The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

KHALIFAH UTHMAN: SI GENIUS EKONOMI



Uthman Bin Affan, satu tokoh yang sangat besar di dalam sirah Islam. Lahir di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Tai’if, yang pernah disebut di dalam sirah nabi di mana Jibril hampir-hampir sahaja mencampakkan gunung Ta’if ke atas bangsa taif. Uthman adalah keturunan Bani Umaiyah yang kemudiannya akan mengasaskan dinasti baru dalam Tamadun Islam. Uthman adalah seorang peniaga yang hebat.

Pada tahun 611, selepas pulang daripada Syria atas urusan perniagaan, beliau tedengar khabar di mana nabi Muhammad mengisytiharkan mengenai penyebaran agama Islam. Selepas berbincang dengan sahabatnya, Abu Bakar, maka dibawanya berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W dan Uthman menjadi antara orang yang terawal memeluk agama Islam.

PEMILIHAN UTHMAN MENJADI KHALIFAH
Saidina Umar Al-Khattab ketika saat ajalnya telah membentuk enam orang untuk membentuk sebuah majlis bagi memilih siapakah khalifah di kalangan mereka. Majlis ini terdiri daripada Ali, Uthman sendiri, Abdul Rahman bin Auf, Saaad bin Abi Waqqas, Zubair Al-Awwam dan Talhah.

Abdul Rahman bin Auff memulakan perbincangan dengan mengatakan dirinya menarik diri daripada percalonan sebagai seorang khalifah lalu mula bertanyakan kepada calon lain siapakah yang lebih layak menjadi Khalifah. Selepas proses undian melalui 6 orang sahabat ini, maka nama Uthman paling banyak diangkat sebagai Khalifah maka mengangkat dasar majoriti maka Uthman telah dilantik menjadi Khalifah.

TRANSFORMASI EKONOMI

Uthman bin Affan memang terkenal dengan seorang ahli perniagaan yang hebat sejak zaman mudanya lagi dan minda seorang ahli perniagaan memang bermain di mindanya sejak mula mengambil tampuk pemerintahan daripada Umar Al-Khattab. Maka sudah tentu minda seorang ahli perniagaan adalah berkaitan dengan ekonomi.

Antara transformasi Uthman dalam bidang ekonomi adalah Uthman mampu menaikkan elauns yang diperkenalkan oleh Umar untuk pegawai-pegawai kerajaan sebanyak 25 peratus. Uthman juga menarik kembali larangan Umar ke atas jualan tanah di setiap tanah jajahan Kerajaaan Islam. Menurut Uthman, larangan itu akan membantutkan kerancakan ekonomi.

Uthman juga memperkenalkan duit syiling pertama kerajaan Islam di mana syiling bangsa Persia yang terdapat gambar maharaja Parsi ditukarkan dengan perkataan bismilah.

Di bawah pemerintahan Uthman juga menyaksikan di mana pendapatan rakyat di bawah Empayar Islam bertambah mewah. Dasar-dasar tegas dalam penggunaan wang negara ketika di bawah Umar dilonggarkan oleh Uthman sekaligus mencambahkan urusan ekonomi.

Kemuncak di bawah pemerintahan Uthman adalah di mana banyak banggunan baru dibinia di sekitar empayar. Sebanyak 5000 buah masjid siap di bina dan Masjid Nabawai dan Kaabah diluaskan persekitarannya. Dalam pemerintahan Uthman juga, setiap Bandar-bandar besar diwajibkan mempunyai rumah tumpangan yang kalau pada hari ini dikenali sebagai motel dna hotel. Pasar-pasar besar juga dibina dan setiap pegawai kerajaan dilantik oleh Uthman untuk menjaga proses jual beli di pasar.

Terusan-terusan juga digali oleh Uthman di beberapa wilayah di Iraq, Iran dan Mesir dan ini telah merancakkan lagi perkembangan sector pertanian di bawah pemerintahan Uthman. Umar juga telah membuka pelabuhan baru apabila Shuhaiba di jaziriyah arab tidak mampu untuk menarik perhatian pedagang. Pelabuhan Jeddah di buku di bawah Uthman. Di bawah pemerintahan Uthman juga Al-Quran dikumpulkan dan diseragamkan bacaan yang hari ini dikenali sebagai Resam Uthmani.

EKPEDISI KETENTERAAN DI BAWAH UTHMAN

Apabila kewafatan Umar sampai ke telinga Rom, maka Rom mula kembali menghantar askarnya untuk menawan Iskandariah namun Uthman pantas menghantar Amru bin Al-As untuk kembali menawan Iskandariah daripada Rom. Pertempuran Naqyus menjadi saksi di mana tumpasnya Rom buat sekian kalinya di tangan tentera Islam.

Uthman kemudiannya mengarahkan Amru untuk membina tembok mengelilingi Bandar Iskandarian bagi mengelakkan Rom terus untuk mengacau keaamanan Iskandariah di bawah pemerintahan tentera Islam,

Selepas tewasnya Rom di Mesir, wilayah di utara Afrika mula menjadi perhatian tentera Islam. Pada saat wilayah Afrika Utara mula mengisytiharkan kebebasan daripada Rom oleh rajanya, Gregory The Patrician, maka Abdullah bin Saad, telah menghantar askar untuk menyerang wilayah-wilayah Afrika bagi mendapatkan harta rampasna perang. Kejayaan Abdullah bin Saad ini telah membuatkan Uthman semakin bernai untuk menawan wilayah utara Afrika.

Maka 10 000 askar telah dikerahkan oleh Uthman di bawah pimpinan Abdullah bin Zubair untuk menggempur Gregory dan Gregory tewas dan mati di Pertempuran Sufetula apabila taktikal Abdullah berjaya membuahkan hasil. Maka, sejak peristiwa itu, wilayah utara Afrika menjadi wilayah naungan tentera Islam.

Sepanjang pemerintahan Uthman, kebanyakan usaha Uthman adalah untuk mendapatkan kembali wilayah yang Islam yang hilang di tangan tentera Rom sewaktu kematian Umar di samping menawan beberapa wilayah seperti di Pakistan dan Utara Afrika.

KEJATUHAN UTHMAN

Pada peringkat awal pemerintahan Uthman, keadaan berjalan lancar sehinggalah apabila operasi pemecatan gabenor-gabenor dan pegawai kerajaan. Kemudian jawatan itu digantikan oleh Uthman oleh keluarganya serta kerbata handal yang beliau percaya akan kebolehan dan kredibiliti mereka.

Abdullah bin Saba’, pengasas ajaran Syiah pada hari ini pula ketika itu memimpin gerombolan manusia dan meminta Uthman memecat kesemua pegawai kerjaaan yang dilantik oleh beliau atas alasan nepotisime dan kroninisme. Namun, tuntuan Abdullah bin Sa’ba ini ditolak oleh Uthman.

Kerana merasa sakit hati, Abdullah bin Saba’ kemudian membuat propoganda yang hebat dalam bentuk kempen anti Bani Umayah, termasuk Uthman bin Affan. Maka penduduk setempat banyak yang termakan hasutan Abdulllah bin Sa’ba dan pun datang beramai-ramai ke Madinah untuk menuntut untuk memecat semua gabenor dan pegawai yang dilantik oleh Uthman. Kesemua tuntutan mereka ditolak kecuali tuntutan menggugurkan gabenor Mesir.

Orang ramai kembali ke Mesir namun ketika dalam perjalanan, mereka berjumpa dengan orang yang kononnya membawa surat bahawa Uthman menyuruh gabenor lama Mesir membunuh gabenor baru. Namun, setelah disiasat bahawa ianya palsu dan direka oleh Marwan bin Hakam. Pengepungan tetap dilakukan oleh atas dua alasan:

1.                                                                        Supaya Marwan dibunuh kerana membunuh orang.
2.                                                                        Khalifah Uthman meletakkan jawatannya

Khalifah Uthman enggan mengabulkan permintaan golongan khawarij yang memberontak melawan pemerintah Islam yang sah ini menyebabkan rumah Uthman dikepung sehingga 40 hari. Rumah beliau dijaga ketat oleh sahabat-sahabat beliau, Ali bin Thalib, Zubair bin Awwam, Muhammad bin Thalhah, Hasan dan Husein bin Ali bin Abu Thalib. Dek kerana kelembutan dan kasih sayangnya, beliau tetap melayan pengepung-pengepung itu dengan sabar dan tutur kata yang santun.

Namun, suatu hari yang penuh malang, telah ditakdirkan bahawa akhirnya Uthman tewas jua apabila seorang lelaki misteri memasuki rumahnya lalu membunuh Uthman. Ketua gerombolan iaitu Muhammad bin Abu Bakar (Gabenorr Mesir yang Baru) dan membunuh Uthman bin Affan yang sedang membaca Al-Qur’an. Dalam riwayat lain, disebutkan yang membunuh adalah Aswadan bin Hamrab dari Tujib, dam terdapat riwayat juga yang menyebutkan pembunuhnya adalah Al Ghafiki dan Sudan bin Hamran. Khalifah Uthman bin Affan wafat ketika 35 hijrah pada usia 82 tahun selepas menjawat jawatan khalifah selama 12 tahun.


-HE-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds