The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

PESANAN UNTUK IBU BAPA



i
Bagi yang ada anak, salah satu dosa keibubapaan paling agung adalah: gagal memperkenalkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet keluarga. Eating habit is: nurture not nature.

Tiada anak yang lahir dengan fitrah semulajadi: benci mencanak pada sayur hijau, atau gemar melulu pada kandi dan aiskrim. Tabiat dan citarasa pemakanan datang dari asuhan, dan persekitaran tempat membesar.

Nota: Walaupun saya bukan ibubapa yang mempunyai anak; tapi saya pernah jadi anak yang mempunyai ibubapa. Oleh itu, jangan sesiapa pertikai kenyataan saya itu, atas dasar ‘tiada pengalaman’. Experience comes in many different forms, ok?

ii
Ada ibubapa yang cuba sembunyikan rasa bersalah dengan kata-kata: “Tak tau apa pasal. Tapi si Baby ini sejak kecil lagi memang tidak suka sayur. Asal makan sayur, mesti muntah!”

Kalau ia berciri ‘medical allergy’ (which is very uncommon) – ok, boleh diterima. Tapi kalau sekadar perasaan, itu silap asuhan. Mana boleh anak-anak, secara naturalnya, tiba-tiba ada rasa fobia kronik pada perkara yang merupakan satu keperluan asasi dan kehendak biologi manusia normal.

Melainkan barangkali, jika ada orang suka beronani dengan terung atau timun ketika sedang mengandung, sampai bayinya terkena tulah sayur-sayuran. Satu hipotesis saja, bukan teori.

Do you know what kind of miseries you put your kids into – for failing to nurture this healthy eating habit? Let me tell you.

iii
Anak-anak yang tidak mengambil kuantiti sayur dan buah yang munasabah terdedah kepada risiko flu musiman, dengan kadar kebarangkalian 5 kali ganda. Of course you can always substitute that need with artificial vitamin intake. But still, it is 50% less effective than the natural protection provided by fresh veggies and fruits.

Each year in USA, “the flu” leads to economic losses of more than $10 billion in direct medical expenses, and more than $16 billion in lost earnings. Di Malaysia pun sama. Rawatan untuk seasonal flu dan penyakit berkaitan (khususnya kalangan kanak-kanak), merupakan salah satu punca terbesar yang menghakis sumber dana perubatan negara.

Malaysia sebenarnya boleh jimatkan separuh dari belanja itu, jika semua ibubapa prihatin mengajar anak-anak gaya pemakanan yang sihat. Ketirisan kos operasi negara datang dalam pelbagai bentuk. Selain sifat boros tadbir-urus kerajaan, sikap sambalewa rakyat pun salah satu punca signifikan. Jadi jangan hanya gigih mencemuh Abang Jib dan Kak Mah. Dalam situasi yang perlu, kita juga mesti berani saling mencarut diri masing-masing.

iv
Bagi yang tiada anak macam saya, tanggungjawab mendidik itu jatuh kepada diri sendiri. Jadi untuk membuktikan bahawa didikan mandiri itu berjaya; mohon izinkan saya riak bermegah-megah dengan hidangan home-cooked hari ini. Yang bercitrakan sepenuhnya sayur-sayuran segar.

Look at the photo. That is my original creation: winter vegetables and chicken with black sauce. Kalau nama itu terlalu bangsawan, panggil ‘masak kicap’ pun boleh. Barangkali ada yang teruja, sampai berminat mau minta resepi. Tak perlu, lupakan saja niat itu. Hidangan ini nampak giur dan lazat bukan sebab resepi.

Tapi sebab ia dimasak oleh seorang lelaki yang hebat.

v
Kalau betul-betul mengidam mahukan hidangan yang segiur dan selazat ini juga, jangan pura-pura tanya resepi. Mintalah terus hati dan cinta si chef. Itu pun kalau belum dimiliki, dan kalau dia sudi.

Alah, tiada salahnya mencuba – walaupun peluang cuma 5%. At least, the odds is much higher than winning a lottery. Kan?



[Better Lives]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds