The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

SEPUTAR ISU RUPIAH REDENOMINASI





1. Pada 7 Disember 2011 yang lalu Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia sudah meluluskan rang undang-undang matawang iaitu REDENOMINATION atau redenominasi. Redenominasi ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

2. Apa itu redenominasi? Ia merupakan istilah ekonomi merujuk kepada pengurangan nilai mata wang berbanding mata wang asal tetapi nilai tukarannya tetap sama. Rupiah adalah salah satu mata wang "termurah" di dunia, dengan denominasi mencecah 100,000 yang kedua selepas matawang Dong (matawang negara Vietnam- mata wang tertingga sehingga 500,000). Kita akan melihat sama ada kelebihan dasar yang begitu kompleks ini adalah wajar.

3. Redenominasi adalah satu dasar untuk menukar mata wang pada nisbah tertentu. Dalam kebanyakan kes, redenominasi dijalankan hanya dengan menghapuskan beberapa sifar dalam denominasi lama. Perubahan ini tidak mengubah kuasa membeli kerana ia adalah semata-mata 'figure' atau angka sahaja yang berubah.

4. Dalam pelan yang diluluskan, Bank Indonesia (BI) akan menggantikan Rupiah semasa dengan mata wang yang baharu pada nisbah 1 hingga 1,000. jadi TIGA angka sifar dibelakang akan dibuang.

5. Proses ini, sudah tentu, memerlukan satu tempoh peralihan, di mana semua barangan dalam ekonomi akan mempunyai dua harga: satu untuk rupiah lama dan satu untuk rupiah baru. Konsep ini banyak negara telah menerima pakai. Sejak tahun 1960, terdapat 70 siri redenominasi, termasuk Turki (2005), Romania (2005), Zimbabwe (tiga kali antara 2006 dan 2008) dan Brazil (1994).

6. Redenominasi selalunya dilakukan disebabkan dua aspek utama: Pertama, jika ekonomi mengalami inflasi yang tinggi dan kedua untuk menyatukan matawang organisasi ekonomi (seperti EURO).

7. Turki, sebagai contoh, mengalami hampir 100 peratus inflasi tahunan pada tahun 1990-an sebelum memilih untuk melaksanakan redenominasi. Kadar inflasi yang tinggi menyebabkan harga barangan meningkat tinggi. Maka kerajaan mengambil langkah untuk redenominasi dan menyebabkan enam sifar telah dikeluarkan daripada mata wang Turki, iaitu Lira.

8. Indonesia juga mempunyai pengalaman yang sama pada tahun 1965. Selepas terjadinya salah urus ekonomi makro, inflasi mencapai 1,136 peratus tahun 1966 yang dikenali sebagai hyperinflasi. Maka selepas itu, redenominasi telah dilaksanakan, dan Rupiah 1 menggantikan Rupiah 1,000 untuk mata wang lama.

9. Selain itu, pada tahun 1997 sekali lagi Rupiah diserang oleh speculator matawang ketika terjadinya krisis kewangan Asia; Rupiah hampir runtuh, mencetuskan pergolakan ekonomi yang parah. Ia jatuh ke paras rendah 16,800 Rupiah bagi setiap dolar Amerika, dari tahap sebelumnya kira-kira 2000-3000 Rupiah bagi setiap dolar Amerika. Keruntuhan Rupiah ketika itu mencerminkan kurangnya kepercayaan antarabangsa dan pelabur tempatan terhadap asas-asas ekonomi negara.

10. Antara faedah yang paling penting redenominasi ialah memulihkan kredibiliti pembuat dasar negara. Melalui polisi ini, pihak berkuasa menghantar isyarat bahawa pengurusan ekonomi makro yang lalu adalah kurang tepat; dan memerlukan pengurusan ekonomi makro yang lebih berhemah dan berhati-hati.

11. Satu lagi kelebihan redenominasi ialah memudahkan urusan dan menjimatkan masa. Kebanyakan manusia tidak boleh berurusan dalam pengiraan yang melibatkan angka yang terlalu banyak. Kita boleh bayangkan bagaimana masa yang terpaksa dihabiskan untuk mengendalikan mata wang yang denominasi sampai berbillion-billion (sembilan sifar). Malah, sistem elektronik boleh mengalami kesilapan jika dipaksa untuk mengendalikan urus niaga dengan angka yang terlalu banyak.

12. Walau bagaimanapun, redenominasi itu adalah dasar instrumen semata-mata. Ia boleh berjaya dan juga boleh gagal dalam mencapai matlamat asalnya. Jika pelaksanaan ini akan menyebabkan hilang keyakinan orang ramai, siri redenominasi ini sia-sia sahaja. Perlu diingatkan bahawa Bank Pusat Zimbabwe pernah melaksanakan empat kali redominasi antara tahun 2002 hingga 2008, tetapi inflasi tahunan kekal di luar kawalan. Bank telah berputus asa. Akhirnya sejak April 2009, kerajaan Zimbabwe telah menerima pakai mata wang Afrika Selatan dan dolar USA sebagai mata wang.

13. Berbalik kepada Indonesia. Bank Indonesia telah merancang untuk menetapkan satu tempoh peralihan (antara 2014-2018) apabila kedua-dua rupiah yang lama dan baru diguna-pakai. Dalam tempoh ini, para peniaga perlu meletakkan tanda harga menggunakan kedua-dua mata wang baru dan lama.

14. Satu lagi masalah mungkin timbul kerana kegagalan koordinasi. Ia mungkin berlaku tatkala selepas dasar redenominasi, maka harga barang-barang tertentu yang baru tidak sama. Keadaan ini kemungkinan besar akan timbul apabila persaingan pasaran tidak sempurna (inefficient) kerana kehadiran amalan monopoli dan oligopolistik.

15. Akhir sekali, hasil dari apa-apa redominasi sesebuah negara bergantung kepada dasar fiskal dan dasar moneteri yang ketat serta asas makro yang kuat. Manfaat yang paling penting dalam redenominasi ialah memulihkan kredibiliti pembuat dasar khususnya dasar ekonomi negara.

16. Selain itu, kerajaan tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada dasar monetari dalam usahanya untuk mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.

17. Memberi tumpuan kepada sasaran inflasi memang perlu tetapi tidak bermakna mengabaikan objektif lain yang lebih luas hamparan makroekonomi seperti pertumbuhan hasil (serta peningkatan produktiviti), meningkatkan nilai ekport, meningkatkan kapasiti tenaga buruh yang efisien dan ‘Balance of Payment’ yang seimbang.

-SR-

[Segmen Economy & Business]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds