The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

INDUSTRI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA



Industri kewangan Islam adalah satu inovasi baru di dalam bidang kewangan moden, hanya di dalam 15-20 tahun kebelakangan ini. Negara Malaysia berkedudukan No. 1 di dalam dunia di dalam industri ini. Industri ini di dirikan dari usaha gigih Kerajaan dan juga Bank Negara Malaysia dan Suruhajaya Sekuriti Malaysia.

Malaysia adalah negara pertama menubuhkan Bank Islam dan Lembaga Tabung Haji yang berlandaskan hukum syariah. Dari zero hinggalah industri kewangan Islam sekarang di anggap sesuatu sektor perkhidmatan kewangan yang penting dengan bank-bank seperti HSBC dan Standard Chatered Bank pun memasuki bidang ini.

Siungguhpun begitu, saya mendapati penceburan umat Melayu Islam di dalam industri kewangan Islam adalah amat berkurangan. Saya pernah menyertai "roadshow" untuk penjualan sukuk Malaysia di negara-negara Timur Tengah. Memang ada rakyat Malaysia yang di bekerja di dalam bidang ini di negara-negara TImur Tengah tapi kebanyakannya bukan Melayu (dan juga Mat Salleh).

Di sebuah firma guaman termuka di Malaysia, terdapat peguam penasihat syariah yang bergaji puluhan ribu tetapi bukan se orang Melayu Islam (cuba teka bangsa apa?).

Samalah di institusi-institusi kewangan (tolak Bank Islam ) tetapi di dalam bank pelaburan di mana gajii2nya besar (berbelas ribu adalah purata) tetapi bangsa Melayu kurang sangat. Sepatutnya, kalau kita memegang 67% bilangan penduduk negara ini, jadi moleklah sekurang-kurangnya 60% dari ahli-ahli profesional bidang ini adalah dari bangsa Melayu Islam.

Saya percaya salah satu dari hasrat Kerajaan mendirikan industri kewangan Islam adalah untuk mengadakan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk kaum Bumiputra Islam tetapi orang Melayu melepaskan peluang emas ini. Bangsa lain yang cekup. Hendak salahkan siapa? Bangsa bukan Islam lagi arif dari bangsa kita. Kita sebuk itu haram, ini haram.

-Saiful Baharom-


[Economy & Business]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds