The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

PAJAK NEGARA?



Berdasarkan laporan Bank dunia, kerajaan Malaysia telah menjual asset Negara dan juga menggadaikan pinjaman perumahan kakitangan awam melalui pensekuritian sebanyak RM 5.6 Billion.

Laporan bank dunia (Disember 2013) berdasarkan penyata Kementerian Kewangan sendiri yang diterbitkan Perbehanderaan Negara menunjukkan :

1. Belanjawan mengurus kerajaan Malaysia telah melebihi belanjawan yang telah diluluskan sebanyak 3 billion (7.1%)

2. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2013 setakat ini lebih teruk daripada apa yang dijangka berdasarkan unjuran perbentangan bajet 2013.

Hal ini terjadi (pensekuritian) akibat dari bajet deficit (belanja mengatasi peruntukan dana) terus dibentangkan selama 16 tahun berturut-turut dan pertumbuhan ekonomi tidaklah serancak yang dijangkakan. ini menunjukkan pertambahan deficit Negara.

tetapi laporan Bank Dunia kali ini agak mencemaskan apabila perkara ini dibuat secara terdesak dan mendadak. Bank Dunia buat pertama kalinya tampil mengkritik secara terbuka dengan pengurusan kewangan kerajaan kini.

Diharap dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 kini dapatlah mengurangkan lagi deficit Negara dari terus membengkak dengan pengurusan kewangan yang lebih baik.

Sama-samalah kita usahakan


-Radin Danial-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds