The Patriots Schedule

The Patriots Schedule
Showing posts with label Fun Fact & Info. Show all posts
Showing posts with label Fun Fact & Info. Show all posts

Tuesday, 14 January 2014

PETUA MAT KILAU



Petua 1 : HILANGKAN PERUT BUNCIT + BADAN KENTAL (TIDAK LEMBIK)

>>> Minum air hanya sebelum atau selepas makan nasi. Jika selepas makan nasi, seelok-eloknya biar perut anda selama sejam, baru anda minum air. Pantang makan sambil berselang-seli dengan air.
Fakta sains, jika anda berselang-seli makan dan minum, sistem penghadaman tidak mampu berfungsi dengan baik. Hal ini akan mengakibatkan perut anda sakit maka persembahan anda tidak bermutu atau hilang tumpuan terhadap apa yang sedang dilakukan.

>>> Jangan ambil minuman berais. Pahlawan-pahlawan dahulu mempunyai badan yang kuat kerana tidak minum air batu seperti zaman moden. (kecuali perubatan : ini topik lain)

>>> Makan sekali sahaja. Tidak perlu nasi tambah (atau tambah lagi). Cukup dengan sajian yang pertama.


-AH-

PETUA TEGANG KULIT



* Amalkan menelan 7 kuntum BUNGA CENGKIH pada setiap hari. Baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 7x lalu telanlah.
* Bahasa saintifik bagi Bunga Cengkih : Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica
* Semakin bertambah usia, kulit semakin tegang.
* Jika tidak dapat telan, masukkan ke dalam pisang dan telan.

Amalan nenek moyang orang Melayu dahulukala.

[Segmen Fun Fact]


-A.H-

Sunday, 29 December 2013

WANG SYILING SEBELUM ERA MERDEKA


WANG SYILING SEBELUM ERA MERDEKA
Initial: Mohd Salleh Mazukhi


Tentu kita biasa melihat wang syiling 1 sen sekarang bersepah hingga hampir tidak dipedulika. Mungkin kita kurang sedar bahawa 100 tahun dari sekarang mungkin wang syilling tersebut mungkin menjadi sesuatu yang sangat berharga dan mungkin menjadi rebutan.

Berikut adalah beberapa wang syiling lama bertarikh 1890 hingga 1945 . Yang berbentuk bulat adalah wang syilling 1 sen negeri-negeri selat ,dan yang berbentuk 4 segi adalah wang syilling Malaya pada awal tahun 1900 hingga 1945.

[Fun Facts]

LAUTAN ILMU


LAUTAN ILMU
Initial: Mohd Salleh Mazukhi


Pencarian ilmu bagaikan kita menyelam di lautan. Setelah kita menemui sesuatu, lalu kita mula menyedari bahawa ada terlalu banyak perkara yang belum kita temui. Semakin jauh dan dalam kita selami, semakin luas alam yang kita temui, sehingga kita mula menyedari bahawa kita mungkin mampu mencapai semuanya, kecuali sebahagian yang sangat kecil darinya.

Alam ilmu itu 3 dimensi, melampaui ruang masa, ruang wilayah juga ruang minda si peneroka. Begitu luasnya alam ilmu, begitu dalamnya, begitu tingginya tanpa noktah dan sempadan. Berbahagialah orang-orang yang mencari, meneroka dan menjelajah alam itu dengan sabar dan taqwa.

Keenganan kita mencari ilmu ibarat kita mengurung diri dalam sebuah bilik yang gelap gelita . Kita tidak lagi melihat apa-apa walaupun diluar sana ada terlalu banyak perkara dan fakta di dalam terang dan nyata.

[Special Articles] 

PERIHAL OTAK UDANG


PERIHAL OTAK UDANG
Initial: Mohd Salleh Mazhuki


Tentu kita biasa mendengar ,orang yang kurang cerdik digelar "Otak udang). Tahukah anda udang adalah antara makhluk yang sangat pintar dan pantas.

Seekor udang yang terperangkap di dalam jala yang terdapat kawasan berlubang atau koyak, udang mampu melepaskan diri dalam tempoh kurang dari 5 saat dengan cara melenting,membengkokkan badan dan meloloskan diri melalui lubang tersebut. Ini perkara biasa yang dialami oleh saya sendiri.

[Fun Facts]

SUNGAI

Sungai.
Initial : Mohd Salleh Mazukhi

Beberapa panorama di Canada.

Kalaulah sungai kita, kita hargai, kita jaga kebersihannya, kita hiaskan pula dengan berbagai dekorasi di pinggirnya, alangkah cantiknya.
Masih belum terlambat, masih mampu kita usahakan ke arah itu kalau semua warga Malaysia bersikap prihatin dalam penjagaan alam sekitar .


-Kredit to Arriana Ally -Montreal ,Canada.

Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds