The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

FENOMENA LAUT TERBELAH DUA DI KOREA



Di Korea terdapat satu kawasan antara 2 buah pulau yang mana terdapat satu jaluran beting pasir yang kering bila air surut. Beting ini boleh dilalui dari kedua-dua hujung dan ia menyambung antara kedua pulau tersebut.Kenapa ia terjadi dan bagaimana ia terjadi.

Seperti yang kita lihat ,bila sesuatu kawasan laut berada di antara 2 buah pulau dan dasarnya agak cetek,dan arus pasang pula masuk dari dua arah iaitu dari kiri dan kanan, maka apabila air tenang ia akan memendapkan pasir. Mendapan pasir ini terbentuk di sepanjang garisan pertembungan arus ketika air tenang. Maka terbentuklan jaluran beting di dasar laut seperti gambar di bawah.Waktu air pasang atau penuh beting pasir ini ditenggelami air.

Waktu air surut pula ,akan sampai ketikanya bila air surut berarus menghala ke dua arah yang bertentangan iaitu ke kiri dan kanan. Bila sampai ke paras timpas (paras paling minima) maka terbentuklah beting pasir yang kering dan boleh di lalui.
Fenomena ini juga berlaku di Pantai Morib ,Selangor ,di mana terdapat satu beting pasir di tengah laut yang mana di kelilingnya masih dipenuhi air ketika air surut.

Ini adalah kerana adanya arus bersifat putaran di kawasan tersebut ,lalu ia membentu beting pasir berbentuk pulau di kawasan yang agak jauh dari pantai.

-Mohd Salleh Mazukhi- 

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds