The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

PULAU BERHANTU DI JEPUN



Hashima Island atau yang juga dikenali sebagai Gunkanjima (Battleship Island) kerana bentuknya yang menyerupai kapal perang, merupakan sebuah pulau seluas 60,000 meter persegi di laut lepas Nagasaki, Jepun.

Pada tahun 1950, pulau ini merupakan rumah bagi beribu-ribu pekerja lombong arang batu dan ditutup pada 1974. Semenjak itu, pulau tersebut telah terbengkalai hinggalah filem Agen 007 kembali menemuinya.

Pulau itu memang ditinggalkan begitu saja sehingga menjadi runtuhan, bangunan konkrit kosong dan kemudahan perlombongan yang mewujudkan suasana seram.

Bangunan usang dan barang-barang yang ditinggalkan para pelombong batu arang membuatkan tempat ini seperti pulau yang paling terpencil di Bumi.

Tidak menghairankan apabila Raoul Silva (dilakonkan oleh Javier Bardem) mendirikan markasnya dan memainkan peranannya sebagai penggodam di pulau itu.

Selain digunakan sebagai lokasi dalam filem, pulau itu sebelumnya pernah menjadi berita utama pada tahun 2008 selepas sebuah organisasi mengusulkan agar Pulau Hashima ditetapkan sebagai tapak Warisan Dunia.

Hashima yang telah ditutup untuk orang awam sehinggalah pada 2009 apabila pelancong kembali dibenarkan untuk mengunjunginya.

Masalahnya, tidak ada banyak yang boleh dilakukan di sana selain mengagumi runtuhan dan suasana menakutkan yang mempunyai daya tariklannya yang tersendiri.


-HE- 

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds