The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 25 February 2014

HARTA, TAKHTA DAN WANITA



Dalam filem JACK RYAN : SHADOW RECRUIT menggambarkan perang dingin gaya moden oleh Amerika Syarikat dan Russia.

Nilai Dollar yang sepatutnya jatuh disebabkan sabotaj pembinaan loji petroleum di Turki tiba-tiba naik dengan mendadak. Nilai Dollar semakin kukuh kerana dibeli secara pukal oleh sebuah syarikat misteri dari Russia. Jack Ryan yang bertugas sebagai Penganalisis Audit di Wall Street mengesyaki sesuatu lantas terbang ke Russia untuk menyiasat apa yang berlaku.

Viktor Cherevin pemilik syarikat Cherevin bertanggjawab membeli dollar/aset Amerika Syarikat dan Jack Ryan ingin menemuinya. Secara halus, Menteri Russia adalah perancang kejatuhan nilai Dollar dengan menggunakan Cherevin untuk membeli seberapa banyak Dollar dan menjualkannya serentak di seluruh dunia agar nilai Dollar mengalami kejatuhan melampau. Mereka juga merancang untuk meletupkan Wall Street bagi mencetuskan suasana panik di seluruh dunia. Mereka memanggil projek ini sebagai "PROJEK RATAPAN".

Viktor Cherevin sudah dapat menghidu kedatangan Jack Ryan yang sudah mengetahui niat sebenar Russia lantas merancang pembunuhan Jack Ryan tetapi tidak berhasil. Lalu Cherevin memindahkan aset Amerika yang dibelinya kepada sebuah syarikat lain untuk mengaburi mata Jack Ryan dengan alasan proses audit tidak boleh dijalankan ke atas syarikat Cherevin kerana sudah tidak mempunyai aset.

Jack Ryan yang dibantu CIA merancang untuk mencuri algoritma akaun syarikat Cherevin bagi mengesan syarikat mana yang dipindahkan aset oleh syarikat Cherevin. Jack Ryan menggunakan tunangnya Cathy Muller untuk menggoda Viktor Cherevin dalam satu makan malam dan Jack Ryan menggunakan kesempatan itu untuk memecah masuk data syarikat Cherevin. Jack Ryan berhasil dan gagallah perancangan Cherevin (Russia) lalu ditembak mati oleh Pak Menteri Russia.

----------------------

Antara babak yang paling menarik minat saya adalah sewaktu Ketua Sekuriti syarikat Cherevin berkata kepada Viktor :

"Kamu memalukan anak kamu (generasi baru) kerana mengulangi kesilapan yang sama dilakukan oleh generasi yang terdahulu.. iaitu PEREMPUAN & EGO".

Viktor Cherevin dikalahkan dengan seorang perempuan (Cathy Muller) dan perasaan yang terlalu ego dengan fikiran 'tidak akan dikalahkan' atau 'perancangan tak akan gagal'.


Resam dunia.

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds