The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

RUMPUN MELAYU ADALAH PENDUDUK ASAL: BUKTI ARKEOLOGI.



Kejahilan mengenai apa yang disebut sebagai RUMPUN MELAYU sejak akhir-akhir ini dilihat semakin berleluasa. Hal ini berkemungkinan kerana kurangnya pembacaan dan pendedahan di kalangan rakyat kita terutama yang bukan dari rumpun tersebut mengenai sejarah Melayu. Apa yang difahami mereka adalah suku kaum seperti Bugis, Banjar, Bajau, Suluk, Cham, Kerinchi, Acheh, Ambon, Minang, Sunda, Jawa dan sebagainya bukan daripada RUMPUN MELAYU. Mereka menyempitkan fahaman rumpun bangsa itu kepada suku kaum sahaja.

Hal ini membawa kepada klaim yang bukan-bukan dan bersifat menghina sehinggakan dikata bahawa orang Melayu tidak pernah ada tamadun dan segala tamadun lama Hindu-Buddha yang wujud di Asia Tenggara adalah tamadun masyarakat Tamil atau India yang membuka koloni di sini. Bagi saya klaim sebegini adalah satu klaim yang tidak berasas, berbaur politik murahan, memprovok dan bersifat rasist. Sedangkan jika kita teliti dan amati, sebenarnya konsep rumpun ini juga wujud dalam masyarakat Cina yang terdiri dari pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Kek, Hakka, Hokkien, Canton dan Hui yang bersatu di bawah rumpun Cina atau Sino-Tibetan. Malahan tiada catatan kuno serta kajian ilmiah yang dapat membuktikan bahawa yang membina tamadun tersebut adalah orang-orang Tamil atau India. Malah sejarawan antarabangsa mengiktiraf tamadun-tamadun tersebut sebagai tamadun ‘Malays’.

Apakah sebenarnya yang mengikat suku-suku ini sebagai Rumpun Melayu? Yang mengikat mereka adalah bahasa, yakni bahasa Austronesia atau Melayu kuno dan DNA mereka yang sama. Walaupun mereka tinggal di pulau-pulau yang berbeza serta jauh dari satu sama lain, namun DNA MEREKA TETAP SAMA, terutama dari kalangan Melayu proto. Kajian yang dibuat mendapati DNA orang Iban dengan orang Jakun adalah sama. Ini membuktikan bahawa walau mereka tinggal berjauhan namun mereka tetap dari induk yang sama dan berada dibawah RUMPUN MELAYU.

Sebenarnya sudah banyak kajian yang telah dibuat bagi membuktikan bahawa Rumpun Melayu lah penduduk asal Tanah bertuah ini. Antaranya adalah satu kajian yang pernah dibuat oleh ahli-ahli Arkeologi dari UKM pada tahun 2010. Melalui kajian tersebut data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih daripada 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke mari dari tanah besar di utara samaada Yunnan ataupun Taiwan. Malah jika kita selaraskan dengan kajian terbaru dari puan Zaharah Sulaiman, rumpun bangsa Melayu ini telah wujud sejak 60,000 tahun dahulu melalui pengiraan umur DNA kaum Melayu Proto dan Semang yang merupakan Induk kepada orang-orang Melayu yang wujud sekarang.

Artifek-arifek seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi yang dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan bahawa artifek itu adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar. Antara tempat ekskavasi tersebut ialah Pulau Kalumpang dan Beruas di Perak; Kota Johor lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar di Johor; Kota Melaka in Melaka; Kota Lukut di Negeri Sembilan dan beberapa tapak di Tasik Kenyir di Terengganu. Selain itu, penemuan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Museum Sarawak, Tom Harrison dan isterinya dalam tahun 1958 menunjukkan rumpun Melayu sudah wujud di Malaysia seawal 40,000 tahun yang lalu.

Secara langsung, penemuan di Gua Niah dan kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli arkelogi UKM menolak teori dipercayai ramai bahawa Melayu di Semenanjung adalah pendatang dari tanah besar di utara atau Yunnan. Teori migrasi ini dikemukakan Heine-Geldern dan penyelidik dari (Vienna School of Thought) yang dikemukakan dalam tahun 1930an. Teori itu timbul berikutan dengan penemuan kapak batu di Malaysia yang dikatakan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kapak batu yang digunakan di sebelah utara tanah besar Asia bagi membuktikan bahawa orang Melayu telah berpindah dari kawasan utara tanah besar Cina itu kemari.

Prof Nik Hassan Shuhaimi bertanya: “ADAKAH HANYA KERANA KAPAK BATU DITEMUI DI MALAYSIA ORANG MELAYU TELAH BERPINDAH DARI UTARA KE SELATAN DI MALAYSIA? TIDAK TERFIKIRKAH MEREKA BAHAWA ORANG MELAYU WAKTU ITU JUGA BOLEH MEMBUAT KAPAK BATU?” Beliau berkata demikian dalam kertas kerjanya bertajuk ‘Tiga Puluh Lapan Tahun Arkeologi di Universiti Kebangsaan Malaysia’ di Seminar Penanda Arasan Penyelidikan Arkelogi di UKM pada 12-13 Julai, 2010.

Menurut beliau lagi, penyelidikan arkelogi di UKM sejak tahun 1980an telah menemui data baru tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu Kataha, Kadaram atau Kedah Tua. Data baru ini diperolehi daripada tapak arkelogi Sungai Mas, Kedah. Beliau juga menyatakan isu penting dalam zaman kerajaan awal/zaman klasik ialah proses Indianisasi. Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM PROSES INDIANISASI ITU BOLEH DITUKAR KEPADA PROSES PEMBUMIPUTRAAN KEBUDAYAAN INDIA, kata Prof Nik Hassan. Kebudayaan India yang ada di Alam Melayu BUKAN DIBAWA MELALUI PROSES PENAKLUKAN tetapi dijemput oleh masyarakat tempatan dan disesuaikan dengan kebudayaan tempatan.

Penemuan dan kajian ini sekaligus menolak dakwaan-dakwaan tidak berasas serta rasist yang dilakukan oleh segolongan pihak yang berbangsa Tamil di Negara ini. Tindakan mereka yang sengaja mahu mengganggu gugat sejarah Masyarakat tamadun rumpun Melayu adalah perbuatan yang tidak beretika malah sangat jahat dan busuk! Jangan oleh kerana fahaman politik yang cetek maka sejarah sesebuah bangsa itu mahu dipermainkan. Kami orang-orang Melayu tidak pernah mengungkit atau menyentuh mengenai sejarah nenek moyang anda di India malah sejarah kedatangan datuk dan nenek anda ke tanah Melayu pada zaman Kolonial. Mengapa sejarah kami pula yang anda mahu rebutkan? Tidak cukupkah dengan kuil-kuil serta berhala besar yang ada di Tamilnadu India? Adakah kami menghalang kaum anda untuk mencari makan dan minum di negeri tanah tumpah nenek moyang kami ini? Sudah diberikan betis mahukan peha pula. Sekian, Wallah hu a’ lam.


-Al Semantani-

2 comments:

Tak tepat itu tuan.Iban bukan dibawah rumpun melayu tapi Melayu itu dibawah rumpun Iban.Kajian pakar sains mengesahkan Iban adalah bangsa yag dipercayai pettama kali sampai ke ISEA zamab purba.Malahan kajian ke atas deep skull di Gua Niah yang berusia 50,000 tahun disahkan smaa dengan Iban.
Kata melayu itu kata yang diserap dari kata Malaya asal dari kata Hilmalaya.Digunakan pertama kali oleh orang eropah menyebut penduduk di Kepulauan benua Ujong Tanah (Malaya) yang dikatakan sama demgn penduduk di Pergunungan Gunung Hilmalaya India.

This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds