The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday, 29 December 2013

SIAPAKAH PENGHUNI BUMI SEBELUM ADAM?



Saya mempunyai tiga pandangan.

1. Dinosaur
2. Makhluk seiras manusia tetapi belum boleh didefinasikan sebagai manusia
3. Para jin

[Hujah Pertama]

Apakah dinosaur itu benar-benar wujud? Apakah jika tidak disebutkan secara terus di dalam A-quran, maka dinosaur itu tidaklah wujud? Kita tidak boleh berpegang kepada pendapat yang sedemkian. Mungkin ALLAH tidak menceritakan kepada kita tentang dinosaur kerana mahukan manusia mengkaji dan membuat kajian.

Sebelum kita mengulas lebih lanjut mengenai dinosaur. Kita belajar serba sedikit fakta mengenai dinosaur. Istilah dinosaur lahir pada tahun 1842 oleh Sir Richard Owen dan berasal dari perkataan Yunani yang membawa maksud mengerikan, kuat, hebat.

Sejak abad ke-19, pelbagai fosil dinosaur telah ditemui oleh manusia di seluruh dunia. Malah, di Malaysia juga sedang dicari oleh pakar paleontologi Malaysia.

Pakar Paleontologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Shafeea Leman berkata, penemuan fosil dinosaur di Thailand pada Februari tahun ini memungkinkan kewujudan mamalia purba itu di negara ini. Berdasarkan kajiannya sendiri sejak 30 tahun lalu, beliau percaya terdapat fosil dinosaur di sekitar Banjaran Titiwangsa.

Bekas Ketua Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Datuk Mohamad All Hassan berkata, kewujudan paku pakis gajah di Malaysia ketika ini membuktikan dinosaur memang pernah wujud.

Apakah hujah itu sudah cukup?

[Hujah Kedua]

“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat) berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…“ (Surah Al Baqarah: 30)

Jika saya mengatakan bahawa terdapat makhluk sebelum manusia yang iras-iras manusia tetapi tidak dipanggil sebagai manusia bukanlah mengatakan bahawa saya ini menyokong teori Darwin, tidak sama sekali. Bahkan saya antara orang yang menentang sekeras-kerasnya teori Darwin. Bahkan saya pernah menulis sebuah artikel yang menjatuhkan teori Darwin.

Saya percaya bahawa kewujudan makhluk ini tidak layak dipanggil sebagai manusia memandangkan bahawa manusia itu makhluk yang dikurniakan oleh ALLAH dengan akal dan nafsu. Tetapi makhluk yang wujud ini tidak mempunyai akal.

Dari ayat Al-Baqarah 30, banyak mengundang pertanyaan, siapakah makhluk yang berbuat kerosakan yang dimaksud oleh malaikat pada ayat di atas. Dalam kajian Arkeologi, berdasarkan fosil yang ditemukan, memang ada makhluk lain sebelum manusia. Mereka nyaris seperti manusia, tetapi memilki karakteristik yang sangat primitif dan tidak berbudaya.

Saiz otak mereka ini sebenarnya lebih kecil daripada manusia. Atas sebab itu juga, kemampuan mereka berbicara sangat terbatas kerana tidak banyak bunyi konsonan yang mampu disebut. Kelompok makhluk ini kemudian dinamakan oleh para arkeologi sebagai Neanderthal.

Sebagai contoh, Pithecanthropus Erectus memiliki saiz otak dalam 900 cc, sementara Homo sapiens memiliki saiz otak diatas 1000 cc (otak kera maksimun sebesar dalam 600 cc). Maka daripada penemuan-penemuan di atas, boleh dikatakan terdapat makhluk lain yang pernah wujud di atas muka bumi ini sebelum nabi Adam. Tetapi, mereka ini tidak layak dipanggil sebagai manusia.

Nama makhluk yang diungkapkan para ahli arkeologi diatas kemudian dikaitkan pada pendapat para cedekiawan Islam dan para ulamak seperti Ibnu Jazir dan Ibnu Katsir. Dalam kitab karangan Ibnu Katsir, beliau mengatakan: "Yang dimaksud dengan makhluk sebelum Adam diciptakan adalah Al-Jan yang suka berbuat kerusakan."

Menurut salah seorang perawi hadis yang bernama Thawus al-Yamani, salah satu penghuni sekaligus penguasa/pemimpin di muka bumi adalah dari golongan jin. Ada juga yang mengatakan bahwa telah ada 3 umat yang utama sebelum Adam. Dua diantaranya dari bangsa jin, sedangkan kaum yang ketiga adalah dari golongan yang berbeza dari jin, kerana mereka ini berdarah dan berdaging.

[Hujah Ketiga]

Hujah ketiga saya mengenai penghuni bumi sebelum nabi Adam ialah para jin.

“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (Al Hijr : 27)

Berdasarkan pendapat seorang cendekiawan Islam yang terkenal iaitu Muhammad Isa Dawud di dalam bukunya, beliau mengatakan bahawa kesan-kesan tinggalan tamadun yang usianya lebih tua dari usia Nabi Adam turun ke bumi (pada sekitar 10 000 SM, yang telah dipersetujui oleh kebanyakan orang bijak pandai) sebenarnya dibina oleh para jin.

Selepas mengetengahkan pelbagai bukti sejarah dan arkeologi, maka Muhammad Isa Dawud membuat kesimpulan berikut:

“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.

Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka saya ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”

Kesimpulan

Kita semua tahu bahawa Nabi Adam cuma manusia pertama yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T tetapi bukannya makhluk pertama yang diciptakan oleh ALLAH. Persoalan mengenai siapakah penghuni bumi sebelum Adam masih didebatkan oleh para ulamak.

Dalam soal ini, kajian yang teliti oleh para ulamak, arkeologi, paleontologi dan sejarawan masih dijalankan. Penemuan demi penemuan didedahkan kepada dunia dan pencarian masih diteruskan. Siapalah kita yang mahu menghukum seseorang yang lain sebagai kafir dan sesat padahal hal ini masih didebatkan.

[Segmen All About Islam]


-HE-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds