The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday, 29 December 2013

MENJAWAB PENYELEWENGAN SEJARAH MELAYU




[SHARE DAN LIKE ARTIKEL INI BAGI MEMPERTAHANKAN SEJARAH KITA]

1.         Era Rajendra Cholas adalah pada tahun 1025 ketika dia menyerang Kedah, yang merupakan sebahagian daripada Srivijaya dan serangan Rajendra Cholas pada waktu itu perlu diketahui bukannya bersifat penjajahan tetapi mahu menganggu pelabuhan empayar Melayu Srivijaya dan ianya bersifat penjarahan. Kebanyakan sejarawan bersetuju dengan hal ini seperti Paul Michael Munoz. Era berdirinya Lembah Bujang ketika itu adalah 1000 tahun lebih awal daripada serangan Rajendra Cholas ke atas Kedah.

2.         Saya dah biasa bertemu dengan hujah yang agak kedengaran janggal ini. Hujah yang begini adalah membuktikan betapa sikitnya hubungan anda dengan orang Melayu itu sendiri.

Di sesetengah negeri terdapat orang Melayu yang berkongsi nama depan yang sama. Di Kelantan, nama seperti Nik dan Wan selalu digunakan. Nama seperti Daeng pula terkenal di kalangan masyarakat Melayu Bugis. Nama seperti Raden/Radin ialah nama yang selalu digunakan oleh masyarakat jawa. Meor pula nama yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu Perak. Masyakat Melayu-Arab pula terkenal dengan nama Syed dan Syarifah di hadapan pangkal nama mereka.

Dan sekali lagi saya tekankan, jangan bercakap mengenai soal Melayu kalau anda tidak pernah bergaul dengan kami. Terdapat banyak lagi Melayu di zaman Melaka yang turut menggunakan nama pangkal Hang. Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Nadim, Hang Hasan, dan Hang Hussin? Untuk pengetahuan saudara juga, nama Hang ini juga merupakan gelaran yang diberikan oleh Istana Melaka pada waktu itu, seperti mana istilah Dato’ pada hari ini.

Dan setiap nama-nama yang anda cuba cinakan sebenarnya mempunyai maksud dalam bahasa Melayu. Nama tuah bermaksud bernasib baik. Masakan ada yang bodoh percaya bahawa nama Tuah itu dimelayukan daripada Too Ah? Nama Jebat dalam bahasa Melayu bermaksud bau badan. Pernah dengar tak ungkapan “baunya seperti jebat musang”. Masakan ada yang mengatakan bahawa nama Jebat itu daripada Jee Fat? Kasturi pula ialah nama haruman. Semua orang tahu tu. Lekir pula datang daripada nama ubi. Lekiu pula datang daripada bahasa Melayu lama yang bermaksud lekit.

3.         Kesalahan fakta anda perlu dibetulkan. Parameswara adalah putera bangsawan daripada Empayar Melayu Srivijaya bukannya Majapahit. Ini satu lagi sindrom yang perlu dibetulkan. Bila dengar sesuatu itu beragama Hindu aje, terus dilabelkan sebagai India.

Errr… saya rasa kawan Jawa kita tentu akan marah bila membacakan kenyataan saudara Elangovan mengatakan bahawa Majapahit itu adalah milik orang India hanya semata-mata namanya berpaksikan agama Hindu. Rasanya kalau saya printscreen status anda pada orang Indonesia, mengamuk mereka memanggil anda Maling kerana cuba meng-TAMIL-kan dan meng-INDIA-kan Empayar Majapahit.

4.         Tentang Kota Gelanggi (saya kira saudara tersilap ejaan 'Kota' menjadi 'Gota')..... Kota Gelinggi terukir kemas dalam Sulalatus Salatin, sebuah naskah yang menjadi rujukan orang ramai dan diiktiraf oleh UNSECO. Ianya adalah milik orang Melayu, dipercayai juga merupakan kerajaan yang dikongsi bersama oleh Melayu-Mon.

Terdapat juga pendapat sejarawan mengatakan bahawa Kota Gelinggi ini adalah asalnya sebuah empayar Melayu pertama di dunia, iaitu EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA.

*penjarahan bermaksud serangan yang dilakukan untuk merompak harta kekayaan berbanding penjajahan yang bermaksud serangan yang dilndaskan perasaan ingin menguasai sebuah bangsa itu sendiri.

Rujukan:

1. Hikayat Hang Tuah

2. Paul Micheal Munoz. Early Kingdoms Of The Indonesian
Archipelago and The Malay Peninsula.

3. Kamus Dewan Edisi Keempat

4. A. Samad, Ahmad. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Ahmad Sarji, Abdul Hamid. The Encyclopedia of Malaysia - The Rulers of Malaysia 16. Editions Didier Millet.


-HE-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds