KISAH SEORANG MAKCIK MENJUAL NASI LEMAK DAN EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI
Seorang makcik sudah berbelas tahun menjual nasi lemak. Nasi lemaknya simple sahaja - berlauk sambal tumis bawang, ikan bilis, kacang, timun dan telur rebus. Seringgit sebungkus (masa mula berniaga dulu 30 sen).
Kawasan tempat jualan nasi lemak makcik ini jalannya taklah banyak kereta dan tanah kiri kanan pula kosong. Sungguhpun begitu, akhir-akhir ini, makcik ini perasan ada papan tanda mengatakan sebuah menara pejabat akan di dirikan di tanah kosong berdekatan.
Sepanjang waktu pembinaan menara pejabat itu, jualan nasi lemak meningkat dari 20-25 bungkus meningkat ke 50 bungkus kerana di beli oleh pekerja-pekerja kontrak pembinaan menara pejabat tersebut.
Makcik pun berfikir, apabila menara itu siap, para pelanggan yang boleh di dapati terdiri dari mereka yang berkerja di menara pejabat-pejabat tersebut tentunya bergaji besar dengan rasa-cita yang lebih tinggi. Makcik itu pun mula berjimat untuk membeli periuk nasi elektrik yang lebih besar, berjimat untuk menambah modal pusingannya untuk membeli udang dan daging yang lebih mahal serta belajar memasak lauk-pauk yang lebih canggih.
Setelah dua tahun, apabila menara pejabat itu siap, makcik itupun sudah sedia untuk berniaga kepada para pelanggan yang lebih "demanding". Pendapatan mak cik ini meningkat. Nasi lemak dengan lauk-pauk lengkap sekarang di jual dengan harga RM4.50 dan pendapatan makcik meningkat kepada Rm300-RM350 sehari.
Senario makcik ini boleh di ambil pakai oleh kita semua, samada sebagai usahawan mahupun pekerja. Para majikan akan lebih memileh untuk mengambil pekerja yang berkemahiran dan berpengetahuan oleh kerana peningkatan kos hidup semakin meningkat dan secara amnya, pekerja-pekerja mahukan gaji yang lebih tinggi. Sesiapa yang tidak bersedia akan ketinggalan, bekerja di dalam pekerjaan bergaji rendah dan mudah.
-Saiful Baharom-
Post a Comment