BESI (IRON) TIDAK BERASAL DARI SISTEM SOLAR
Berdasarkan sebahagian
daripada Surah Al-Hadid (57) Ayat ke 25 :
...Dan Kami (Allah)
TURUNKAN BESI yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat
bagi manusia, dan supaya dibuktikan Allah siapa yang menolongNya dan para
rasul-Nya dengan ghaib...
Disini kita dapat lihat
Allah menyebut bahawa besi (iron) adalah satu benda atau elemen yang DITURUNKAN
ke Bumi. Benarkah sebegitu?
Besi (iron or ferrate)
sebenarnya dihasilkan di luar angkasa, malahan diluar kawasan Sistem Solar.
Besi terbentuk apabila sesuatu bintang mencapai tahap supernova atau nova dan
mencapai ke tahap suhu yang sangat-sangat-sangat tinggi. Apabila ini berlaku,
ia menyebabkan elemen-elemen pada bintang tersebut melalui proses fusion
(bergabung) dan membentuk besi. Untuk pengetahuan anda, besi dihasilkan melalui
proses fusion (gabungan) beberapa elemen dengan persekitaran suhu yang mencapai
sehingga lebih dari 100 juta darjah celcius. Sesudah bintang ini melalui fasa
supernova, ia akan meletup menyebabkan serpihan besi ini menjadi sesuatu yang
kita kenali sebagai METEORIT. Dan seperti yang kita sedia maklum, Bumi telahpun
menerima banyak kejadian kejatuhan meteorit sejak dari pembentukan awal bumi
lagi. Inilah yang menyebabkan Bumi mempunyai elemen yang kita kenali sebagai
Besi (Iron/Ferrate).
Adakah Matahari mampu
membentuk besi? Jawapannya tidak. Ini kerana Matahari kita merupakan bintang
yang jatuh dalam kategori 'bintang muda/baru', ini bermakna Matahari masih jauh
lagi dalam mencapai fasa Nova atau Supernova. Matahari juga mempunyai suhu
permukaan setinggi 15 juta darjah celcius dan 6000 darjah celcius pada
pusatnya. Persekitaran ini tidak sesuai bagi Matahari untuk menghasilkan besi
sendiri.
Fakta tambahan, meteorit
mengandungi komposisi sebanyak 90% besi, dan sedikit kesan nickel.
-AC-
RUJUKAN :
http://quran.com/57
http://submission.org/QI#57%3A25
http://prophetrejectors.wordpress.com/61-proving-that-quran-is-word-of-god-life-from-water62/66-iron-from-outer-space-in-the-quran/
http://www.astrophysicsspectator.com/topics/stars/RedGiants.html
Sorry about the Iron
Man.
Post a Comment