The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

DINASTI HAN: LIU BANG DAN ULAR PUTIH

 Qin, adalah sebuah empayar yang menyatukan seluruh China. Selepas 200 tahun era di mana negara-negara kota di China saling berperang antara satu sama lain tamat di bawah penyatuan Yin Zheng atau nama maharajanya iaitu Qin Shi Huangdi. Dinasti Qin berdiri menaungi sebuah tamadun yang paling terpencil dikelilingi oleh hutan tebal di bahagian selatan dan banjaran Tibet di kelilingnya.

Namun, tidak lama kebangkitan Qin kerana sebaik sahaja Qin Shi Huangdi mati, maka bermulalah episod China kembali ke kancah perang saudara. Salah satu watak yang ditakdirkan untuk menyelamatkan China kembali adalah Liu Bang.

Diceritakan bahawa Liu Bang diminta untuk mengiringi banduan untuk ke Gunung Li bagi membina Makam Terhebat Dalam Sejarah Dunia untuk pengebumian Qin Shi Huangdi. Ketika perjalanan, banyak tawanan perang yang melarikan diri dan ini boleh membawa kepada Liu Bang dihukum bunuh. Mengelakkan daripada dibunuh, Liu Bang memilih untuk menjadi pelarian dan sempat melepaskan tawanan penjara. Menariknya, perbuatan Liu Bang melepaskan banduan dari penjara itu telah membuatkan dia mempunyai pengikutnya tersendiri.

LIU BANG DAN ULAR PUTIH

Maka mengembaralah Liu Bang ke Gunung Mangdang dan membina kubu mereka di situ. Diceritakan Liu Bang dan pengikutnya tersempak dengan seekor ular putih gergasi dan lagenda menceritakan bahawa Liu Bang dan pengikutnya telah bertarung sehabis nyawa melawan Ular Gergasi itu. Akhirnya, ular tersebut mati di tangan Liu Bang, Keesokan harinya, Liu Bang menemui seorang nenek kebayan yang sedang menangis. Lalu ditanyakan kepada nenek kebayan itu gegerangan apakah yang membuatkannya menangis.

“Anakku, anak kepada maharaja putih telah dibunuh oleh anak maharaj amerah.”
Mendengarkan kata kiasan daripada nenek kebayan itu, maka Liu Bang mula percaya bahawa dirinya ditakdirkan untuk menjatuhkan Qin dan kembali menyatukan seluruh China. Peristiwa ini dikenali dalam sejarah China sebagai, “Uprising of the Slaying of the White Serpent."

PENGHUJUNG USIA QIN

Ketika peristiwa Daze Village Uprising, ianya telah menjadi pencetus kepada pemberontakan melawan Qin. Chen Sheng dan Wu Gang yang ditugaskan oleh Qin untuk mempertahankan sebuah kota di utara akhirnya tidak dapat tiba ke tempat itu pada wkatu yang ditetapkan lalu memilih untuk memberontak kerana undang-undang Qin mengatakan siapa yang lewat menunaikan tugas untuk kerajaan, maka matilah hukumnya. Walaupun tewas, ianya telah mencetus kepada kebangkitan. Antara negara yang mula mahu memberontak ialah negara kota Pei, yang merupakan tempat tanah tumpahnya darah Liu Bang.

Liu Bang yang sangat rapat dengan gabenor negara kota itu akhirnya dijemput untuk kembali ke Pei. Namun, tidak lama kemudian gabenor negeri Pei kemudiannya menukar fikiran dan menghalang Liu Bang dari masuk. Perang kecil telah meletus dan akhirnya Liu Bang berjaya menawan negeri Pei.

Namun, seperti yang diceritakan di atas, Daze Village Uprising sebenarnya menjurus kepada permulaan revolusi melawan Dinasti Qin. Keluarga bangsawan negeri-negeri kota yang jatuh di tangan Qin ketika ekpedisi Qin Shi Huangdi menakluk seluruh China mula mengerahkan pemberontakan. Antaranya ialah Yan, Zhao, Qi, Chu dan Wei.

Bermula daripada etik ini, bangkitnya seorang panglima perang yang bernama Xiang Yu dan pakciknya Xiang liang, telah memimpin keluarga Chu untuk turut menyertai pemberontakan negara-negara kota China ketika itu. Ketika inilah Liu Bang menyertai Xiang Yu sebelum penyertaan Liu Bang ini akhirnya menjadi duri dalam daging kepada Han…

Akan datang…
Han dan Chu: Perang Merebut China

[Segmen Chronicle Of The World]


-HE-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds