The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

PERANG DUNIA DALAM DIRI. PERANG DIRI DALAM DUNIA.



Menurut UNESCO, definisi buli adalah, kelakuan agresif yang menyebabkan tindakan-tindakan yang negatif, dan ketidakseimbangan kelebihan dan kekuatan. Kanak-kanak yang dibuli akan berasa terasing, sedih, dan secara tidak sengaja, buli juga boleh mengakibatkan buli.

Apabila kita dengar pasal kes buli, ada kebarangkalian untuk kita akan beri perhatian yang kurang tentang hal ini. Kalau benar apa saya cakapkan, sudah tentunya ada daripada anda tidak akan baca kandungan artikel ini.

Pada hakikat sebenarnya, kes buli merupakan satu perkara yang penting kerana ia akan memberi impak kepada pembentukan anak anda ke arah gerbang dewasa.

Kita digegarkan oleh satu berita dari Florida dimana seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun, Rebecca Ann Sedwick, ditemui mati di sebuah perkilangan konkrit yang terbengkalai pada jam 0230. Kematiannya akibat “terjun maut” sekurang-kurangnya pada ketinggian 19 kaki hingga 60 kaki.

Tragedi perit ini berlaku oleh kerana gangguan ‘cyberbullying’ yang bermula pada tahun 2012. Pelbagai kaunseling telah diberi, tetapi kesemuanya gagal.

Contoh-contoh mesej yang dilaporkan ada dalam Inbox: “Why are you still alive?” dan “Go kill yourself”. Dalam senarai search engines yang dilayari, Rebecca juga dilaporkan melayari soalan-soalan traumatic seperti, “What is overweight for a 13-year-old girl?”, “How to get blades out of razors?”, “How many Advil (ubat Ibuprofen) do you need to take to die?” dan “How many over the counter drugs do you take to die?”.

Ahli-ahli keluarga, terutamanya ibu dan bapa, semestinya memainkan peranan penting untuk menyemak apa yang dilayari oleh anak-anak. Memang tidak salah untuk kita layari Facebook, tetapi kita juga perlu awasi agar anak-anak tidak menyalahgunakannya. Facebook ini boleh diibaratkan dengan komuniti antarabangsa yang mempunyai populasi 1.15bilion.

Sama seperti semua negara, tidak kiranya saiznya, populasi ini juga akan mempunyai kepelbagaian seperti pemikir, pelaku, pengikut, pendakwah… begitu juga dengan pembohong, penipu, pencuri, perompak, pembunuh, perogol, pembuli dan sebagainya.

Ianya sebuah komuniti. Apa yang anda perlu lakukan? Pastikan anak-anak anda bergerak dalam arus yang positif. Kalau tidak, mereka boleh terdedah kepada buli, yang akan mempengaruhi hidup mereka sama ada mengajar mereka bahawa dunia ini kejam, atau mengajar mereka untuk berlaku zalim kelak.

Menurut laporan NASP, lebih kurang 3.7juta anak muda yang terlibat dan lebih daripada 3.2juta yang dibadai dengan kes buli… setiap tahun, di Amerika Syarikat sahaja. Kesnya memang serius sehinggakan World Wrestling Entertainment sendiri melancarkan kempen “Be A Star” dengan cara merapatkan WWE Superstars dengan mangsa buli sebagai ganjaran yang digalakkan oleh Stephanie McMahon.

“Be A Star” juga memberi sumber-sumber bantuan dan galakan untuk Keluarga, Guru-Guru dan Murid-Murid. Dari satu aspek, ini juga mampu beri inspirasi untuk menghentikan buli dengan persepsi: “kau kena buli, kau dapat jumpa WWE Superstars”.

John Cena, Paul “the Big Show” Wight, Kofi Kingston dan Santino Marella yang paling banyak terlibat dengan kempen “Be A Star”.

Pelbagai usaha-usaha anti-bully perlu dilaksanakan oleh Bahagian Disiplin. Konteks yang saya sedang cakapkan adalah di dalam negara dan antarabangsa. Buli mampu membentuk keperitan psikologi yang serius, dan mengakibatkan masalah di dalam minda anak-anak.

Kepada ibu dan ayah, anda semestinya perlu mengawasi gerak-geri anak-anak anda, terutamanya di media sosial kerana di situlah pengaruh utama dari segi psikologi akan bermula. Buli tidak semestinya berunsurkan fizikal, tetapi lebih banyak kepada mental.

Pergaduhan bukan masalah yang paling bahaya dalam buli, tetapi ejekan/pengasingan yang akan membuka peluang kepada kesan-kesan buruk buli, terutamanya jika anak-anak tersebut hidup dalam suasana rumah yang tidak kondusif dimana ibu dan ayah seringkali bertengkar. Ingat, apa yang anda lakukan akan memberi pengaruh kepada anak-anak.

Seperti yang dikatakan dalam kempen “Be a Star”, don’t be a bully, be a STAR!

#stopbullying


-- AFDS --

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds