The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

THE MALAY THEORY


Sejak akhir-akhir ini kesedaran mengenai ketamadunan Melayu lama atau kuno semakin meningkat dikalangan anak-anak muda Melayu di negara ini. Walaupun masih ada pihak tertentu yang agak pesimis mengenai perkara ini namun bukti-bukti daripada rujuk silang yang diperolehi daripada kajian-kajian pengkaji luar telah memberikan input yang banyak. Jika bangsa China boleh berbangga dengan dinasti-dinasti hebat mereka yang silih berganti, mengapa tidak bangsa Melayu? Ketika bangsa luar sibuk menaikan prestij bangsa mereka dengan penemuan-penemuan sejarah baru, malah ada yang ingin mengklaim tamadun bangsa lain, tetapi ada pula dikalangan kita sendiri yang mencemuh malah menidakkan usaha untuk mengetengahkan ketamadunan Melayu purba untuk tatapan dunia.

Kehebatan tamadun kuno Melayu telah dikagumi oleh seorang penulis dan pengkaji sejarah Amerika, John D. Baldwin yang menulis di dalam bukunya Ancient America pada tahun 1871. Beliau telah mengutarakan ‘The Malay Theory’ yakni satu teori yang menyatakan bahawa orang Melayu adalah pembawa ketamadunan kepada tamadun awal Amerika. Menurut teori ini tamadun di Amerika telah diperkenalkan oleh orang-orang Malayan atau Melayu yang pada suatu ketika dahulu mempunyai satu empayar kelautan yang besar. Beliau memetik catatan dari Al masudi yang menyatakan mengenai satu empayar yang daerah kekuasaannya meliputi kesemua kepulauan di timur dan memerlukan masa lebih dari dua tahun untuk mengelilingi kawasan jajahanya.

Seperti yang telah kita tahu empayar yang dimaksudkan tersebut adalah Srivijaya. Berkemungkinan penulis ini tidak mengetahui mengenainya lagi pada waktu tersebut kerana penemuan mengenai Srivijaya adalah agak lewat oleh Ceodes. Dalam penulisannya juga, beliau menganggap bahawa empayar ini lah yang telah meluaskan bahasa Melayu hingga ke seluruh kepulauan Pasifik. Beliau menjangkakan bahawa bahasa-bahasa dalam kelompok Austronesia ini diperkenalkan oleh empayar Melayu tersebut. Padahal kita sedia maklum bahawa bahasa Melayu telah wujud sekian lama dalam masyarakat Pasifik. Mungkin kerana beliau tidak mengetahui bahawa masyarakat Polinesia atau Pasifik adalah dalam rumpun yang sama dengan bangsa Melayu.

Penulisannya turut mengungkap mengenai bangunan batu-bata yang hebat di Jawa yang menurutnya adalah yang terbaik dari mana-mana yang pernah beliau lihat sebelum ini. Beliau turut menyatakan mengenai candi-candi yang berserakan diseluruh Jawa serta runtuhan Kota Majapahit. Selain itu seorang lagi pengkaji barat, A. R. Wallace, dalam bukunya The Malay Archipelago menyatakan:

“Few Englishmen are aware of the number and beauty of the architectural remains in Java. They have never been popularly illustrated or described, and it will therefore take most persons by surprise to learn that they far surpass those of Central America, perhaps even those of India.”

Jika pengkaji barat sejak tahun 1870-an lagi telah menggunakan konotasi Malayan sebagai menggambarkan satu ketamadunan Melayu yang hebat dan besar pada zaman kuno, mengapa pula ada pihak yang menidakkan kewujudan bangsa Melayu? Sedangkan dalam prasasti Han Chey yang berusia lebih dari 1400 tahun di Vietnam ada menyatakan perkataan ‘Malayu’. Adalah sesuatu yang tidak munasabah sekiranya dikatakan bahawa bangsa Melayu itu dicipta oleh penjajah British, sedangkan Malayu telah dicatatkan dalam pelbagai prasasti dan inskripsi kuno di seluruh Asia Tenggara sebelum masyarakat Britain bertamadun lagi. Malah konotasi ‘Englishman’ itu sendiri belum lagi wujud dan hanya bermula apabila beberapa suku kaum Celt, Pict, Germanic, Saxon, Viking dan kemudianya Norman bersemenda.

Jikalau tiada angin takkan pokok bergoyang, jikalau tamadun Melayu tidak wujud takkan ada prasasti dan inskripsi serta catatan pengembara luar mengenainya. Apa? Tamadun orang Tamil dan Maratha? Mana perginya orang Tamil dan Maratha yang maha hebat itu? Kenapa tiada pun saki baki mereka disini? Yang ada hanyalah suku kaum Tamil dan lain-lain suku India yang datang pada era penjajahan British. Malah pada zaman Melaka hanya wujud sebilangan kaum Tamil Hindu dan Tamil Muslim dan mereka ini para peniaga dan berkhidmat dibawah Raja-raja Melayu. Jika adapun darah India dalam darah Raja-raja Melayu adalah dari belah ibu melalui perkahwinan Sultan Muhammad Shah dengan anak seorang saudagar “Keling” Muslim yang kemudiannya dijadikan Bendahara. Namun adakah golongan peranakan ini menyebut diri mereka sebagai bangsa Tamil dan beragama Hindu? Tidak sama sekali, malah mereka telah ‘masuk Melayu’ dan meninggalkan kebudayaan India nenek moyang mereka. Jika kebudayaan Hindu Tamil begitu tebal dan hebat mengapa tidak dikekalkan sahaja budaya asal India mereka, dan mengapa menggunakan bahasa dan budaya Melayu. Sekian wallah hu a’lam


-Al Semantani-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds