The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 25 February 2014

ANALISIS HUTANG NEGARA


Untuk berbicara mengenai soal hutang negara, kita harus faham mengenai asas ekonomi. Ada tiga unit ekonomi, iaitu Isi Rumah, Firma dan Kerajaan. Kita harus faham di mana setiap unit ekonomi mempunyai fungsi dan cara serta sistem bekerja yang lain. Tanggapan umum mengatakan bahawa isi rumah dan kerajaan mempunyai fungsi dan sistem bekerja yang sama sebenarnyalah yang terus melabelkan bahawa kerajaan akan bankrap jika melihat kepada jumlah hutang negara. Ini ialah tanggapan yang harus dibetulkan sebenarnya.

Sebelum kita bercakap mengenai hutang, izinkan saya terlebih dahulu membahagikan hutang negara kepada dua kategori yang perlu admin Pendek tahu, iaitu "Internal Debt" dan juga "External Debt". Benda dua inilah yang memainkan peranan yang sangat penting untuk meletekkan negara kita di kancah bahaya atau tidak. Ingat ya?

Antara hutang dalam negara dan hutang luar negara, kita harus tahu bahawa yang bahayanya ialah hutang luar negara. Tetapi kenapa hutang dalam negari ini tidak berbahaya? Jawapannya akan saya ulas ketika pertengahan artikel ini. Cukuplah kita tahu bahawa hutang luar negara itu bahaya. Untuk data terbaru, hanya 4 peratus daripada hutang negara kita merupakan "External Debt" di mana melibatkan wang sebanyak 18 billion.

Kenapa kita meminjam? Pinjaman yang dibuat oleh kerajaan digunakan untuk tujuan pembangunan yang dapat menghasilkan kesan berganda bagi memangkinkan pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan perlu meminjam bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan.

Ya sejak kebelakangan ini, negara kita mengalami peningkatan hutang yang mendadak. Kita kena ingat sebab di sebalik peningkatan yang mendadak ini. Krisis kewangan dunia pada tahun 2008. yang menjadi penyebabnya. Malaysia terpaksa berhutang untuk menyuntik dana ke dalam ekonomi negara. Kita kena ingat hutang dalam negera ini dibuat berdasarkan strategi dan perkembangan yang kukuh.

Kita kena ingat bahawa sistem unit ekonomi kerajaan bekerja bukan seperti isi rumah di mana kerajaan tidak mempunyai jangka hayat seperti isi rumah. Ya, isi rumah harus melunaskan hutang mereka. Jadi, di sini sudah menjadi bukti di mana hutang-hutang ini tidak mempunyai keutamaan yang perlu di bayar. Bahkan terdapat kerajaan di dunia yang mengambil kesempatan dengan fakta ini dengan menerbitkan bon 999 tahun.

Sekejap... apa itu bon? Penerangan ringkasnya, bon kerajaan merupakan bon yang dikeluarkan oleh sesebuah kerajaan dengan janji untuk melunaskan sesuatu hutang pada jangka masa tertentu dengan bayaran faedah berkala. Dalam erti kata lain, bon merupakan pelaburan hutang yang dikeluarkan oleh pelabur yang meminjamkan hutang kepada kerajaan untuk jangka masa dan kadar faedah yang telah dipersetujui. Inilah yang dilakukan oleh negara Jepun sehinggakan hutang negara mereka mencecah 200 peratus daripada KDNK. Hutang negara Jepun kebanyakan melibatkan kerajaan Jepun dengan agensi dalam negara mereka.

Kalau hutang yang dimiliki oleh kerajaan merupakan hutang dalam negara, maka sudah tentu hutang tersebut antara kerajaan dan badan-badan seperti KWSP, BNM dan sebagainya. Cukai yang diperoleh untuk membayar hutang datang daripada rakyat dan sudah tentu terdapat kitaran, di mana wang tersebut kembali kepada rakyat.

Berhutang dalam negeri juga bermaksud kita berhutang dalam mata wang kita. Di mana kerajaan kita akan mencetak wang daripada Bank Negara Malaysia (BNM), dan di situ adalah suatu yang tidak munasabah apabila kita mengatakan bahawa negara akan bankrap kerana kita berhutang dalam mata wang kita. Kerajaan boleh mencetak wang untuk membayar hutang (tetapi kalau cetak tanpa kawalan boleh menjatuhkan nilai ringgit itu sendiri)

Inilah yang membuatkan Greece bankrap kerana Greece tidak mempunyai matawang sendiri. Ada yang cuba membandingkan Greece dengan Malaysia. harus ingat di mana Greece ialah anggota EU di mana Greece tidak mempunyai kawalan terhadap mata wang negara mereka. Mereka tidak boleh mencetak mata wang negara mereka tanpa merujuk abang besar seperti EU. Berbeza dengan Malaysia di mana Malaysia mengawal mata wang melalui Bank Negara Malaysia. Rujuk statistik Greece, di mana Greece berhutang dengan agensi-agensi luar, bukannya badan di dalam negara mereka. Juga anda kena ingat di mana Greece seringkali default hutang mereka, sedangkan Malaysia langsung tidak mempunyai rekod berbuat begitu.

Definisi ringkas untuk default, bermaksud apabila penghutang tidak membayar hutang menurut kontrak hutangnya kepada pemiuatang yang dikehendakinya. Dan Malaysia langsung tidak mempunyai rekod berbuat berkenaan.

Mengenai external debt atau Hutang Luar Negara, Philip Bagus, seorang pakar ekonomi daripada German merumuskan bahawa external debt empat kali ganda lebih berbahaya daripada Internal Debt. Antara alasan beliau ialah apabila kerajaan meminjam wang daripada kuasa luar, secara automatic kerajaan tersebut telah dikawal oleh kerajaan negara lain, dan sekaligus boleh dimonopoli kuasanya dalam sebuah pentadbiran.

Beliau mengambil contoh kenapa Jepun yang mempunyai hutang 200 % daripada KDNK negara mereka masih dianggap stabil oleh para pelabur kerana hampir semua hutang negara Jepun menurut beliau berpunca daripada Internal Debt yang sebenarnya lebih senang ditangani daripada external debt. Beliau mengangkat Sepanyol sebagai negara contoh yang sednag mengalami krisis ekonomi pada waktu ini di mana walaupun hutang negara Sepanyol hanyalah dalam lingkungan 80 % daripada KNDK negara mereka, tetapi oleh kerana jumlah hutang external debt itu ialah hutang majoriti negara berkenaan yang menjerumuskan Sepanyol ke dalam kancah krisis.

Mengenai hutang negara yang melepasi had yang dibenarkan, saya sarankan hadam kenyataan ini baik-baik ya? Kaji balik Akta Pembiayaan Kerajaan 1983 di mana akta itu ditetapkan oleh kerajaan sendiri dan boleh berubah menurut keperluan semasa. USA pernah melakukan perkara ini dengan menaikkan had hutang negara mereka, mengubal kembali akta dan perlembagaan negara mereka kerana USA yang paling terkesan dalam krisis ekonomi 2008.

Pada tahun 1986, hutang negara Malaysia lebih kurang 100% KDNK dan pada tahun 1987, kita pernah melebihi daripada 100% KDNK negara kita. Seterusnya, saya tahu dengan mengeluarkan kenyataan hutang Malaysia sangatlah tinggi dan melepasi had cuma datang dengan satu idea sahaja, iaitu mahu menabur persepsi bahawa Malaysia sedang ke arah kebankraspi padahal perkara itu tidak mngkin berlaku berdasarkan situasi sekarang. Apakah terdapat faktor-faktor negara akan bankrap pada Malaysia?

Okay, biar saya terangkan kepada anda. Perkara pertama yang akan berlaku jika negara menghadapi bankrap, ramai akan hilang kerja. Untuk pengetahuan anda, ENAM tahun sebelum Spain jatuh ke dalam kancah krisis, mereka sedang menghadapi masalah peluang pekerjaan.

Mereka berjaya mencatatkan masalah pengangguran yang paling sedikit pada Julai/2007, iaitu 7.95%. Itupun berdasarkan catatan mereka, merupakan rekod yang buruk untuk sebuah negara seperti Spain. SETAHUN selepasnya, mereka mencatatkan 10.44%, dan pada hari ini, 27.2%. Ini bermakna, hampir-hampir 13 juta daripada 47 juta rakyat mereka merupakan penganggur.

Tetapi kalau kita tengok dari sudut kadar pengangguran negara kita pula, dalam ENAM tahun, tidak mungkin kita akan mencatatkan kenaikan kerana pelaburan-pelaburan semakin bertambah dan banyak peluang pekerjaan telahpun dijanjikan kerajaan.

Ya pada awalnya, memang kita mencatatkan rekod yang buruk (4.5%), tetapi rekod tersebut adalah rekod terbaik untuk negara yang baru terselamat daripada kancah krisis kewangan, terima kasih kepada Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.

Negara kita berjaya catatkan rekod yang hebat (2.7%) pada September/2012. Dan sebelum catatan Mac/2013 dibuat, negara kita mempunyai 3.3% kadar pengangguran. Data terbaru (Mac/2013) telah mencatatkan 3.0% kadar pengangguran.

Tolong beritahu saya, bagaimana sebuah negara yang bakal bankrap dalam masa ENAM tahun lagi, mampu mengekalkan kestabilan peluang pekerjaan? Sebelum itu, jangan beri saya alasan rakyat kita lebih sedikit berbanding rakyat Spain. Saya memberi KADAR PERATUS penganggur, yang sepatutnya sama jika negara kita mengalami krisis. BUKANNYA angka penganggur.

Seterusnya, rizab negara yang disimpan sebenarnya boleh dijadikan modal utama untuk melawan isu hutang yang dibangkitkan oleh mereka. Rizab negara kita mencecah 427 Billion, dan antara yang tertinggi di dunia. Dalam situasi negara kita sekarang ini, kita melihat bagaimana cekapnya ekonomi yang diuruskan oleh pasukan beliau apabila rizab kita mencapai yang tertinggi dalam sejarah! Rizab negara ini sudah cukup untuk menampung hutang negara kita sebenarnya.

Kesimpulannya di sini, sebuah analisis jitu harus dilakukan dan isu hutang negara ini harus dipandang luar daripada konteks politik kerana ianya melibatkan sebuah perbincangan yang ilmiah.

(artikel ini ditulis pada SEPTEMBER 2013, jadi data yang ada dalam ini adalah berdasarkan rujukan pada waktu itu)


-HE-

1 comments:

Cheers! Cheers! Hura rakan-rakan sekalian, adakah anda memerlukan pinjaman atau mencari cara untuk mendapatkan satu, atau mungkin anda ditolak oleh bank kerana status kredit anda miskin, dan mereka enggan memberikan, dan sekarang anda berfikir bahawa semua harapan hilang , No, sayang saya semua harapan tidak hilang. Akan tiba penyelesaian tempat untuk semua kebimbangan dan kebimbangan anda. Berikut adalah perancang utama ZENITH PINJAMAN TERHAD. Kami menawarkan pinjaman kami pada kadar faedah 2% untuk semua atau orang, syarikat atau firma. Anda boleh hubungi kami hari ini pada (zenithloanlimited@gmail.com) untuk pinjaman mudah dan boleh dipercayai, kewajipan kami untuk membantu anda keluar dari keadaan anda dan hentikan keresahan dan kebimbangan

E-mel: zenithloanlimited@gmail.com

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds