The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

DINASTI HAN: 40 000 ORANG ASKAR MENGGEMPUR BALA 400 000 ORANG



Kalau dari episod yang lepas mengenai Dinasti Han, kita dapat mengetahui bahawa Liu Bang pengasas Dinasti Han dangan kisah lagendanya mengenai dia berjaya menyembelih seekor ular putih gergasi dan bagaimana Liu Bang kemudiannya telah menyertai Chu yang ketika itu berada di bawah Xiang Lang, pakcik kepada seorang jeneral perang China yang kemudiannya akan dianggap salah seorang panglima terhebat sepanjang zaman.

Namun malangnya buat Xiang Lang apabila dirinya terkorban di dalam dan tugas memimpin Chu ketika itu diambil oleh anak saudaranya yang bernama Xiang Yu, seorang panglima perang terhebat dalam sejarah China. Dalam masa yang sama, Liu Bang ketika itu menyertai Chu untuk turut sama dalam penentangan menjatuhkan Qin.

Pertempuran Julu adalah penting dalam kita membincangkan mengenai sejarah kejatuhan Qin kerana di mana pada pertempuran inilah, kita dapat melihat bagaimana Empayar Qin yang sebelum ini memerintah China mula tunduk dan tewas di tangan Chu yang dipimpin oleh Xiang Yu.

Awal kepada episod perang ini adalah di mana pada Peperangan Ding Tao di mana panglima perang Qin iaitu Zhang Han telah mengalah askar daripada Kerajaan Chu yang dipimpin oleh pakcik kepada Xiang Yu iaitu Ciang Lang dan membuatkan pakciknya terbunuh.

Liu Bang dan Xiang Yu ketika itu terpaksa berpecah dengan askar Xiang Lang untuk menyelamatkan raja Qi yang ketika itu membuatkan Xiang Lang seorang diri terpaksa berdepan dnegan askar Zhang Han. Detik ini, menyaksikan bagaimana kuasa ke atas Chu mula membuatkan Xiang Yu lupa diri.

Zhang Han ketika mula membawa askarnya menyebarang Sungai Kuning atau Hwang Ho untuk menyerang sebuah lagi negara kota yang memberontak iaitu Zhao dan mengalahkan askar Zhao.
Ketika itu, Zhao telah menghantar mesej untuk meminta bantuan Raja Huai daripada Chu. Dua orang telah dihantar iaitu anak saudara Xiang Liang iaitu Xiang Yu dan Liu Bang. Liu Bang telah diminta untuk menyerang pusat negara Qin manakala Xiang Yu pula diminta untuk menyerang askar Zhang Han yang sedang mengganas di Han Dan.

Ketika Xiang Yu diminta untuk menyerang askare Qin di Han Dang, Xiang Yu daripada Chu menyedari bahawa betapa askarnya itu telah kalah dalam bilangan di mana 40 000 orang askar Xiang Yu daripada Chu terpaksa berdepan dengan 400 000 orang askar Dinasti Qin yang beratus kali ganda.

Xiang Yu tahu dia akan kalah tetapi bagaimana mahu memenangi peperangan itu. Xiang Yu hanya membawa bekalan makanan untuk tiga hari sahaja dan menghancurkan bekalan makanan yang selebihnya ke Han Dang. Tak ketinggalan, jalan pulang yang hanya boleh dinaiki dengan menaiki sebuah bot juga telah ditutup oleh Xiang Yu. Sampan dan bot yang membawa mereka melintasi sebuah sungai untuk ke Han Dang juga ditenggelamkan. Xiang Yu mengnhantar mesej kepada askar-askarnya dengan perbuatannya itu.

"Kamu harus lawan sampai ke titisan darah terakhir atau kalau kamu lari sekalipun, bekalan makanan tak mencukupi untuk kalian dalam hutan. Menang atau mati!"

Ajaibnya, setiap askar Chu yang ditunjukkan jalan mati itu berlawan dengan sangat hebat. Mereka tak menyerah walaupun beribu tusukan pedang dan lembing menembusi tubuhnya. Dan tahukah anda bahawa hampir separuh askar Dinasti Qin ketika itu yang bertempur dengan askar Chu mati? Dan askar Chu yang mati hanyalah dalam lingkungan 5000 orang sahaja.

Detik Pertempuran Julu ini menjadi saksi di mana Qin akhirnya menyerah apabila tewas di tangan Xiang Yu.


-HE-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds