The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

ASAL USUL DESTAR - TANJAK - TENGKOLOK



Di dalam sejarah tercatat perkataan "Destar" sebagaimana dalam Hikayat Abdullah yang berbunyi;

"maka datanglah persalin,
jika akan jadi Bendahara,
lima ceper persalinannya,
baju seceper,
kain seceper,
destar seceper,
sebai seceper,
ikat pinggang seceper,
jikalau anak raja-raja,
dan para menteri ceteria empat ceper juga,
ikat pinggang tiada,

jikalau bentara, sida-sida, hulubalang tiga ceper,
kain seceper,
baju seceper,
destar seceper,
ada yang semuanya sekali seceper,
ada yang tiada seceper, kain, baju, destar dibiru-biri sahaja,
maka diampu oleh hamba raja,
datang pada orang bergelar itu disampaikan di lehernya".

Menurut Che' Mohd Akib bin Yaacob, sejak dua puluh lima tahun lalu, penggunaan ikatan kepala yang teliti dan berperaturan (dipanggil tengkolok atau tanjak) hanya dipakai pada majlis-majlis atau upacara rasmi yang jarang-jarang sekali berlaku.

Sehingga kini, masih terdapat orang-orang Melayu yang enggan memakai tengkolok walaupun untuk bersanding. Setelah negara mencapai kemerdekaan, tengkolok diberi perhatian semula. Malangnya, sudah tidak ramai lagi orang yang pandai mengikat dan melipat tengkolok dalam pelbagai bentuk dan gaya seperti yang dipakai pada zaman dahulu.


Menurut Tun Muhammad Farul Azri, di dalam lembaran sejarah, telah banyak ditulis apabila mana-mana Sultan memerintah negeri berkenan ingin menganugerahkan kepada mana-mana individu yang terpilih, hanya 2 perkara (utama) yang selalu dianugerahkan kepada individu terbabit iaitu Anugerah ayapan Diraja (Makanan dan minuman yang disantap baginda sedikit dianugerahkan kepada mana-mana individu) dan juga Anugerah sepersalinan pakaian / kain-kain (Yang didatangkan kehadapan individu terbabit dalam upacara penuh adat istiadat disertai Nobat). 

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds