The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

RASULULLAH DALAM AGAMA KRISTIAN



Agama Kristian adalah agama yang dipercayai datangnya daripada Jesus. Dalam tradisi umat Islam, Jesus dikenali sebagai Nabi Isa A.S. Meskipun kisah Jesus seakan-akan sama dikongsikan oleh antara penganut Kristian dan Islam, namun mereka berbeza pendapat mengenai siapakah Jesus, bahkan dalam mazhab Kristian pun berbeza pendapat mengenai Jesus.

Kalau pengganut Kristian mengatakan bahawa Jesus itu adalah anak Tuhan, terdapat juga kepercayaan mereka mengenai Trinity di mana Jesus itu adalah salah satu daripada 3 jelmaan Tuhan, iaitu Roh Kudus, Jesus (son), dan Father. Umat Islam percaya bahawa bukannya Isa yang disalib sebaliknya diangkat ke langit dan bakal turun lagi di akhir zaman kelak.

Mahu memperkatakan tentang perkara ini, kita harus melihat dalam kitab Injil yang paling asal, iaitu yang ditulis di dalam bahasa Hebrew. Kita lihat di sini.

"Lalu berkatalah TUHAN kepadaku: Apa yang dikatakan mereka itu baik. Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara keturunan mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Kutuntut pertanggungjawaban."
(Bible: Ulangan 18:18)

Dalam ayat di atas, kita mendapati bahawa Tuhan berbicara kepada Musa bahwa Dia akan mengirimkan seorang nabi, yang mirip seperti Musa, yang taat pada Tuhan. Bagi orang-orang yang tidak mengikutinya, maka Tuhan akan meminta dipertanggungjawabkan dari mereka dan balasan akan dikirimkan kepada mereka semua.

Ada yang mengatakan bahawa Nabi yang diperkatakan dalam ayat di atas adalah merujuk kepada Nabi Isa, namun setelah dibuat kajian, sebenarnya tidak ada langsung persamaan antara Nabi Isa dan Musa, padahal diperkatakan bahawa nabi itu adalah saling tak tumpah dan mempunyai ciri-ciri yang menepati apa yang ada pada Musa. Mari kita buat perbandingan di bawah:

1. Nabi Isa dilahirkan tanpa seorang ayah dan ini merupakan sebuah mukjizat, namun Muhammad dan Musa sama-sama mempunyai ayah.

2. Nabi Isa diasuh oleh ibunya, tapi Musa dan Muhammad adalah dibesarkan tanpa ibu dan ayah kandung.

3. Nabi Isa adalah pengikut dan membawa ajaran yang dibawa Nabi Musa, oleh sebab itu pengganut Kristian turut memegang Old Testament yang merupakan kitab Taurat mereka. Tidak seperti Musa membawa hukum baru dan Muhammad S.A.W. juga membawa hukum yang baru.

4. Musa merupakan pemimpin dari kaumnya dan juga seorang nabi. Muhammad juga pemimpin dari kaumnya dan seorang nabi.

5. Musa merupakan keturunan Nabi Ismail. Begitu juga Muhammad yang merupakan keturunan Nabi Ismail.

Tidak cukup dengan itu, ianya turut dipersetujui oleh Dictionary of the Bible. Mereka menafsirkan bahawa Nabi di dalam ayat tersebut merujuk kepada Muhammad. Selepas memberi ulasan bagaimana Musa memimpin Bani Israel dan Yahudi dengan menjadikan bangsa itu mempunyai undnag-undnag, mampu berdiri setelah lama ditindas di Mesir, maka buku tersebut merumuskan seperti berikut:

“Satu-satunya orang dalam sejarah yang bisa dibandingkan dengan Musa adalah Muhammad.” (Collins Dictionary of the Bible)


-HE-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds