The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 25 February 2014

DUIT BEKERJA UNTUK KITA


Ramai yang berkata begini. Dont work for money but make money work for you. Tetapi tak ramai yang faham konsep dan bagaimana caranya untuk membuatkan duit bekerja untuk kita.

Terdapat 3 cara untuk membuatkan duit bekerja untuk kita(secara logik). Ianya terbahagi kepada:

1. Property,

Property atau asset boleh membuatkan duit bekerja untuk kita. Salah satunya dengan menyewakan rumah atau ruang pejabat kepada orang lain. Tanpa bekerja, anda boleh mendapatkan hasil tiap bulan dan seterusnya konsep money work for us terjadi.

2. Service

Pernah dengar vending machine? Self service laundry, dan sebagainya juga boleh termasuk didalam ketegori duit mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah maintenance bulanan atau mingguan bagi memastikan kelangsungan mesin tersebut. Customer service dan juga memainkan peranan dalam memastikan duit bekerja untuk kita.

3. Worker.

Pekerja juga termasuk didalam money works for us. Dimana kebajikan pekerja haruslah dijaga. Kebajikan pekerja bukanlah sekadar memberi gaji semata-mata ia juga termasuk melawat sekiranya pekerja itu sakit, memberikan kemudahan dan sebagainya. Dengan menjaga kebajikan pekerja ini secara tidak langsung mereka akan berusaha keras untuk kita.

Konsep duit bekerja untuk kita ini sebenarnya luas. 3 perkara yang saya terangkan di atas merupakan salah satunya dalam bahagian material. Konsep duit bekerja juga termasuk dalam aspek spiritual.

Walaubagaimanapun dari segi logik/material boleh disimpulkan ketiga di atas merupakan langkah yang paling popular.

Semoga dengan tips ini dapatlah anda memajukan perniagaan anda.

Selamat berjaya!


-Radin Danial-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds