The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

KATAK, BIAWAK, HELANG DAN PADANG PASIR


Sebuah padang pasir.. Nun jauh, besar dan luas mata memandang..

Padang pasir, memang la panas, takda air, kering kontang..

Tengah tengah padang pasir ada Oasis, ada tasik kecik, ada rumput, ada burung, ada haiwan..

Adalah bodoh kalau katak yang hidup di Oasis menafikan gersang yang wujud diluar hanya kerana si katak bodoh tu hari hari berendam dalam air tanpa melihat wujudnya saujana mata memandang kering kontang sekelilingnya

Adalah bodoh juga, kalau si biawak padang pasir mengeluh, apa la bangsat alam, ada pasir sahaja sedangkan awan selalu hujan, tanpa si biawak sedar ada rahmat oasis di tengah padang pasir..

Maka jadilah helang yang mampu terbang di padang pasir dan mampu hinggap minum di oasis..

Fikirkanlah..
Siapa anda?
Di mana anda?

Kalau anda helang, anda layak bercakap peri perit peri luka di gurun, layak mengarang sebuah harapan rahmat yang tidak pernah tuhan mungkiri

Tapi jika anda hanya katak dan biawak.. Berambus!!


Hanya demikian analogy hidup.. Supaya justifikasi pertimbangan dan pandangan tidak berdasarkan logik semata mata, harus jitu harus mampan populasi research anda, barulah ada nilai.

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds