The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

KEINDAHAN PADA PENCIPTAAN SEEKOR LALAT



Untuk segmen Keajaiban Sang Pencipta pada malam ini, saya mahu mengangkat lalat sebagai keajaiban bahawa wujudnya jurutera yang sangat genius dan hebat di kalangan kita, dan cukuplah lalat menjadi petanda kepada mereka yang mahu berfikir.

Dalam hidup seharian kita, apabila menyebut sahaja mengenai lalat, pasti akan ada yang menyumpah seranah, pasti akan ada yang memaki hamun makhluk kecil ini. Tetapi sehina-hina lalat ini pun, ada petanda yang ALLAH tinggalkan kepada hambanya yang mahu berfikir.

Tahukah anda tanda kehebatan ciptaan ALLAH terkandung pada makhluk yang hanya sekecil lalat ini? Makhluk sekecil lalalt ini mempunyai sepasang sayap yang mampu berkepak dalam 500 kali persaat dan iniah yang memberikan keupyaan terbang yang sangat mengagumkan. Bayangkan sayap yang tak sampai sebesar saiz kuku kita ini mampu bergerak 500 kali tanpa rosak?

Bukan itu sahaja, bahkan lalat mempunyai mata yang sangat mengagumkan. Setiap biji mata mempunyai lensa mata yang sangat kompleks. Sebagai contoh, apabila seekor lalat memerhati sekuntum bunga, sebuah imej penuh akan muncul pada setiap 8000 lensa yang terdapat mata lalat. Lensa merupakan struktur dwicembung lutsinar dalam mata yang bersama-sama kornea membiaskan cahaya untuk difokuskan pada retina. Dengan berubah-ubah bentuk, lensa berfungsi untuk mengubah jarak fokus mata supaya ia boleh bertumpu pada objek pada pelbagai jarak demi membolehkan pembentukan imej nyata objek sasaran yang jelas pada retina.

Apa yang ingin diperkatakan di sini, makhluk sekecil lalat, dengan biji mata yang agak kecil mempunyai sistem lensa yang sangat banyak, bahkan mampu mencecah 8000 lensa bagi sebji mata lalat. Yang tambah mengagumkan sejak lahir lagi, setiap lalat mempunyai 8000 lensa di dalam matanya.

Bayangkanlah sehingga hari ini, para saintis masih pening untuk menjelaskan bagaimana 8000 lensa boleh wujud dalam mata seekor lalat yang mata kita sendiri pun susah untuk melihatnya. Bahkan untuk mewujudkan sebuah system seperti lensa lalat di dalam kamera kita adalah sesuatu yang sangat mustahil. Bayangkanlah hendak meletakkan 8000 lensa pada area sebesar beberapa milimeter. Kemudian, bayangkanlah 8000 lensa ini tidak pernah gagal untuk menerima cahaya dan tidak pernah gagal untuk memfokuskan cahaya kepada retina dan seterusnya sebuah imej terbentuk. Indah bukan penciptaan pada makhluk yang kita nak pandang pun dengan penuh jijik?

Kalau keajaiban pada seekor lalat ini pun tidak mampu membuat kalian berfikir bahawa sesuatu yang terjadi di sekeliling kita adalah dicipta oleh sang pencipta yang maha besar keagungannya, maka ada sesuatu ego yang sangat aneh dalam diri kalian. Sesungguhnya tanda-tanda kebesaran ALLAH ada di sekeliling kita, terpulang pada kita untuk mencarinya…

MAHA SUCI ALLAH... SUBHANALLAH...


-HE-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds