The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday, 29 December 2013

KESEIMBANGAN NERACA : ISU HARGA BARANG



1. Kenaikan harga barang dan kos sara diri meruncingkan semua pihak, ini kerana keputusan yang dibuat oleh pemimpin negara ini menekan kebanyakan pihak terutama melayu yang berpendapatan sederhana dan rendah.

2. Dengan peningkatan harga barangan ini saya percaya akan penurunan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan atau peningkatan kelebihan. Ini kerana setiap kenaikan itu seharusnya stabil atau dipanggil Keseimbangan Ekonomi. Sebagai contoh dengan peningkatan harga minyak, bagi sesiapa yang melancong ke dalam Negeri akan diberikan rebet bagi penggunaan Tol atau contoh seperti kenaikan harga barangan haruslah seimbang dengan kenaikan gaji.

3. Walaubagaimana pun dilihat di Malaysia ini trendnya agak sedikit berbeza, Kenaikan harga barangan tidak menjurus kepada penurunan sesuatu servis atau barangan lain atau kenaikan gaji. Tetapi peningkatan sesuatu barangan meningkatkan lagi rantaian peningkatan sesuatu barangan perkhidmatan atau keistimewaan.

4. Sebelum ini kita digembar gemburkan dengan penurunan harga barang, kereta dan sebagainya. Walaubagaimanapun perkara itu terjadi sebaliknya.

5. Bagaimanakah mereka yang mengundi itu akan terus percaya terhadap menifesto mereka selepas ini?

Apa komen anda?

[General Issues]

-RadinDanial- 

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds