The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday, 29 December 2013

TEORI BIG BANG DALAM AL-QURAN



Sejak zaman Nabi Adam sehingga kita menjejakkan kaki ke abad ke-21, kita mendapati bahawa manusia sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu dari sekelumit benang dan sebesar gunung, perasaan ingin tahu manusia mengenai sebuah perkara sentiasa meluap-luap dalam salur saraf sang manusia.

Begitu juga dengan penciptaan, manusia menerima berita mengenai penciptaan alam melalui dua perkara, logik akal atau melalui wahyu tuhan. Manusia yang tidak mendapat hidayah meneruskan kajian mereka dalam perspektif ilmu sains manakala yang terpilih pula menerima maklumat dari kitab-kitab mereka.

Maka golongan pertama bertungkus-lumus sepanjang zaman mencari asal-usul manusia sehingga lahirnya teori Big Bang, yang hanya dapat dibuktikan pada abad ini. Teori Big Bang ini sebenarnya membincangkan mengenai bagaimana proses penciptaan alam ini. Tetapi sebelum kita membincangkan mengenai teori ini, izinkan saya untuk memetik ayat di bawah yang akan menjadi pokok utama membincangkan mengenai teori Big Bang yang sudah dianuti hampir keseluruhan komuniti sains di dunia.

"Dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?" ( Ayat 30: Surah Al-Anbiyaa)

Teori big bang membincangkan mengenai bagaimana alam semesta muncul daripada keadaan yang sangat tumpat dan panas lebih kurang 13.7 Billion yang lalu. Teori ini menjadi lebih kukuh pemerhatian Edwin Hubble mengatakan bahawa ruang angkasa mengembang, bukannya kekal dalam kedudukan yang sama. Pemerhatian Hublle ini berdasarkan Georges Lemaitre yang menerangkan bahawa alam semesta bermula daripada letupan awal yang datang dari satu titik (atom) yang kemudiannya dikenali sebagai letupan besar.

Menurut Hubble, bahawa galaksi bergerak di setiap arah pada kelajuan yang berkadar terus dengan jaraknya dari Bumi. Fakta ini dikenali sebagai Hukum Hubble. Hubble mengatakan bahawa alam semesta kalau diperhatikan tidak mempunyai arah atau tempat tertentu lalu Hubble mencadangkan bahawa alam semesta semakin lama semakin berkembang.

Ajaibnya, pada abad keenam masihi, kira-kira 1400 tahun yang lalu, didapati seirang manusia ummi yang mendakwa dirinya sebagai rasul telah menceritakan perkara ini dalam Al-Quran dalam sepotong ayat di bawah:

“Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” (Ayat 47, Surah Ad-Dzariyat)

Kata kuncinya di sini ialah “langit” dan “meluaskannya”. Apa yang dicapai oleh Sains pada hari ini telah berjaya dijelaskan oleh Al-Quran kira-kira sekian lama dulu. Berbalik kepada teori letupan besar kita, di dapati perkara yang sama berlaku pada penjelasan alam semesta ini berkembang di dalam Al-Quran turut boleh didapati pada ayat yang saya kongsikan pada awal artikel.

"Dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?" (Ayat 30, Surah Al-Anbiyaa)

Menurut Harun Yahya, seorang pengkaji dalam buku beliau Miracle Of Quran, beliau mengatakan bahawa kalimah ‘ratq’ di dalam ayat di atas sebenarnya membawa maksud “sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur.”

Terdapat dalam bahasa arab sepotong frasa fataq yang sebenarnya membawa maksud“Kami membuka jahitan” . Apa yang ingin digambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang, mari saya ajak kalian berfikir. Gabungkan teori Harun Yahya di atas, maka kita akan mendapati bahawa ayat Al-Quran itu sebenarnya cuba untuk menggambarkan bahawa langit dan bumi pada awalnya adalah berbentu ‘ratq’ iaitu dalam satu titik, satu atom, sesuai dengan maksud ratq itu adalah dikumpul bersama. Selepas itu terdapat perkataan fataqa dalam ayat Al-Quran yang kata dasarnya membawa maksud dipisahkan dengan kemunculan yang satu lagi. Ajaibnya, ianya langsung tidak berbeza dengan fahaman teori Big Bang yang mengatakan pada awalnya seluruh alam semesta adalah dalam satu material, titik atau atom yang kemudiannya meletus dan ianya digambarkan dengan cukup indah oleh Al-Quran.

Bayangkanlah betapa kenapa ALLAH mengangkat kitab Al-Quran sebagai kitab terhebat sepanjang zaman, apabila segala yang dipertemukan hari ini diceritakan dengan begitu terperinci di dalam Al-Quran. Keajaiban yang anda sedang perhatikan ini adalah tidak lain dna tidak bukan adalah kalam ALLAH yang begitu tinggi nilainya.

Kepada kalian, andai artikel ini mampu memberi kesedaran, marilah tekan SHARE dan LIKE sebagai tanda promosi kepada artikel ini, biarlah seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam dan bangsa Melayu dapat mengambil manfaat daripadanya.

-HE-

[Segmen All About Islam]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds