LAUTAN ILMU
LAUTAN ILMU
Initial: Mohd Salleh Mazukhi
Pencarian ilmu bagaikan kita menyelam di lautan.
Setelah kita menemui sesuatu, lalu kita mula menyedari bahawa ada terlalu
banyak perkara yang belum kita temui. Semakin jauh dan dalam kita selami,
semakin luas alam yang kita temui, sehingga kita mula menyedari bahawa kita
mungkin mampu mencapai semuanya, kecuali sebahagian yang sangat kecil darinya.
Alam ilmu itu 3 dimensi, melampaui ruang masa, ruang
wilayah juga ruang minda si peneroka. Begitu luasnya alam ilmu, begitu dalamnya,
begitu tingginya tanpa noktah dan sempadan. Berbahagialah orang-orang yang
mencari, meneroka dan menjelajah alam itu dengan sabar dan taqwa.
Keenganan kita mencari ilmu ibarat kita mengurung
diri dalam sebuah bilik yang gelap gelita . Kita tidak lagi melihat apa-apa
walaupun diluar sana ada terlalu banyak perkara dan fakta di dalam terang dan
nyata.
Post a Comment