PERIHAL SESUATU YANG BERNAMA TUHAN
Sebenarnya sinar-sinar hidayah daripada TUHAN sampai kepada Tamadun Yunani. ALLAH sendiri menjanjikan kepada hambanya bahawa tiada satu umat pun di dunia ini yang tidak dikurniakan kepada mereka pemberi ingatan.
Saya tertarik untuk mengammbil pandangan pemikir pada zaman Yunani yang menolak sama sekali amalan menyembah dewa-dewa Yunani. Katanya tuhan yang banyak memerintah akan membuatkan dunia ini huru hara. Beliau mengatakan bahawa TUHAN itu haruslah satu, tidak beranak dan diberanakkan.
Ajaran Monotheisme (menyembah satu tuhan) sebenarnya sudah subur dalam Tamadun Yunani. Kata Xenophanes.
"Andai orang Habsyi diberi peluang untuk melukiskan wajah tuhan, pastinya wajah Tuhan Habsyi akan berhidung penyek, berkulit gelap dan berambut kerinting. Kalau orang Thracians diberi peluang melukiskan wajah tuhan, pasti mereka akan menggambarkan tuhan mereka bermata biru dan berwajah merah."
Kata-kata Xenophanes membuatkan saya terfikir. Bila manusia mula mengukirkan bagaimana wajah tuhan, melukiskan wajah tuhan mereka, pastinya akan menyerupai wajah tuhan mereka.
Benda ini adalah fakta. Sila lihat di sekeliling mereka... kata-kata Xenophanes ini adalah benar. Tuhan adalah milik bangsa mereka... bukannya milik seisi alam. Andai tuhan digambarkan sedemikian, apakah begitu tidak adilnya tuhan apabila hanya mempunyai wajah seperti bangsa tertentu... seolah-olah bangs aitu superior dari bangsa lain.
"Lihatlah kalian... tuhan itu rupanya seperti bangsaku. Wajahnya putih kemerahan... rambutnya perang..."
"Lihatlah kalian... tuhan itu rupanya seperti bangsaku. Wajahnya gelap, hidungnya mancung... "
"Lihatlah kalian... tuhan itu rupanya seperti bangsaku. Wajahnya putih kekuningan, matanya sepet..."
"Lihatlah kalian... tuhan itu rupanya seperti bangsaku..."
Dan apabila setiap bangsa mula melukiskan tuhan mereka, pastinya tidak akan lari daripada mempunyai gambaran yang atau sangat rapat dengan budaya mereka. Seolah-olah bangsa lain dianaktirikan oleh tuhan.
Sebab itu Xenophanes mengatakan bahawa TUHAN itu tidak sesekali menyerupai manusia dan manusia sudah terlalu jauh apabila begitu beraninya melakarkan wajah TUHAN.
Dan bila saya terfikir kembali, betapa indahnya ajaran Islam ini. ALLAH itu adalah haram sama sekali untuk kita lukis, gambarkan dan sebagainya. Sesungguhnya TUHAN yang maha kuasa itu bukanlah yang menyerupai manusia. Tidak sedikit pun...
Andai Islam membenarkan pengganutnya melukiskan wajah tuhan, pastinya tuhan di dalam Islam akan digambarkan memakai serban, memakai jubah putih, berjanggut, bercelak dan sebagainya... bahkan wajah Muhammad dan 4 sahabat itu pun haram hukumnya untuk kita gambarkan. Takut nanti menjadi barang sembahan dan sesungguhnya hanya ALLAH S.W.T yang wajib disembah.
Maha suci ALLAH...
-HE-
Post a Comment