The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

DIRGAHAYU TUANKU



Setiap sebulan-dua, saya akan terserempak komen-komen mencaci Tun Dr Mahathir sebagai seorang "Melayu derhaka Raja" - bagaimana Tun Mahathir menentang dan mengeruhkan kemuliaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu sewaktu krisis perlembagaan di dalam tahun-tahun 1980an. Tindakan yang di ambil oleh Tun Mahathir adalah sebenarnya strategik - sesungguhnya bertujuan untuk mengukuhkan pemerintahan beraja secara jangka panjang.

Sebelum krisis perlembagaan tersebut, Raja-Raja Melayu dan kerabat di-Raja sememangnya besar kepala. Mereka sepak, tendang rakyat jelata sesuka hati mereka. Ahli-ahli kerabat di-Raja memasuki kedai tetapi enggan pula membayar untuk barangan yang di ambil atau perkhidmatan yang di terima. Lebih serius lagi, ada juga terdapat Raja-Raja yang enggan menandatangani undang-undang ataupun enakmen-enakmen sehingga kehendak peribadi mereka di penuhi. Sistem Raja Berpelembagaan tidak di budayai atau di hayati dengan sepenuhnya.

Tetapi sejak krisis perlembagaan yang di sebut tadi, Raja-Raja Melayu dan paduka anakanda-anakanda mereka tidak lagi berkelakuan sedemikian. Semenjak peristiwa yang juga menyedihkan itu, Duli-Duli baginda telah memainkan peranan mereka, secara keseluruhannya, dengan penuh keprihatinan ke atas kehendak-kehendak perlembagaan dan tatasusila sistem raja berperlembagaan. Ini dengan tersendirinya mengukuhkan pemerintahan Raja berpelembagaan di negara ini.

Sekarang kita melihat generasi baru di kalangan Raja-Raja Melayu dimana tingkah laku dan imej awam (public image) mereka, jika di bandingkan dengan Duli-Duli nenda mereka, sangat berbeza sekali. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berperingkat muda ini lebih berjiwa rakyat, lebih prihatin kepada kehendak-kehendak masyarakat dan kehendak-kehendak sistem demokrasi di mana rakyat adalah sumber kuasa dan bukannya berpunca dari ulu gemala daulat raja mistik zaman kuno. Daulat Tuanku.

-Saiful Baharom-


[General Issues]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds