The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

ANALISIS PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH YANG BUKAN ISLAM II



Sebenarnya ianya adalah isu yang sangat berat dalam kita membincnagkan sesuatu seperti ini. Saya harus kembali membuka helaian Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru di dalam agama Kristian untuk kita kembali menilai, siapakah nama TUHAN yang benar-benar disembah oleh pengganut Kristian dan Yahudi, kemudian kita akan membincangkan kenapa penggunaan kalimah ALLAH dalam komuniti arab zaman pra-Islam adalah hujah yang paling mengarut untuk menyokong isu ini?

Pertama, izinkan saya terlebih dahulu mengajak kalian untuk berfikir sejenak, untuk kita membincangkan mengenai kalimah ALLAH ini harus digunakan oleh pengganut agama kristian, kita harus mencari dahulu apakah agama Kristian tidak mempunyai nama untuk tuhan mereka? Kerana biasanya mereka yang mahu menggunakan nama kepada sesuatu atau meruju kepada sesuatu adalah kerana di kalangan mereka, tidak terpakai sebarang perkataan atau tidak wujud sebarang ayat untuk sesuatu benda.

Sebagai contoh, saya ambil di mana di dalam bahasa Melayu, terdapat banyak perkataan terutama KATA NAMA KHAS yang dipinjamkan daripada BAHASA INGGERIS, SANSKRIT, ARAB, PORTUGIS untuk MENGGAMBARKAN sesuatu BENDA yang tidak wujud dalam kamus bahasa itu tersendiri. Sebagai contoh, BAS dan VAN adalah contoh perkataan daripada bahasa Inggeris yang dipinjamkan kepada bahasa Melayu. Fahamkan analogy yang cuba saya berikan untuk kita mula faham dalam membincangkang mengenai isu ini?

Okey, mari kita cari sejarah penggunaan nama atau kalimah dalam ajaran Kristian itu. Apakah ada nama lain selain daripada ALLAH yang boleh digunakan oleh Kristian? Pertama, kita harus tahu Injil asal atau Bible asalnya adalah dalam bahasa Ibrani, di mana kerana lidah nabi Isa A.S itu sendiri menurutkan bahas Hebrew, sudah tentu nama-nama Tuhan yang kemudiannya tercatat dalam Bible itu adalah keluar daripada lidah Hebrew pengganut kristian itu sendiri.

Wahai pengganut agama Kristian yang saya kasihi, kalau saya petik “יהוה, apakah kalian mengenali huruf aneh di atas? Bahasa apakah ianya? Apakah yang cuba disampaikan dalam bait kaya atau ayat di atas? Untuk pengetahuan kalian, itu adalah tulisan Hebrew atau Ibrani, bahasa asal Injil diturunkan kepada Bani Israel. Apakah maksud perkataan itu, kalau diterjemahkan ke dalam huruf kita? Ianya berbunyi YHWH (dieja hanya dengan huruf konsonan tanpa vokal).

YHWH dikatakan terlalu suci untuk disebutkan oleh para pengganut agama Yahudi kerana kesuciannya dan apabila datang nama YHWH dalam pembacaan mereka, maka mereka akan merujuk penggunaannya kepada Adonai.

Untuk pengetahuan kalian, YHWH atau disebut juga sebagai Yahweh disebut sebanyak 6,519 kali di dalam Kitab Perjanjian Lama ataupun Old Tastement. Pertama kali nama YHWH ini boleh ditemui adalah dalam Genesis 2:2, di mana kalau ayat di dalam Bible itu tidak diterjemahkan terus ke dalam bahasa Inggeris, maka kalian akan mendapati ayat yang menceritakan mengenai bagaimana YHWH telah berehat kerana kepenatan selepas 7 hari 7 malam menciptakan alam ini.

Cuma apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, untuk menjaga kesucian nama YHWH, maka diterjemahkan perkataan kepada perkataan LORD. Perkataan LORD inilah yang kebanyakannya digunakan sebenarnya merujuk kepada YHWH dalam teks asal. Itu sahaja nama TUHAN yang digunakan atau pernah digunakan oleh para pengganut Kristian? Belum habis lagi… belum lagi saudara semua.

Adonai (אֲדֹנָי), yang seperti mana saya sebut selalunya apabila perkataan YHWH dalam teks Bible asal yang belum diterjemahkan, maka dalam tradisi Judaisme, nama YHWH adalah terlalu suci kecuali untuk para pendeta atau kalian orang yang alim. Adonai adalah kata nama khas, di mana datang daripada kata adon. Ianya adalah kata nama KHAS untuk TUHAN di dalam Kitab Perjanjian Lama.

Adonai telah disebut sebanyak 434 kali di dalam Kitab Perjanjian Lama. Di dalam Ezekiel sahaja, ianya disebut sebanyak 200 kali dan muncul sebanyak 11 kali di dalam Daniel, bab 9. Perkataan Adonai merujuk kepada TUHAN dilihat muncul untuk pertama kalinya di dalam Genesis 15:2 di dalam teks asalnya. Sekali lagi, apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, perkataan adonai itu diubah kepada TUHAN sehingga menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Kristian itu sendiri apabila KATA NAMA KHAS diterjemahkan KE DALAM KATA NAMA AM.

Kata lain yang dikatakan merupakan NAMA TUHAN DI DALAM BIBLE PERJANJIAN LAMA adalah kata ELOHIM. (אֱלֹהִים). Penggunaan ELOHIM untuk merujuk kepada TUHAN adalah disebut sebanyak 2000 KALI DI DALAM PERJANJIAN LAMA. Penggunaannya untuk kali pertama di lihat pada Genesis 1:1. SEKALI LAGI, apabila CUBA DITERJEMAHKAN KE DALAM BAHASA LAIN, maka KATA NAMA KHAS seperti ELOHIM ini menjadi KATA NAMA AM.

Sebenanrya ada banyak nama yang diguakan untuk merujuk kepada TUHAN dalam KITAB BIBLE. Saya sekadar memaparkan kepada anda TIGA NAMA, iaitu YHWH, ADONAI dan ELOHIM sebagai kata-kata yang digunakan untuk merujuk kepada tuhan mereka di dalam Bible itu sendiri.

Jadi, analogi pertama saya apabila cubaan untuk meminjam PERKATAAN DARI BAHASA LAIN untuk MENGGAMBARKAN SESUATU kerana ketiadaan wujud perkataan tertentu dalam kamus bahasa tertentu adalah tidak dapat digunakan. KRISTIAN cuba meminjam PERKATAAN ALLAH dan digunakan dalam kitab mereka, tetapi pada hakikatnya KRISTIAN dan YAHUDI mempunyai nama TUHAN mereka. Jadi, kalau difikirkan TIDAK LOGIK BUKAN UNTUK PENGGANUT KRISTIAN MENGGUNAKAN NAMA ALLAH?

Seterusnya, ada seorang tokoh agama menggunakan HUJAH BAHAWA KALIMAH ALLAH digunakan kitab Bible sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W sebagai dalil untuk menghalalkan penggunaan kalimah ALLAH. Ulasan saya adalah begini:

Tokoh agama itu perlu tahu di mana pihak Kristian sendiri yang menolak penggunaan kalimah ALLAH sebelum zaman Nabi Muhammad kerana mengikut dakwaan mereka, ALLAH yang digunakan itu adalah merujuk kepada TUHAN BULAN yang disembah oleh masyarakat arab sebelum kedatangan arab. Tokoh agama tersebut, atau kepada pengganut kristian yang lain yang menggunakan hujah tersebut untuk merujuk kembali bagaimana pengganut agama Kristian lain memberi ulasan mengenai ALLAH pada ZAMAN PRA-ISLAM di link di bawah:

a.) http://blogs.timesofisrael.com/are-god-and-allah-the-same-consider-the-facts/
b.) http://www.youtube.com/watch?v=2c8ZQBEbvtU
c.) www.billionbibles.org/sharia/allah-moon-god.html
d.) http://www.truthexposed.co.uk/allah_a_moon_god.html
e.) www.alphanewsdaily.com/Islam's%20Allah-TheMoonGod.html
f.) http://www.alphanewsdaily.com/Islam's%20Allah-TheMoonGod.html

Lihat berbakul kritikan mereka pada penggunaan ALLAH pada zaman pra-Islam dan tiba-tiba datang seorang tokoh Islam sendiri yang membangkitkan isu ini menggunakan hujah yang juga pernah digunakan oleh orang Kristian mengkritik tuhan orang Islam.

Dan tida kah kalian pelik, bagaimana mungkin orang Krisitian mahu menggunakan nama TUHAN yang kalian sendiri kutuk dan hina dalam link-link di atas? Di manakah nama TUHAN kalian yang lain yang disebut ribuan kali di dalam Bible kalian?

Dan kalau mahu menggunakan hujah bahawa ALLAH pernah digunakan pada zaman arab dahulu sebagai dalil, izinkan say apula untuk menggunakan bahawa PERKATAAN YHWHM ADONAI DAN ELOHIM telah digunakan terlebih awal oleh MEREKA YANG LEBIH AWAL DARIPADA ORANG ARAB TERSEBUT MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH? Bukankah hujah saya bersandarkan timeline yang lebih lama dan yang terasal penggunaann itulah yang paling kukuh hujahnya?

Seterusnya, saya mendapati TOKOH AGAMA tersebut memandang isu ini dari mata atau sudut pandang lain. TOKOH AGAMA tersebut tidak memandang dari sudut lain. Sudut di mana perancangan di sebalik penggunaan KALIMAH ALLAH oleh SEGELINTIR antara mereka seperti mana berlaku di NEGARA JIRAN.

Ya saya tahu di mana hujah anda bahawa mengatakan kalau cukup ilmu di dada, maka tidka timbul kekeliruan atau perkara seumpama dengannya di kalangan umat Islam. Tetapi, itu KALAU… tokoh agama tersbeut melihat segala isu daripada konteks pandangannya sendiri, tetapi bukannya dari konteks pandangan orang lain. TIDAK SEMUA ORANG BERILMU SEPERTI BELIAU… TIDAK SEMUA ORANG MEMPUNYAI AKSES BELAJAR AGAMA… TIDAK SEMUA ORANG MEMPUNYAI KEMUDAHAN TERTENTU seperti beliau…

Lihat konteks ini pada mualaf yang baru sahaja memeluk Islam. Mualaf itu pula adalah ORANG ASLI DI DALAM HUTAN RIMBA SANA. Bagaimana mahu diguana pakai hujah anda?

Paling menyedihkan, hujah seterusnya yang digunakan oleh tokoh agama itu mengatakan bahawa pada tempat tertentu, seperti logo, lagu, dan sebagainya telah digunakan nama ALLAH, jadi kenapa harus dihalang penggunaannya dalam Bible ataupun majalah yang berkaitan dengan agama berkenaan?

Beginilah tokoh agama tersebut. Ambil analogi bahawa senjata api itu tidak berbahaya bukan? Polis, anggota tentera, pegawal keselamatan menggunakan senjata api itu. Tetapi kenapa terdapat akta pengharaman penggunaan senjata api atau memiliki senjata api oleh orang awam? Tetapi kenapakah boleh dihalalkan kepada pasukan keselamatan? Kerana apa? Kerana orang awam boleh menyalahgunakan senjata api untuk tujuan tertentu. Sama juga dalam hal ini, pandang daripada konteks di sebalik kenapa sesuatu itu diminta, tetapi bukannya konteks permukaan sahaja.

Oh ya, kalau ada yang mengatakan bahawa kenapa di tempat tertentu, kalimah ALLAH boleh digunakan, tetapi tidak di Semenanjung Malaysia? Ambil analogi senjata api itu sekali lagi. Terdapat tempat di dunia ini di mana penggunaan senjata api oleh orang awam adalah dibenarkan berdasarkan faktor-faktor tertentu, dan di sesetengah tempat orang awam diharamkan menggunakan senjata api.

Kesimpulannya di sini, sebenarnya kita janganlah memandang ISU KALIMAH ALLAH itu sekadar ISU KALIMAH ALLAH sekadar ianya hanya kalimah ALLAH, tetapi pandanglah di sebalik tempurung itu sendiri. Untuk apa penggunaan kalimah ALLAH oleh mereka yang bukan Islam.

Terima kasih.

-HE-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds