The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday, 15 December 2013

THE PATRIOTS: A NEW DIMENSION IN PATRIOTISM


The Patriots: A New Dimension in Patriotism


“In order to move forward, we must be able to connect the dots backwards.”

Untuk kita memahami keadaan kita hari ini, kita perlu sedar dan tahu bagaimana kita boleh berada di sini. Kronologi Malaysia moden, boleh dikatakan bermula seawal tahun 1890 sehinggalah ke hari ini. Telah banyak yang kita lalui, daripada Persekutuan Tanah Melayu, kepada Malaya dan seterusnya kepada Malaysia yang kita kenal hari ini. Pembentukkan Malaysia dari 1890 sehingga kini ialah pembentukkan sebuah negara yang penuh dengan sejarah patriotisme.

Dari tahun 1890 sehinggalah 1957, dari 1958 sehingga ke 1981, Malaysia memiliki era patriotisme dan nasionalisme yang sangat hebat. Ketika itu, patriotisme dilihat sebagai kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara. Kesusahan dan keperitan dalam perjuangan mengejar kemerdekaan dari British dan seterusnya menentang komunis, menyemarakkan lagi semangat patriotisme ini. Kesediaan berkorban untuk negara ada di dalam setiap hati rakyat dan terpancar pada wajah mereka.

1982 hingga 2008 melihat Malaysia memasuki sebuah era patriotisme yang baru. Dari semangat patriotisme mempertahan dan bertahan, di bawah pimpinan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad semangat patriotisme ini bertukar kepada mod serangan atau maju ke depan. Wawasan 2020 merupakan suatu destinasi yang menjadi landasan kepada semangat patriotisme ini.

Tahun 2008, Malaysia memasuki kepada sebuah era baru patriotisme (modern-age patriotism). Era baru patriotisme ini lebih bersifat ‘individual independence’ dek kerana perubahan baru dalam menyebarkan maklumat menerusi media sosial seperti facebook dan twitter.


“Extremism in Patriotism”

Modern-age patriotism ini sebenarnya diasaskan daripada kemasukkan informasi secara berleluasa. Informasi yang kadang-kala tidak bertapis ini menyebabkan banyak menyebabkan berlakunya salah faham, fitnah, ketidak puashatian dan menghapuskan sikap toleransi dan perdamaian. Apa yang dianggap sebagai tindakan dan pemikiran patriotik itu, tidak lebih hanyalah ‘misguided-patriotism’ yang sumber bahan bakarnya ialah kebencian dan kemarahan.


“Patriotism in its rightful context”

Patriotisme di dalam konteks sebenar adalah sebuah sentimen nasional yang menekankan aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. Kesediaan dan kesanggupan untuk berjuang demi kebaikkan negara dan rakyatnya merupakan sentimen patriotisme tertinggi yang boleh wujud di dalam seseorang warganegara.

Bila disebut berjuang ianya bermaksud seorang patriot itu mampu untuk mempertahankan dan menyerang. Mempertahankan asas-asas negara dan menyerang untuk memajukan negara ke hadapan. Akan tetapi di dalam mempertahankan dan menyerang, garis panduan dan tata caranya mestilah tepat dan mengikut aspirasi, intipati dan dasar negara tersebut. Di Malaysia, landasan patriotisme yang terbaik boleh kita ambil dari Rukun Negara kita. Ianya terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Isytihar

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

a. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya

b. Memelihara cara hidup demokratik

c. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama

d. Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak

e. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

2. Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

a. Kepercayaan kepada Tuhan

b. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

c. Keluhuran Perlembagaan

d. Kedaulatan Undang-undang

e. Kesopanan dan Kesusilaan


“The Patriots”

Kami ialah sekumpulan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama, bangsa, umur dan latar belakang. Kami mewujudkan komuniti ini kerana kami yakin bahawa Malaysia mempunyai masa depan yang amat cerah jikalau kita semua dapat mengembalikan semula semangat patriotisme pasca 1890 ke 1981 dan 1982 ke 2008.

Di mana semangat patriotisme inilah yang telah membawa Malaysia ke mata dunia di dalam masa yang singkat. Semangat inilah yang telah mewujudkan sebuah negara yang berdaya saing dan terbaik di dalam kelasnya yang tersendiri. Dan yang paling penting, semangat inilah yang menjadikan kita sebuah negara yang unik dengan toleransi dan perdamaian pelbagai kaum dan etnik.

Kami ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia, marilah kita buang ideologi perpecahan dan kita kembalikan era semangat patriotisme yang berlandaskan ilmu dan kefahaman. Bangkitlah, pertahankanlah dan bersama-sama kita maju ke hadapan.


Salam ikhlas,


Jamalee Bashah


[Special Articles]

1 comments:

Jika kamu ingin membuat kemeja berikut adalah jenis warna kemeja pria yang cocok untuk digunakan

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds