan kuasa Amerika Syarikat untuk mengisytiharkan peperangan, kedudukan Bashar Assad sedang menjadi lebih stabil walaupun wujudnya gerakan Islamisme seperti al-Nusra dan ISIS.

Sejak kemenangan di pilihanraya 2006 dan kemusnahan pasukan-pasukan Fatah setahun kemudiannya, Hamas yang berpanjikan Islamisme sedang memimpin Gaza dan kejayaan Mohamad Morsi dalam politik Mesir telah menyinari harapan dan masa depan yang lebih cerah kepada Hamas. Tidak lagi. Dengan rampasan kuasa di Mesir, perpecahan di Syria, kebencian Syiah terhadap Hamas, Gaza sudahpun ditinggalkan untuk mempertahankan diri mereka dengan tangan-tangan sendiri.

Dengan pelbagai masalah-masalah ekonomi, mereka kini berdepan dengan masalah-masalah diplomasi selepas dilabel sebagai negara pengganas oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Pada masa yang sama, kewujudan Israel yang semakin hari semakin kebal dan Mesir Baru merupakan salah satu daripada masalah-masalah panjang mereka. Sekiranya perkara ini diteruskan, berkemungkinan besar rakyat-rakyat Gaza akan berubah angin kepada parti Fatah yang berprogresif.

Untuk kali pertama selepas Perang Dingin, arus-arus fundamentalisme sedang kehilangan takhta mereka dalam skop politik mereka sendiri. Mungkinkah dinding-dinding fundamentalisme akan dimusnahkan pada satu hari nanti?

-- AFDS --

[All About Islam]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds