The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 25 February 2014

LAWAN SIFAT NEGATIF YANG MEMAKAN KEYAKINAN ANDA





Perasaan rendah diri selalunya terbentuk daripada mesej-mesej negatif yang di serap oleh minda-separa sedar kita daripada persekitaran. Oleh itu jika kita membuat serang balas kepada mesej-mesej negatif tersebut dengan memberikan mesej-mesej positif , sudah tentulah ia akan memberikan perbezaan yang ketara terhadap tahap keyakinan diri kita!

Yang menjadi halangan kepada ramai orang adalah mereka tidak pasti apakah yang mereka patut kata sebagai affirmasi terhadap diri atau ayat yang bagaimanakah yang dapat memberikan kesan terbaik pada diri mereka. Berikut adalah beberapa tips mudah untuk anda karang kata-kata affirmasi untuk meningkatkan tahap keyakinan diri anda.


1) SEKARANG, bukan Esok atau Suatu Hari Nanti. Untuk menyampaikan mesej positif yang berkesan kepada minda separa sedar anda, elakkan daripada menggunakan ayat seperti “Saya Akan Gembira Suatu Hari Nanti” , “Saya Akan Belajar Untuk Lebih Bersyukur” kerana ia berbunyi seperti anda AKAN melakukannya di suatu masa yang akan datang. Untuk Affirmasi yang effektif, gunakan ayat seperti “Saya memilih untuk sayangi diri sendiri” atau “Saya memilih untuk berasa gembira hari ini” dan berbagai lagi.

Perkataan-perkataan dalam proses affirmasi akan melakukan dua perkara : ia akan memberikan anda ‘kuasa’ untuk jadi seperti ‘perkataan’ apa yang anda pilih, dan meletakkan tempoh masa untuk perlaksanaannya. Jadi jika anda affirmasikan diri anda dengan ayat “Saya Akan” esok pun “akan”, lusa pun “akan”, minggu depan pun “akan”. Ia tak ada tempoh perlaksanaan yang tetap kepada minda separa sedar anda.


2) REALISTIK. Pada masa yang sama kata-kata affirmasi yang anda karang untuk diri anda perlulah realistik untuk diri anda. Jika anda cuba kata kepada minda separa sedar anda dengan ayat seperti “Saya seorang yang mampu berikan yang terbaik kepada SEMUA orang”, minda separa sedar anda mungkin tidak akan menerimanya. Cuba focus kepada PROSES daripada HASIL akhir. Katakan ayat seperti “Saya sedang belajar untuk memanfaatkan keunikan dan bakat saya untuk dikongsikan dengan orang lain”


3) TONE yang BETUL. Bila anda sebutkan ayat affirmasi, anda boleh katakan secara vokal atau dalam hati, terpulang kepada anda TETAPI anda perlu beri perhatian pada TONE yang anda guna semasa menyebutnya. Jika anda menggunakan tone seperti pembaca berita, sambil lewa dan tidak bersungguh minda separa sedar anda tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang serius. Anda perlu berkata dengan penuh perasaan anda dan bersungguh sungguh. Percayalah sekali sekala anda perlu jugak jadi “jiwang” dengan diri sendiri.


4) ISTIQAMAH . Setelah anda Berjaya mencari affirmasi yang sesuai dan yang anda perlukan untuk meningkatkan keyakinan diri anda, cuba ulangi ayat tersebut beberapa kali sehari selain pada waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur. Ingat, minda separa sedar anda sekarang masih mengulang tayang mesej mesej negative yang lama – jadi anda perlu serang balas fikiran tersebut sebanyak yang mungkin. Cuba cari ayat positif yang baru dari hari ke hari untuk di tambahkepada ayat yang sedia ada, terutama sekali apabila anda mula berfikiran negative tentang diri anda.


5) BERI MASA. Akhir sekali, ingatlah bahawa setiap perubahan mengambil masa, terutama sekali apabila kita sedang berusaha untuk berubah dari negatif kepada positif. Beri masa sekurang kurangnya beberapa minggu atau beberapa bulan sebelum anda dapat lihat perubahan yang signifikan.

Sepanjang proses perubahan ini anda mungkin berasa yang ianya takkan berhasil – ITULAH fikiran NEGATIF yang sedang menggoda anda untuk PUTUS ASA. Teruskan Istiqamah dan anda akan melihat perubahan jika tidak besar, sedikit demi sedikit. Bila anda berasa lebih yakin dan tenang, bermakna usaha anda sedang berhasil. JANGAN BERHENTI


-ZH-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds