The Patriots Schedule

The Patriots Schedule
Showing posts with label Chronicles of The World. Show all posts
Showing posts with label Chronicles of The World. Show all posts

Tuesday, 4 March 2014

TEKNOLOGI TENTERA ISLAM MERENTASI ZAMAN


Ya, umat Islam dahulu menang dengan musuh Islam mereka kerana ketaatan mereka kepada ALLAH. Bilanagn mereka sedikit kalau dibilang ketika untuk bertempur dengan tentera musuh, tetapi ada sesuatu yang umat Islam lupa... 

Teknologi tentera Islam ketika itu melampau zaman. Dan itulah yang kita kurangkan. Semangat jihad dan ketakwaan itu haruslah diiringi dengan usaha kita untuk menaikkan teknologi tentera Islam.

Saya iringi nasihat saya dengan kisah yang saya petik daripada page Islam Agamaku.

Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?

Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.

Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Wallahua'lam.

Kredit: Islam Agamaku

-HE-














Tuesday, 25 February 2014

DINASTI HAN: DRAMA DI BAWAH SINARAN BULAN



Selepas peristiwa jamuan maut di Hong Gate, kita bakal menyaksikan bagaimana Liu Bang terpaksa tunduk di bawah Xiang Yu. Liu Bang bersyukur selepas berjaya menyelamatkan diri daripada jamuan yang telah direka untuk menewaskannya dan terpaksa menyerahkan mohor diraja Dinasti Qin kepada Xiang Yu.

Zhang Liang ketika menasihatkan Liu Bang supaya tunduk kepada Xiang Yu, buat sementara kerana menyedari bahawa pasukan Liu Bang tidak mungkin menang ke atas Xiang Yu yang begitu hebat itu.

Xiang Yu ketika itu pula mengumumkan dirinya sebagai “Raja Hegemoni Chu” dan Raja Huai yang menjadi maharaja ketika itu hanyalah boneka kepada Xiang Yu. Xiang Yu kemudian membahagikan China kepada 18 kerajaan. Kawasan Guanzhong, atau China Tengah yang sepatutnya dimiliki oleh Liu Bang kerana telah sampai awal ke Xianyang telah diberikan kepada Tiga Jeneral Qin manakala Liu Bang telah dicampak ke Bashu,, sebuah kawasan pendalaman China.

Ketika itu, Liu Bang telah mendapati bahawa nasibnya untuk menjadi maharaja China dan memerintah seluruh China agak kabur kerana peluangnya sudah semakin tipis. Terperangkap di kawasan pendalaman seperti Bashu yang makanan asasinya ialah serangga goring, yang di mana kawasannya seperti paya. Namun, siapa tahu takdir mempunyai perancangan lain untuk Liu Bang memiliki China.

[Han Xin, Lelaki Yang Merangkak Di Bawah Kangkang]

Han Xin adalah seorang lelaki biasa yang sebenarnya mempunyai sejarah yang dikurinakan tuhan kebijaksanaan yang tiada bandingannya pada zamannya. Namun, kehidupan Han Xin adalah sangat sadis.

Anak yatim ini hidup bergantung pada ehsan orang lain. Dia akan meminta-minta makanan setiap hari di sekitar kampungnya. Dan ketika dia kebuluran, perempuan itu akan membantunya. Han Xin juga jatuh cinta pada seorang gadis jelita di kampungnya dan mereka berkawan dan gadis itu yang selalu membantu Han Xin.

Pernah suatu masa, Han Xin yang bercita-cita besar menjadi seorang jeneral perang, membawa pedangnya di skeitar kampungnya, dia tersempak dengan sekumpulan manusia yang agak ramai dan Han Xin seringkali dibulinya.

Han Xin diketawakan, diejek dan dimaki kerana impiannya dan dia telah dipaksa merangkak di bawah kangkang ketua kumpulan tadi kalau tidak mahu dipukul. Han Xin akur kerana menyedari dirinya yang dikelilingi oleh lelaki yang berbadan besar. Namun, selepas berjaya kelak, Han Xin kembali berjumpa dengan lelaki yang menyuruhnya merangkak di bawah kangkangnya.

Anehnya, Han Xin tidak menghukum lelaki itu sebaliknya dia menganugerahkan jawtaan dna pangkat kepada lelaki itu sambil berkata.

“Kamu adalah hero. Kalau tidak kerana kau, aku tidak akan berada di tempat aku hari ini. Kau yang sering membuli dan memperkecilkan akulah yang menyebabkan aku berkobar-kobar membuktikan siapakah Han Xin sebenarnya!”

Atas sokongan daripada rakannya, wanita jelita itu, dia telah memasuki pasukan Chu di bawah pimpinan Xiang Yu dan telah mengikuti Xiang Yu berperang. Dia seringkali mencadangkan tsrategi perang kepada Xiang Yu namun tidak dilayan oleh Xiang Yu menyebabkan Han Xin mula berdendam dengan Xiang Yu.

[Drama Di Bawah Sinaran Bulan]

Han Xin akhirnya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Xiang Yu dan menyertai Liu Bang, dengan dendam di hatinya suatu hari nanti dia akan kembali menggempur Xiang Yu dengan askarnya sendiri, membuktikan kepada Xiang Yu bahawa Xiang Yu salah apabila mengsia-siakannya. Xiang Yu akan menyesal suatu hari nanti dan dunia akan mengetahui tindakan paling bodoh Xiang Yu adalah mengabaikan Han Xin. Itu adalah janji Han Xin.

Xiahou Ying adalah manusia yang pertama menyedari bakat terpendam yang dimiliki oleh Han Xin dalam merencanakan strategi peperangan. Ketika Han Xin hampir dipancung kepalanya oleh Xiahou kerana melanggar pertauran tentera, dia kemudian berkata kepada Xiahuo Ying.

“Aku dengar Liu Bang mahu membina sebuah empayar. Jadi, kenapa dia mahu membunuh orang yang boleh membantunya berbuat demikian?”

Maka dibawa Han Xin kepada Liu Bang namun Liu Bang tidak menyenangi sikap besar kepala Han Xin lalu meletakkan Han Xin untuk menguruskan bahagian bekalan makanan askar Liu Bang. Kehebatan Han Xin menguruskan bahagian makanan askar Liu Bang telah mencuri perhatian Xiao He, perdana menteri Liu Bang.

Xiao He telah mencadnagkan nama Han Xin kepada Liu Bang namun Liu Bang kelihatan tidak mengendahkan siapakah Han Xin kerana reputasinya yang pernah merangkak di bawah kangkang pembulinya menyebabkan Liu Bang sukar untuk mempercayainya.

Han Xin yang menunggu dirinya dipanggil menghadap Liu Bang menjadi kecewa mendengarkan apa yang berlaku di mana Liu Bang tidak mengedahkan bakatnya Maka malam itu juga Han Xin berkemas lalu meninggalkan Liu Bang di Banshu.

Mendengarkan berita itu, maka Xiao He telah mengejar Han Xin pada malam itu juga lalu memujuk Han Xin untuk kembali bersamanya. Maka, peristiwa Xiao He mengejar Han Xin di bawah sinaran bulan di atas kuda kemudiannya menjadi salah satu daripada peristiwa sejarah dalam Dinasti Han.


Dalam pepatah China, ianya dikenali sebagai “Xiao He mengejar Han Xin Di Bawah Sinaran Bulan.” Kali ini, Xio He berjaya memujuk Han Xin memasuki pasukan Liu Bang dan ianya menandakan sebagai permulaan kepada Persengekataan Chu-Han yang akghirnya mewujudkan Dinasti Han. 

TAMADUN JEPUN: ASAL USUL NINJA



Ninja (忍者) Atau Shinobi (忍び?) Adalah seorang ejen rahsia atau upahan dalam zaman feudal Jepun. Ninja selalunya ditugaskan untuk pengintipan, sabotaj, penyusupan, pembunuhan , dan pertempuran terbuka dalam keadaan tertentu. Kaedah tempurNinja melancarkan perang berbeza dengan Samurai . Hal ini kerana Samurai bertempur mengikut peraturan yang ketat berdasarkan konsep kehormatan dan maruah berbeza jika dibandingkan dengan Ninja yang lebih mengamalkan pertarungan kotor dan tipu helah yang licik.

Selain perkataan Ninja , terdapat juga istilah lain yang digunakan iaitu Shinobi (忍) yang bermaksud " untuk mencuri jauh" yang dikaitkan dengan aktiviti Ninja yang senyap dan tidak kelihatan. Dari segi sejarah ,perkataan Ninja tidak berada dalam penggunaan biasa, pelbagai istilah lain berkembang serantau Jepun untuk mengambarkan apa yang dikenali sebagai Ninja. Selain perkataan Shinobi , terdapat beberapa contoh istilah lain anataranyaMonomi ( "orang yang melihat "), Nokizaru (" monyet di atas bumbung "), Rappa (" bengis "),dan Kusa (" rumput" ). Dalam dokumen sejarah, istilah Shinobi paling kerap digunakan bagi mengambarkan Ninja. Mengikut Etika Ninja , segala teknik bertempur dan ilmu ninja disebut sebagai Ninjutsu yang bermaksud ('' jurus ninja atau teknik ninja").


ASAL-USUL NINJA


Ninja merupakan antara salah satu seni bela diri yang paling tua di negara matahari terbit iaitu Jepun. Ia dikesan wujud sekitar tahun 722 AD iaitu pada Zaman Nara di era Jepun klasik. Kewujudan Ninjutsu di dunia adalah sangat misteri dan mengumpul pelbagai teori oleh Pengkaji Sejarah. Ada teori yang mengatakan bahawa ia berasal zaman purba China iaitu melalui skrol Sun Tzu Of Art War. Ada juga yang mengatakan ia diajar oleh Dewa Gunung/Jin gunung yang dikenali sebagai Tengu kepada manusia untuk mempertahankan diri. Tetapi ramai pakar sejarah bersetuju bahawaNinjutsu dicipta oleh seorang tokoh lagenda iaitu seorang Pertapa keramat (sage) yang diberi nama En no Gyoja . Kewujudan beliau dikesan sekitar tahun 710 AD hingga 788 AD, menyamai terciptanya ritual Shugendou (agama gunung) di Jepun.


En no Gyoja berjaya mencipta ajaran Shugendou setelah beliau berjaya menamatkan pertapaannya selama 1000 hari di Gunung Yoshino dan Gunung Handa. Setelah berjaya mencipta Shugendou , beliau dikatakan mempunyai kebolehan luar biasa dan kuasa sakti . Kuasa tersebut mampu membuatkan beliau melakukan pelbagai perkara luarbatasan manusia biasa seperti mengunakan sihir ,mampu memanipulasi pelbagai jenis jin, syaitan dan iblis (Oni,Yokai,Ayakashi) sebagai hamba suruhan (Shikigami) dan juga mampu mengawal tenaga dalaman seperti Reiki, Qi,dan Chakra. Dalam buku sastera klasik Nihongi Shoki ada menceritakan perihal En no Gyoja yang telah bertemu denganTengu (jin gunung) semasa bertapa disebuah gunung. Beliau memintaTengu mengajarinya pelbagai ilmu dan pengetahuan misteri kepadanya.

Berdasarkan teks sastera klasik Konjaku Monogatari, Tengu adalah makhluk ghaib yang mendiami kawasan pergunungan suci dan menjaga gunung tersebut. Tengu juga dikhabarkan sangat terkenal dengan kepakaran dalam pelbagai senibela diri , seni perang dan seni tempur ghaib. Berbekalkan ilmu tempur daripada Tengu , En no Gyoja telah berjaya mengabungkan pengetahuan Shugendounya bersama ilmu tempur Tengu lalu terciptalah sebuah seni bela diri yang dikenali sebagai "Ninjutsu " pada hari ini. Setelah berjaya mencipta seni tempur Ninjutsu , beliau dikatakan sering mengembara dari gunung ke gunung untuk menajamkan ilmunya serta dan menyebarkan Ninjutsu kepada pendaki gunung ,orang kampung dan juga kepada Yamabushi (Pendekar Gunung). Topeng yang dipakai oleh ninja untuk menyembunyikan identitinya dinamakan "Tengu Gui" yang menjadi salah satu bukti hubungan kuat antara Tengu dengan Ninja.



PERKEMBANGAN & PENGARUH ALIRAN NINJUTSU DI JEPUN


Selang beberapa abad kemudian ,Ninjutsu sudah berjaya tersebar luas diseluruh negara. Kepesatan dan kemajuan tersebut secara tidak langsung telah mendorong pembentukan pelbagai aliran dalam Ninjutsu. Merujuk kepada novel Kouga Ninpou chokarya Futaro Yamada 1958 , terdapat 3 jenis aliran Ninjutsu yang terawal wujud di dunia antaranya adalah Fuuma -Ryu ( sekitar 722 AD ), Kouga -Ryu ( sekitar 939 AD ), dan kemudiannya Iga -Ryu (kira-kira 1030 AD ). Aliran Ninjutsu berkembang pesat dari tahun 700 AD hingga 1050 AD , dimana sebahagian besar dibangunkan daripada peringkat kecil iaitu ajaran turun temurun keluarga hingga ke penubuhan sekolah-sekolah ninja di kawasan-kawasan yang berbeza. Fuuma -Ryu sebuah aliran Ninjutsu yang paling awal wujud iaitu sekitar tahun 722 ketika Zaman Nara diwilayah Sagami ,Jepun. Kewujudan aliran Fuuma -Ryu masih menjadi misteri kerana sehingga hari ini masih tidak diketahui siapa individu yang mengasaskan aliran ini. Banyak teori yang dilemparkan oleh Pengkaji Sejarah mengenai aliran ini, mereka berpendapat bahawa aliran ini telah dicipta olehYamabushi (pendekar gunung) yang telah mendapat didikan awal daripada En no Gyoja.


Novel Seishin dan catatan sejarah Bansenshukai - Fujibayashi Family banyak menceritakan perihal kewujudan aliran Kouga -Ryu dan Iga -Ryu. Kira-kira 939 AD, bermulanya aliran Kouga -Ryu dengan seorang pahlawan yang terkenal, Mochizuki Saburo bersama-sama dengan anaknya, dilatih dibawah ninja bernama Tatsumaki Hossi ( yang merupakan seorang Yamabushi) . Kouga -Ryu telah diasaskan olehMochizuki Saburo dan berkembang di wilayah Kouga ( Wilayah Shiga masa sekarang). Aliran Kouga -Ryu dipelihara oleh Puak Mochizuki (juga didigelar puak Kouga) yang membuka banyak sekolah-sekolah ninja dikawasan pergunungan Wilayah Kouga. Selepas perang saudara melanda negara China ( 400BC - 700AD ), banyak ahli Persatuan Lin Kuei (ninja versi china) melarikan diri ke Jepun dan menetap di Wilayah Iga ( wilayah Mie masa kini). Mereka mengajar orang tempatan dan petani Jepun mengenai seni mempertahankan diri Lin Kuei melalui skrol falsafah Sun Tzu Of Art War. Aliran Iga -Ryu telah dibangunkan sekitar tahun 1030 AD oleh Panglima Ikai , yang pernah menjadi panglima perang di China. Beliau melarikan diri dari China lalu menetap di Wilayah Iga dan mengajar dua orang yang akan menjadi pengasas Iga -Ryu ,mereka adalah Fujiwara Chikada dan Hogenbo Tesshin . Mereka berdua dikatakan telah mengabungkan seni tempur cina Lin Kuei dengan Ninjutsu Jepun bagi melahirkan aliran Iga -Ryu .


Selain itu, terdapat juga pelbagai aliran Ninjutsu yang lebih kecil wujud pada abad seterusnya antaranya adalah Kunoichi -Ryu ,Yagyu -Ryu dan lain lagi. Kunoichi -Ryu telah dibangunkan oleh seorang ninja wanita yang pertama didunia iaitu Mochizuki Chiyome , yang berasal Puak Mochizuki dari wilayah Kouga . Ia bermula pada tahun 1575 setelah kematian suaminya Mochizuki Nobumasa semasa menjalankan tugas dibawah Tuannya iaitu Daimyo, Takeda Shingen. Mochizuki Chiyome berhasrat ingin membalas dendam keatas kematian suaminya dan ingin menjadi Ninja yang setia kepada tuannyaTakeda Shingen. Setelah mendapat keizinan Takeda Shingen, beliau telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai Ninja Upahan. Kejayaan demi kejayaan diraih oleh beliau menyebabkan beliau membuka Sekolah Ninja khas untuk Kaum wanita melalui aliranKunoichi -Ryu . Dalam etika Ninja, wanita yang menjadi ninja dipanggil sebagai Kunoichiyang bermaksud"pendekar wanita". Terdapat juga aliranYagyu -Ryu yang memfokuskan kemahiran bermain pedang. Aliran ini telah ditubuhkan pada tahun 1631 (zaman Edo) oleh ninja master Shogun Tokugawa iaitu, Yagyu Jubei. Beliau mendapat sokongan daripada cikgunya sendiri iaitu Ninja Lagenda Iga Hattori Hanzo untuk membuka sekolah Seni pedang Yagyu -Ryu.


Shinobi adalah nama yang sesuai untuk pahlawan Jepun, kerana mereka bukan sahaja dilatih dalam seni peperangan dan tempur, tetapi juga diajar tentang falsafah kerohanian China, termasuk Buddha,Taoisme, Konfusianisme,Shugendo dan Shinto(agama rasmi jepun) yang mereka anuti. Kebanyakan ninja menganuti agama Shugendo, sehingga ada yang mengelarkan Shugendo sebagai ''agama ninja''. Ninja sangat berpegang kepada falsafah rohani Shugendo yang dipanggil " memupuk kuasa semulajadi dan hidup harmoni bersama dewa , dan juga memupuk hati yang murni " yang menjadi matlamat hidup paling suci para ninja. Pemikiran Ninja sangat fleksibel kerana mereka menerima setiap sistem kepercayaan, sambil menerima falsafah orang lain dan mengadunnya ke dalam falsafah ninja mereka. Namun bergitu mereka sangat berpegang kepada falsafah asas ninja iaitu " Toh Shin Dou, " yang bermaksud ("aliran hati setulen pedang"). Kebanyakan para ninja pada masa dahulu menganuti agama Shinto dan Shugendo, kemudian mereka menganuti Buddha,Taoisme ,Confucius ,Omyodou, Kristiandan Shamanisme yang bersepadu ke dalam kepercayaan mereka. Walaupun banyak campuran haluan agama atau falsafah rohani yang berbeza , ia tidak langsung menganggu kepercayaan mereka, kerana bagi ninja setiap jalan haluan agama adalah sama, dan boleh mencapai matlamat yang sama untuk menjadi ninja yang hebat.


Terdapat salah faham yang mendakwa Ninja terbentuk daripada samurai buangan tuan dipanggil Ronin. Sebenarnya kebanyakan ninja adalah dikalangan orang-orang yang tinggal disekitar pergunungan yang digelar Yamabushi( pahlawan gunung). Ada sebilangan kecil golongan petani dan samurai yang cuba untuk menjadi ninja, tetapi kesemuanya gagal kerana kekurangan kemahiran fizikal dan ketajaman minda. Samurai dan Ninja mempunyai persamaan iaitu berkerja untuk tuan mereka, tetapi mempunyai perbezaan yang ketara mengenai falsafah dan gaya pertempuran. Seni pertempuran Samurai mengunakan pedang sahaja, serta mengutamakan pertarungan yang adil dan bermaruah. Manakala Seni pertempuran ninja mengunakan pelbagai senjata dan bertarung secara tipu muslihat, kotor,licik dan secara sulit. Pada kurun ke 15, Ninja menjadi suatu entiti yang penting dalam pentadbiran feudal di negara Jepun. Ninja sering digunakan oleh Maharaja, Daimyo, Shogun dalam peperangan dan segala urusan.


-Izzat Yousuf-

DINASTI HAN: JAMUAN MAUT DI HONG GATE



Kemenangan yang tidak dijangka di Pertempuran Julu telah menyebabkan kesemua negara kota ketika itu yang memberontak menyatakan kesetiannya kepada Xiang Yu dan Chu kerana dengan hanya membawa 40 000 orang askar Chu sahaja sudah cukup untuk mengalahkan askar Qin yang begitu banyak.

Raja Chu ketika itu, telah mengisytiharkan siapa yang sampai dulu dan menawan Kota Xiang Yang (pusat pemerintahan Qin) maka dia akan dianugerahkan kawasan Central Plains di China yang kaya raya. Liu Bang yang ketika masih berada di dalam Chu serta Xiang Yu adalah dua general yang diperintahkan oleh Raja Chu ketika itu.

“Sesiapa yang berjaya menawan pusat pemerintahan Qin iaitu Xiang Liang maka beta akan hadiahkannya kawasan di tengah China yang penuh dengan kekayaan.”

Maka ketika itu, berlumbalah Liu Bang dan Xiang Yu untuk ke China. Setiap seorang daripad amereka diminta untuk mengambil undian laluan yang manakah yang akan dipilih untuk ke Xiang Yang daripada Negara Chu.

Liu Bang bernasib baik apabila mendapat laluan timur yang lebih senang berbanding dengan Xiang Yu yang mendapat laluan barat yang berliku. Pada aslanya, kedua-dua tokoh dalam sejarah ini adalah sahabat baik bahkan mereka telah bersumpah setia mahu kekal bersama walaupun sesiapa yang menawan Kota Xiang Yang.

Namun, apabila Liu Bang telah sampai dahulu ke Liu Bang, dan Xiang Yu terlambat. Di sinilah api mula bercambah antara sahabat dunia akhirat ini. Apabila Xiang Yu menyedari bahawa dia mula kalah, maka ketika itulah perasaan tidak puas hati lahir dari jiwanya.

Pada detik 207 S.M menyaksikan askar yang dipimpin oleh Liu Bang berjaya menawan Laluan Wu dan sekaligus menguasai Guangzhong dan ibu negara Qin iaitu Xiang Yang, Mahajara terakhir Qin ketika itu akhirnya menyerah diri kepada Liu Bang.

Pengkhianat yang ada di dalam pasukan Liu Bang, Cao Wushan ketika itu telah mengantar mesej secara diam-diam kepada Xiang Yu melaporkan bahawa Liu Bang telah mengisyitiharkan dirinya sebagai “Raja Guangzhong” berdasarkan janji daripada Raja Huai II daripada Chu bahawa sesiapa yang berjaya menawan Xiang Yang, maka dialah pemilik sebenar Tengah China, atau Guangzhong. Cao Wushang juga telah mengatakan kepada Xiang Yu bahawa Liu Bang telah merampas segala harta kekayaan Xiang Yang dan mengatakan bahawa ianya adalah miliknya. Xaing Yu yang pana baran mula bengang mendengarkan khabar berita itu.

Fan Zheng, penasihat kepada Xiang Yu yang sebenarnya telah lama mendapat ilham daripada ilham dan pemerhatiannya pada ilmu astrologi bahawa Liu Bang akan jadi pesaing utama kepada Empayar Qin telah memujuk Xiang Yu untuk membunuh Liu Bang yang suatu masa dagulu pernah bersama meminum darah masing-masing sebagai simbolik bahawa mereka adalah adik beradik angkat.

Maka, Xiang Yu pun mengadakan sebuah jamuan yang konon-konon mahu meraikan kejayaan Liu Bang menawan Xiangyang. Liu Bang yang tidak mempunyai prasangka apa-apa memandangkan Xiang Yu adalah sahabatnya.

Mujurlah ketika itu, pakcik kepada Xiang Yu iaitu Xiang Bo yang merupakan sahabat baik kepada Zhang Liang, penasihat ketenteraan untuk Liu Bang telah memaklumkan kepada Zhang Liang. Zhang Liang sempat menasihatkan Liu Bang untuk meminta tolong Xiang Bo dalam hal ini.

[Jamuan Maut Di Hong Gate]

Liu Bang datang ke jamuan di Tembok Besi Hong sambil membawa 100 orang askar bersamanya. Liu Bang dengan rendah hati mengatakan bahawa kejayaannya menawan Xiangyang adalah sekadar nasib baik dan meminta maaf merampas kejayaan yang seharusnya dilakarkan oleh Xiang Yu.

Ketika jamuan berlangsung, beberapa kali Fan Zheng memberi isyarat kepada Xiang Yu supaya membunuh Liu Bang yang sedang asyik makan namun semuanya tidak diendahkan oleh Xiang Yu yang masih ada ras abersalah di hatinya.

Fan Zheng ketika itu kemudian meemanggil sepupu Xiang Yang iaitu Xiang Zhuang untuk melakukan tarian pedang dengan niat untuk mencari peluang membunuh Liu Bang, Xiang Bo ketika itu pula menyedari sesuatu yang buruk akan berlaku menawarkan diri untuk menyertai jamuan itu dan setiap kali lembing Xiang Zhuang hampir sahaja menusuk tubuh Liu Bang, Xiang Bo akan berada di situ melindungi Liu Bang.

Zhang Liang pula menyedari apa yang cuba disampaikan oleh Fan Zheng lantas meminta permisi untuk keluar sebentar daripada jamuan itu atas sebab tertentu tetapi sebaliknya pergi menjcari jeneral perang Liu Bang, iaitu Fan Kuai untuk datang menyelamatkan Liu Bang.

Fan Kuai pula sebaik sahaja mendengar apa yang berlaku telah menyerbu ke dalam jamuan dengan pakaian perang lengkap dan ianya telah membuatkan Xiang Yu kagum lalu mengatakan bahawa Fan Kuai adalah seorang jeneral perang yang berani.

Fan Kuai kemudiannya membuat ucapan panjang memberi sebab kenapa Xiang Yu tidak harus membunuh Liu Bang. Antara kandungan ucapannya adalah askar yang diletakkan berjga di beberap atembok besi yang harus dilalui untuk memasuki kawasan sekitar Xiang Yang adalah kerana untuk menghalang bandit yang mengganas manakala Liu Bang tiada niat untuk menggangu kegemilangan Xiang Yu dan sebaik sahaja menawang Xiang Yang, Liu Bang telah mengubah askarnya ke Bashang menunggu ketibaan Xiang Yu.

Selepas ucapan itu, Liu Bang mengatakan bahawa dia ada hal untuk diselesaikan sekejap sekaligus menjadikan alasannya untuk meninggalkan jamuan itu. Peluang itu digunakan oleh Liu Bang untuk melarikan diri sambil Zhang liang dihantar berjumpa dengan Xiang Yu untuk mengatakan Liu Bang terlalu mabuk untuk hadirkan diri.

-HE-

Tuesday, 14 January 2014

DINASTI HAN: 40 000 ORANG ASKAR MENGGEMPUR BALA 400 000 ORANG



Kalau dari episod yang lepas mengenai Dinasti Han, kita dapat mengetahui bahawa Liu Bang pengasas Dinasti Han dangan kisah lagendanya mengenai dia berjaya menyembelih seekor ular putih gergasi dan bagaimana Liu Bang kemudiannya telah menyertai Chu yang ketika itu berada di bawah Xiang Lang, pakcik kepada seorang jeneral perang China yang kemudiannya akan dianggap salah seorang panglima terhebat sepanjang zaman.

Namun malangnya buat Xiang Lang apabila dirinya terkorban di dalam dan tugas memimpin Chu ketika itu diambil oleh anak saudaranya yang bernama Xiang Yu, seorang panglima perang terhebat dalam sejarah China. Dalam masa yang sama, Liu Bang ketika itu menyertai Chu untuk turut sama dalam penentangan menjatuhkan Qin.

Pertempuran Julu adalah penting dalam kita membincangkan mengenai sejarah kejatuhan Qin kerana di mana pada pertempuran inilah, kita dapat melihat bagaimana Empayar Qin yang sebelum ini memerintah China mula tunduk dan tewas di tangan Chu yang dipimpin oleh Xiang Yu.

Awal kepada episod perang ini adalah di mana pada Peperangan Ding Tao di mana panglima perang Qin iaitu Zhang Han telah mengalah askar daripada Kerajaan Chu yang dipimpin oleh pakcik kepada Xiang Yu iaitu Ciang Lang dan membuatkan pakciknya terbunuh.

Liu Bang dan Xiang Yu ketika itu terpaksa berpecah dengan askar Xiang Lang untuk menyelamatkan raja Qi yang ketika itu membuatkan Xiang Lang seorang diri terpaksa berdepan dnegan askar Zhang Han. Detik ini, menyaksikan bagaimana kuasa ke atas Chu mula membuatkan Xiang Yu lupa diri.

Zhang Han ketika mula membawa askarnya menyebarang Sungai Kuning atau Hwang Ho untuk menyerang sebuah lagi negara kota yang memberontak iaitu Zhao dan mengalahkan askar Zhao.
Ketika itu, Zhao telah menghantar mesej untuk meminta bantuan Raja Huai daripada Chu. Dua orang telah dihantar iaitu anak saudara Xiang Liang iaitu Xiang Yu dan Liu Bang. Liu Bang telah diminta untuk menyerang pusat negara Qin manakala Xiang Yu pula diminta untuk menyerang askar Zhang Han yang sedang mengganas di Han Dan.

Ketika Xiang Yu diminta untuk menyerang askare Qin di Han Dang, Xiang Yu daripada Chu menyedari bahawa betapa askarnya itu telah kalah dalam bilangan di mana 40 000 orang askar Xiang Yu daripada Chu terpaksa berdepan dengan 400 000 orang askar Dinasti Qin yang beratus kali ganda.

Xiang Yu tahu dia akan kalah tetapi bagaimana mahu memenangi peperangan itu. Xiang Yu hanya membawa bekalan makanan untuk tiga hari sahaja dan menghancurkan bekalan makanan yang selebihnya ke Han Dang. Tak ketinggalan, jalan pulang yang hanya boleh dinaiki dengan menaiki sebuah bot juga telah ditutup oleh Xiang Yu. Sampan dan bot yang membawa mereka melintasi sebuah sungai untuk ke Han Dang juga ditenggelamkan. Xiang Yu mengnhantar mesej kepada askar-askarnya dengan perbuatannya itu.

"Kamu harus lawan sampai ke titisan darah terakhir atau kalau kamu lari sekalipun, bekalan makanan tak mencukupi untuk kalian dalam hutan. Menang atau mati!"

Ajaibnya, setiap askar Chu yang ditunjukkan jalan mati itu berlawan dengan sangat hebat. Mereka tak menyerah walaupun beribu tusukan pedang dan lembing menembusi tubuhnya. Dan tahukah anda bahawa hampir separuh askar Dinasti Qin ketika itu yang bertempur dengan askar Chu mati? Dan askar Chu yang mati hanyalah dalam lingkungan 5000 orang sahaja.

Detik Pertempuran Julu ini menjadi saksi di mana Qin akhirnya menyerah apabila tewas di tangan Xiang Yu.


-HE-

PINZA - ABU CAVE MAN



Pinza - Abu Cave Man (ピンザアブ 洞 人Pinza -Abu Dōjin ) Adalah rangka tulang orang prasejarah yang ditemui di Gua Pinza - Abu, berhampiran Ueno di Pulau Miyako , Kepulauan Ryukyu ,selatan Jepun. Rangka tinggalan tersebut kelihatan mempunyai ciri-ciri anatomi manusia moden dan berusia kira-kira 30,000 tahun lalu.


Pada tahun 1974 dan 1989, satu ekspedisi dan tinjauan telah dilakukan oleh ahli arkeologi Jepun sebanyak enam kali di seluruh tapak Gua Pinza -Abu . Tulang-tulang yang ditemui telah diukur dan dibandingkan dengan tulang prasejarah Jepun yang lain iaitu Minatogawa Man. Berdasarkan kajian dan perbandingan yang telah dibuat, struktur tulang Parietal Pinza - Abu Man yang terdapat dalam Dimensi Sagittal dilihat lebih kecil berbanding dengan tulang Orang Jepun moden (Minatogawa Man). Selain itu, saiz tulangVertebra juga jauh lebih kecil daripada vertebra Minatogawa Man. Walaubagaimanapun ,Tulang Pinza - Abu Man masih berkongsi persamaan dengan Minatogawa Man dari segi ukuran dan beberapa ciri-ciri fizikal kuno yang lain. Penyelidik sejarah berpendapat persamaan kedua-dua rangka secara fizikal dan biologi adalah kerana kedua-dua kumpulan orang prasejarah tersebut telah berkongsi tempat tinggal yang sama (Kepulauan Ryukyu) . Oleh itu , mereka mungkin mempunyai hubungan yang rapat dan berinteraksi dengan satu sama lain. Hal ini terjadi kerana usia kedua-dua rangka tersebut menunjukkan persamaan cuma dibezakan dengan tempat asalnya.

Walau bagaimanapun, banyak lagi misteri yang belum terjawab kerana hanya sedikit maklumat sahaja yang diketahui mengenai asal-usul Pinza - Abu Man. Antara persoalannya adalah mengenai penghijrahan mereka dan bagaimana mereka datang keKepulauan Ryukyu. Menurut sebahagian penyelidik sejarah , Pinza -Abu Man mungkin telah tiba ke Pulau Miyako dari Kepulauan Melayu Nusantara semasa Zaman Paleolitik. Hal ini kerana terdapat persamaan yang banyak dari segi fizikal rangka Pinza - Abu Man dengan rangka bangsa Austronesia Wadjak Man. Terdapat juga spekulasi yang mendakwa Pinza -Abu Man adalah berbangsa Melayu Jawa. Dakwaan ini disokong dengan fakta bahawa bangsa Jawa (Wadjak Man) yang sudah diketahui mahir dalam ilmu pelayaran dan mampu menghasilkan api. Pada tahun 1989 , tinjauan sekali lagi dibuat mendapati terdapat kesan pembakaran arang dengan mayat manusia yang menunjukan bahawa orang Pinza - Abu mempunyai teknologi yang sama dengan manusia Wadjak Man. Walaubagaimanapun , masih tidak ada bukti yang menghubungkan Pinza -Abu Mansebagai moyang kepada penduduk moden di Pulau Miyako pada hari ini.

Pelbagai kajian forensik telah dilakukan terhadap mendapan tanah Gua Pinza - Abuyang mengandungi DNA mayat, flora dan mamalia bagi mendedahkan lebih lanjut mengenai diet Pinza -Abu Man. Teknik dating digunakan untuk menentukan garis masa sesuatu fosil. Mereka juga mengukur kandungan fluorin yang terdapat pada tulang melaluielektrod ion yang terpilih serta teknik Karbon-14 dating juga digunakan dalam proses dating tulang. Hasil kajian mendapati dalam lapisan stratigrafi yang tertua, tulang rusa ditemui bertarikh 30,000 tahun BP. Manakala dalam lapisan seterusnya , tulang rusa dan tulang babi ditemui bertarikh antara 15,000 hingga 20,000 tahun BP.

Hasil kajian tersebut membuktikan Kedua-dua spesies tersebut dengan beberapa spesies mamalia lain yang telah wujud sekian lama di Pulau Miyako. Selain rangka Pinza -Abu Man , turut dijumpai peralatan batu bersama rangka tersebut. Oleh itu, mereka dianggap telah pun mahir dengan kemahiran asas seperti memburu. Pulau Miyako tidak mempunyai mamalia bersaiz besar, penyelik percaya bahawa Pinza - Abu Man memburu mamalia kecil secara individu atau kumpulan yang sangat kecil. Ia berdasarkan dakwaan sesetengah penyelidik yang percaya bahawa masyarakat Pinza -Abu Man Hidup dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang kecil.


-Izzat Yousuf-

DINASTI HAN: LIU BANG DAN ULAR PUTIH

 Qin, adalah sebuah empayar yang menyatukan seluruh China. Selepas 200 tahun era di mana negara-negara kota di China saling berperang antara satu sama lain tamat di bawah penyatuan Yin Zheng atau nama maharajanya iaitu Qin Shi Huangdi. Dinasti Qin berdiri menaungi sebuah tamadun yang paling terpencil dikelilingi oleh hutan tebal di bahagian selatan dan banjaran Tibet di kelilingnya.

Namun, tidak lama kebangkitan Qin kerana sebaik sahaja Qin Shi Huangdi mati, maka bermulalah episod China kembali ke kancah perang saudara. Salah satu watak yang ditakdirkan untuk menyelamatkan China kembali adalah Liu Bang.

Diceritakan bahawa Liu Bang diminta untuk mengiringi banduan untuk ke Gunung Li bagi membina Makam Terhebat Dalam Sejarah Dunia untuk pengebumian Qin Shi Huangdi. Ketika perjalanan, banyak tawanan perang yang melarikan diri dan ini boleh membawa kepada Liu Bang dihukum bunuh. Mengelakkan daripada dibunuh, Liu Bang memilih untuk menjadi pelarian dan sempat melepaskan tawanan penjara. Menariknya, perbuatan Liu Bang melepaskan banduan dari penjara itu telah membuatkan dia mempunyai pengikutnya tersendiri.

LIU BANG DAN ULAR PUTIH

Maka mengembaralah Liu Bang ke Gunung Mangdang dan membina kubu mereka di situ. Diceritakan Liu Bang dan pengikutnya tersempak dengan seekor ular putih gergasi dan lagenda menceritakan bahawa Liu Bang dan pengikutnya telah bertarung sehabis nyawa melawan Ular Gergasi itu. Akhirnya, ular tersebut mati di tangan Liu Bang, Keesokan harinya, Liu Bang menemui seorang nenek kebayan yang sedang menangis. Lalu ditanyakan kepada nenek kebayan itu gegerangan apakah yang membuatkannya menangis.

“Anakku, anak kepada maharaja putih telah dibunuh oleh anak maharaj amerah.”
Mendengarkan kata kiasan daripada nenek kebayan itu, maka Liu Bang mula percaya bahawa dirinya ditakdirkan untuk menjatuhkan Qin dan kembali menyatukan seluruh China. Peristiwa ini dikenali dalam sejarah China sebagai, “Uprising of the Slaying of the White Serpent."

PENGHUJUNG USIA QIN

Ketika peristiwa Daze Village Uprising, ianya telah menjadi pencetus kepada pemberontakan melawan Qin. Chen Sheng dan Wu Gang yang ditugaskan oleh Qin untuk mempertahankan sebuah kota di utara akhirnya tidak dapat tiba ke tempat itu pada wkatu yang ditetapkan lalu memilih untuk memberontak kerana undang-undang Qin mengatakan siapa yang lewat menunaikan tugas untuk kerajaan, maka matilah hukumnya. Walaupun tewas, ianya telah mencetus kepada kebangkitan. Antara negara yang mula mahu memberontak ialah negara kota Pei, yang merupakan tempat tanah tumpahnya darah Liu Bang.

Liu Bang yang sangat rapat dengan gabenor negara kota itu akhirnya dijemput untuk kembali ke Pei. Namun, tidak lama kemudian gabenor negeri Pei kemudiannya menukar fikiran dan menghalang Liu Bang dari masuk. Perang kecil telah meletus dan akhirnya Liu Bang berjaya menawan negeri Pei.

Namun, seperti yang diceritakan di atas, Daze Village Uprising sebenarnya menjurus kepada permulaan revolusi melawan Dinasti Qin. Keluarga bangsawan negeri-negeri kota yang jatuh di tangan Qin ketika ekpedisi Qin Shi Huangdi menakluk seluruh China mula mengerahkan pemberontakan. Antaranya ialah Yan, Zhao, Qi, Chu dan Wei.

Bermula daripada etik ini, bangkitnya seorang panglima perang yang bernama Xiang Yu dan pakciknya Xiang liang, telah memimpin keluarga Chu untuk turut menyertai pemberontakan negara-negara kota China ketika itu. Ketika inilah Liu Bang menyertai Xiang Yu sebelum penyertaan Liu Bang ini akhirnya menjadi duri dalam daging kepada Han…

Akan datang…
Han dan Chu: Perang Merebut China

[Segmen Chronicle Of The World]


-HE-

BINGATA BATIK JEPUN



Jangan terkejut jika saya menyatakan bahawa gambar diatas ini bukan Kain Batik. Dari segi corak dan warna kita akan berfikir bahawa ini adalah Batik yang terkenal di Kepulauan Melayu dan Nusantara. Kebelakangan ini banyak pelajar Jurusan Sejarah daripada Jepun dan penyelidik Jepun mengatakan bahawa penduduk asal kepulauan Ryukyu Jepun adalah berasal dari Nusantara. Hal ini berlaku apabila mereka mengkaji kraftangan melayu Kain Batik mempunyai persamaan dengan kraf tangan tradisional Ryukyu yang diberi nama Bingata.


Bingata ( :红 型, bermaksud gaya merah / menahan kain dicelup ) adalah kraftangan tradisional orang Okinawa dalam bentuk fabrik yang terdapat di Kepulauan Ryukyu , Japan. Bingata dibuat menggunakan stensil dan kaedah yang lain. Ia secara umumnya Bingata berwarna terang dan mempunyai pelbagai corak, biasanya menggambarkan subjek alam seperti ikan , air, dan bunga. Bingata sering dipakai semasa persembahan seni tradisional Ryukyu dan dipakai oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja Ryukyu. Bingata mula dicipta sejak abad ke 14 semasa Zaman Ryukyu Kingdom. Hal ini terjadi apabila pulau Okinawa yang menjadi Pusat Perdagangan Kerajaan Ryukyu mengalami kemasukan barangan asing dan teknik pembuatan kraftangan dari seluruh Asia Tenggara .


Teknik membuat Bingata dianggap berasal di Asia Tenggara iaitu berkemungkinan dari Jawa ataupun kerajaan Nusantara tiba di Okinawa melalui perdagangan pada abad ke-14. Kegiatan Perdagangan Ryukyu Kingdom diikuasai oleh Korea , Jepun , China, dan negara-negara Asia Tenggara pada abad 15 dan 16 . Ramai berpendapat bahawa orang Okinawa meminjam teknik membuat Batik dari Jawa dan mewujudkan reka bentuk sifat dan mengolah dengan gaya seni budaya mereka sendiri. Motif dan corak Bingata diinspirasi oleh mereka daripada flora dan fauna yang banyak terdapat diseluruh pulau Okinawa. Pada tahun 1609 , Jepun (orang Yamato) telah menyerang Ryukyu Kingdom dan menguasai segala kekayaan hasil perdagangannya. Jepun yang menawan Ryukyu Kingdom dan melarang akitiviti perdagangan dengan negara-negara asing. Jepun menuntut penghormatan dari Okinawa dalam bentuk kraftangan, dan rakyat Okinawa terpaksa menghasilkan pelbagai fabrik, termasuk kain serat pisang dipanggil jofu dan Kafu. Dalam usaha untuk memperbaiki teknik kraf mereka , penduduk Okinawa menjemput tukang kraf asing dari Asia Tenggara (Jawa) untuk membantu mereka mencipta kraf yang lebih bermutu. Dalam laporan dari utusan Cina bertarikh 1802, penulis bercerita mengenai keindahan dan kecantikan Bingata dari Okinawa.



Pigmen warna yang digunakan dalam lukisan Bingata diimport dari Fukien dan digunakan dalam pencelupan tekstil. Untuk mendapatkan warna putih, kapur tanah atau serbuk belerang telah digunakan. Selain itu mereka mendapatkan warna lain dicapai dengan menggunakan bahan seperti cochineal , buah delima , arsenik, dan sulfur. Atas permintaan yang tinggi daripada golongan bangsawan dan Golongan diraja, Kimono Bingata dicipta untuk mengantikan Kimono tradisional yang biasanya tidak bercorak ,kosong dan polos. Reka bentuk corak Kimono Bingata telah dicipta dibawah kawalan ketat bagi membezaan di antara kelas-kelas golongan bangsawan dan Diraja . Corak untuk Keluarga Diraja sangat berani dan berwarna-warni, manakala rakyat jelata dibenarkan memakai corak yang ringkas dengan warna gelap atau hitam. Hanya keluarga diraja boleh memakai warna kuning, manakala golongan bangsawan memakai biru pucat. Pada majlis atau upacara khas akan diberi kebenaran untuk memakai warna khas tertentu mengikut tema majlis. Bagi kaum wanita dalam keluarga diraja mempunyai warna kimono tertentudan melarang sesiapa untuk menyalin kimono gaya corak yang sama dengan mereka. Corak dan motif dilukis pada kimono biasanya burung , bunga , sungai, dan awan pada sutera , linen, dan bashofu ( kain ditenun daripada fiber Musa Basjoo "Pisang Jepun" ).

HANIWA TERRACOTTA JEPUN



Haniwa (埴 轮) Adalah patung tanah liat Terracotta versi Jepun yang telah wujud sekitar Zaman Kofun pada tahun 325 hingga 635 Masihi. Haniwa yang diperbuat daripada tanah liat dicipta untuk kegunaan ritual perkebumian dengan ditanam bersama si mati sebagai objek pengebumian. Haniwa dicipta mengikut teknik wasumi , dimana timbunan tanah liat bergelung telah dibina sehingga membentuk lapisan demi lapisan . Semasa zaman Kofun, golongan masyarakatnya terdiri daripada bangsawan yang mentadbir negara dengan sistem ketenteraan.

Pasukan tentera berkuda lengkap dengan perisai besi, pedang dan senjata lain. Mereka menggunakan kaedah ketenteraan yang canggih seperti orang-orang Timur Laut Asia. Kemasyuran dan kekuatan tentera berkuda tersebut diabadikan dalam bentuk patung Haniwa untuk menjaga kawasan perkuburan. Selain daripada bentuk Tentera berkuda, Haniwa juga boleh dilihat dalam pelbagai bentuk lain seperti kuda, ayam , burung, ikan, rumah-rumah , senjata, perisai , bantal, manusia lelaki dan perempuan. Pada zaman tersebut mereka beranggapan bahawa Haniwa akan melindungi si mati di alam kematian. Haniwa yang ditemui kelihatan seperti barisan tentera tembok penahan seakan melindungi bukit perkuburan " Kofun".



Haniwa yang terawal dijumpai sekitar lewat zaman Yayoi (zaman besi) 320 masihi semasa Dinasti Kibi . Kebanyakan patung Haniwa terawal ditemui didalam makam pemimpin atau golongan Di raja. Patung-patung ini dianggap telah digunakan sebagai sebahagian daripada upacara pengebumian pemimpin berpengaruh. Selain daripada kawasan kerajaan Kibi , Haniwa turut dijumpai disekitar wilayah Izumo itu. Pada asalnya, Haniwa dijumpai ditanam bersama didalam makam namun berlaku perubahan kedudukan Haniwa, ia dilihat diletakan di atas kawasan kubur dan di luar kawasan kubur. Penyelidik beranggap bahawa mereka mengunakan sebagai Haniwa sebagai penanda sempadan untuk menandakan sempadan makam itu. Terdapat teori bahawa jiwa orang yang mati akan tinggal di dalam patung Haniwa selepas mati. Selain itu juga, terdapat Haniwa yang dilengkapi dengan senjata dan perisai. Perisai dan senjata disertakan bersama Haniwa bertujuan memandu roh jahat dan melindungi si mati.

FAKTA MENARIK MENGENAI VIKING YANG ANDA PERLU TAHU



1. Jika anda menonton filem-filem mengenai Viking sekitar 10 ke 20 tahun dahulu apa yg sering di paparkan adalah mereka memakai topi besi bertanduk, begitu juga kalau anda menonton kartoon. Tapi tahukah anda bahawa ini adalah falasi. Sebenarnya tiada lansung dlm catatan sejarah atau jumpaan arkeologi yg menunjukkan bahawa mereka pakai helmet bertanduk. Helmet perang mereka sebenarnya sama seperti helmet tentera-tentera berkuda rohan dalam trilogy the lord of the ring. Sedangkan helmet bertanduk tersebut adalah untuk bomoh atau dukun sahaja. Topi bertanduk ini dipopularkan oleh filem-filem Hollywood sekitar awal abad 20.

2. Satu lagi mitos tentang Viking adalah mereka bangsa yg tak bertamadun dan kotor. Sebenarnya dalam bnyk2 suku eropah, Viking adalah diantara yang paling pembersih. Lebih bersih dari orang Inggeris. Dlm penggalian yg dibuat terhadap kubur mrk , dijumpai bnyk alat2 untuk berdandan dan membersihkan diri antaranya pengorek telinga, pisau cukur,sikat rambut,dan pencungkil gigi yg dibuat dari tanduk atau tulang2. Org Viking juga mandi lebih kerap dari org eropah lain pd zamannya yakni sekali seminggu terutama hari sabtu kerana hari sabtu adalah hari grooming atau berhias bagi org Viking terutama lelaki. Mereka juga suka berendam dlm hot spring. Ini menunjukkan mereka adalah metroseksual… hehehe.

3. Tahukah anda seperti org melayu, kaum Viking juga sangat memandang tinggi golongan wanita. Suri rumah Viking mempunyai lebih hak dan kuasa berbanding wanita2 berkahwin dari kaum lain. Apabila suaminya pergi perang atau berlayar si isteri mempunyai kuasa untuk menguruskan ladang serta buruh2 dan hamba. Mereka juga ada bahagian dalam harta pusaka, boleh menceraikan suami mrk jika suami gagal menjalankan tanggungjawab dan berhak ambil balik maskahwinnya.malah kaum lelaki terpaksa membayar wang sara hidup untuk bekas interinya. Pernah tercatat dlm sej Viking bahawa seorang wanita telah menceraikan suaminya kerana suaminya mempunyai bulu dada yg terlalu tebal dan tidak mahu mencukur...menarik bukan…

4. Satu lagi mitos ialah orang viking sepanjang hidup mereka adalah menjarah dan berperang serta merampas harta org. sebenarnya sebahagian besar hidup mereka, orang viking adalah petani dan nelayan. Mereka menanam oats, barley dan gandum. Mereka juga menternak lembu,kambing dan babi. Hanya sebahagian sahaja dari Viking yg selalu melanun dan menjarah.

5. Satu perkara yg kita tak tahu ttng Viking jga adalah kaum lelaki mereka suka mewarnakan rambut mereka blond. Bagi mereka rambut blond adalah cantik. Lelaki yg berambut merah biasanya akan menggunakan sejenis bancuhan kapur untuk bleach rambut mereka hingga jadi blond, malah janggut juga di warnakan blond. Dengan meletakkan solusi kapur dan mewarnakan rambut ini juga, org Viking dpt mengelakkan masalah yg sering dihadapi oleh kaum2 lain di eropah yakni kutu.

6. Orang Viking sangat diplomatic dan berdiplomasi sesama sendiri. Jika terdapatnya seorang pemimpin yg jahat atau kejam, satu majlis timbang tara akan dibuat dan pemimpin tersebut akan dibuang negeri. Hal ini berlaku pada raja yg bernama eric the red yg suka dgn kekejaman hingga org viking sendiri tak suka. Dia dibuang dari Norway dan Iceland.

7.Orang Viking sangat sukakan hikayat, lagu-lagu tradisi,dan cerita2 penglipur lara. Berbanding dgn kaum2 eropah lain diet pemakanan org Viking juga adalah yg paling seimbang dan sihat kerana mereka suka makan ikan terutama ikan kod yg bnyk omega 3 dan mereka juga makan pelbagai bijirin dan sayuran. Org viking juga hanya makan 2 kali sehari iaitu makan siang dan mkn malam.

8 Sepertimana kegemaran mereka akan rambut yang blond, mereka juga sukakan pakaian yg berwarna terang seperti biru muda, kuning dan merah.

9. Orang Viking mempunyai cara menegur seseorang. Setiap kali mereka berjumpa mereka akan berkata "ey wassup!" Wassup yang digunakan oleh anak muda pada hari ini sebenarnya berasal dari budaya Viking.. ey wassup!

10. Orang viking ada tandas luar rumah mcm org melayu dan bersuci dgn bulu kambing atau lumut setiap kali mereka membuang air besar.

-Al Semantani-


[Segmen World Chronicle]

FAKTA MENGGELIKAN YANG ANDA HARUS TAHU MENGENAI TAMADUN BARAT



Kalau kita tengok filem-filem barat tentang tokoh-tokoh atau peristiwa tertentu pada kurun ke 15 hingga 19, kita pasti dihidangkan dengan pandangan grandeurs kehidupan golongan-golongan bangsawan, orang kaya serta royalty yang memukau. contohnya saya ambil filem-filem tentang kehidupan Ratu elizabeth pertama( Ratu Lizzy), Raja Phillipe dan Marie Antoinette, Ratu Victoria dan banyak lagi.

Lihat sahaja pakaian mereka yang berwarna warni penuh dengan lacees dan labuci serta aksesori yg dibuat indah gemerlapan, dengan rambut-rambut palsu pelbagai warna, seluar dan kot dari satin, sutera dan baldu... kasut bertumit tinggi dan sebagainya. lihat juga senibina istana-istana contohnya Versailles dan Buckingham palace serta barisan demi barisan kedai-kedai serba aneka di kotaraya-kotaraya seperti Paris dan London...

Anda pasti kagum dan terfikir, hebat sungguh bangsa barat dan ketamadunan mereka bukan? Anda pasti tertanya-tanya mengapa keadaan seperti itu tidak wujud dalam tamadun melayu. Yang ada hanya istana-istana kayu yang mudah reput, kedai-kedai dari buluh beratap rumbia dan jalan-jalan denai yg becak serta berlopak...serta penjaja-penjaja yang duduk bersila atas tanah. Pakaian pula hanya sehelai sepinggang,ada yg berkemban dan digambarkan lusuh, compang camping dengan warna yg hampir sama bagi semua org yakni earth tone, hitam dan putih. Tiada sistem peparitan dan tali air serta tiada pusat-pusat ilmu dan membeli belah seperti di barat.

Well guess what ,you are wrong! Minda anda telah terprogram dgn filem-filem sebegini yang banyak propa dari betul. Keadaan sebenar adalah jauh panggang dari api. Tahukah anda bagaimana keadaan london pada zaman Ratu Lizzy pertama?

Disebut sendiri oleh sejarawan inggeris bahawa seluruh jalan-jalan di london penuh dgn tahi dan kencing manusia dan haiwan serta sampah sarap. Dianggarkan bahawa pengumpulan najis-najis serta sampah sarap ini adalah seberat 60 tan! Setiap hari akan ada budak-budak pemungut najis menggunakan penyodok untuk mengangkut najis-najis ini ke Sungai Themes.

Pada zaman itu adalah perkara biasa bagi seseorang yg tinggal di tingkat atas rumah kedai untuk membuang air besar melalui tingkap yg mnghadap ke jalan. Bagi yang lebih sopan mereka akan membuang air besar di dalam baldi dulu sebelum mencampakkan ke jalan! Semua najis dan sampah akan dibuang di tengah jalan dan pada zaman inilah kasut tumit tinggi dicipta untuk mengelakkan kaki dari tenggelam dlm tahik!

Jadi di mana sistem peparitannya? Sungai Themes itulah parit, itulah sumber air. Dilaporkan bahawa sungai tersebut telah terlalu tercemar hinggakan tidak ada orang yang berani minum airnya untuk beberapa ratus tahun... pepatah inggeris ada menyebut 'from breast to the beer bottle' yang bermaksud sehinggakan sehinggakan bayi pun minum beer sebab tiada sumber air selamat untuk diminum. Pada zaman Sir Francis Light dan Stamford Raffles datang ke alam melayu... keadaan mungkin tidak sekotor itu namun amalan membuang sisa kumbahan ke sungai masih berterusan dan amalan tidak mandi untuk beberapa bulan malah tahun juga adalah perkara biasa.

Di Paris pula pada zaman Napoleon dan Marie Antoinette keadaan bandar Paris sama macam London hinggakan sejarawan mengatakan bahawa 'Paris was the foulest and smelliest cities in Europe'. so anda bayangkanlah.

Tahi mereka merata-rata... mungkin kedengaran silly bukan... tapi inilah kenyataannya. Bangsa yang sebahagian dari kita banggakan sebagai bertamadun dan maju hiduphanyalah indah khabar dari rupa.

Sebab itulah Paris terkenal dgn pembuatan minyak-minyak wanginya sebAb nk tutup bau taik yag melekat pada badan mereka! Amalan berak merata adalah lumrah bagi warga Paris dan kota-kota besar yg lain baik dari golongan bangsawan, orang biasa hinggakan golongan diraja!

Istana Versailles yang dianggap sebagai antara yang tercantik, terbesar dan terhebat di eropah pada zaman itu juga indah khabar dari rupa... istana ini memang penuh dgn perhiasan serta perabot-perabot yang mahal-mahal dan cantik malah bertatah emas dan permata, namun menurut sejarawan, istana ini juga mendapat gelaran sebagai 'kubang tahi' atau cesspool. Ramai delegasi-delegasi dari luar perancis yg bertandang ke istana tersebut tidak tahan dengan bau busuk dan kekotoran dalam istana itu. digambarkan bahawa oleh kerana istana ini terlalu besar dan jumlah bilik air adalah sedikit maka para dayang dan pekerja istana malah tetamu-tetamu diraja terpaksa 'melepaskan pelaburan mereka' di tepi-tepi tingkap, belakang pintu, disebalik langsir serta di sekitar koridor istana dan bawah tangga!

Sama ada lelaki atau perempuan, datuk or datin, tengku or tengku putri, Tun or Toh Puan (malas nk tulis gelaran2 barat) semuanya akan buang air besar dan kecil' di merata-rata tempat bagaikan haiwan. Saya pernah terbaca bahawa ada seorang bagsawan wanita yang buang air besar sambil berjalan tanpa membuka pakaiannya. oleh kerana pada zaman itu semua wanita bangsawan memakai kain kembang yang besar jadi tiada siapa yang perasan bahawa dia sedang membuang air besar'.

Najisnya itu terpaksa dibersihkan oleh orang suruhannya. Seperti orang Inggeris, orang Perancis juga tidak suka mandi, cuma Marie Antoinette shj yg mandi agak kerap yakni 2 minggu sekali dan baginda mandi dengan pakaian penuh. Gigi mereka juga reput dan hitam sebb bnyk makan gula dan tak gosok gigi.

Ratu Lizzy contohnya mempunyai gigi yang hitam sepenuhnya hinggakan rakyatnya ingat itu adalah satu trend baru yg harus diikut. Rakyat England juga mengikut kebiasaan Ratu Lizzy yg suka sapu kapur pada seluruh muka untuk tutup kulitnya yang berkedut dan rosak.

Cuba anda bayangkan...keterangan-keterangan yang saya berikan ini tentu bertentangan dengan filem-filem yang anda pernah tonton bukan? Masih lagi nak berbangga dengan tamadun barat yang jijik dan pengotor ini?


Sistem peparitan konon...sistem peparitan di England hanya wujud pada abad ke 19 yakni sekitar tahun 1850-an tepat dengan zaman kemasukan british ke tanah melayu itupun sebab peristiwa THE GREAT STINKS. Kalau saya ada masa itu saya akan kata kat depa 'eleh baru belajar buat longkang dah pandai nak kata orang melayu pengotor dan tak bertamadun'. 

Sunday, 29 December 2013

DINASTI QIN DAN ASAL USUL TERRACOTTA ARMY



Mahu menulis mengenai sejarah China bukannya senang kerana ianya adalah sesuatu yang baru dalam bidang penulisan buat saya, tetapi minat yang sangat mendalam terhadap sejarah China sebenarnya telah membuak-buak sejak sekian lama. Fasa yang paling saya suka dalam sejarah China adalah di mana fasa 3 Kerajaan. Bagi saya kisah yang penuh kehebatan tercatat dalam sejarah 3 Kerajaan, Shu, Wei dan Wu.

Kita tinggalkan itu dulu kerana kita ada sesuatu yang harus kita mulakan dalam pembelajaran mengenai China. Kalau boleh saya menceritakan mengenai sejarah China bermula dari zaman Dinasti Xia lagi, tetapi tiada maklumat banyak mengenai permulaan kepada Tamadun China itu. Selepas membelek-belek buku sejarah, maka saya memilih untuk menceritakan mengenai Dinasti Qin, rasanya di sini adalah permulaan kepada title emperor atau maharaja apabila buat pertama kalinya di dalam sejarah, seseorang telah berjaya menyatukan seluruh China yang telah lama berpecah.

Dari mana ya saya nak mulakan penceritaan mengenai Dinasti Qin yang bermula pada 221 BC dan berakhir pada 206 BC? Apaka kata saya pilih Qin kerana ini adalah permulaan kepada gelaran Maharaja kepada setiap pemerintah China.

Namun sebelum kita memasuki kepada penyatuan seluruh China di bawah pemerintahan Qin Shi Huangdi, kita mendapati bahawa China mengalami zaman “warring-state period” di mana ketika zaman ini, negara-negara kota China saling berperang antara satu sama lain. Ketika itu, negara kota di China terbahagi kepada 7 iaitu Qin, Han, Zhao, Yan, Wei, Chu, dan Qi. Negara-negara kota ini sebenarnya merangkumi wilayah China pada hari ini.

Negara pertama yang jatuh ke tangan Qin adalah Han, kemudian diikuti oleh Zhao di Pertempuran Fei pada 223 B.C. 100 000 askar Qin telah dihantar untuk menawan dan berperang dengan Zhao. Kemudian, bakal maharaja ketika itu, Qin Shi Huangdi telah melancarkan kempen ke atas Yan, Wei dan Chu (di mana kempen ke atas dua negara kota ini melibatkan 600 000 orang tentera). Negara kota terakhir yang jatuh ke tangan Qin Shi Huangdi Di adalah Qi.

Yin Zheng, nama sebenar untuk Qin Shi Huangdi telah mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja pertama China dan pengasas kepada Dinasti Qin.

KEMPEN KE SELATAN CHINA

Selatan China memang terkenal dengan kekayaan sumber alam dan juga pengguanan gajah dan kekayaan sumber alam inilah yang telah menyebabkan Qin Shi Huangdi untuk menawan wilayah di kawasan Selatan China. Dikatakan Qin Shi Huangdi telah mengumpulkan lebih kurang 500 000 orang askar untuk ekpedisi ke Selatan China untuk menundukkan puak-puak selatan. Ketika tiba di kawasan selatan, askar Qin sebenarnya tidak biasa dengan keadaan di Selatan yang penuh dengan hutan tebal dan akibatnya, 100 000 orang askar Qin mati dengan taktik perang gerilla oleh puak selatan.

Untuk mengelakkan kekalahan buat kali kedua, maka Qin Shi Huangdi telah mengarahkan pembinaan terusan sebagai alat untuk menyalurkan bantuan kepada askar-askar Qin yang dipaksa berkampung di selatan China. Maka bermulalah episod kekejaman Qin Shi Huangdi dimana setiap orang dipaksa untuk bekerja 24 jam membina terusan yang boleh dikatakan antara yang terawal di dunia dan antara yang paling panjang. 2000 Kilometer, jarak yang boleh diumpamakan seperti dari Hong Kong untuk Ke Beijing, itulah jarak untuk terusan yang diberi nama sebagai Lingqu. Namun hasil daripada pembinaan terusan itu, empayar Qin Shi Huangdi melebar ke wilayah seperti Guangzhou, Fuzhou dan Guilin pada hari ini. Bahkan Hanoi ketika itu berada di bawah empayarnya.

MELAWAN BANGSA XIONGNU DI UTARA

Touman, ketua kepada puak mongol dari pada rumput Erasia sebenarnya telah banyak bikin bangsa China sakit kepala. Untuk mengurangkan pening di kepalanya, Maharaja Qin Shi Huangdi telah menghantar Jeneral Meng Tian untuk melawan puak Xiongnu di utara China.

100 000 hingga 300 000 orang tentera tekah dihantar ke utara China untuk memastikan bahawa bangsa mongol ini tidak lagi bikin kacau di dalam kawasan empayar Maharaja Qin dan akhirnya telah berjaya menghalau Touman jauh ke dalam padang rumput Eurasia yang merupakan muka bumi utama bumi Monggolia pada hari ini.

Jeneral Meng Tian telah diperintahkan untuk membina tembok batu yang memanjang di utara China dan tembok batu itu kemudiannya akan dikenali dunia sebagai Tembok Besar China. Pelbagai kisah yang menyedihkan mengenai pembinaan Tembok Besar China ini. Dikatakan bahawa mayat pekerja yang mati ditanam ke dalam tembok, kerana kekurangan kubur. Ketika akhir pembinaannya, di katakana jumlah kematian mencecah angka jutaan orang.

MAKAM HEBAT TERRACOTA

Anda pernah dengar di mana seorang raja ketika zaman kemuncaknya sudah memikirkan cara terbaik untuk mati? Itulah dia Qin Shi Huangdi di mana dia telah mengarahkan Jeneral Meng Tian membawa 300 000 orang tentera untuk membina sebuah makam yang bakal menempatkannya ketika mati. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa jumlah sebenar buruh paksa untuk membina makam tersebut adalah 720, 000 orang.

Pada hari ini makam tersebut telah dijumpai di kaki gunung Li dan hanya 30 meter sahaja daripada wilayah Xi’an. Pakar arkeologi cuba untuk menggali makam tersebut tetapi atas beberapa faktor kerana mereka khuatir perangkap yang hebat sedang menanti mereka dan halangan daripada Kerajaan China menyebabkan makam tersebut yang menempatkan askar Terracotta yang dibina daripada tanah liat itu hanya mampu dibuka tanpa diterokai penuh. Askar Terracotta ini dibina dengan kepercayaan untuk mempertahankan raja tersebut ketika dalam perjalanan ke alam seterusnya. Beberapa orang dayang yang cantik jelita juga ditanam hidu-hidup bersama mayat Qin Shi Huangdi.

RAHSIA HIDUP SELAMA-LAMANYA

Qin Shi Huangdi boleh dikatakan antara pemerintah paling kejam dan juga gila di dalam sejarah China. Antara kegilaan Qin Shi Huangdi adalah memerintahkan anak-anak buahnya untuk mencari cara untuk hidup selama-lamanya.

Kapal yang membawa ratusan manusia telah dihantar dengan raahan untuk berjumpa dengan Anqi Sheng, seorang ahli sihir yang berusia 1000 tahun yang konon mempunyai rahsia untuk hidup selama-selamanya. Anqi Sheng dikatakan hidup di puncak Gunung Penglai yang penuh mistik di Pulau Zhifu.

Namun, dikatakan bahawa kapal yang membawa orang suruhan Qin Shi Huangdi ini tidak langsung kembali ke Tanah China. Lagenda mengatakan bahawa mereka tidak menjumpai ramuan, atau ubat untuk hidup selama-lamanya lalu lari ke Jepun.

Ahli kaji kimia dan orang bijak pandai Qin Shi Huangdi dipaksa menghasilkan apa sahaja yang boleh membuatkan maharaja itu kekal selama-lamanya. Namun, akhirnya Qin Shi Huangdi mati keracunan pil yang dibuat oleh orang kepercayaannya untuk memastikan dia hidup selama-lamanya. Sangat-sangat ironikan?

-HE-


[Segmen World Chronicle]

Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds