The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

MONARKI DI MALAYSIA



Malaysia merupakan negara yang berteraskan monarki secara elektif untuk menentukan ketua negara (Head of state). Pemilihan ketua negara di negara kita amatlah berbeza berbanding dengan cara United Kingdom, yang menggunakan sistem monarki berperlembagaan dalam rangka negara mereka. Seperti yang anda tahu, Yang di-Pertuan Agong dipilih melalui sistem undian. Jikanya contoh, Sultan Kedah, dipilih untuk menjawat sebagai ketua negara selama lima tahun, Raja Muda akan dilantik untuk memerintah negeri yang baginda perintah.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, terdapat pelbagai desas-desus yang menekankan kepada pembubaran sistem monarki di Malaysia ini. Dalam kata yang lain, ada usaha untuk memperkenalkan sistem republik dalam perlembagaan negara. Persoalan utamanya, adakah kaum Melayu bersedia untuk menerima pembubaran raja dan sistem republik?

Sedih diakui, pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi belum mencapai paras yang diperlukan untuk mengisytiharkan kita sudah bertamadun seperti negara-negara maju yang lain. Rakyat Malaysia, jelas terbuktinya, terlalu taksub dengan politik sehingga berlaku perpecahan sesama agama, bangsa dan negara. Hal ini membuatkan kaum Melayu menjadi lumpuh dan lemah, sehingga dapat dipintal untuk menjadi proksi kepada usaha republik.

Jadi, kita masih lagi memerlukan sistem monarki disebabkan faktor ynag disebutkan di atas. Sebenarnya, ada banyak lagi faktor kenapa kita masih belum bersedia, tetapi biar asaya sentuh mengenai impaknya terlebih dahulu.

1.         Tanpa raja, Melayu akan tumbang

a.         Penempatan – contoh yang paling mudah boleh terdapat di Pulau Pinang. Dari dahulu lagi, sebahagian besar rumah-rumah mahal mesti akan dimiliki oleh yang bukan Melayu. Manakala, kaum Melayu hanya mampu memiliki flat PPR, atau Rumah Mampu Milik, yang dibawah rancangan kerajaan yang berteraskan monarki. Konsepnya begini, Melayu akan membantu bangsa lain, tetapi bangsa lain tidak akan membantu Melayu. Itulah fakta.

b.         Perniagaan, Perindustrian, Pekerjaan – itu baru berkenaan dengan penempatan, sebahagian besar perindustrian dan perniagaan semua dipelopori oleh kaum bukan Melayu yang sudah tentu akan mengekalkan budaya mereka yang hanya inginkan bangsa mereka sahaja. Contoh seperti IOI Corporation Berhad, yang diketuai oleh Lee Shin Cheng, dan tahukah anda tujuh orang dari sembilan pengarah merupakan bangsa Cina?

Akan ada suara yang akan mengatakan bahawa saya sedang menyoalkan integriti kerja keras mereka. Sebenarnya, bagaiman anda ingin menerangkan tentang Lee Yeow Chord an Lee Yeow Seng, anak-anak kepada Lee Shin Cheng, yang menjadi Pengarah Eksekutif syarikat tersebut? Bagaimana pula anda ingin menerangkan berkenaan dengan Lee Cheng Leang, adik kepada Lee Shin Cheng. Kroni? Nepotisme?

Kaum Melayu perlu sedar satu fakta. Sistem hegemoni mereka akan menjadi tulang belakang sistem republik yang mereka ingin memperkenalkan. Dan sistem rejim ini akan mencekik kaum Melayu sehingga mereka melepaskan nafas terakhir.

c.         Jika anda sedang mencari kerja di Sarawak, semestinya anda sering melihat criteria yang mengutamakan bangsa Cina sahaja. Saya sendiri selalu nampak dalam satu laman web pencarian kerja yang secara majoritinya menyatakan syarat ‘preferable Chinese’ dalam kekosongan yang mereka ada. Kalau sikap begini diteruskan, bagaimana kaum Melayu di Sarawak boleh bertahan? Tetapi kalau ada ‘Pemohon Melayu diutamakan’ dibawah syarikat-syarikat kerajaan, mereka akan berkata ianya rasis. Tetapi pernahkah anda melihat pencarian kerja swasta yang berkriteriakan "pemohon melayu di utamakan"?

d.         Bukan itu sahaja, saya sentiasa mendapat ‘inside tip’ berkenaan dengan Intel Malaysia, yang dipelopori oleh kaum ini. Saya kagum dengan kegigihan mereka dalam usahakan syarikat, tetapi sikap rasis mereka amatlah dikesali. Dalam Intel, ternyata kaum Cina akan diberi lebih pengutamaan. Seorang Cina yang tidak tahu apa-apa berkenaan dengan komputer pun akan diberi tunjuk ajar secara mendalam, manakala untuk kaum Melayu, perlu pelbagai kelayakan dan pengalaman. Inilah fakta yang dipraktikkan oleh rejim ini.

2.         Diktator

Pada tahun 1958, Kerajaan Iraq, yang memainkan sistem beraja, telah dihapuskan dan ditukar kepada sistem junta selama sepuluh tahun, dimana kemudiannya, menjadi sistem republik Baath. Dari tahun 1979, Iraq dipimpin oleh seorang diktator yang bernama Saddam Hussein. Saya tidak berniat untuk menyentuh sentimen orang Islam, tetapi anda perlu sedar Saddam sememangnya bukan seperti Yasser Arafat.

•           membunuh berpuluh ribu rakyatnya
•           memenjarakan rakyatnya kerana membangkang sistemnya.
•           Menceroboh Kuwait tanpa apa-apa sebab
•           Membuat ketidakstabilan secara berterusan di Timur Tengah

Inilah kesan-kesan pemerintahan tanpa had dibawah rejim orang yang gila. Bolehkah anda beri kepastian bahawa sistem terbaharu ini akan menjadi sistem republik yang berteraskan demokrasi? Sistem republik akan menggantikan Yang Di-Pertuan Agong kepada Presiden, yang boleh atau tidak boleh memimpin tanpa had. Inilah sistem diktator. Kalau adanya had pun, sudah tentu rejim ini mampu menipunya seperti dilakukan Singapura, dimana pentadbir republik tersebut dipegang oleh Lee Hsien Loong, anak perdana menteri pertama, Lee Kuan Yew.

Suharto merupakan contoh yang paling mudah anda boleh tengok. Perlembagaan Indonesia merupakan hasil peniruan dari Amerika Syarikat. Presidennya merupakan ketua negara dan kerajaan pada masa yang sama. Dan selama 31 tahun, Suharto telah memonopolikan ekonomi Indonesia. Pada masa yang sama, Suharto telah membina sebuah kerajaan yang didominasikan oleh tentera. Tetapi dengan tiada penghalang, Suharto telah menjadi punca dengan kematian 100,000 orang semasa penjajahan Indonesia dalam Timor Leste. Dan dibawah pentadbiran beliau, rasuah juga pesat berkembang.

Boleh saja kita mengambil contoh seperti Hosni Mubarak, yang menjadi punca ekonomi Mesir dibahagikan kepada kroni-kroni dari parti beliau. Dan beliau juga meninggalkan seorang legasi, Gamal Mubarak. Inikah yang anda mahukan? Anda seringkali berkata, UMNO mengamalkan kroni tetapi sekarang, anda sendiri yang menyokong sistem kroni. Anda telah meludah ke muka anda sendiri!

3.         Kekayaan Hasil Bumi akan diragut

Sudah tentu kalau terbentuk sebuah rejim diktator, segala hasil bumi di negara tersebut akan diragut untuk kepentingan sendiri. Sebelum saya mula berkenaan dengan hasil-hasil di bumi Malaysia, mari kita sentuh hasil di bumi Iraq, dimana rejim Baath telah ragut selepas kejatuhan Kingdom of Iraq. Untuk pengetahuan anda, Iraq merupakan sebuah negara yang mempunyai rizab minyak yang kelima paling besar dalam dunia dengan purata bilangan 130MMbbl, dan rizab gas asli sebanyak 3.6trilion m3, dan juga sumber air tawar sebanyak 96.4km3. Secara mudahnya, Iraq ada segala-galanya untuk memajukan negara tersebut, tetapi sebaliknya yang berlaku, sehingga negara ‘diberkati’ tersebut telah dilacurkan.

Kesan yang sama juga yang boleh dikaitkan dengan Malaysia. Saya tiada masalah apabila parti pemerintah ditukar tetapi perlembagaan dikekalkan. Tetapi, kita semua wajib berjaga-jaga apabila sistem dan perlembagaan itu sendiri akan digubal semula, oleh parti pemerintah pun.

Kita sudah nampak secara terang-terangan berkenaan dengan IOI Corporation dimana hegemoni diteruskan, dan kita sah nampak dalam gabungan parti pembangkang, dimana hegemoni juga diteruskan. Dan sudah tentu, hegemoni akan digunakan untuk merampas segala kekayaan hasil bumi Malaysia.

Sumber-sumber ekonomi kita, seperti, kelapa sawit, getah, elektronik, timah, kayu, petroleum dan pertanian semua akan dilacurkan, kerana pihak pembangkang yang kita nampak waktu sekarang jelas tidak kisah akan rakyat atau negara, hanya dahagakan kuasa untuk kepentingan mereka sahaja.

Dengan adanya monarki pun, kita sudahpun lihat kes-kes pembalakan di Kedah dan Kelantan sehingga habis pokok-pokok yang beratus tahun lamanya dijual oleh pihak yang dilaknat ini. Apa yang akan berlaku jika monarki dihapuskan dan mereka berkuasa dalam kedaulatan negara?

Kesimpulan

Apa lagi yang boleh dikatakan? Keadaan di Malaysia memang benar-benar ibaratkan, cuba berlari apabila masih lagi belum boleh berjalan. Buat masa sekarang, sistem monarki kitalah yang menjadi benteng pertahanan untuk Islam di bumi Malaysia. Cuba anda bayangkan apabila benteng tersebut roboh, dan kita dikenalkan kepada sistem sekularisme seperti di Indonesia di mana semuanya berserabut. Itukah yang anda inginkan?

Dengan ruangan yang kecil ini, saya ingin mencadangkan kepada semua raja-raja dan sultan-sultan di Malaysia ini supaya mengukuhkan kedudukan tuan-tuanku dan lebih lagi menghadiri untuk kebaikan rakyat. Kualiti Hang Tuah dalam hati rakyat sudahpun hampir luput, dan jika pihak tuanku tidak mengambil peluang untuk mempertahankan kesultanan tuanku, nescaya legasi Hang Jebat akan jatuhkan tuanku.

Jika itu berlaku, saya hanya boleh berdoa yang Allah akan membantu kita semua.

-- AFDS --


[Segmen Chronicle Of Malaysia]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds