The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 25 February 2014

RAHSIA AL-QURAN MENGENAI KEAJAIBAN SAINTIFIK MATAHARI


Dipetik dari surah yang sama dalam Al-Quran, Surah Ar-Rahman (55:5) :

" Matahari dan bulan beredar dengan perhitungan yang tertentu "

Ayat ini berkisarkan tentang PERGERAKAN BULAN DAN MATAHARI SERTA KIRAANNYA. Jadi tidak adil jika saya hanya menerangkan tentang Bulan tetapi tidak menerangkan tentang Matahari kerana kedua-duanya merupakan jasad yang berbeza.

So, let us begin !

Jelas dalam Al-Quran Ayat 5 Surah 55 (Ar-Rahman), Allah menerangkan tentang pergerakan Matahari dan Bulan serta perkiraan tertentu pergerakannya.

Nicolaus Copenicus, seorang ahli astrofizik telah menerangkan tentang kedudukan Matahari sebagai pusat titik lokus Sistem Suria dalam teorinya, Heliocentric Theory. Beliau mendakwa bahawa Matahari adalah STATIK dan tidak bergerak atau berputar.

Namun jangkaannya salah apabila saintis dari NASA mendapati bahawa Matahari juga mempunyai paksi putaran sama seperti Bumi, Bulan dan planet-planet lain. Apabila saintis mengkaji tentang sunspot (titik hitam di permukaan Matahari), mereka mendapati bahawa sunspot tersebut bergerak ke satu arah yang sama. Apabila diperhatikan dalam jangkamasa panjang, saintis tersebut mendapati bahawa permukaan Matahari juga berputar sama seperti permukaan Bumi. Dan setelah dikaji, didapati bahawa paksi putaran Matahari adalah sedikit serong (tilted) sebanyak 7.25° dari paksi tengahnya. Maka teori ini dikenali sebagai Solar Rotation.

Apa yang unik disini adalah, seperti yang diketahui umum, Matahari adalah sebuah bebola GAS yang sangat panas. Matahari terdiri daripada gas Helium dan gas Hydrogen, (dan sedikit gas-gas lain). Jadi mana mungkin Matahari yang bercirikan gas mempunyai kadar putaran yang sama, kerana gas merupakan jasad yang ringan dan mudah dimanipulasikan.

Pendek kata, pergerakan permukaan gas Matahari adalah sama seperti awan di permukaan Bumi, adakah KESEMUA awan bergerak ke satu arah yang sama pada masa yang sama? Sudah tentu tidak. Terdapat awan yang bergerak secara perlahan, ada yang pantas. Dan ada yang kekal, tidak bergerak. Bukan?

Jadi adakah terdapat satu persamaan yang boleh digunakan dalam mengira kadar putaran Matahari yang berubah-ubah? Jawapannya adalah, ya.

Untuk mengira kadar putaran Matahari, saintis perlu mendapatkan data ANGULAR VELOCITY (kelajuan putaran sesuatu dalam bentuk sfera) terlebih dahulu. Setelah mendapat data tersebut, barulah kadar putaran Matahari dapat dihitung.

Berikut adalah persamaan (equation) yang digunapakai dalam mengira kadar putaran Matahari.

ω = A + B sin² (φ) + C sin (φ)
dimana ω = angular velocity
dan φ = solar latitude

Jadi dengan ini kita boleh simpulkan bahawa Matahari dan Bulan bergerak menggunakan sistem perhitungan yang kompleks. Berbalik kepada Surah Ar-Rahman (55:5), maka benarlah bahawa Matahari dan Bulan bergerak mengikut PERHITUNGAN YANG TERTENTU DAN BERBEZA..

Subhanallah, Sesungguhnya segala Ilmu adalah milik Allah S.W.T..



RUJUKAN :
- Heliocentric Theory
- Sun pathway
- Solar rotation
- Angular velocity
- Solar latitude
- Sun's compositions
- Sunspot



-AC-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds