The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 25 February 2014

RAHSIA BULAN DAN MATAHARI DI DALAM AL-QURAN



Surah Ar-Rahman (55) Ayat ke 5 yang bermaksud :

" Matahari dan bulan beredar dengan perhitungan yang tertentu "

Ya memang tak dinafikan Bulan tu memang BERGERAK (circling, revolving) sekitar Bumi mengikut paksi orbitnya? Tapi soalan saya, adakah BULAN BERPUTAR ( rotate )?

Sebagai contoh, Bumi ada paksi putaran, bukan? Paksinya terletak di Kutub Utara dan Kutub Selatan, menyebabkan Bumi berputar dan menghasilkan fenomena malam dan siang, betul tak?

Adakah perkara ni sama bagi Bulan?

Saintis sebelum ni menyangka bahawa Bulan tidak berputar tetapu Bulan hanya bergerak disekitar Bumi mengikut orbitnya sahaja.. Bahkan, hampir semua orang menganggap sebegitu.

Tapi baru-baru ni, sejak dunia mempunyai pelbagai kemajuan teknologi dalam astrofizik, saintis dapat membuktikan bahawa Bulan ni memang berputar dan mereka telah mengemukakan satu teori berkaitan putaran Bulan, iaitu TIDAL LOCKDOWN atau Synchronized Rotation.

Apakah itu Tidal Lockdown? Tidal lockdown adalah putaran sesuatu objek sfera yang mempunyai kadar putaran yang sama dengan objek berhampirannya. Sebagai contoh, kedudukan Bulan dan Bumi. Bulan berputar. Bumi juga berputar. Putaran Bulan sebenarnya lebih laju berbanding Bumi. Tetapi apabila tarikan graviti Bulan dan Bumi bertemu, ia menyebabkan geseran pada putaran Bulan, menyebabkan putaran Bulan menjadi perlahan dan menjadi sama dengan kadar pergerakan Bulan mengelilingi Bumi.

Jadi, ringkasnya, apabila Bulan berputar, putaran Bulan adalah sama dengan kadar Bulan mengelilingi Bumi, dengan ratio 1:1. Oleh kerana inilah, kita melihat Bulan seakan-akan tidak bergerak, dan kita hanya dapat melihat satu bahagian Bulan sahaja. Betul kan? Bahagian Bulan yang kita boleh nampak dikenali sebagai 'Daytime Moon' dan bahagian Bulan yang terselindung dikenali sebagai 'Dark side of the Moon'.

Oh. Jadi apa kaitan dengan 'perhitungan' yang disebut dalam Al-Quran ?

Bulan berputar menggunakan KIRAAN yang sangat kompleks. Berikut merupakan formula putaran bagi mengira kadar putaran Bulan (rujuk gambar)

Dan ini terbukti bahawa Al-Quran Surah Ar-Rahman (55:5) telahpun menyatakan tentang putaran Bulan sekali dengan informasi kiraannya sejak dari 1400 TAHUN YANG LALU !

Subhanallah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

Kalau tak pasti, sila lah buat rujukan sendiri.

- tidal lockdown
- synchronized rotation
- rotation of moon
- axis of rotation of moon
- darkside of the moon


-AC-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds