X-FILES: MISTERI POTRET BELMEZ
Seperti biasa, pada suatu petang pada bulan Ogos
1971, Maria Gomez Camara ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam
keluarganya. Namun, Maria menjerit ketakutan apabila melihat keanehan di lantai
dapurnya.
Terpampang wajah seorang lelaki yang tidak dikenali
pada lantai rumahnya. Mata lelaki itu bagaikan sedang menatap dengan pandangan
yg dingin. Paparan wajah itu tidak ubah seperti potret lukisan, bezanya ia
dilakarkan di atas lantai. Maria terkejut dan kehairanan bagaimana potret
lelaki berkenaan berada di lantai dapurnya. Setahu Maria, lantai dapurnya
bersih sebelum itu. Mana mungkin ada orang yg datang melukis di situ.
Kisah lukisan yg misteri yg timbul pada lantai rumah
Maria dengan cepat menjadi popular. Berduyun-duyun penduduk desa Belmez, slah
sebuah kawasan pedalaman Sepanyol datang ke rumah Maria untuk menyaksikan
misteri tersebut. Mereka percaya, lukisan yg timbul secara misteri itu bagaikan
sesuatu menifestasi dari dunia roh.
Maria berasa terganggu dengan potret misteri
tersebut dan dia tidak lagi berani menggunakan dapur berkenaan. Seminggu
kemudian, dengan menggunakan sebilah kapak anak lelaki Maria memecahkan lantai
dapur rumah mereka bersama-sama dengan lukisan berkenaan. Setelah wajah lelaki
tersebut hilang, lantai dapur disemen sekali lagi.
Sangkaan Maria yang kehidupannya akan kembali tenang
setelah menghapuskan gambar berkenaan ternyata meleset setelah seminggu selepas
itu, muncul lagi gambar misteri yg baru, tepat di mana gambar misteri yg
pertama muncul dahulu. Bezanya cuma wajah yg baru muncul itu tidak sama dengan
wajah yg terdahulu. Sekali lagi rumah Maria dipenuhi oleh penduduk yg taasub
dengan potret misteri berkenaan dan ketua desa mereka menyarankan potret
misteri berkenaan diangkat dari lantai dapur Maria untuk dibingkaikan dan
menjadi tatapan umum.
Setelah potret misteri tersebut dipotong dari lantai
dapur Maria, lantai rumah maria terus digali pada kedalaman hampir tiga meter
dan mereka menemui pelbagai tulang belulang manusia. Penemuan tersebut
membuatkan penduduk yakin bahawa kemunculan potret misteri berkenaan berkaitan
dengan roh-roh yg tidak tenteram apatahlagi tapak rumah Maria dipercayai
kawasan bekas tanah perkuburan.
Maria menyangka bahawa semuanya akan berakhir
setelah penemuan tulang-tulang berkenaan, tetapi tidak kerana dua minggu
selepas itu kehidupannya sekali lagi diganggu oleh potert misteri berkenaan.
Kali ini bukan hanya satu wajah misteri yang muncul, tetapi dua! Misteri
tersebut tidak berhenti hanya di situ, kerana dari hari ke hari muncul garis-garis
baru yg kemudiannya membentuk potret misteri yg keempat dan kelima, menjadikan
lantai dapur Maria semakin dipenuhi oleh wajah misteri berkenaan.
Akhirnya Maria letih dan membiarkan sahaja
wajah-wajah misteri berkenaan. Semakin lama, wajah misteri tersebut makin
banyak dan bila dikira, ada 18 wajah misteri yg bertaburan di lantai dapurnya.
Ada wajah perempuan dan juga lelaki, ada yg muda ada yg tua.Yang pastinya semua
wajah berkenaan nampak sedih dengan pandangan mata yg sayu.
Rumah Maria tidak putus-putus dikunjungi orang ramai
yg mahu menyaksikan keanehan tersebut. Oleh kerna terlalu banyak pengunjung,
Maria tidak dapat menggunakan ruang dapur itu untuk memasak. Sebaliknya dia
terpaksa membina dapur yg baru di bahagian lain di sisi rumahnya.
Ramai pengkaji yang datang membuat penyelidikan, dan
banyak teori-teori serta andaian yang dibuat. Tidak kurang juga ada yang
menuduh Maria yang melukis sendiri gambar berkenaan. Namun begitu, merka gagal
membuktikan bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana Maria dapat melakukannya
walaupun mengkaji di makmal dengan peralatan yang serba canggih. Persoalan
tentang kewujudan wajah-wajah berkenaan masih misteri dan belum dapat
dirungkaikan sehinggalah Maria meninggal pada Februari 2004.
Semasa hayatnya, Maria telah hidup bersma-sama
dengan wajah-wajah misteri berkenaan hampir 30 tahun. Namun apa yang lebih
mengejutkan, setelah wanita tersebut meninggal dunia, wajah Maria turut muncul
bergabung pada lantai rumahnya bersemadi bersama dengan wajah misteri lainnya
nun di desa Belmez.
Kredit: Wujud (Paranormal Team)
Unknown posted on 9 November 2021 at 18:59
Lagi nyari hoodie ? Yuk simak 6 bahan hoodie terbaik
Post a Comment