The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

BINGATA BATIK JEPUN



Jangan terkejut jika saya menyatakan bahawa gambar diatas ini bukan Kain Batik. Dari segi corak dan warna kita akan berfikir bahawa ini adalah Batik yang terkenal di Kepulauan Melayu dan Nusantara. Kebelakangan ini banyak pelajar Jurusan Sejarah daripada Jepun dan penyelidik Jepun mengatakan bahawa penduduk asal kepulauan Ryukyu Jepun adalah berasal dari Nusantara. Hal ini berlaku apabila mereka mengkaji kraftangan melayu Kain Batik mempunyai persamaan dengan kraf tangan tradisional Ryukyu yang diberi nama Bingata.


Bingata ( : , bermaksud gaya merah / menahan kain dicelup ) adalah kraftangan tradisional orang Okinawa dalam bentuk fabrik yang terdapat di Kepulauan Ryukyu , Japan. Bingata dibuat menggunakan stensil dan kaedah yang lain. Ia secara umumnya Bingata berwarna terang dan mempunyai pelbagai corak, biasanya menggambarkan subjek alam seperti ikan , air, dan bunga. Bingata sering dipakai semasa persembahan seni tradisional Ryukyu dan dipakai oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja Ryukyu. Bingata mula dicipta sejak abad ke 14 semasa Zaman Ryukyu Kingdom. Hal ini terjadi apabila pulau Okinawa yang menjadi Pusat Perdagangan Kerajaan Ryukyu mengalami kemasukan barangan asing dan teknik pembuatan kraftangan dari seluruh Asia Tenggara .


Teknik membuat Bingata dianggap berasal di Asia Tenggara iaitu berkemungkinan dari Jawa ataupun kerajaan Nusantara tiba di Okinawa melalui perdagangan pada abad ke-14. Kegiatan Perdagangan Ryukyu Kingdom diikuasai oleh Korea , Jepun , China, dan negara-negara Asia Tenggara pada abad 15 dan 16 . Ramai berpendapat bahawa orang Okinawa meminjam teknik membuat Batik dari Jawa dan mewujudkan reka bentuk sifat dan mengolah dengan gaya seni budaya mereka sendiri. Motif dan corak Bingata diinspirasi oleh mereka daripada flora dan fauna yang banyak terdapat diseluruh pulau Okinawa. Pada tahun 1609 , Jepun (orang Yamato) telah menyerang Ryukyu Kingdom dan menguasai segala kekayaan hasil perdagangannya. Jepun yang menawan Ryukyu Kingdom dan melarang akitiviti perdagangan dengan negara-negara asing. Jepun menuntut penghormatan dari Okinawa dalam bentuk kraftangan, dan rakyat Okinawa terpaksa menghasilkan pelbagai fabrik, termasuk kain serat pisang dipanggil jofu dan Kafu. Dalam usaha untuk memperbaiki teknik kraf mereka , penduduk Okinawa menjemput tukang kraf asing dari Asia Tenggara (Jawa) untuk membantu mereka mencipta kraf yang lebih bermutu. Dalam laporan dari utusan Cina bertarikh 1802, penulis bercerita mengenai keindahan dan kecantikan Bingata dari Okinawa.



Pigmen warna yang digunakan dalam lukisan Bingata diimport dari Fukien dan digunakan dalam pencelupan tekstil. Untuk mendapatkan warna putih, kapur tanah atau serbuk belerang telah digunakan. Selain itu mereka mendapatkan warna lain dicapai dengan menggunakan bahan seperti cochineal , buah delima , arsenik, dan sulfur. Atas permintaan yang tinggi daripada golongan bangsawan dan Golongan diraja, Kimono Bingata dicipta untuk mengantikan Kimono tradisional yang biasanya tidak bercorak ,kosong dan polos. Reka bentuk corak Kimono Bingata telah dicipta dibawah kawalan ketat bagi membezaan di antara kelas-kelas golongan bangsawan dan Diraja . Corak untuk Keluarga Diraja sangat berani dan berwarna-warni, manakala rakyat jelata dibenarkan memakai corak yang ringkas dengan warna gelap atau hitam. Hanya keluarga diraja boleh memakai warna kuning, manakala golongan bangsawan memakai biru pucat. Pada majlis atau upacara khas akan diberi kebenaran untuk memakai warna khas tertentu mengikut tema majlis. Bagi kaum wanita dalam keluarga diraja mempunyai warna kimono tertentudan melarang sesiapa untuk menyalin kimono gaya corak yang sama dengan mereka. Corak dan motif dilukis pada kimono biasanya burung , bunga , sungai, dan awan pada sutera , linen, dan bashofu ( kain ditenun daripada fiber Musa Basjoo "Pisang Jepun" ).

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds