The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

PEMIMPIN



PEMIMPIN

Acap kali kita lihat bangsa-bangsa yang maju kehadapan kerana pimpinan mereka yang bagus dan berwibawa. Begitu juga harapan kita agar mendapat dan menjadi pemimpin sehebat mereka dalam membangunkan diri,masyarakat, syarikat dan juga negara.

Mari kita renung kembali pimpinan orang melayu kita. Kita terpengaruh dengan kuasa penentu kejayaan. Sering kali kita melihat kita menjadikan orang bawahan kita tertekan akibat sasaran kita dalam menentukan kejayaan. Kita menjadikan sasaran sebagai perkara utama dalam kejayaan sesuatu. Walhal apa yang penting sebenarnya adalah PEKERJA.

Pernah sekali saya berborak dengan seorang sahabat ini. Katanya dia tidak kisah sekiranya dia kehilangan syarikat. Tetapi yang dirisaunya adalah pekerja. Ya benar katanya. Pekerja adalah tonggak utama kejayaan sesebuah organisasi atau syarikat. Dengan mereka apa yang disasarkan boleh dicapai dengan cemerlang.

Kita sering didengarkan dengan kepercayaan bangsa cina terhadap pekerjanya. Ada ketika apabila dia mempercayai pekerjanya dia akan memberikan hampir segalanya yang termampu. Belanjanya makan, bawa bersiar siar dan memberikan ganjaran setiap kali kerja yang dilakukan itu sempurnya. Itulah kekurangan pemimpin melayu. Mereka hanya menjadi ketua tanpa memikirkan orang bawahannya. Memberi arahan sambil lewa tanpa melihat keadaan dan situasi. Sikap tidak adil terhadap pekerja pekerjanya. Memanjakan mereka yang pandai membodek. Sikap inilah yang harus dikikis.

Pada pandangan saya, perkara sebegini harus didik didalam universiti atau lebih bagus semasa di sekolah. Soft skills itu harus ditanam agar apabila mereka berjaya nanti, mereka tidak menjadi orang yang alpha dan lupa diri.

Setiap orang adalah pemimpin.cuma yang berbeza adalah orang yang dipimpin dan setiap orang boleh menjadi ketua dan bersikap seperti ketua. Tetapi ketua yang sebenar adalah ketua yang boleh mempengaruhi orang dan menjadi kan mereka bekerja kerana anda dan bukan kerana kerja.

Sekian.


-Radin Danial- 

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds