PM NAJIB DAN KENAIKAN HARGA BARANG
Subsidi untuk barangan asas di mulakan di bawah pentadbiran Allayarham Tun Abdual Razak lagi, bertujuan amnya untuk menringankan kos pengeluaran oleh para petani (seperti baja dan lain-lain).
Penambahan di dalam pemberian subsidi di buat oleh (pada masa itu) Dato' Seri Dr Mahathir di mana di fikirkan ganjaran yang di terima oleh Kerajaan dari pengeluaran petroleum dan gas negara (Petronas) sebaik-baiknya di gunakan juga untuk meringankan kos penghidupan rakyat, iaitu hasil pendapatan dari Petronas dapat di nikmati sebagai dividen oleh rakyat Malaysia. Pada mulanya, kos subsidi ini tidak sampai RM100 juta pun dan tidak di fikir membebankan kedudukan kewangan Kerajaan.
Oleh kerana kebangkitan ekonomi-ekonomi membangun seperti China, India, brazil dan lain-lain lagi, harga komoditi-komoditi asas melonjak tinggi di atas permintaan tinggi. Tambah pula, pasaran antarabangsa untuk komoditi ini di kuasai oleh "traders' di mana mereka "bermain' spekulasi di dalam pasaran komoditi antarabangsa.
Dari jadual di bawah, boleh di lihati bahawa harga minyak hanya mula naik di atas paras USD20.00 bermula tahun 2000. Sepuluh tahun dahulu, dalam linkungan harga minyak USD20-USD30, jumlah subsidi bersekitar RM2.0-RM4.0 bilion. Apabila harga minyak mencecah USD80.00 (dan juga peningkatan di dalam jumlah penggunaan dek ekrana perkembangan ekonomi dan kenaikan rakyat bermampu berkereta), jumlah subsidi naik berkali-ganda. Dengan Pada tahun 2012, subsidi secara bkeseluruhan berjumlah RM62.0 bilion di mana RM45.0 bilion adalah untuk minyak sahaja - peningkatan lebih dari 10 kali ganda sungguhpun pendapatan Kerajaan tidak meningkat sebanyak nisbah yang sama.
Terendah Tertinggi
1986 $14.44 $30.65
1987 $17.75 $36.36
1988 $14.87 $29.31
1989 $18.33 $34.41
1990 $23.19 $41.19
1991 $20.20 $34.53
1992 $19.25 $31.93
1993 $16.75 $27.00
1994 $15.66 $24.59
1995 $16.75 $25.59
1996 $20.46 $30.35
1997 $18.64 $27.04
1998 $11.91 $17.01
1999 $16.56 $23.08
2000 $27.39 $37.01
2001 $23.00 $30.25
2002 $22.81 $29.49
2003 $27.69 $35.05
2004 $37.66 $46.37
2005 $50.04 $59.59
2006 $58.30 $67.30
2007 $64.20 $71.94
2008 $91.48 $98.58
2009 $53.48 $57.92
2010 $71.21 $76.01
2011 $87.04 $90.08
2012 $86.46 $87.68
2013 (Partial) $87.13 $87.52
Pada tahun 2008/2009, dunia mengalami krisis kewangan dan ekonomi. Rakyat Malaysia tidak sangat merasai pedih krisis ini kerana Kerajaan membelanjakan sebanyak RM7.0 bilion ntuk meransang pertumbuhan ekonomi di mana di belanjakan untuk projek infrastruktur termasuk
(i) pembinaan perumahan kos rendah & sederhana
(ii) penaikan-taraf balai-balai dan berek-berek polis
(iii) jalan-jalan, dewan orang-ramai dan jembatan untuk kawasan perkampungan
(iv) sekolah dan hospital
(v) penaikan-taraf jalanraya untuk kawasan pendalaman dan kawasan petanian.
Dengan perbelanjaan-perbelanjaan inilah sebenarnya mengapa kerajaan mempunyai defisit fiskal. Definisi "defisit fiska" ialah di mana perbelanjaan untuk tahun tersebut melebihan pendapatan yang ada untuk tahun itu. Kerajaan terpaksa menanggung hutang untuk menampung perbelanjaan berlebihan tersebut. Defisit negara berada di tahap lebih kurang 5.0%. Ini bermakna perbezaan jumlah perbelanjaan dan pendapatan adalah 5.0% dari pendapatan yang ada. Kerajaan telah mengumumkan menjelang tahun 2020, peratusan ini akan berada di peringkat 0% di mana perbelnajaan dan pendapatan adalah seimbang.
Adalah di maklumkan, selain dari negara China, kebanyakan negara di dunia juga mengalami defisit oleh kerana perbelanjaan peransangan ekonomi akibat krisis ekonomi 2008-2009.
Kerajaan di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib tidak dapat bertindak tegas untuk mengurangkan subsidi dari tahun 2008-2013 kerana adalah di fikirkan pentadbiran beliau tidak mempunyai mandat dari rakyat - beliau hanya mengambil-alih tampuk kepimpinan dari Perdana Menteri sebelumnya.
Dengan mandat yang di beri dari PRU13, Kerajaan terpaksa memulakan penarikan balik subsidi-subsidi secara beransuran. Dari carta yang di lampirkan, kita boleh lihat Malaysia adalah negara yang mempunyai subsidi yang tetinggi di dunia. Ini bukan sahaja membebankan kedudukan kewangan Kerajaan tetapi juga merosakkan keupayaan perniagaan-perniagaan Malaysia untuk bersaing di peringkat dunia. Dengan subsidi2, pihak sektor swasta tidak meningkatkan teknologi kepada yang lebih canggih untuk menjimat penggunaan minyak, tidak berusaha untuk berinovatif meraih pendapatan yang lebih tinggi dan berusaha untuk meningkat peratusan nilai-tambah untuk industri-industri mereka dan membayar lebih kepada pekerja-pekerja yang mahir dan berpengetahuan.
Usaha mengurangkan defisit dan penarikan subsidi juga adalah untuk "memujuk' bukan sahaja syarikat-syarikat tetapi juga rakyat Malaysia untuk meningkatkan produktivit, meningkatkan penegluaran nilai-tambah untuk menyediakan negara kita mencapai status pendapatan tinggi dalam enam tahun lagi.
-Saiful Baharom-
[Segmen Economy & Business]
Post a Comment