The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

KEAJAIBAN AL-QURAN: RAHSIA LAUTAN TERBONGKAR!



Laut, terdapat banyak rahsia yang terkandung di dalamnya. Laut, 70 peratus permukaan bumi ini adalah diseliputi air termasuk laut. Sehingga abad yang ke-21, kita tidak tahu banyak tentang laut bahkan berada pada abad ke-21 ini juga banyak juga yang kita tidak mengetahui.

Jauh tersemat di dasar lautan, kegelapan boleh dijumpai pada paras 200 meter dan seterusnya. Pada paras ini, hampir tiada cahaya dan apabila kedalaman mula tiba pada 1000 meter, maka tiada langsung cahaya pada paras ini.

Dan untuk pengetahuan para pembaca juga, saintis berjaya menemui bahawa terdapat lapisan yang bertindih antara satu sama lain apabila pada setiap kedalaman, air laut akan bertukar ketumpatannya. Lapisan yang bertindih antara lapisan yang lain ini dikenali sebagai “ombak dalaman” atau “internal wave” dalam dunia sains.

Untuk mengetahui tentang fakta pertama bahawa cahaya tiada langsung di dasar laut yang dalam memerlukan teknologi yang maha canggih. Manusia tanpa bantuan teknologi hari ini hanya mampu menyelam setakat kedalaman 70 meter sahaja.

Dan untuk mengetahui juga mengenai laut mengandungai pelbagai lapisan yang dipanggil internal wave tidak dpaat dilihat oleh mata kasar tetapi dapat dikesan melalui teknologi hari ini.

Tetapi tahukah kalian bahawa rahsia laut itu sudah dieceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1500 tahun dahulu, diturunkan kepada seorang lelaki ummi yang duduk jauh di gurun panas dan padang pasir?

Lihat ayat di bawah, Maha suci ALLAH yang menciptakan alam ini.

“Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar.” (An-Nuur 24:40)

Lihat ayat di atas, dan hayati potongan ayat di bawah:

“…gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak…”

Tanda kekuasaan ALLAH itu pada mereka yang berfikir. Maha SUCI ALLAH… SubahanaALLAH…

-HE-


[Segmen All About Islam]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds