The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 25 February 2014

TAMADUN JEPUN: ASAL USUL NINJA



Ninja (忍者) Atau Shinobi (忍び?) Adalah seorang ejen rahsia atau upahan dalam zaman feudal Jepun. Ninja selalunya ditugaskan untuk pengintipan, sabotaj, penyusupan, pembunuhan , dan pertempuran terbuka dalam keadaan tertentu. Kaedah tempurNinja melancarkan perang berbeza dengan Samurai . Hal ini kerana Samurai bertempur mengikut peraturan yang ketat berdasarkan konsep kehormatan dan maruah berbeza jika dibandingkan dengan Ninja yang lebih mengamalkan pertarungan kotor dan tipu helah yang licik.

Selain perkataan Ninja , terdapat juga istilah lain yang digunakan iaitu Shinobi () yang bermaksud " untuk mencuri jauh" yang dikaitkan dengan aktiviti Ninja yang senyap dan tidak kelihatan. Dari segi sejarah ,perkataan Ninja tidak berada dalam penggunaan biasa, pelbagai istilah lain berkembang serantau Jepun untuk mengambarkan apa yang dikenali sebagai Ninja. Selain perkataan Shinobi , terdapat beberapa contoh istilah lain anataranyaMonomi ( "orang yang melihat "), Nokizaru (" monyet di atas bumbung "), Rappa (" bengis "),dan Kusa (" rumput" ). Dalam dokumen sejarah, istilah Shinobi paling kerap digunakan bagi mengambarkan Ninja. Mengikut Etika Ninja , segala teknik bertempur dan ilmu ninja disebut sebagai Ninjutsu yang bermaksud ('' jurus ninja atau teknik ninja").


ASAL-USUL NINJA


Ninja merupakan antara salah satu seni bela diri yang paling tua di negara matahari terbit iaitu Jepun. Ia dikesan wujud sekitar tahun 722 AD iaitu pada Zaman Nara di era Jepun klasik. Kewujudan Ninjutsu di dunia adalah sangat misteri dan mengumpul pelbagai teori oleh Pengkaji Sejarah. Ada teori yang mengatakan bahawa ia berasal zaman purba China iaitu melalui skrol Sun Tzu Of Art War. Ada juga yang mengatakan ia diajar oleh Dewa Gunung/Jin gunung yang dikenali sebagai Tengu kepada manusia untuk mempertahankan diri. Tetapi ramai pakar sejarah bersetuju bahawaNinjutsu dicipta oleh seorang tokoh lagenda iaitu seorang Pertapa keramat (sage) yang diberi nama En no Gyoja . Kewujudan beliau dikesan sekitar tahun 710 AD hingga 788 AD, menyamai terciptanya ritual Shugendou (agama gunung) di Jepun.


En no Gyoja berjaya mencipta ajaran Shugendou setelah beliau berjaya menamatkan pertapaannya selama 1000 hari di Gunung Yoshino dan Gunung Handa. Setelah berjaya mencipta Shugendou , beliau dikatakan mempunyai kebolehan luar biasa dan kuasa sakti . Kuasa tersebut mampu membuatkan beliau melakukan pelbagai perkara luarbatasan manusia biasa seperti mengunakan sihir ,mampu memanipulasi pelbagai jenis jin, syaitan dan iblis (Oni,Yokai,Ayakashi) sebagai hamba suruhan (Shikigami) dan juga mampu mengawal tenaga dalaman seperti Reiki, Qi,dan Chakra. Dalam buku sastera klasik Nihongi Shoki ada menceritakan perihal En no Gyoja yang telah bertemu denganTengu (jin gunung) semasa bertapa disebuah gunung. Beliau memintaTengu mengajarinya pelbagai ilmu dan pengetahuan misteri kepadanya.

Berdasarkan teks sastera klasik Konjaku Monogatari, Tengu adalah makhluk ghaib yang mendiami kawasan pergunungan suci dan menjaga gunung tersebut. Tengu juga dikhabarkan sangat terkenal dengan kepakaran dalam pelbagai senibela diri , seni perang dan seni tempur ghaib. Berbekalkan ilmu tempur daripada Tengu , En no Gyoja telah berjaya mengabungkan pengetahuan Shugendounya bersama ilmu tempur Tengu lalu terciptalah sebuah seni bela diri yang dikenali sebagai "Ninjutsu " pada hari ini. Setelah berjaya mencipta seni tempur Ninjutsu , beliau dikatakan sering mengembara dari gunung ke gunung untuk menajamkan ilmunya serta dan menyebarkan Ninjutsu kepada pendaki gunung ,orang kampung dan juga kepada Yamabushi (Pendekar Gunung). Topeng yang dipakai oleh ninja untuk menyembunyikan identitinya dinamakan "Tengu Gui" yang menjadi salah satu bukti hubungan kuat antara Tengu dengan Ninja.



PERKEMBANGAN & PENGARUH ALIRAN NINJUTSU DI JEPUN


Selang beberapa abad kemudian ,Ninjutsu sudah berjaya tersebar luas diseluruh negara. Kepesatan dan kemajuan tersebut secara tidak langsung telah mendorong pembentukan pelbagai aliran dalam Ninjutsu. Merujuk kepada novel Kouga Ninpou chokarya Futaro Yamada 1958 , terdapat 3 jenis aliran Ninjutsu yang terawal wujud di dunia antaranya adalah Fuuma -Ryu ( sekitar 722 AD ), Kouga -Ryu ( sekitar 939 AD ), dan kemudiannya Iga -Ryu (kira-kira 1030 AD ). Aliran Ninjutsu berkembang pesat dari tahun 700 AD hingga 1050 AD , dimana sebahagian besar dibangunkan daripada peringkat kecil iaitu ajaran turun temurun keluarga hingga ke penubuhan sekolah-sekolah ninja di kawasan-kawasan yang berbeza. Fuuma -Ryu sebuah aliran Ninjutsu yang paling awal wujud iaitu sekitar tahun 722 ketika Zaman Nara diwilayah Sagami ,Jepun. Kewujudan aliran Fuuma -Ryu masih menjadi misteri kerana sehingga hari ini masih tidak diketahui siapa individu yang mengasaskan aliran ini. Banyak teori yang dilemparkan oleh Pengkaji Sejarah mengenai aliran ini, mereka berpendapat bahawa aliran ini telah dicipta olehYamabushi (pendekar gunung) yang telah mendapat didikan awal daripada En no Gyoja.


Novel Seishin dan catatan sejarah Bansenshukai - Fujibayashi Family banyak menceritakan perihal kewujudan aliran Kouga -Ryu dan Iga -Ryu. Kira-kira 939 AD, bermulanya aliran Kouga -Ryu dengan seorang pahlawan yang terkenal, Mochizuki Saburo bersama-sama dengan anaknya, dilatih dibawah ninja bernama Tatsumaki Hossi ( yang merupakan seorang Yamabushi) . Kouga -Ryu telah diasaskan olehMochizuki Saburo dan berkembang di wilayah Kouga ( Wilayah Shiga masa sekarang). Aliran Kouga -Ryu dipelihara oleh Puak Mochizuki (juga didigelar puak Kouga) yang membuka banyak sekolah-sekolah ninja dikawasan pergunungan Wilayah Kouga. Selepas perang saudara melanda negara China ( 400BC - 700AD ), banyak ahli Persatuan Lin Kuei (ninja versi china) melarikan diri ke Jepun dan menetap di Wilayah Iga ( wilayah Mie masa kini). Mereka mengajar orang tempatan dan petani Jepun mengenai seni mempertahankan diri Lin Kuei melalui skrol falsafah Sun Tzu Of Art War. Aliran Iga -Ryu telah dibangunkan sekitar tahun 1030 AD oleh Panglima Ikai , yang pernah menjadi panglima perang di China. Beliau melarikan diri dari China lalu menetap di Wilayah Iga dan mengajar dua orang yang akan menjadi pengasas Iga -Ryu ,mereka adalah Fujiwara Chikada dan Hogenbo Tesshin . Mereka berdua dikatakan telah mengabungkan seni tempur cina Lin Kuei dengan Ninjutsu Jepun bagi melahirkan aliran Iga -Ryu .


Selain itu, terdapat juga pelbagai aliran Ninjutsu yang lebih kecil wujud pada abad seterusnya antaranya adalah Kunoichi -Ryu ,Yagyu -Ryu dan lain lagi. Kunoichi -Ryu telah dibangunkan oleh seorang ninja wanita yang pertama didunia iaitu Mochizuki Chiyome , yang berasal Puak Mochizuki dari wilayah Kouga . Ia bermula pada tahun 1575 setelah kematian suaminya Mochizuki Nobumasa semasa menjalankan tugas dibawah Tuannya iaitu Daimyo, Takeda Shingen. Mochizuki Chiyome berhasrat ingin membalas dendam keatas kematian suaminya dan ingin menjadi Ninja yang setia kepada tuannyaTakeda Shingen. Setelah mendapat keizinan Takeda Shingen, beliau telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai Ninja Upahan. Kejayaan demi kejayaan diraih oleh beliau menyebabkan beliau membuka Sekolah Ninja khas untuk Kaum wanita melalui aliranKunoichi -Ryu . Dalam etika Ninja, wanita yang menjadi ninja dipanggil sebagai Kunoichiyang bermaksud"pendekar wanita". Terdapat juga aliranYagyu -Ryu yang memfokuskan kemahiran bermain pedang. Aliran ini telah ditubuhkan pada tahun 1631 (zaman Edo) oleh ninja master Shogun Tokugawa iaitu, Yagyu Jubei. Beliau mendapat sokongan daripada cikgunya sendiri iaitu Ninja Lagenda Iga Hattori Hanzo untuk membuka sekolah Seni pedang Yagyu -Ryu.


Shinobi adalah nama yang sesuai untuk pahlawan Jepun, kerana mereka bukan sahaja dilatih dalam seni peperangan dan tempur, tetapi juga diajar tentang falsafah kerohanian China, termasuk Buddha,Taoisme, Konfusianisme,Shugendo dan Shinto(agama rasmi jepun) yang mereka anuti. Kebanyakan ninja menganuti agama Shugendo, sehingga ada yang mengelarkan Shugendo sebagai ''agama ninja''. Ninja sangat berpegang kepada falsafah rohani Shugendo yang dipanggil " memupuk kuasa semulajadi dan hidup harmoni bersama dewa , dan juga memupuk hati yang murni " yang menjadi matlamat hidup paling suci para ninja. Pemikiran Ninja sangat fleksibel kerana mereka menerima setiap sistem kepercayaan, sambil menerima falsafah orang lain dan mengadunnya ke dalam falsafah ninja mereka. Namun bergitu mereka sangat berpegang kepada falsafah asas ninja iaitu " Toh Shin Dou, " yang bermaksud ("aliran hati setulen pedang"). Kebanyakan para ninja pada masa dahulu menganuti agama Shinto dan Shugendo, kemudian mereka menganuti Buddha,Taoisme ,Confucius ,Omyodou, Kristiandan Shamanisme yang bersepadu ke dalam kepercayaan mereka. Walaupun banyak campuran haluan agama atau falsafah rohani yang berbeza , ia tidak langsung menganggu kepercayaan mereka, kerana bagi ninja setiap jalan haluan agama adalah sama, dan boleh mencapai matlamat yang sama untuk menjadi ninja yang hebat.


Terdapat salah faham yang mendakwa Ninja terbentuk daripada samurai buangan tuan dipanggil Ronin. Sebenarnya kebanyakan ninja adalah dikalangan orang-orang yang tinggal disekitar pergunungan yang digelar Yamabushi( pahlawan gunung). Ada sebilangan kecil golongan petani dan samurai yang cuba untuk menjadi ninja, tetapi kesemuanya gagal kerana kekurangan kemahiran fizikal dan ketajaman minda. Samurai dan Ninja mempunyai persamaan iaitu berkerja untuk tuan mereka, tetapi mempunyai perbezaan yang ketara mengenai falsafah dan gaya pertempuran. Seni pertempuran Samurai mengunakan pedang sahaja, serta mengutamakan pertarungan yang adil dan bermaruah. Manakala Seni pertempuran ninja mengunakan pelbagai senjata dan bertarung secara tipu muslihat, kotor,licik dan secara sulit. Pada kurun ke 15, Ninja menjadi suatu entiti yang penting dalam pentadbiran feudal di negara Jepun. Ninja sering digunakan oleh Maharaja, Daimyo, Shogun dalam peperangan dan segala urusan.


-Izzat Yousuf-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds