The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 25 February 2014

ALI DAN ZAMAN FITNAH PERTAMA UMAT ISLAM



Mahu menceritakan mengenai zaman ketika Saidina Ali R.A memimpin empayar Islam sebenarnya agak sukar kerana saya perlu membezakan sumber daripada syiah dan sunnah sebelum menulis mengenai sejarah Ali untuk melengkapkan siri Khulafa Ar-Rashidin sebelum saya sendiri menulis sebuah artikel khas mengenai Khalid Al-Walid.

Bercerita mengenai Ali dalam siri Khulafa Ar-SRashidin agak mencabar kerana sepanjang pemerintahan beliau, beliau terpaksa berdepan dengan konflik yang maha hebat melibatkan konflik terbesar dalam sejarah umat Islam sehingga mengakibatkan Perang Siffin.

Kalau dalam siri yang lepas, kita mempelajari sesuatu terjadi pada pemerintahan Uthman di mana Saidina Uthman telah difitnah dan khabar angin itu mengakibatkan rumah Uthman telah dikepung oleh mereka yang termakan hasutan seorang yang kemudiannya diangkat sebagai hero dalam agama Syiah.

Namun, berita pembunuhan Uthman inilah yang menjadi batu loncatan kepada satu krisis yang kemudian akan diingati oleh kita sebagai perang saudara pertama dalam sejarah umat Islam.

ALI MENJADI KHALIFAH

Ketika kewatafan Uthman, maka pemilihan untuk menjadi pewaris kepada empayar Islam mula dilakukan oleh umat Islam ketika itu. Antara nama yang menjadi sebutan adalah Ali sendiri, diikuti oleh Talhah dan Zubair. Pemberontak yang menyeru Uthman turun draipada takhta adalah orang pertama yang menghampiri Ali lalu menyuruh beliau menjadi pengganti khalifah.

Namun, Ali menolak tawaran tersebut kerana ianya datang daripada pemberontak Uthman sedangkan Ali antara orang yang mempertahankan Uthman. Talhah dan Zubair juga antara orang yang menolak tawaran pemberontak untuk menjadi khalifah.

Maka, para pemberontak pun memberi amaran kepada penduduk Madinah utnuk melantik pengganti Uthman ataupun tindakan drastic akan diambil oleh mereka. Maka, berkumpulah penduduk Islam Madinah di Masjid Nabawi untuk membincangkan mengenai perlantikan khalifah seterusnya. Nama Ali sekai lagi dibangkitkan namun Ali menolak atas alasan yang sama namun atas kerana ada antara mereka kaum kerbaat terdekat nabi Muhammad S.A.W yang menyurh Ali melantik jawatan khalifah, maka Ali akhirnya terpaksa akur.

PERANG JAMAL

Pada 657, setahun selepas perlantikan Ali sebagai khalifah, bait-bait ketidakpuasan hati mula lahir di kalangan umat Islam apabila Ali dilihat tidak mengambil tindakan ke atas pembunuh Uthman menyebabkan ramai umat Islam ketika itu yang mula merasakan ada ketidakadilan yang berlaku pada pemerintahan Ali.

Maka, diceritakan dalam sejarah di mana ketidakpuasan hati terutama Bani Umaiyyah dan juga beberapa orang tokoh besar seperti, Talhah, Zubair dan Aisyah R.A terhadapa apa yang dilakukan Ali. Maka dikumpulkan pasukan askar untuk yang sangat besar di Basrah untuk bertempur dengan Khalifah Ali.

Maka akibat daripada hsutan daripada pihak ketiga, maka timbulah salah faham dari kedua-dua belah pihak di mana barisan askar dikumpulkan oleh pihak masing-masing. Pihak Talhah, Zubair dan Aisyah mempunyai 20, 000 orang askar manakala di pihak Ali pula mempunyai 30, 000 orang.

Apabila berada di medan tempur, Ali merasakan bahawa apa yang berlaku sudah melebihi sempadan seperti yang diajarkan oleh Rasulullah maka Ali yang mahu menghentikan apa yang berlaku lantas berteriak kepada lawannya.

“Tidakkah kalian ingat waktu kita bersama dahulu dengan Rasulullah melawan tentera kafir?”

Diceritakan bahawa Zubair dan Talhah menarik diri daripada medan perang tersebut sebaik sahaja mendengarkan ingatana Ali itu namun perang dikatakan tetap berlaku kerana masih ada beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Ali. Diceritakan bahawa perang itu tamat hanya apabila unta yang dinaiki oleh Saiditina Aishah terkena tusukan lembing.

PERANG SIFIIN

Perang Sifiin dikatakan berlaku apabila Muawiyah , gabenor Syria ketika itu tidak mahu berbaiah kepada Ali atas beberapa sebab antaranya ialah lambat tindakan dari Ali ke atas pembunuhan Uthman.

Namun, hakikatnya bukan begitu. Saidina Ali bukanlah tidak mahu bertindak, tetapi beliau membuat keputusan dengan fikiran bahawa tindakan yang akan diambil tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa dan ijtihadnya ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang berbunyi :

“Gopoh-gapah (tergesa-gesa) itu dari syaitan, dan tenang itu dari Allah”.

Dalam situasi yang sama, terdapat pihak yang berjumpa dengan Muawyiah di Syiria. Mereka bertanyakan kenapa Muawiyah tidka mahu berbaiah kepada Ali. Maka jawabnya Muawiyah di mana dia berpegang kepada ihtijad di mana apa yang berlaku kepada Uthman haruslah diselesaikan melalui Qisas.

Kemudian, khabar angin Muawiyah tidka mahu berbaiah kepada Ali pun tersebar ke pengetahuan Ali membuatkan Ali membawa 150 000 orang askar untuk memerangi Muwaiyah. Mendengarkan bala askar daripada Ali, maka Muawiyah pun mengerahkan askarnya.

Perang pun meletuslah sehinggalah pihak Muawiyah mengangkat Al-Quran sebagai lambang kepada agar kedua-dua pihak menarik tentera mereka kerana perang sudha meletus namun pengakhirannya tidak langsung kelihatan.

"Undang-undang Tuhan! Ini akan memutuskan di antara kita!" Dengan ini ia bermaksud kedua-dua pihak hendaklah berhenti bertempur dan menyelesaikan pertelingkahan dengan perundingan aman di bawah tatatertib Islam.

MAJLIS TAHKIM

Diceritakan apabila masing-masing sudha mengangkat senjata, maka peperangan pun berhenti di situ dan pihak masing-masing mengutuskan wakil mereka untuk proses rundingan dan daripada pihak Ali, diutuskannya Abu Musa Al-Ansyari dan daripada pihak Muawiyah pula dihantarnya Amru bin Ash.

Proses rundingamn Majlid Tahkim ini dijelaskan dengan ringkas dan terperinci dalam sahih Bukhari di mana dicatatkan seperti berikut:

“Setelah Muawiyah r.a (yakni setelah Muawiyah r.a menjadi Khalifah) memecat Amru bin al-As r.a daripada jawatan gabenor Mesir, Amru bin al-As r.a telah membina fustat (khemah tempat tinggal) beliau berdekatan dengan fustat Muawiyah r.a dan selalu duduk di khemahnya itu, lalu Muawiyah r.a telah mengutusku kepadanya dan berkata:

‘Pergilah kamu kepadanya dan beritahu kepadanya telah sampai kepadaku sesuatu yang aku tidak suka berkenaannya, tanya kepadanya berkenaan peristiwa ketika dia berkumpul dengan Abu Musa al-Asy’ari (Tahkim) bagaimana mereka lakukan?’

Maka aku pergi kepadanya dan berkata: ‘Ceritakanlah kepadaku bagaimana sebenarnya yang berlaku pada hari kamu berjumpa dengan Abu Musa al-Asy’ari?’

Kata beliau: ‘Manusia telah bercerita dengan pelbagai cerita tetapi apa yang mereka ceritakan itu bukanlah yang sebenarnya demi Allah, tetapi apabila aku telah bertemu dengan Abu Musa aku berkata kepada beliau: Apakah pendapat kamu berkenaan perkara ini?

Kata Abu Musa: Aku lihat perkara ini (pertlingkahan) berlaku antara kaum yang telah diredai Rasulullah s.a.w ketika baginda wafat. Kataku: Bagaimana pendapat kamu mengenai aku dan Muawiyah?

Kata Abu Musa: Jika dia (Ali r.a) meminta bantuan kamu berdua maka kamu berdua perlu menolongnya namun jika dia tidak meminta bantuan kamu maka demikianlah urusan Allah pada kamu berdua”.

KESIMPULAN

Prsoes rundingan itu walaupun berjalan seperti tidak diharapkan, tetapi ianya jelas membuktikan di sini perbalahan yang berlaku bukanlah kerana Muawiyah mahukan kuasa tetapi sesungguhnya ianya berlaku kerana perbalahan ke atas ihtijad yang digunakan oleh kedua-dua orang sahabat nabi ITU.

Muawiyah mahukan keadilan ke atas kewafatan Uthman manakala Ali pula mengatakan bahawa proses pengadilan harus diadili secermat mungkin agar tidak timbul kesilapan dalam pengadilan.

Hasil daripada perundingan ini juga, Muawiyah kekal dengan memerintah Syria dan Mesir manakala Ali memerintah empayar Islam yang selebihnya. Walaupun pemerintahaan Ali tidak lama kemudiannya akibat di bunuh oleh pihak khawarij, namun persengkataan itu tamat apabila bangkitnya dinasti Umayyah.


-HE-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds