SISTEM KESELAMATAN KERETA
Kecoh 1-2 hari ini mengenai kemalangan yang
melibatkan sebuah Proton Preve di Lebuhraya Pantai Timur hingga menyebabkan
enjinnya tercampak keluar. Apapun pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Alhamdulillah syukur.
Pelbagai andaian negatif dilemparkan kepada Proton
mengenai kes kemalangan 'pelik' ini. Tanpa usul periksa dengan lebih lanjut,
pelbagai tohmahan diberikan kepada Proton. Adakah anda tau bahawa ini adalah
merupakan salah satu citi keselamatan yang dimiliki Proton Preve ?
Kejadian enjin tercampak keluar ini diistilahkan
sebagai "Disconnecting Engine" . Subaru pun menggunakan teknologi ini
(dan beberapa syarikat lain juga) .
Anda boleh rujuk di sini :
http://www.subaruofkeene.com/subaru-safety-center.htm
Ianya salah satu cara untuk menyelamatkan pemandu
dan penumpang semasa kemalangan berlaku. Dalam kejadian ni, pemandu didakwa
membawa 160 km/j , tapi penumpang ok je nampaknya. Ada good point disitu. kita
tunggu Proton komen pulak secara rasmi.
Kami sarankan supada anda ambil kisah mengenai ilmu
"automotive safety" sebelum anda mengeluarkan pelbagai komen negatif.
Jika ada sebarang pandangan, sila komen di post ini. Kita kongsikan ilmu yang
ada.
Hebat ciri keselamatan kereta ini. Tahniah Proton!
- The Patriots -
Post a Comment