The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

GULA-GULA BRIM



1. BR1M, ramai yang memohon agar bantuan ini dihentikan.

2. Mereka berpendapat bahawa dari memberikan BR1M baiklah kerajaan memberikan subsidi kepada barangan keperluan harian. Dimana lebih menjimatkan perbelanjaan bulanan keluarga.

3. Mungkin ramai tidak sedar akan permasalahan ini. Malahan ramai juga mengkritik tindakan tersebut (pemberian BR1M) tetapi dalam masa yang sama mereka mengambil BR1M sebagai duit saku tambahan.

4. Jika difikirkan semula kedatangan pelancong asing iaitu lebih kurang 22 juta orang melawat ke malaysia. (Rakyat Malaysia sah 29 juta termasuk Sabah Sarawak)

5. 60%-70% kedatangan pelancong asing ini datangnya dari Singapura dan kebanyakkannya membawa kenderaan mereka sendiri. (Tidak termasuk mereka dari Thailand)

6. Ini belum termasuk PATI iaitu 1.1 juta orang yang ditangkap oleh imigresen dan PATI yang berkeliaran di Malaysia.

7. Apa yang saya ingin perkatakan subsidi yang diberikan oleh kerajaan banyak digunakan oleh orang asing berbanding rakyat Malaysia sendiri.

8. Subsidi minyak oleh kerajaan adalah sebanyak RM4.4 billion ringgit digunakan oleh kebanyakkan "pelawat-pelawat asing" ini

9. Pembahagian subsidi ini bukanlah adil kerana kebanyakkannya digunakan oleh rakyat asing.

10. RM4 billion diperuntukkan oleh kerajaan bagi memberikan BR1M ini dengan harapan subsidi yang disalurkan diterima oleh mereka yang betul-betul memerlukan.

11. Dengan BR1M ini. Diharapkan rakyat dapatlah mendapat hasil bumi mereka dengan lebih efisyen.

12. Permasalahan sekarang mereka yang menerangkan perkara ini tidaklah terlalu bijak dalam menerangkan keadaan yang sebenar.

13. Dilihat apa yang diperkatakan oleh mereka hanyalah perbandingan demi perbandingan yang sememangnya agak memualkan untuk ditelan.

14. Seharusnya kerajaan harus lebih bijak dalam menangani persoalan ini. Janganlah seperti lalang. Mengikut kemana sahaja angin bertiup.

15. Semoga dengan jawapan ini rakyat malaysia terutamanya dapatlah berfikiran lebih waras sebelum membuat segala keputusan dalam menyalahkan 1 sama lain.

Sekian

-Radin Danial-


[Economy & Business]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds