MELAYU & PERNIAGAAN
Sesuatu yang penting
untuk diperkatakan pada masa ini ialah tentang persoalan adakah budaya niaga
pernah menjadi budaya masyarakat Melayu atau ia merupakan satu budaya baru yang
hingga kini cuba ditanamkan dalam kehidupan masyarakat Melayu ??
Hingga kini masih ramai
yang beranggapan seolah-olah orang Melayu tidak mempunyai kepintaran dan
kebolehan berniaga kerana tidak memiliki satu budaya niaga yang kukuh.
Lantaran itu peniaga
dan pedagang Melayu sering dimomok dengan kata-kata negatif yang membelakangkan
kebolehan dan kepintaran mereka dalam bidang perniagaan apatah lagi perdagangan
antarabangsa.
Tuduhan seperti ini
memang begitu mudah untuk dilemparkan dan kemudiannya diterima pula hingga
membina kepercayaan di kalangan masyarakat umum seolah-olah ia sesuatu yang
benar.
Persoalannya adakah
tanggapan-tanggapan ini benar atau ia dibuat secara membabi buta tanpa sebarang
pembuktian dan penyelidikan?
** Petikan jurnal
bertajuk 'Budaya Perniagaan dan Perdagangan Melayu Dalam Teks Melayu' oleh Mohd
Koharudin Mohd Balwi.
Post a Comment